Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembangsekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi IstilahSosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalamkebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa.
2.0Sejarah Ilmu Sosiolinguitik
Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalamkaryanya yang berjudul
Astadhayayi
—satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa— pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abadkemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897)untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah danhubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajiansosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat.Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggapsebagai pelopor linguistik moden. Bukunya
Cours de Linguistique Generale
(1916)sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi,misalnya
langage
,
langue
dan
parole
( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1).
Langage
bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.
Langue
pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu,misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasaMelayu merupakan bahasa-bahasa atau
langue-langue
tersediri.
Langue
dianggap bahasakepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.
Parole
bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai
idiolek
. Tak lama selepas itu, langkahde Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,seperti Franz Boas, Edward Sapir, dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapakajian bahasa, budaya, dan kognisi.2