You are on page 1of 1

Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri,
merompak dan lain-lain yang dilakukan oelh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk
membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan
seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-
undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat
penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah
keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

(4) Akibat ke atas negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos
nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

(a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran


ekonomi;
(b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan
pemulihan penagih dadah;
(c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
(d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang
berkaitan; dan
(e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan
anggota polis,kakitangan jabatan penjara,
mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan
jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat
dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang
menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu
membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada
kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang
menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan
negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :

(a) Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara


langsung;
(b) Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai
perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan
kesan buruk kepada keselamatan negara.

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara
Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di
abad Kelapan belas.

You might also like