You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( PISMP ) TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM : PISMP TAJUK KURSUS : TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN KOD KURSUS

NAMA GURU PELATIH :

PENGAJARAN DAN

SEMESTER : 4

: EDU 3105

TARIKH MULA

03 OGOS 2011

TARIKH HANTAR

03 SEPTEMBER 2011

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan Memilih dan menggunakan media pengajaran secara berkesan Menghasilkan pelbagai media pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran 5. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2,3,4

Objektif Kerja Kursus Pendek 1. 2. 3. 4. Berupaya merancang pengajaran yang bersesuaian dengan Kemahiran Abad 21. Melengkapkan diri dengan kebolehan penyediaan bahan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran kumpulan sasaran. Merangsang kemahiran kreatif dan kritis pelajar dan kebolehan penghasilan bahan bermutu. Memahami pelbagai peranan dan tugas guru yang profesional serta mengamal nilai dan sikap keguruan untuk meningkatkan profesionalisme .

Tugasan Kerja Kursus Pendek Bidang teknologi pengajaran lebih luas dan mengandungi tiga sub-bidang utama iaitu media pengajaran, reka bentuk pengajaran dan teknologi prestasi (Reiser 2001,) Manakala teknologi pendidikan pula ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknikteknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. ( Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia ,1991) Sebagai guru, pengajaran anda lebih berkesan dan penuh bermakna. Buat pembacaan dan laksanakan kajian pemerhatian tentang penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) salah satu subjek anda. Sediakan Rancangan Pengajaran Harian bersertakan BBM dan justifikasinya.

Sub-Tugasan 1. Anda dikehendaki merancang satu Rekabentuk Pengajaran berasaskan Perancangan Pengajaran Harian ( RPH ) untuk satu subjek anda yang bertepatan dengan mengikut kehendak sukatan pelajaran dengan mengambil kira keupayaan pelajar, tempoh masa dan kepelbagaian kecergasan Membina bahan bantu mengajar berasaskan media pengajaran, rekabentuk pengajaran dan Perancangan Unit berasaskan teori-teori yang dipelajari khususnya ADDIE atau ASSURE Letakkan BBM anda pada mana-mana peringkat perancangan RPH anda bersama justifikasinya ( komen dan pandangan anda ) Hasilkan BBM anda untuk dinilai

2.

3.

4.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus ( 100 markah ) 1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (3-4 orang satu kumpulan). 2. Merekabentuk dan merancang satu projek dalam satu Rancangan berdasarkan Sukatan Pelajaran Matapelajaran anda di sekolah. 3. Sila gunakan sekurang-kurang 3 media yang sesuai untuk menyokong proses pembelajaran yang dirancang iaitu:

a) Carta b) Lutsinar jenis write on, fotostat atau injet - Teknik tindan tindih, tetingkap, sisipan dan anamasi c) Bahan maujud d) Power point / brouser e) Foto f) Video dan audio yang bersesuaian ( Papan cerita perlu disertakan )

4. Serahkan Rancangan Pengajaran Harian anda dan BBM, dalam bentuk hardcopy dan softcopy

5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i) ii) ii) iv) v) 6. Menggunakan Font Arial Saiz huruf ialah 12, ( Justifikasi/komen saiz 10) Format :Landscape Rujukan mengikut format APA Lampiran

Amalan Plagiat tidak dibenarkan

7. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat ( termasuk persembahan visual) 8. Perlaksanaan kerjakursus hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Perlaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Edisi Pelajar 9 Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan bertepatan dengan Kemahiran Abad 21. 2. RPH dan BBM yang sesuai berasaskan prinsip ASSURE atau ADDIE 3. Bahan sokongan yang asli dan kreatif yang menyokong Rancangan Pengajaran Harian 4. Sertakan BBM kreatif yang menyokong Rancangan Pengajaran Harian dan justifikasinya Kriteria Pentaksiran Tugasan akan dinilai berdasarkan garis panduan permarkahan

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_______________________ ( HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD )

_______________________

You might also like