You are on page 1of 14

Prakata

Berazam Untuk Memperoleh


Keputusan Cemerlang
Dalam SPM.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu mencatat sejarah apabila seorang calon memperoleh
20 A1 dan 1 A2, sekali gus mengatasi pencapaian Nor Amalina Che Bakri, Johor tahun 2005 dan Siti Fatimah Mukthar,
Kelantan tahun 2006. Calon berkenaan ialah Azali bin Azlan dari SMKA Yan, Kedah.

Tahun lepas, seramai 6,247 orang calon berjaya memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Daripada jumlah itu, seramai 1,072 calon memperoleh 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Anda haruslah
berazam untuk menjadi seperti calon-calon cemerlang tersebut, untuk tahun ini.

Bagi pengetahuan anda, anda memerlukan sijil SPM yang mempunyai kualiti sebagai permulaan untuk masa depan
yang cerah. Jika anda memiliki keputusan yang cemerlang dalam SPM, anda bukan sahaja berpeluang mengambil
jurusan yang dicita-citakan di institusi pengajian tinggi yang terkenal di seluruh dunia, malah anda juga berpeluang
menamatkan pengajian anda secara percuma. Sebagai seorang pelajar cemerlang, masa depan anda adalah amat
cerah.

Oleh itu jadikan azam dan matlamat anda untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Untuk menjadi
seorang pelajar cemerlang, anda mestilah berusaha dengan tekun, tanpa menjadi bosan atau “give up”. Ia harus
dilakukan secara berterusan sehinggalah hari terakhir anda mengambil peperiksaan.

Saya amat berharap buku Times Soalan Ulangkaji SPM 2008 ini dapat membantu mencapai inpian dan cita-cita anda.
Pastikan anda menjawab semua soalan latihan di dalam buku ini kerana ia dikarang oleh guru-guru yang mempunyai
pengalaman yang luas. Saya pasti soalan-soalan yang terkandung didalam buku ini dapat membantu anda dalam
menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih baik.

Selamat maju jaya!

Ibrahim Saad
PENGARANG
• Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (1971-1986)
• Pengarang Pendidikan, Berita Harian (1987-2004)

Panel Penulis
► Bahasa Malaysia - Pn Aini Hasninawati Hashim ► Physics - Pn Muzlifah Mohd Yusof
► Bahassa Inggeris - Pn Nurehan Moktar ► Chemistry - En Ismail Samat
► Mathematics - En Roslan Kamaruddin ► Biology - En Al-Irwan Saihiboll Rahim
► Sejarah - En Syed Muslimin Fadhil ► Prinsip Akaun - Pn Faridah Othman
► Science - Pn Ruslizawati Ahmad ► Additional Mathematics - En Roslan Kamaruddin
about the book
Hi Everyone!
We are back once again to lend you a hand, with For instance, did you know that studying for a Law
some well researched Questions for SPM2008. degree requires a lot of patience, self discipline and
good language competence? Also, did you know
Although examinations are looming around the that studying for Law opens up many doors for you,
corner, fret not. We at Times, are confident that these in terms of job scope? The same goes for studying
questions will be of great help to you, as you prepare for an Accounting degree. Find out why you won’t be
tirelessly. restricted to just being an accountant if you take up an
Accounting course.
For those of you who may not be familiar, the Soalan
Ulangkaji SPM2008 is a book on SPM questions The pages on Careers (which you will find in between
that have been compiled, by an experienced team of the subjects) explains how you can choose or decide
teachers. on a career path, whether you should take it up, why
you should pursue it and where to look for some
The book is put together by none other than Cikgu answers.
Ibrahim Saad, who has extensive exposure in the
education sector. He is the ex-Education Editor at We have roped in significant individuals with years of
Berita Harian, yes…the people who do SKOR. experience and currently serving with institutions of
higher learning to provide their take on how you can
This book, as you will discover, focuses on 10 go about choosing a career.
subjects, namely Bahasa Melayu, English, History,
Biology, Chemistry, Physics, Additional Mathematics, So take a break while you are poring over the
Accounts and Science. questions, and check out our pages on the highlighted
careers.
So how can you benefit from this book?
First and foremost, it provides additional revision Also, reminders to all of you…do check out our
questions, which will help you prepare better for your publication, The Times Higher Education before you
exam. For the answers, you can always look them up enrol in a particular course after exams. Times Higher
by logging on to www.times.my. Education has loads of information to help you choose
the right course and institution. It also has a long list of
Secondly, this book has introductions to some of the Scholarships you can choose from.
popular career choices in Malaysia.
Times Higher Education comes in two versions –
Why do we include articles on Careers in a SPM Undergraduate Study in Malaysia and Study Abroad.
Revision book? For those of you, who prefer to read in Bahasa
As most of you will start thinking about courses or Malaysia, do check out Times KAMPUS.
programmes you want to pursue after SPM, knowing
more about a career will definitely be of help to make Our publications hit the bookstores and news stands
an informed decision. in January next year!

Here’s wishing you loads of Luck!


The Team

najua ismail Amutha Subramaniam


Editorial Marketing

K. ruka Adrian PEREIRA


Editorial Promotion & Distribution

j. suria K. Din
Promotion & Distribution Graphics & Media
co
n te
nt

SUBjects!
Bahasa Malaysia 7-14

English 15-26

Sejarah 27-38
career option
39 law Mathematics 43-58

41 business prinsip Perakaunan 59-74

75 Accounting Science 79-96

77 creative multimedia Additional Mathematics 97-110

111 information technology biology 115-133

113 allied health sciences chemistry 134-154

Physics 155-178

Published by Times Soalan Ulangkaji SPM is an annual


Times Guides Sdn Bhd publication. No part of this publication
49-1-1, Jln 6/62D, Medan Putra Business centre, may be reproduce in any form without
Off Jalan Damansara, 52200 Kuala Lumpur. the written consent of the publisher.
Tel : +603 6277 6923 +603 6277 6924 Fax : +603 6277 All right reserved.
6973 Email: info@timesguides.com
www.times.my Printed by SWAN Printing Sdn Bhd
SOALAN ULANGKAJI SPM 2008 

Analis
SPM
is
[ 1103/1 ] [ 1103/2 ]
2008 Bahasa Malaysia Mata
Pelaja
ran
Analisis Kertas Bahasa Malaysia (2003-2007)
Analisis Soalan Rumusan SPM

TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007

TAJUK Kepentingan Faedah Badan Khas Kebaikan Hidup Cara-cara Langkah-langkah


Pelabelan Membantu Pesakit Berjiran dan cara- Melahirkan mengatasi salah
Makanan Kronik dan Sebab cara memperkukuh Masyarakat laku pelajar
Penubuhannya semangat kejiranan Berbudi Bahasa dan

JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my


kesannya kepada
masyarakat

Analisis Soalan KOMSAS SPM 2003 – 2007

Jenis/Tahun Prosa moden Prosa Tradisional Puisi


Jun 2003 Titik-titik Perjuangan Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah Keindahan Yang Hilang
November 2003 Menatap Wajahnya Asal Usul Raja Kecil Tukang Gunting
Jun 2004 Aku,Kris dan Kristal Kepahlawnana Tun Beraim Bapa Pantun Mengenang Nasib
November 2004 Budi Yang Tak Terbeli Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah Seloka Pandai Pak Pandir
Jun 2005 Seri Nara Kezaliman Membaea Padah Syair Dadan Setia dan Intan
Terpilih
November 2005 Puteri Li Poh Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya Sejarah
Jun 2006 Jangan Bunuh Rama-rama Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah Pembeli Masa Sudah
November 2006 Kerana Manisnya Epal Kepahlawanan Tun Beraim Bapa Syair Pembunuhan Angreni
Jun 2007 Mariah Pertarungan Tuah dengan Jebat Di Kota Kecilku
November 2007 Titik-titik Perjuangan Asal Usul Raja Kecil Gurindam Memelihara
Anggota dan Hati daripada
Kejahatan

Analisis Soalan 2003 – 2007


Tahun Soalan (a) Soalan (b)
November 2003 Persoalan kegigihan Menghuraikan watak utama
Julai 2004 Cabaran yang dilalui watak utama Empat pengajaran
November 2004 Tiga nilai kasih sayang Cara watak utama menyelesaikan konflik
Julai 2005 Perwatakan satu watak sampingan Tiga peristiwa yang memberi teladan
November 2005 Dua peristiwa yang menarik Bandingkan satu latar tempat berdasarkan dua buah novel
yang dipelajari
Julai 2006 Pengajaran dalam novel Bandingkan dua nilai kemasyarakatan berdasarkan dua
buah novel yang dipelajari
November 2006 Pengajaran daripada cerita dalam novel Satu persoalan daripada dua buah novel yang dipelajari
Julai 2007 Dua nilai setia kawan Huraikan tema bagi dua buah novel
November 2007 Huraikan persoalan maruah Cara watak utama menyelesaikan konflik

Interested to be a programmer? MULTIMEDIA


R

UNIVERSITY
Obtain a degree in Computer Science Fusion of Knowledge and Ambition
 SOALAN ULANGKAJI SPM 2008

SULIT 1103/1

TIMES HIGHER EDUCATION

SOALAN ULANGKAJI SPM 2008


BAHASA MALAYSIA
Kertas 1
Nov./Dis
2 jam 30 minit
JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan mengikut arahan yang diberikan

2. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan,
padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda
yang baru

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak

Lihat sebelah
1103/1 SULIT

Want to be a Computer Scientist? MULTIMEDIA


R

Take up a degree in Artificial Intelligence UNIVERSITY


Fusion of Knowledge and Ambition
SOALAN ULANGKAJI SPM 2008 

SULIT

Bahagian A
(Masa yang dicadangkan 45 minit)
(30 markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya gejala buli dalam
kalangan remaja dan langkah membendungnya.Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my


Bahagian B

(Masa dicadangkan 1 jam 30 minit


100 markah )
Pilih salah satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Pembangunan teknologi sekiranya tidak digandingkan dengan pembangunan sahsiah diri akan melahirkan masyarakat yang
pincang. Jelaskan pendirian anda berkenaan penyataan ini
2. Anda bercadang untuk menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu di sekolah anda.
Tajuk syarahan tersebut ialah “Peranan keluarga atau Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah Anak-anak”. Sediakan teks ucapan
anda selengkapnya.
3. Sikap masyarakat yang tidak mahu `menjaga tepi kain orang’ memberi impak negatif terhadap nilai kejiranan. Bahashan
penyataan ini.
4. Pada masa ini menampakkan usaha kerajaan menukar haluan kepada e-pertanian. Bincangkan rasionalnya e-pertanian
diketengahkan dan nyatakan kesannya terhadap pembangunan negara.
5. Anda berminat untuk menyertai satu pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Siswa. Tema cerpen tersebut ialah
`Kekeluargaan’. Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

Lihat sebelah
1103/1 SULIT

You can DESIGN your own computer games after


MULTIMEDIA
R

obtaining a degree in Software Engineering UNIVERSITY


and Games Design Fusion of Knowledge and Ambition
10 SOALAN ULANGKAJI SPM 2008

SULIT 1103/2

TIMES HIGHER EDUCATION

SOALAN ULANGKAJI SPM 2008


BAHASA Malaysia
Kertas 2
Nov./Dis
2 jam 30 minit
JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan mengikut arahan yang diberikan

2. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan,
padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda
yang baru

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak

Lihat sebelah
1103/2 SULIT

A degree in Bio-Informatics enables you MULTIMEDIA


R

to work in health sciences industry UNIVERSITY


Fusion of Knowledge and Ambition
SOALAN ULANGKAJI SPM 2008 11

SULIT

BAHASA MELAYU KERTAS 1103/2


TINGKATAN 5
TAHUN 2008

Soalan 1 (30 Markah)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudia buat satu rumusan berkenaan ancaman Pemanasan Global terhadap Tapak
Warisan dan sejarah serta langkah-langkah mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Dunia kita kaya dengan tamadun-tamadun manusia dari zaman lampau dan kawasan-kawasan semulajadi yang amat
mengagum. Sehubungan dengan itu, organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
(UNESCO) telah menyenaraikan sebanyak 851 tapak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pemanasan Global telah mengancam tapak-tapak warisan yang ada di dunia ini. Suhu dunia yang semakin menyebabkan
pencairan ais di kutub dan glasier-glasier di kawasan pergunungan seterusnya meningkatkan paras air laut. Ini menyebabkan

JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my


tapak-tapak warisan yang terletak di kawasan-kawasan berhampiran pantai terdedah kepada ancaman banjir. Venice, yang terletak
di persisiran Laut Adriatik, terkenal dengan struktur-struktur bangunan yang dibina di atas kelong-kelong sejak kurun ke-5 lagi.
Kenaikan aras laut Adriatik seringkali menyebabkan kejadian banjir akibat kemasukan air laut ke dalam kelong-kelong. Sekiranya
keadaan ini berterusan, Venice akan mengalami banjir pada setiap hari.
Di kawasan-kawasan arkeologi pula, seperti di Zon Arkeologi Chan Chan dan Tapak Arkeologi Chavin di Peru, pendedahan
kepada perubahan cuaca yang berterusan dan kandungan air yang berlebihan dalam tanah akan mengubah struktur-struktur
bangunan tinggalan sejarah di kawasan ini. Bangunan-bangunan ini akan terhakis dan pecah serta mengalami kerosakan pada
strukturnya akibat daripada kekerapan pendedahan kepada perubahan suhu panas dan sejuk yang tinggi serta hujan yang lebat.
Hujan yang lebat juga menyebabkan beberapa kawasan di negara kita mengalami banjir yang amat teruk seperti yang berlaku
di Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Kota Tinggi, Johor. Banjir ini menyebabkan bangunan-bangunan bersejarah seperti Bangunan
Sultan Abdul Samad dan Padang Kelab Selangor ditenggelami air dan menyebabkan kerosakan yang teruk pada struktur luaran
dan dalaman bangunan tersebut.
Peningkatan suhu dan karbon dioksida di atmosfera, gangguan dalam kitaran air dan pendedahan kepada perubahan cuaca
yang ekstrem akan menyebabkan berlakunya pengurangan dalam jumlah biodiversiti di sesuatu tempat. Taman Negara Mulu dan
Taman Kinabalu, yang kaya dengan spesies haiwan dan tumbuhan pastinya akan merasai kesan akibat daripada pemanasan global
ini.
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengelakkan tapak-tapak warisan dan sejarah musnah, kita hendaklah berusaha
mengurangkan kesan pemanasan global yang telah berlaku. Langkah utama adalah mengurangkan pembebasan gas-gas rumah
hijau ke atmosfera.

Dipetik daripada Ancaman Pemanasan Global Terhadap


Tapak Warisan dan Sejarah dalam EraHijau sumber daripada
Anuar Jaafar dan Thiagarajan Nadesan

Soalan 2 (a)

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Nyatakan beberapa faktor yang menyebabkan beberapa bangunan bersejarah di negara kita mengalami kerosakan pada
struktur bangunan seperti yang terdapat dalam petikan. (2 markah)

ii. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang `perubahan cuaca yang ekstrem’ seperti yang terdapat dalam petikan.
(3 markah)

iii. Nyatakan beberapa cara untuk memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah serta tapak warisan supaya kekal
agar boleh dinikmati oleh generasi akan datang. (4 markah)

Lihat sebelah
1103/2 SULIT

Having a passion to work in a semiconductor


MULTIMEDIA
R

industry? Get a degree in Electrical / UNIVERSITY


Electronics Engineering Fusion of Knowledge and Ambition
12 SOALAN ULANGKAJI SPM 2008

SULIT

Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden.

Jo berhenti seketika dan kemudian menyambung. “Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar
di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.” Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia
menghela nafas panjang. Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul
kelodaknya. “Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo. Tetapi niatnya
harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang! “Daneng, kau terlalu sayang akan hutan bukan?” “Janganlah
memisahkan saya dan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng. “Demi hutan malar hijau yang kamu
cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”

Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau


oleh Sarajo Theavy a/p Balakrishnan dalam Antologi Kerusi.
JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Apakan yang dimaksudkan oleh cikgu “kaummu masih jauh ketinggalan? (3 markah)

ii. Mengapakan cikgu Jo bersungguh-sungguh memujuk Daneng meneruskan persekolahannya? (3 markah)

iii. Walaupun telah pelbagai langkah telah dijalankan untuk mencegah penerokaan hutan secara melampau, namun kegiatan
tersebut masih berleluasa. Pada pendapat anda mengapakan perkara ini berlaku? (3 markah)

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang
perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, “Adapun segala kata-kata tuan hamba
itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, “Jikalau Raja Melaka
hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan
peminangannya, hati nyamuk tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah raja semangkuk, dan
darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian , kabullah tuan puteri akan kehendak Raja
Melaka itu.”

(Dipetik daripada prosa Peminangan Puteri


Gunung Ledang, Sejarah Melayu dalam
Antologi anak Laut, DBP .1977

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

(i) Apakan yang dimaksudkan kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu. (2 markah)

(ii) Nyatakan antara syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang menyebabkan Raja berat hati untuk menunaikannya.
(2 markah)

(iii) Pada pendapat anda mengapakan Puteri Gunung Ledang Meletakkan syarat-syarat sedemikain terhadap Raja Melaka.
(4 markah)

Lihat sebelah
1103/2 SULIT

Interested in Mechatronics?
MULTIMEDIA
R

A similar field would be to study UNIVERSITY


Robotics & Automation Fusion of Knowledge and Ambition
SOALAN ULANGKAJI SPM 2008 13

SULIT

Soalan 2 (d) Puisi Moden

PEMBELI MASA SUDAH

Penyair ialah pengunjung pasar kisah


peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang kian memberat di pundakku.
Kulalui lorong-lorong hari sepiku
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih.

JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my


Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran.
Kerana aku pemilih ruwet
aku harus hati-hati;
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.

Aku pembeli masalah orang


menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir.
Aku juga kadang-kadang pembeli
masalah dan masa sudah sendiri.
tidak seperti ikan dan sayuran,
masa sudahku lebih mahal
sesudah senja dan murah
di sebelah pagi.

Oleh T. Alias Taib~ Utusan Zaman


28 November 1993, dalam Antologi Anak Laut DBP

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Mengapakan penyajak berhati-hati dengan bahan penulisanya? (2 markah)

ii. Pada pendapat anda apakah cirri-ciri yang perlu ada pada seseorang penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu?
(3 markah)

iii. Nyatakan 3 pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. (3 markah)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 Markah)


Jawan semua soalan.

3(a). Tulis satu ayat daripada setiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan maksud imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.
i. jengah - jengah
ii. sepak - sepak
iii larut - larut [6 markah]

Lihat sebelah
1103/2 SULIT

To work as a nanotechnologist, MULTIMEDIA


R

you need a degree in Electronics with a UNIVERSITY


strong base in nanotechnology Fusion of Knowledge and Ambition
14 SOALAN ULANGKAJI SPM 2008

SULIT

3(b). Baca perbualan di bawah ini denga teliti dan kemudian tulis petikan itu semula dalam bentuk cakap pindah dengan
mengekalkan maksud asalnya.

“Ibu, hari ini Aqil pulang lewat kerana ada aktiviti di sekolah,” kata Aqil kepada ibunya. “Kan semalam pun Aqil dah balik
lambat?” tanya ibu. “ Tapi ibu, hari ini Aqil kena hadir perjumpaan kelab. Semalam tu latihan rumah sukan.” kata Aqil. “ Ye
lah Aqil, kalau begitu jangan balik lambat dan terus balik ke rumah bila dah habis perjumpaan!” kata ibu. “ Terima kasih ibu,
Aqil janji akan balik cepat. Aqil ke sekolah dulu.” kata Aqil lalu menuju ke sekolah. [6 markah]

3(c). Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pihak sekolah telah menjemput ibubapa hadir ke majlis hari kecemelangan yang akan diadakan pada minggu hadapan.
(ii) Sapiah mengulung tikar itu supaya supaya hujungnya tidak terlipat.
JAWAPAN boleh didapati di laman web http://www.times.my

(iii) Jalan raya itu agak merbahaya sekiranya tidak diturap kerana terdapat banyak lubang di kiri kanan jalan. [6 markah]

3(d). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Dia mengerat buah tembikai itu lalu menghidangkannya kepada para-para tetamu.
(ii) Bilik sakit itu menjadi sempit apabila beberapa orang pelatih-pelatih perubatan membuat kajian berkenaan penyakit
pesakit itu.
(iii) Pandangan sawah yang menghijau itu memukau pandangan kelima orang pelancong itu. [6 markah]

3(e). Berikan maksud setiap peribahasa di bawah.

(i) lidah bercabang


(ii) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
(iii) biar mati anak, jangan mati adat. [6 markah]

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Puteri Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Nyatakan pentingnya penggunaan teknik plot dalam sesebuah novel dengan mengemukakan dua contoh penggunaan
teknik plot dalam novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

(b) Bandingkan persamaan persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Lihat sebelah
1103/2 SULIT

Having Mechanical Engineering degree MULTIMEDIA


R

DOES NOT make you a mechanic BUT makes you a UNIVERSITY


Fusion of Knowledge and Ambition
Professional Engineer

You might also like