You are on page 1of 23

1

910/1 STPM 2010


SMK SACRED HEART
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1
BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
( ANEKA PILIHAN )
( Dua jam )
SI1IL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )
Arahan kepada caIon:
1ANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Ada enam puIuh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.
Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlah markah
anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.
Kertas soaIan ini terdiri daripada 23 haIaman bercetak dan 1 haIaman kosong.
STPM 910/1 [ Lihat sebelah
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
2
SoaIan-soaIan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah ini.
Di Malaysia bencana alam jarang-jarang berlaku. Namun begitu,
antara bentuk bencana alam yang kerap direkodkan di negara ini ialah
banjir, banjir kilat, dan tanah runtuh. Bencana alam sebahagian besarnya
berlaku akibat daripada proses alam semula jadi. Sepanjang sedekad yang lalu,
terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas,
seperti Tragedi Highland Towers (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), dan
kejadian tanah runtuh di Gombak (2004). Tragedi hempasan ombak
Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali
berlaku dan tidak mungkin kita lupakan.
Kejadian tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat, atau kebakaran
hutan bukan kerana kesalahan alam ciptaan Tuhan, tetapi disebabkan
oleh perbuatan manusia yang tidak mempedulikan betapa pentingnya
mereka memelihara alam sekitar. Sikap rakus yang mementingkan
keuntungan dan kesenangan dengan cara mudah menyebabkan berlaku
penebangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata,
pembuangan sisa toksik, dan sistem perbandaran tidak sistematik.
Fenomena bencana alam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa
dan memusnahkan harta benda, tetapi juga telah menjejaskan ekonomi
termasuk sektor pelancongan sesebuah negara. Tamsilannya, bencana
ombak Tsunami dan gempa bumi yang melanda Sri Lanka, ndia, Thailand,
ndonesia, Maldives, Myanmar, dan Malaysia membawa kerosakan yang amat
besar. Tragedi Tsunami yang menggemparkan seluruh dunia wajar dijadikan
iktibar kerana bencana ini bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa,
kemusnahan harta benda, malah mengubah peta dunia. Ada yang hilang
dan dijangkakan akan menambahkan angka kematian. Harta benda seperti
rumah, ternakan, dan kenderaan telah musnah dalam sekelip mata. Yang
lebih menyedihkan atau mengharukan ialah kehilangan orang yang
tersayang seperti anak dan ahli keluarga, bak kata pepatah berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Selain itu, mangsa bencana sering mengalami gangguan emosi dan
fizikal. Lebih-lebih lagi peristiwa yang berlaku buat pertama kali dalam bentuk
yang menakutkan, mengerikan, atau menyayat hati dan datangnya secara
mengejut akan mengakibatkan persediaan mental menjadi kurang mantap.
Keyakinan mereka terhadap kehidupan semakin pudar lalu menjadikan aktiviti
kehidupan bertukar hambar. Selain menjejaskan mental, mangsa yang
trauma juga akan mengalami ketidakstabilan emosi. Oleh itu, mereka yang
tidak terlibat hendaklah bersyukur dan mengambil kesempatan untuk
membantu mereka yang menjadi mangsa pengalaman traumatik.
ntihanya, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen
penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang
amat berharga. Pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
3
perhatian khusus bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan
bersifat mesra alam. Bagi mengukuhkan pengurusan alam sekitar,
kerjasama dan penyelarasan yang bersepadu antara sektor kerajaan,
swasta, dan badan bukan kerajaan sangat diperlukan. Namun begitu, peranan
individu juga penting sebagai entiti yang bertanggungjawab melindungi dan
memelihara alam sekitar. Tegasnya, tanggungjawab untuk memelihara
alam sekitar bukan terletak kepada pihak yang berwajib sahaja, tetapi menjadi
tanggungjawab semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun
secara tidak langsung.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Bencana Alam Angkara Siapa',
Dewan Siswa, September 2006)

1. Fokus petikan ini ialah
A. kesan-kesan bencana alam
B. punca-punca bencana alam
C. bencana ialah ketentuan Tuhan
D. kesan Tsunami kepada manusia
2. Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan bencana alam kepada
manusia?
A. Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan harta benda.
B. Bencana alam menyebabkan mangsa kehilangan orang tersayang.
C. Bencana alam menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi
dan fizikal.
D. Bencana alam menyebabkan sektor pelancongan dan ekonomi
negara terjejas.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
4
3. Mengapakah mangsa sesuatu bencana sering mengalami gangguan
emosi dan fizikal?
. Mangsa bencana tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.
. Mangsa bencana tidak mendapat sokongan untuk meneruskan
kehidupan.
. Bencana berlaku secara mengejut dan menyebabkan persediaan
mental kurang mantap.
V. Bencana berlaku buat pertama kali dan dalam keadaan yang
sungguh menakutkan, mengerikan atau menyayat hati.
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
4. Berikut merupakan langkah-langkah yang disarankan oleh penulis
untuk memelihara alam sekitar kecuaIi
A. pengurusan alam semula jadi yang sistematik perlu diberi perhatian
B. pelbagai sektor perlu memberi kerjasama untuk mengukuhkan
pengurusan alam sekitar
C. pihak yang berwajib dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk
memelihara alam sekitar
D. setiap individu perlu memainkan peranan untuk melindungi dan
memelihara alam sekitar
SoaIan-soaIan 5 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini.
Keengganan pelajar sekolah membawa buku teks dikesan
membabitkan pelajar sekolah menengah antara tingkatan tiga hingga tingkatan
lima. Masalah ini tidak ketara dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelajar
yang enggan membawa buku teks ini ialah pelajar yang melanggar disiplin
sekolah dan seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.
bu bapa perlu bertanggungjawab kerana tidak prihatin dengan
tindakan anak masing- masing, termasuk tidak memeriksa buku dan jadual
pembelajaran anak di sekolah. Sesungguhnya, jika ibu bapa mengambil berat
tentang hal anak-anak, tidak mungkin ada pelajar ke sekolah tanpa membawa
buku teks. Sepatutnya ibu bapa boleh memeriksa dan melihatnya dengan
jelas sama ada beg anak itu nampak tebal atau nipis. Sekiranya nampak nipis
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
S
dan ringan, sudah tentu tiada buku di dalamnya. Apabila dibuat
pemeriksaan (sportcheck), didapati ada pelajar yang tidak membawa apa-apa
pun ke sekolah walaupun sebatang pen. Hal ini bermakna pelajar tersebut
hanya menghadirkan diri ke sekolah tetapi bukannya untuk belajar. Sepatutnya
kejadian sedemikian tidak berlaku jika ibu bapa mengambil berat tentang
soal persekolahan anak-anak mereka.
Kemungkinan buku teks yang tebal dan berat, menjadi punca pelajar
tidak suka membawa buku ke sekolah. Buku teks yang berat sepatutnya tidak
dijadikan alasan kerana jadual pembelajaran yang disusun oleh pihak
sekolah adalah anjal dan tidak akan membebankan pelajar. Selalunya kes
tidak membawa buku ini hanya membabitkan pelajar malas, baik di
bandar mahupun di luar bandar. Kes yang melibatkan segelintir pelajar ini perlu
ditangani segera supaya wabaknya tidak menjadi barah yang sukar diubati lagi.
Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti buku teks yang
dikeluarkan. Kualiti buku teks sangat penting untuk menjaga reputasi
pendidikan negara.
Kementerian Pelajaran menerusi Unit Penyelidikan, Sektor Penerbitan
dan Penyelidikan Bahagian Buku Teks hanya melakukan kajian mengenai
masalah beg berat dalam kalangan pelajar sekolah rendah, tetapi tiada kajian
khusus mengenai pelajar sekolah menengah. Presiden Persatuan bu Bapa
dan Guru Negara, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan turut
mengakui kewujudan masalah tersebut. Berdasarkan pemantauan,
kebanyakan pelajar memberikan alasan buku teks berat dan penyusunan
jadual waktu tidak sistematik menyebabkan mereka tidak membawa buku ke
sekolah. Ada pelajar dengan berani mengakui bahawa mereka malas
membawa buku teks ke sekolah. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu
memberikan tunjuk ajar kepada pelajar supaya menjadi insan yang lebih
bertanggungjawab dan berdisiplin. Guru pula perlu menyuruh pelajar menulis
ungkapan Saya akan membawa buku teks ke sekolah dalam beberapa
muka surat bagi menyedarkan mereka mengenai kepentingan buku teks
ketika pembelajaran.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Berita Harian, 8 Februari 2009)
5. Apakah faktor utama pelajar sekolah menengah tidak membawa buku
teks ke sekolah?
A. Mereka bersikap suka melanggar disiplin.
B. Mereka mendakwa buku teks tebal dan berat.
C. Mereka merupakan golongan pelajar yang malas
D. Mereka hanya hadir ke sekolah tetapi tidak berminat untuk belajar.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
6
6. Mengapakah gejala tidak membawa buku teks ke sekolah perlu diatasi
dengan segera oleh semua pihak yang terlibat?
A. Gejala ini akan berjangkit kepada pelajar cemerlang
B. Gejala ini akan terus merebak di desa dan di Bandar
C. Kemajuan pelajar seluruh negara akan bertambah merosot
D. Disiplin pelajar bertambah buruk dan tidak dapat dibendung lagi
7. Apakah cara yang paling berkesan bagi menangani masalah ini?
A. bu bapa perlu mengambil berat tentang masalah buku teks anak-
anak.
B. Pihak sekolah harus menyediakan jadual yang tidak membebankan
pelajar.
C. Guru perlu menyedarkan pelajar tentang kepentingan buku teks
ketika pembelajaran.
D. Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat tentang kualiti
buku teks yang dikeluarkan.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
7
SoaIan-soaIan 8 hingga10 berdasarkan carta aIir di bawah ini.
8. Kemerosotan kepelbagaian biologi dalam carta alir berpunca daripada
A. pencemaran air
B. pencemaran bunyi
C. pencemaran tanah
D. pencemaran udara
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
8
8ahasa Melayu
nlas Lampung
Crang LauL Mlnangkabau
8aLak
9. Saintis menganggarkan bahawa pada tahun 2080, suhu udara di
dunia akan meningkat kepada 3 'C
Dengan merujuk carta alir, penyataan di atas membawa kesan paling
ketara kepada
A. perubahan iklim
B. perubahan populasi haiwan
C. perubahan komposisi tumbuhan
D. perubahan kepelbagaian biologi
10. Apakah tajuk yang sesuai bagi carta alir tersebut?
A. mpak kemerosotan kepelbagaian biologi.
B. mpak pembangunan terhadap alam sekitar.
C. mpak pembangunan terhadap kepelbagaian biologi.
D. mpak pencemaran alam sekitar terhadap kepelbagaian biologi.

11. Berdasarkan rajah di atas, bahasa X yang tergolong dalam bahasa
Melayu ialah
A Sulu
B Bisaya
C Aceh
D Bikol
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
9
12. Mengapakah bahasa Melayu kuno berkembang pesat dan mengatasi
perkembangan bahasa Jawa kuno?
A. kerana mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa
Jawa kuno
B. kerana bahasa Melayu kuno merupakan bahasa utama di Asia
Tenggara
C. kerana bahasa Melayu kuno mempunyai sistem tulisan yang sama
dengan tulisan Palava
D. kerana bahasa Melayu kuno digunakan oleh golongan istana pada
zaman kerajaan Sriwijaya
13. Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik
. Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit
. Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu
. Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13
V. Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman
bahasa Melayu klasik
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
14. Berikut ialah matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) kecuaIi
A. memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan
B. memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan
C. menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan
D. menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam
bahasa kebangsaan
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
10
15. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara bahasa Melayu
moden dengan bahasa Melayu klasik?
. Bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi bahasa Arab dan
panjang-panjang, manakala bahasa Melayu moden ringkas, padat,
dan tepat.
. Bahasa Melayu moden menggunakan bahasa Melayu biasa dan
pelbagai laras manakala bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa
istana
. Bahasa Melayu moden hanya menerima pengaruh bahasa Arab dan
nggeris, manakala bahasa Melayu klasik dipengaruhi bahasa
Sanskrit
V. Bahasa Melayu moden banyak menggunakan ayat pasif, manakala
bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat aktif
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
16. Apakah kesan pengekodan tatabahasa yang dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka ( DBP )?
A. Aktiviti DBP seperti Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa dilaksanakan
setiap tahun
B. Sistem ejaan yang digunakan mengikut bahasa Za'aba telah
ditukarkan kepada sistem ejaan baru
C. Bidang morfologi dan sintaksis berkembang pesat serta
bertambahnya kosa kata, pengimbuhan, dan struktur kata
D. Tertubuhnya Jawatankuasa stilah Kerajaan dan Pedoman Umum
Pembentukan stilah Bahasa Melayu ( PUPBM )
17. Pilih padanan jenis pinjaman bahasa asing yang tepat.
Jenis pinjaman Contoh kata pinjaman
Pinjaman tulen Matematik
Pinjaman pemerian Kasut but

Pinjaman
berpindah
Dialek Pulau Pinang
V Pinjaman kuno Purnama
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
11
Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula
menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara dalam suku keempat
tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot dan
pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut terjejas.
Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencatatkan
penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1 peratus.
18. Yang manakah benar tentang bahasa formal?
. Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana
. Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan
peraturan bahasa
. Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi,
ayat gramatis,dan tatabahasa
V. Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan
menggunakan ragam bahasa bebas
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
19. Petikan di atas menggunakan laras bahasa
A undang-undang
B media massa
C ekonomi
D biasa
20. Hubungan leksikal yang terdapat dalam wacana di atas ialah
A sinonim
B hiponim
C kolokasi
D pengulangan
Pak Ali ada menjual durian, manggis, rambutan, buah mata kucing, dan
langsat. Buah-buahan itu dibeli dari kampung berhampiran secara
borong.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
12
21. Yang berikut adalah ciri-ciri wacana kecuaIi
A ada tujuan
B mempunyai urutan
C maklumat berlawanan
D hubungan dengan khalayak
22. Retorik petikan di atas berbentuk
A pemujukan
B penerangan
C pemerian
D pendedahan
23. Teknik penyampaian idea di atas menggunakan teknik
A pencerakinan
B pentakrifan
C deduksi
D analogi
Syampu Kudu yang diperbuat daripada buah mengkudu mampu
menghitamkan rambut yang telah beruban, menghilangkan kelemumur,
dan gatal-gatal kulit kepala. Harga syampu ini mampu dibeli oleh
semua orang.
Membandingkan sesuatu dengan perkara lain yang sama cirinya
Menerangkan sesuatu yang sukar atau kompleks dengan
membandingkan perkara tersebut dengan yang lebih mudah
difahami
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
13
24. Yang manakah rujukan kehormat yang saIah ?
GeIaran PanggiIan kehormat
A
Bergelar warisan seperti Tengku,
Raja, Tunku, Engku, dan Ungku
Yang Mulia
B Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Berbahagia
C Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
D Mufti Sahibus-Samahah
25. Perkataan yang menepati bunyi di atas ialah
A. Baku
B. Pasu
C. Batu
D. Catu
26. Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji
A. bahasa secara saintifik
B. bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
C. fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut
D. bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut
27. Pilih penyataan yang benar tentang penghasilan bunyi / n /
. Pita suara digetarkan
. Bibir bawah dirapat ke bibir atas
. Lelangit lembut dinaikkan
V. Sebahagian arus udara keluar melalui rongga mulut
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
Letupan dua bibir tidak bersuara
Vokal depan luas
Geseran gigi-gusi
Vokal belakang sempit
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
14
P T
Q U

R V
S W
Carta keratan Iidah
28. P dalam carta di atas ialah
A. vokal depan sempit
B. vokal belakang sempit
C. vokal depan luas
D. vokal belakang luas
29. Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang kesemua
perkataannya mempunyai konsonan sisian?
A. bebas, terbang, kandas
B. keras, jalang, serlah
C. makan, lambat, formal
D. penggal, lambang, palang
30. Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mempunyai
bunyi diftong?
A. pau, tahu, hairan
B. sekoi, pantau, pantai
C. kain, kacau, mulai
D. boikot, daun, induk
31. Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya menepati pola
keselarasan vokal bahasa Melayu [e pepet - a ]?
A. Rehat, kejar, kelat
B. Beras, kebas, lemak
C. Bebas, lebar, lempar
D. Dekad, bebas, tempang
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
1S
32. Antara yang berikut, kumpulan kata adjektif manakah yang mempunyai
sisipan 'em' ?
A. Kemetot, semantan, semangat
B. Gemilang, semantan, semerbak
C. Gelembung, semangat, semerbak
D. Gemuruh, gemilang, gelembung
33. Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
dengan betuI?
. Banjir besar itu beransur surut.
. Kami tidur berbantalkan lengan.
. Padi sedang menguning di sawah.
V. Mereka asyik berbual di warung Mak Lijah.
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
34. Kata ganda tersengih-sengih dalam ayat di atas membawa maksud
perbuatan
A. Berpanjangan
B. berulang-ulang
C. saling berbalasan
D. bersungguh-sungguh
35. Kata akronim jentolak terhasil daripada percantuman
A. suku kata awal kata
B. huruf-huruf awal kata
C. huruf dan suku kata sesedap sebutan
D. bahagian awal kata pertama dengan bahagian lain kata yang
menyusulinya
Anak bongsu Hamidah tersengih-sengih kegelian melihat telatah ibu
mereka.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
16
36. Antara ayat berikut, yang manakah mengandungi kata kerja berawalan
meN-yang tidak membawa maksud menuju sasaran?
A. Ombak memutih di pantai.
B. Penyu itu melaut selepas bertelur di pantai.
C. Kapal terbang itu mendarat cemas di padang sekolah.
D. Sampan itu menepi ke pangkalan untuk mengambil penumpang.
37. Pilih ayat yang mengandungi kata bantu ragam?
. Kami tidak pernah melihat orang itu.
. Anak kucing Asri dapat memanjat pokok.
. Encik Ganesh hendak mengembara ke China.
V. Semua pemenang pertandingan itu sudah menerima hadiah
masing-masing.
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
38. Ayat-ayat berikut mengandungi kata bilangan himpunan kecuaIi
A. Setiap penduduk kampung mendapat subsidi baja.
B. Ketiga-tiga orang penjenayah itu akan dipenjarakan.
C. Beratus-ratus orang telah kehilangan harta benda akibat banjir kilat
itu.
D. Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di
Jawa Barat semalam.
39. Kata praklausa ialah
A. kata penyambung ayat
B. kata yang digunakan di hadapan frasa
C. kata yang digunakan di hadapan klausa dan kata
D. kata tugas 'nya' yang diletakkan selepas sesuatu perkataan
40. Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper....kan yang betuI.
A. Kerani itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan
pulang awal.
B. bu memperisterikan anak terunanya dengan gadis Timur Tengah
yang cantik.
C. Majlis Perbandaran Kangar telah memperindahkan kawasan itu
sempena lawatan Perdana Menteri Thailand.
D. Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di
rantau Asia Tenggara perlu digiatusahakan.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
17
41. Perkataan 'memperlebar' melalui proses pengimbuhan berikut
A. awalan + kata akar
B. awalan + awalan + sisipan
C. awalan + awalan + sisipan + akhiran
D. awalan + kata akar + sisipan + akhiran
42. Pilih kumpulan kata pinjaman yang dieja dengan betuI.
A. Menskru, membrek, menfitnah
B. Mengklip, menstor, menstabilkan
C. Memplagiat, memblok, memeroses
D. Menafsir, menakrifkan, menyetabilkan
43. Antara ayat yang berikut, yang manakah tidak boleh mengalami
pengguguran frasa keterangan?
. Pembangunan menjadi pesat.
. Penyakitnya beransur sembuh.
. Mereka berkebun di kampungnya.
V. Pak Haji itu berserban setiap masa.
A. dan
B. dan
C. dan V
D. dan V
44. Penyataan di atas merupakan ciri
A. ayat dasar
B. ayat mudah
C. ayat tunggal
D. ayat terbitan
Terdiri daripada satu klausa
Tidak terhad kepada ayat penyata sahaja
Terdiri daripada ragam ayat aktif dan pasif
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
18
45. Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut, yang manakah yang betuI
penggunaannya?
. Lokman bukan ke Johor tetapi Kelantan.
. Kekayaannya bertambah dari tahun, ke setahun.
. Encik hendak berpindah ke Thailand atau ke ndonesia?
V. Kekuatan rohaninya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
46. Pilih ayat yang mengandungi frasa nama dengan binaan 'inti + inti' yang
membawa maksud sama erti?
A. Tuan puan diminta bersabar.
B. Warna merah tua ialah warna pilihan Tika.
C. Kita janganlah menjadi hamba wang ringgit.
D. bu bapa mesti mengawasi anak-anak mereka.
47. Ayat yang manakah menepati rumus tersebut?
A. Simon sedang tidur di bilik
B. Ramu telah gagal untuk mendapat keputusan peperiksaan yang
cemerlang
C. Kebanyakan penduduk di situ masih tinggal di rumah setinggan
D. Tan Heng hendak mengusahakan perniagaan keluarganya di
Muadzam
48. Yang manakah antara ayat berikut ayat pasif
. Persatuan Penduduk Bukit Setongkol serahkan memorandum
bantahan itu kepada kerajaan.
. Pengeluaran haiwan ternakan terjejas oleh pertumbuhan ekonomi
yang kurang baik.
. Kaucurahkan kasih sayang kepadaku.
V. Peraturan yang lebih ketat kerajaan laksanakan untuk menghindari
penyakit berjangkit.
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
19
49. Ayat-ayat berikut mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau
bahagian-bahagiannya kecuaIi
A. Ke pejabatkah dia?
B. Orang berkaca mata inikah datuknya?
C. Sekarang jugakah kakak hendak tidur?
D. Ke Kuala Lipiskah dia bulan lalu?
50. Yang manakah antara ayat berikut mengandung frasa kerja dengan dua
objek
. Datin Sofia menghidangi besannya sepinggan laksa
. Sultan menganugerahi pegawai polis itu bintang kebesaran negeri
. Kumaresan menamai kambingnya Si Tepok
V. Dia menganggap saya adiknya
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
Perahu layar yang berwarna putih itu milik Datuk Kassim
51. Layar dalam ayat tersebut berfungsi sebagai
A. Penerang nama milik
B. Penerang nama kegunaan
C. Penerang nama perihal atau perkara
D. Penerang nama tenaga penggerak
Sepinggan nasi ayam pengalas perut kosong masih terletak di atas
meja kuning itu
52. Yang manakah komponen ayat tersebut yang berfungsi sebagai predikat?
A. sepinggan nasi ayam
B. sepinggan nasi ayam pengalas perut kosong
C. masih terletak diatas meja kuning itu
D. masih terletak
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
20
Sarjit Sigh akan melancong ke Pulau Tioman jika dibenarkan oleh
keluarganya
53. Ayat tersebut ialah
A. Ayat majmuk gabungan aktif
B. Ayat majmuk gabungan pasif
C. Ayat majmuk keterangan aktif
D. Ayat majmuk keterangan pasif
54. Ayat-ayat di atas mengalami
A Proses penyusunan semula
B Proses peluasan
C Proses pengguguran
D Proses pemajmukan
55. Semua ayat berikut mengalami proses transformasi relativisasi kecuaIi
. Mereka membeli kereta yang diimport dari Jepun
. Kakak menonton filem yang seram arahan Azizah
. Kalau mendapat kebenaran daripada ayahnya, dia akan hadir
V. Samsul menghadiahi neneknya seutas rantai mutiara
A. dan
B. dan V
C. dan
D. dan V
Kami menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah Ayat aktif
Kemerdekaan negara kami tuntut daripada penjajah Ayat pasif
Kami tuntut daripada penjajah kemerdekaan Negara Ayat songsang
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
21
Janet tidak hadir ke sekolah kerana dia kurang sihat semalam
Penduduk kampong itu berjaya menternak lintah lantaran usaha gigih
mereka
56. Kata hubung dalam ayat-ayat tersebut ialah
A. Kata hubung keterangan akibat
B. Kata hubung keterangan harapan
C. Kata hubung keterangan musabab
D. Kata hubung keterangan syarat
57. Jenis kiasan yang berhuruf condong dalam ayat dan ayat ialah
I II
A. kiasan terus kiasan asal
B. kiasan sandar kiasan melarat
C. kiasan berpindah kiasan pemanis
D. kiasan sandar kiasan berbunga
Ayat : Setelah dia tersedar daripada pengsan dia
masih pening lalat.
Ayat : Penduduk Palestin menentang rejim srael di
Gaza dengan semangat merah menyala-nyala.
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
22
58. Pilih padanan hubungan semantik yang betuI.
. Kakak saya Kakakku
. Gemuk Kurus
. Kala
V. Hangat
P Antonim
Q Homonim
R Polisemi
S Sinonim
V
A S P R Q
B Q P S R
C S P R Q
D S P Q R
Amir : Surej, ekspedisi kita ke Gunung Tahan akan kita teruskan juga
walaupun kini musim tengkujuh.
Surej : Ya.ya.saya setuju dengan cadangan itu. Jangan bimbang
saya tetap akan ikut serta.
Gan : Saya juga akan bersama-sama dengan kamu kerana saya
sudah biasa berkhemah pada musim tengkujuh. Walau apapun, kita
bertiga mesti meneruskan rancangan kita ini.
59. Yang manakah antara perumpamaan berikut menepati dialog di atas?
A Manusia berpegang kepada janjinya
B Dilambai tak nampak diseru tak dengar
C Dianjak layu dialih mati
D Biar putih tulang, jangan putih mata
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/
23
60. Pilih padanan yang betuI.
Jenis kiasan Contoh kiasan
A Kiasan melarat Kutu embun
B Kiasan berbunga Ruan menyambar meriak air tenang
C Kiasan sandar Orang rumah
D Kiasan pemanis Senyum kambing
TAMAT
http://edu.joshuatly.com/
http://exammy.com/

You might also like