Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
22596683-sosiolinguistik

22596683-sosiolinguistik

Ratings: (0)|Views: 11,158|Likes:
Published by Payed Rusli

More info:

Published by: Payed Rusli on Sep 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/27/2013

pdf

text

original

 
1.0Pendahuluan
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. DavidCrystal dalam bukunya
 A Dictionary of Linguistics and Phonetics
(1986:181) pulamenyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa
(Linguistics :the scientific study or language).
Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasasecara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik?Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dankaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistimenjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains.Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnyailmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal danobjektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi olehagak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmulinguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secaraformal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem,kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukansecara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasilkajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2).Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistimempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif (
 Descriptive Linguistics
), Linguistik Historis (
 Historical Linguistics
), LinguistiKomparatif (
Comparative Linguistics
), Sosiolinguistik (
Sociolinguistics
), Neurolinguistik (
 Neurolinguistics
), Linguistik Am (
General Linguistics
), Linguistik Terapan,(
 Applied Linguistics
), Psikolinguistik (
 Psycholinguistics
). Bidangsosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dankebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C.1
 
Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembangsekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi IstilahSosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalamkebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.
2.0Sejarah Ilmu Sosiolinguiti
Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalamkaryanya yang berjudul
 Astadhayayi
 —satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa—  pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abadkemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897)untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah danhubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajiansosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggapsebagai pelopor linguistik moden. Bukunya
Cours de Linguistique Generale
(1916)sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi,misalnya
langage
,
langue
dan
 parole
( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1).
 Langage
 bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.
 Langue
pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu,misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasaMelayu merupakan bahasa-bahasa atau
langue-langue
tersediri.
 
 Langue
dianggap bahasakepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.
Parole
bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai
idiolek 
. Tak lama selepas itu, langkahde Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapakajian bahasa, budaya, dan kognisi.2
 
Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernamaHarver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Tokoh ini sebelumnya melihatkajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Setahun berikutnya,Weinreich (1953) menulis
 Language in Contact 
, yang diikuti dengan kemunculan karya-karya besar lain dalam bidang ini. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi IstilahSosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalamkebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang.
3.0Definisi Umum Sosiolinguistik 
Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik,menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai
linguistics plus
. Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa.Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkandan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilahmasyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupigagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris,Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura,Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasagolongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dansebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.3

Activity (58)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ade Hilman liked this
Ca Mi Phang liked this
Rambai7 liked this
Nur Fyza liked this
Joanne Chee liked this
M-ma NurNa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->