You are on page 1of 20

RBT 3120

KUMPULAN 3

Tutorial M3 Faktor-faktor Pemilihan Pakaian


AHLI KUMPULAN LING WAN XIN SIEU JIE YING LOO CHOOI FENG ONG YEN THENG PISMP-BC-G4

Pakaian
Pakaian adalah ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki, kasut, sandal, but) dan kepala (topi). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan fungsian dan sosial.

KEPERLUAN FISIOLOGI
Pakaian diperlukan sebagai pelindung tubuh dalam semua keadaan iklim panas dan sejuk. Pakaian adalah keperluan fisiologi kerana pakaian dapat melindungi kulit daripada menjadi kering dan mengawal suhu tubuh. Umur dan bentuk tubuh seseorang juga dapat mempengaruhi pemilihan pakaian. Contohnya pakaian wanita yang sedang mengandung perlulah longgar dan mempunyai stail yang ringkas agar mereka selesa memakainya.

Pemilihan pakaian yang sesuai dapat membuat bentuk tubuh seseorang kelihatan lebih menarik. Contohnya jika seseorang bertubuh kurus dan langsing corak fabrik yang sesuai ialah jalur melintang atau kosong serta warna yang terang atau garang dan mengikut stail pakaian yang kembang sesuai untuknya begitu juga sebaliknya untuk seseorang yang bertubuh gempal.

Pakaian wanita mengandung

Pakaian untuk wanita yang bertubuh kurus

PENDIDIKAN
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga menjadikan individu mempunyai pandangan yang luas terhadap fesyen. Dengan pengetahuan ini individu dapat meningkatkan minat dan kehendak kepada fesyen yang baru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemilihan pakaian. Pengetahuan ini juga dapat mempelbagaikan fesyen pakaian mengikut peredaran zaman.

GEOGRAFI
Iklim mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Di negara panas, fabrik yang sesuai untuk dijadikan pakaian ialah fabrik yang dapat menyerap lembapan dan stail yang sesuai ialah stail longgar untuk memudahkan peredaran udara.

Pakaian tebal daripada febrik bulu biri-biri atau kulit diperlukan di negara sejuk. Biasanya ia adalah pakaian ketat dan menutup keseluruhan tubuh untuk mengurangkan peredaran udara dan mengekalkan haba tubuh.

BUDAYA DAN AGAMA


Pakaian tradisional melambangkan budaya sesuatu kaum dan ia digenerasikan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya tetapi diubahsuai mengikut peredaran zaman. Contohnya, kebaya ialah pakaian tradisi orang Melayu, ceongsam adalah pakaian tradisi orang Cina dan sari adalah pakaian orang India.

Baju Kebaya

Ceongsam

Sari

Pakaian orang Islam perlu menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Bagi agama lain pula, mereka memiliki ketetapan pakaian masing-masing. Warna seperti putih, hitam, merah, kuning, dan hijau pada pakaian adalah memberi pengertian mengikut keadaan dan situasi tertentu.

KEMAJUAN TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi membolehkan pakaian siap dikeluarkan dengan mudah, cepat dan banyak. Hasil ciptaan gentian sintetik, membolehkan kita mempunyai fabrik dan kemasan yang baru seperti menjadikan pakaian tidak mudah renyuk dan mudah dijaga. Perkembangan media massa seperti filem dan video turut mempengaruhi stail dan pemilihan pakaian individu.

KEPERLUAN SOSIAL
Seseorang individu memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat. Mereka perlu menyesuaikan pakaian dengan peranan mereka pada masa atau keadaan tertentu. Contohnya, pakaian kasual dipakai pada situasi yang informal, pakaian formal untuk rasmi dan pakaian seragam untuk menjalankan tugas tertentu.

Rujukan
http://cikgusrt.wordpress.com/category/pera nan-pakaian/faktor-pemilihan-pakaian/ http://viknesvari.wordpress.com/pakaian/fakt or-pemilihan-pakaian/ http://noorhidayailliasbpsrt.wordpress.com/fa brik-2/pemilihan-pakaian/

Sekian Terima Kasih

You might also like