You are on page 1of 16

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Emosi Emosi atau dalam bahasa latin motus anima adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuanpelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak. Emosi berasal dari perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud iaitu untuk keluar. Menurut Goleman (1998), emosi ialah suatu perasaan dan pemikiran yang tersendiri, keadaan psikologis dan biologis serta rangkaian kecenderungan untuk mendorong seseorang melakukan tindakan.

1.2 Definisi Kecerdasan Emosi

Menurut

pandangan

Salovey

dan

Mayer

(1993),

menyatakan

bahawa

kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. Menurut mereka, kecerdasan emosi merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau emosi, menilai dan menjana emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat keputusan, untuk memahami emosi tersebut dan pengetahuan emosi dan untuk mengawal emosi dalam usaha untuk

memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi.

Weisenger (2000) memberikan batasan bahawa kecerdasan emosi ialah kepintaran menggunakan emosi secara sengaja untuk membentuk tingkah laku dan pemikiran ke arah meningkatkan pencapaian sesuatu matlamat.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

1.3 Kepentingan Kompetensi Kecerdasan Emosi Kepada Seorang Guru. Kompetensi Kecerdasan Emosi merupakan satu aspek yang amat penting bagi seorang guru. Kompetensi Kecerdasan Emosi penting kepada saya kerana kecerdasan emosi membolehkan saya mengawal perasaan diri apabila berhadapan dengan situasi yang negatif yang berada di persekitaran. Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi dapat membantu saya menggunakan emosi secara membina dalam membuat keputusan yang wajar.

2.0 SENARAI PERKATAAN EMOSI POSITIF DAN NEGATIF Jenis emosi dapat dapat diklafikasikan kepada dua unsur iaitu positif dan negatif: Perkataan Emosi Positif kagum bersemangat gembira bahagia azam memahami setia berlolak ansur adil cinta jujur sabar harapan redha ikhlas keinginan lemah lembut romantis tenang seks hormat kasihan mesra cekal merendah diri

Perkataan Emosi Negatif marah sedih cemburu malu tekanan pembalasan dendam takut resah kejam bosan benci keserakahan tidak dapat menerima permusuhan kecewa gagal gementar cemas malu keliru bersalah murung bingung curiga khuatir

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

3.0 GRAFIK KOMPONEN DALAM KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Kompetensi Personal Kesedaran Kendiri Kesedaran Emosi Kendiri Kesedaran Ketepatan Kendiri Keyakinan Kendiri Motivasi Kendiri Optimis Beriltizam Berorientasi Pencapaian Iniasiatif Pengurusan Kendiri Ketulusan Ketekunan Kebolehsuaian Keinovatifan Kebolehpercayaan Kesedaran Emosi Kendiri

Kompetensi Sosial Kesedaran Sosial Melayani Kepelbagaian Kesedaran Organisasi Membangun Individu lain Berorientasi Perkhidmatan Empati Kemahiran Sosial Pengurusan Konflik Membina Perhubungan Membangunkan Individu Lain Kolaborasi & Kerjasama Pengaruh Pemangkin Perubahan Keupayaan Berpasukan Kepimpinan Berinspirasi Komunikasi

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

4.0 CONTOH KARANGAN NARATIF BERTAJUK KERANA INGINKAN NAMA

Jam 3.15pagi, berlakulah pertikaman mulut antara Cik Julia dan Cik Aida dirumah Cik Julia. Mungkin kerana perbalahan dari mulut ke mulut tidak mampu membawa

penyelesaian. Maka cik Aida telah menghulurkan sebilah pisau lalu menikam perut rakannya, Cik Julia.

Cik Aida

:Julia, maafkan aku, bukan aku pinta lakukan seperti ini,aku sebenarnya tidak berniat pun memusuhi mu, namun aku terpaksa melakukannya demi masa depan aku.Maafkan aku.

Tepat jam 10.00pagi. Inspektor Rahmat baru pulang dari kerja. Dia terlalu penat kerana telah berjaga selama tiga hari tanpa tidur akibat mengetuai penyiasatan kes pembunuhan artis popular, Julia Hamdan. Belum sempat dia tidur, telefon bimbitnya berdering.

Insp. Rahmat

: Aduh, kenapalah masa ini baru hendak berbunyi, aku baru sahaja mahu lelapkan mata!

Walaupun keberatan untuk mengangkatnya namun terpaksa jua dijawabnya. Maklumat yang diterimanya membuat jantungnya berdegup pantas sehingga tidak terkata-kata olehnya. : Ahhhhh.Cik Julia meninggal dunia???...oh tidak!...tidak!.... Dia bergegas ke balai polis, tempat kerjanya dengan menaiki kereta Honda Civic milik ayahnya. Dia meluncur dengan laju walaupun dia tahu ia telah melanggar undangundang dan sebagai Inspektor, dia berasa bersalah. Akan tetapi, apakan daya, dia

Inspektor rahmat

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

harus ke destinasinya dengan cepat kerana mendapat maklumat penting. Tidak sampai lima belas minit, dia pun tiba di sana.

Insp. Rahmat Insp. Galak

:Galak, ada kamu hubungi kenal-kenalan mangsa. :Tuan, ada, saya telah menghubungi rakan rapat Cik Julia, Cik Aida Iskandar. Menurut Cik Aida, dia tidak tahu apa-apa kerana dia tiada semasa kejadian berlaku. Katanya lagi, Cik Julia ke kelab malam untuk membuat persembahan. Dua rakannya telah menemaninya ke situ.

Insp. Rahmat Insp. Galak Insp. Rahmat Insp. Galak

:Siapakah rakan-rakannya? :Sheril Shafiqah dan Afida Othman. :Awak sudah cuba menghubungi mereka? :Sudah. Mereka kata mereka memang menemani Cik Julia tapi Mereka pulang dahulu kerana Cik Julia hendak berjumpa dengan Rahim, rakan seperjuangannya dalam bidang hiburan.

Insp. Rahmat

:Baiklah. Suruh Rahim ke sini esok dan berjumpa dengan saya.

Pada keesokan harinya, Rahim tiba di balai tepat pada pukul dua petang. Setelah disoal-siasat oleh Inspektor Rahmat, Inspektor Rahmat mendapat tahu bahawa Rahim memang ada temujanji dengan Julia tetapi tidak kesampaian kerana Julia tidak hadir walaupun dia telah menunggu hampir sejam. Dia pun pulang ke rumah setelah penat menunggu.

Rahim

:Tapi dalam perjalanan pulang, saya dapati dompet saya telah tercicir. Saya pun ke tempat itu kembali dan menjumpai dompet saya.

Insp. Rahmat Rahim

:Semasa di tempat tersebut awak ada nampak siapa-siapa? :EmOh ya! Saya nampak Cik Aida bermundar-mandir di situ. Mukanya nampak gelisah.

Insp. Rahmat

:Aida? Apa dia buat di situ?


5

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

Rahim

:Entah,saya tidak tahu. Bila dia nampak saya, dia terus pergi tanpa menyapa.

Insp. Rahmat Rahim

:Awak tidak hairankah? :Hairan juga tetapi oleh kerana kepenatan, saya terus pergi tanpa menghiraukannya.

Insp. Galak Rahim Insp. Galak

:Cuba kamu imbas kembali. Pukul berapa kamu pulang? :Kira-kira jam tiga pagi. Mungkin lebih. :Baiklah, awak boleh pergi, Encik Rahim.

Inspektor Rahmat terfikir. Jam tiga pagi dia pulang. Cik Julia dijumpai kira-kira jam empat pagi. Apa Cik Aida buat di situ? Ah, bingungya! bisik hati kecilnya. Dia pun memanggil Inspektor Galak. Mereka berbincang tentang masalah ini. :Emmacam mana ni? :Cik Aida kata, dia tidak ada semasa kejadian. Sekarang Encik Rahim kata dia nampak Cik Aida berada di tempat kejadian. Lecehlah! Insp. Rahmat :Baiklah, Rizal. Saya hendak pulang dahulu. Esok kita akan bincangkan hal ini bersama pegawai polis yang lain. Saya letihla sekarang.

Insp. Rahmat Insp. Galak

Baru sahaja Inspektor Rahmat hendak melelapkan mata, telefon bimbitnya berdering.

Insp. Galak

:Inspektor, saya baru dapat maklumat terbaru. Di tempat kejadian, dua pegawai polis kita menjumpai seutas rantai yang tertera nama Cik Aida. Kami juga menjumpai cermin mata berwarna biru muda yang mempunyai sedikit kesan darah.

Insp. Rahmat

:Betulkah? Kalau begitu, bawa barang-barang ini semua esok dan kita akan bincangkannya di mesyuarat nanti.

Insp. Galak

:Baiklah.
6

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

Inspektor Rahmat termenung. Betulkah pembunuh Cik Julia ialah Cik Aida? Mustahil juga kerana mereka rakan baik. Akan tetapi, mengapa rantai kepunyaannya dijumpai di situ? Lagi pula, cermin mata itu kepunyaan siapa? Kedua-dua perkara ini masih menjadi misteri kepadanya.

Seminggu selepas itu, setelah pihak polis mengesahkan segala bukti yang berada ditempat kejadian adalah kepunyaan Cik Julia akhirnya keputusan

mengesahkan bahawa pembunuh Cik Aidalah yang telah membunuh Cik Julia. Pada hari itu juga Inspektor Rahmat meminta Cik Aida datang ke balai untuk soal siasat.

Insp. Rahmat Cik Aida

:Mengapa Cik Aida? Mengapa cik sanggup lakukan sedemikian? :Tuan inspektor,sejak pihak polis mula-mula menjalankan siasatan kes pembunuhan Cik Julia, hidup saya sentiasa tidak tenang, hidup saya sentiasa dalam kegelisahan, setelah difikir-fikirkan saya rasa betul bersalah dan sebenarnyasebenarnya.saya sudah ingin menyerahkan diri,namun saya takut untuk mengakudan hari ini saya mengaku Sebenarnya sayalah yang membunuh Cik Julia.

Insp. Rahmat Cik Aida

:Mengapa? :Saya cemburukan kejayaannya. Dia boleh jadi terkenal dalam sekelip mata tetapi sayasudah berpuluh tahun mencari rezaki dalam bidang ini tetapi masih tidak terkenal juga! Tanpa berfikir panjang saya telah menikamnya dengan pisau. Ya! Sayalah pembunuhnya!

Insp. Rahmat

:Subahanallah, tahukah tindakanmu hanya menyusahkan dirimu sendiri serta orang lain juga. Kamu sebagai umat Islam tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Bawa-bawalah banyak

beristighfar dan lakukan taubat nasuha semoga penyesalanmu itu diterima ilahi. Cik Aida :Maafkan saya, saya mengaku dan tolonglah ringankan hukuman saya.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

Insp. Rahmat

:Maafkan saya tetapi saya terpaksa menahan kamu di sini buat beberapa hari hinggalah hari perbicaraan nanti. Seandainya mengaku terlebih awal mungkin saya dapat membantumu.Galak! Tolong bawa dia pergi.

Inspektor Rahmat menutup matanya sambil meitis air mata. Dia seperti tidak percaya apa yang didengarnya sebentar tadi. Mengapakah ada manusia yang bersifat begini? Sanggup membunuh rakan sendiri hanya kerana mengikut perasaan. Namun di sudut hatinya, dia berasa lega kerana kes ini sudah selesai.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

5.0

PENGURUSAN EMOSI DALAM WATAK-WATAK DALAM PENCERITAAN

KERANA INGINKAN NAMA

1. Situasi Cemburu Berdasarkan situasi yang telah berlaku pada watak Cik Aida, Cik Aida dapat dikategorikan sebagai seorang yang tidak senang melihat kejayaan orang lain Cik Aida yang cemburukan pada rakannya sendiri yang lebih cepat terkenal berbandingnya. Maka sebagai jalan penyelesaian dia telah bertindak membunuh Cik Julia. Dengan tindakan sedemikian, populariti rakannya akan terus lenyap. Sekiranya saya diberi watak sebagai Cik Aida. Kawalan emosi perasaan cemburu patut dikawal agar tidak melebih-lebih kerana kesannya akan membawa akibat yang buruk. Jadi, sebagai jalan terbaik saya akan cuba cari jalan untuk mengelak dari timbulnya perasaan cemburu tersebut. Maka adalah lebih baik seandainya saya membina hubungan yang erat dan bertanya padanya tentang cara-cara bagi menjadi terkenal sepertinya. Dengan hubungan yang rapat dan berlakunya perkongsian ilmu ini, dapatlah saya menstabilkan semula emosi saya dan tinggalkan segala perasaan negatif tersebut sejauh-jauhnya. Pada pendapat saya, yang penting bagi menghindari perasaan tersebut adalah cuba sedaya upaya untuk mencuba membina keyakinan diri Dan jadikan semangat yang baru lebih kuat berbanding dahulu. Seandainya saya berada dalam situasi tersebut saya tidak akan terus berputus asa untuk meningkatkan prestasi terutamanya dalam bidang hiburan. Menjadi satu tradisi cabaran dalam dunia seni. Persaingan sentiasa tinggi. Namun kegagalan pertama kali bukanlah bermakna gagal selamanya.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

2. Situasi Perasaan Tidak Rasional Perwatakan seseorang yang tidak berfikiran secara rasional jelas terpancar pada watak Cik Aida yang tanpa memikirkan nyawa rakannya dan kesan akibat perbuatan membunuh. Beliau telah bertindak membunuh rakannya sendiri,CikJulia. Seandainya saya berada di situasi tersebut. Kawalan emosi kendiri amatlah penting pada masa tersebut. Sifat bertindak melulu tanpa kesabaran dan pemikiran yang tinggi patutlah dijauhi. Saya akan terlebih dahulu tenangkan fikiran seterusnya fikirkan kehadapan sebelum merancang dan bertindak serta. Dengan ini saya akan ketahui apakah akibat atas perbuatan bakal dirancang. Contohnya jika saya melakukan pembunuhan, secara tidak langsung saya akan ditangkap serta dipenjarakan beberapa tahun. Jadi rumusnya, kerugian lebih banyak menimpa pada saya berbanding keuntungan atas perbuatan tersebut.

3. Situasi Bimbang Emosi kebimbangan dapat dikesan pada watak Cik Aida semasa pihak polis mmula menjalankan siasatan kes pembunuhan Cik Julia , Cik Aida jelas menunjukkan reaksi keresahan kerana bimbang rahsianya sebagai pembunuh akan terbongkar. Sekiranya saya diberi watak sebagai Cik Aida pergi ketempat-tempat yang tenang dan nyaman dapat hilangkan kebimbangan dan keresahan tersebut. contohnya, ketempat kawasan peranginan seperti pantai-pantai ataupun air terjun. Jadi saya beranggapan tragedi tersebut belum pernah berlaku dan jalankan kehidupan seharian seperti biasa. Pada pendapat saya, pengakuan secara terbuka kepada pihak polis adalah jalan terbaik bagi saya. Dimana dengan kerelaan hati menerima segala tindakkan undangundang akan melenyapkan segala kebimbangan. Jika difikirkan seandainya melarikan diri dari kes tersebut,lambat laun akan terketahui jua pembunuhnya.

10

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

4. SituasiTerkejut Berdasarkan situasi di atas, inspector Rahmat terkejut apabila mengangkat telefon yang diterima olehnya yang menyatakan bahawa Cik Julia telah meninggal dunia. Emosi ini meyebabkan Inspektor Rahmat tersentak dan tidak dapat berkata-kata dan terus ke balai dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan melanggar lampu isyarat. Cara mengurus emosi dalam situasi ini ialah inspektor Rahmat harus bertenang apabila menerima khabar berita bahawa Cik Julia telah meninggal dunia sebagai orang Islam sepatutnya redha menerima ketentuan Ilahi. Perasaan tenang membolehkan seseorang itu tidak bertindak terburu-buru dan seterusnya dapat berfikir secara rasional dalam mengatasi sesuatu masalah. Selain itu, cara yang paling baik ialah Inspektor Rahmat seharusnya menarik nafas perlahan-lahan dan jangan lepaskan perasaan tersebut di jalan raya kerana membahaya diri dan orang lain sebagai pengguna jalan raya.

5. Situasi Rasa bersalah Dalam situasi ini, pembohongan Cik Aida terbongkar apabila pihak polis mengetahui bahawa Cik Aida adalah pembunuh. Perasaan takut dan bersalah dalam diri Cik Aida menyebabkan dia cuba meminta kemaafan daripada Inspektor Rahmat secara serta merta dengan emosi yang tidak stabil. Cara mengurus emosi ini ialah Cik Aida seharusnya cuba berfikir terlebih dahulu akan perasaan orang lain yang mengalami penderitaan akibat perbuatan yang dilakukan selama ini. Emosi ini dapat diatasi dengan meminta maaf secara sopan dan tidak terlalu emosional kerana kemungkinan perlakuan yang ditunjukkan mungkin akan menimbulkan kemarahan orang lain. Cik Aida juga seharusnya cuba minta berbincang terlebih dahulu dan mengaku kesalahan yang dilakukannya dengan sebaik-baiknya agar pihak polis dapat membuat pertimbangan untuk meringankan hukuman atas kesalahan yang dilakukannya.

11

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

6.0 REFLEKSI TAHAP KECERDASAN EMOSI BERDASARKAN WATAK DALAM SITUASI KERANA INGINKAN NAMA.

Cik Aida Berdasarkan situasi tersebut, Cik Aida dapat dikategorikan sebagai seorang yang tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang rendah iaitu suka mementingkan diri sendiri. Tanpa memikirkan sebab dan akibat disisi undang-undang dan agama dia telah bertindak membunuh rakan baiknya. Tujuan utama Cik Aida bentindak sedemikian adalah kerana rakannya telah mencampuri popularitinya sehingga menjadi terkenal berbandingnya. Dimana perasaan cemburunya terhadap kejayaan orang lain tidak pernah terpendam. Janji kepuasan yang dia dapat. Tanpa disedari dia dikatakan terlalu mudah mengikut perasaan sehinggakan tidak dapat berfikiran secara rasional. Dalam perwatakan Cik Aida juga, jelas ternyata dia mengalami emosi yang tidak stabil setelah membunuh rakannya. Kehidupannya sentiasa didampingi kegelisahan dan bercelaru kerana rungsing hal sebenar bahawa dialah sebenarnya pembunuh akan terbongkar. Selain dari emosi diatas, Cik Aida juga merupakan seorang yang pandai mencari helah. Hal sedemikian jelas dilihat semasa ingin mengelak dia disyaki oleh pihak polis, dia terpaksa mencari helah dengan menipu dan berpura-pura tidak tahu mengenai kes pembunuhan tersebut. Diakhir penceritaan Cik Aida seorang yang mempunyai tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi iaitu mudah mempunyai perasaan rasa bersalah iaitu mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Cik Aida berasa bersalah kerana perbuatannya yang membunuh Cik Julia dan menipu pihak polis. Dia juga menangis kerana terlalu sedih rayuannya untuk meringankan hukuman sukar dipertimbangkan. Walubagaimanapun dia menerima dengan seadanya segala hukuman yang bakal diterima Sikap ini membantu kita untuk cuba menilai diri sendiri dan menyedarkan kita bahawa menyedari kesilapan diri sendiri.

12

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

Inspektor Rahmat Berdasarkan dari sepanjang penceritaan dalam cerita, Inspektor Rahmat sentiasa menunjuk emosi yang positif dan mempunyai tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi. Hal jelas ternyata semasa dia mendapat panggilan dari pejabat, Walaupun dia kepenatan setelah menyelesaikan kes. Oleh hal kerana sebagai seorang polis perlu amanah dan bertanggungjawab beliau tetap sabar menerima dengan seadanya kes terbaru. Selain itu, Inspektor Rahmat menunjukkan seorang yang pandai mengawal emosi dalam sesuatu keadaan,. Perkara ini dapat dilihat sepanjang dalam kes soal siasat. Beliau mengguna bahasa-bahasa yang sopan dan nada-nada yang rendah bukannya sebagai seorang polis perlu sentiasa tegas. Beliau bertindak demikian kerana tidak ingin menimbulkan provokasi dan ketegangan antaranya dengan suspek. Berdasarkan secara kesuluruhan analisis penceritaan kerana Ingin nama, Inspektor Rahmat dikatakan mempunyai tahap Komepetensi Kecerdasan Emosi yang rendah iaitu mudah terkejut apabila menerima kenyataan yang berada di luar jangkaannya. Emosi ini digambarkan ketika beliau menerima berita yang menyatakan bahawa Cik Julia telah meninggal dunia. Perasaan ini juga menyebabkan beliau berasa sedih dan memecut kenderaan mengejar masa sehinggakan terpaksa mlanggat lampu isyarat. Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi yang rendah ini menunjukkan bahawa Inspektor Rahmat tidak berupaya menangani masalah dengan berfikir terlebih dahulu dan sebaliknya bertindak tanpa mementingkan keselamatan diri sendiri dan pengguna lain di jalan raya . Diakhir penceritaan, beliau menunjuk reaksi kekecewaan atas sikap seseorang individu yang sangup membunuh rakannya sendiri kerana atas sikap cemburu melihat kejayaan rakannya sendiri. Namun atas sifat cemburu yang melebih-lebih sehinggakan sanggup bertindak membunuhnya. Beliau tidak meyangka Cik Aida sanggup bertindak sedemikian rupa.

13

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

Inspektor Galak Sepanjang perjalanan cerita, watak Inspektor Galak dapat dilihat sentiasa

mempamerkan emosi yang positif. Beliau dapat dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, buktinya dapat dilihat sepanjang

kariernya dalam penceritaan sebagai seorang polis yang tidak mengeluh apabila menerima sebarang tugasan atau amanah. Beliau sentiasa bekerja keras dalam menyelesaikan sesuatu kes. Contohnya setelah bekerja keras mencari dan menyiasat kes tersebut dapat diselaikan dengan cepat dan jayannya. Selain itu, beliau mempunyai kecekapan dalam bertindak sebelum menerima sebarang arahan. Hal ini jelas dapat dilihat semasa Inspektor Rahmat bertanya sudahkah menghubungi kenalan-kenalan mangsa. Dengan senang hatinya, beliau menyatakan perkara tersebut sudah ditanya terlebih dahulu sebelum datangnya Inspektor Rahmat ke pejabat. Beliau bertindak sedemikian kerana bagi mengelak berlakunya kekalutan pada masa akan datang. Bagi dirinya, bertindak terlebih awal akan mepercepatkan sebarang urusan.

7.0 RUMUSAN Kecerdasan emosi merupakan sesuatu yang penting untuk setiap manusia. Seseorang yang memiliki kecerdasan emosi sama ada dari sudut kompetensi personal mahupun kempetensi sosial ini akan memberi manfaat sama ada secara individu atau secara berkelompok. Oleh sebab itu, tanpa pembelajaran kompetensi kecerdasan emosi dalam kehidupan seseorang individu itu, perkara-perkara negatif sentiasa akan mendorong dari belakang melakukannya. Berdasarkan contoh situasi di atas Cik Aida yang

banyak menonjolkan jenis-jenis emosi berdasarkan tingkah laku dan ciri peribadinya. Tanpa adanya kecerdasan emosi, seseorang itu mampu bertindak dengan secara terburu dan tanpa berfikir panjang akan kesan yang bakal diterima

14

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

8.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Ilahi kerana limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus Kompetensi Kecerdasan Emosi tepat pada masanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Kamarulzaman bin Mohd Kutty, iaitu pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi atas bimbingan beliau sepanjang saya melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima

kasih kepada rakan rakan sepengajian kursus PSV/BI/BM (PPISMP) Semester 3 atas kerjasama serta tunjuk ajar dan maklumat yang dikongsikan bersama sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih jelas tentang konsep dan kepentingan emosi dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, tugasan ini juga secara tidak langsung memberi pengetahuan tentang cara-cara mengurus emosi dalam menghadapi situasi yang mencabar. Pemahaman yang jelas tentang emosi amat penting kerana sebagai bakal pendidik, saya harus berupaya memiliki emosi yang positif ketika berhadapan dengan situasi atau masalah terutamanya dalam menangani karenah pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dijalankan di sekolah agar tidak wujud sebarang kelalaian yang boleh mencemarkan nama bidang profesion perguruan kelak. Tugasan ini juga secara tidak langsung membantu

mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan para pelajar melalui perkongsian maklumat dan pendapat ketika proses perbincangan mengenai kerja kursus pendek ini. Akhir sekali, saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan pada masa akan datang. Tugasan ini banyak memberikan pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai Kemahiran Berfikir dan kepentingannya dalam kehidupan kita yang bakal mendidik anak bangsa kelak agar profesion perguruan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan dan di mata dunia. Sesungguhnya, keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburi.
15

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2011

9.0 BIBLIOGRAFI Buku A.J Michael, (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Covey, S.R. (1989). The 7 Habits Of Highly Effective People. London: Simon and Schuster. Kamus Dewan. 2002. Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (2010), Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Internet http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenis-emosi-atau-perasaan.html (dilayar pada 30 Julai 2011) http://www.eqcoach.net/emotional intelligence.html. (dilayari pada 30 Julai 2011) .

16

You might also like