You are on page 1of 8

Prinsip penglibatan aktif Maklumbalas yang serta merta Gabungan teori behavioris tentang peneguhan dan proses kognitif

if dalam memahami tingkah laku seseorang.

Sambungan..
Tingkah laku sosial dan interpersonal dipelajari dengan memerhati dan meniru tingkah laku orang lain/model diikuti dengan peneguhan bagi tingkah laku itu. Terdapat 4 proses dalam modelling: memberi perhatian, mengingat, melakukan, memberi peneguhan. Akhirnya, terdapat identifikasi di mana tingkah laku yang ditiru menjadi tingkah laku biasa seseorang.

Dlm. Pengajaran Pend. Khas, guru boleh menjadi model kpd. murid-muridnya. Model bermaksud ikutan, maka guru perlulah mengajar dan menunjukkan ikutan yg. baik kpd. murid. Contoh: Guru hendak mengajar kemahiran membasuh pinggan kpd. seorang murid Down Sindrom. Langkah demi langkah digunakan secara teratur utk. mengajarnya. Dlm. hal ini, guru bukan setakat mengajar malah perlu sama-sama melakukan perbuatan membasuh pinggan itu.

Dlm. proses pembelajaran ini, murid meniru tingkah laku guru membasuh pinggan. Ini dikatakan murid memberi maklum balas serta-merta terhadap tingkah laku guru tersebut. Setelah murid berjaya meniru tingkah laku guru itu, maka peneguhan perlu dilakukan pula. Dlm. hal kemahiran membasuh pinggan ini, peneguhan dpt dilakukan dgn cara membiasakan murid tersebut membasuh pinggan sebagai latihan, sama ada di sekolah atau di rumah dengan kerjasama ibu bapa.

4 LANGKAH PROSES MODELLING YG. DIAPLIKASIKAN DLM. KEMAHIRAN MEMBASUH PINGGAN


MEMBERI PERHATIAN Murid mendengar arahan guru dan melihat kelakuan guru membasuh pinggan.

MENGINGAT Murid mengingat kelakuan guru.

MELAKUKAN

Murid melakukan perbuatan yg. sama spt gurunya tadi.

MEMBERI PENEGUHAN Peneguhan dilakukan oleh guru dgn meberi latihan yg kerap kpd murid.

IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Semua tingkah laku boleh dipelajari dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan rangsangan yang sesuai. Cth: Guru mempersiapkan diri sbg. model yg baik dan menjadi rangsangan kpd tingkah laku murid. Rangsangan juga boleh diberikan dgn cara mengumpan murid dengan ganjaran jika dia berjaya melakukan tingkah laku yg diingini.

2. Gunakan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran Cth: Guru memberi peneguhan seperti memberi pujian kpd. murid setelah murid berjaya menunjukkan tingkah laku yg diingini.

3. Adakan latihan selepas sesuatu pembelajaran. Cth: Latihan susulan perlu dilakukan sbg peneguhan bagi dapatan murid dlm setiap sesi P&P. 4. Pecahkan pembelajaran yang kompleks kepada unit-unit kecil. Cth: Dlm. mengajar murid membaca, guru perlu memecahkan pembelajaran tersebut kpd. eberapa bahagian bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf, mencantumkan bunyi lebih drpd satu huruf dll.

You might also like