You are on page 1of 7

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1. KESELAMATAN DIRI I. II. III. IV.

Jangan bergurau semasa sedang bekerja Jangan berlari-lari di tempat kerja Jangan menggunakan mesin yang belum dipelajari Jangan menggunakan mesin jika rasa mengantuk

2. KESELAMATAN TEMPAT KERJA I. II. III. Tempat kerja mempunyai susun atur yang baik Tempat kerja mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik Tempat kerja bersih dari minyak dan lebihan keluli

3. PAKAIAN DI TEMPAT KERJA I. II. Tidak memakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar Jika memakai baju yang berlengan panjang, hendaklah dilipat hingga ke paras siku III. IV. V. Jangan memakai barang perhiasan seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya Jika memakai tali leher hendaklah dimasukkan ke dalam baju Memakai baju keselamatan

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

Objektif projek menggegas ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur dan sebagainya. Sebagai contoh, pelajar didedahkan teknikteknik menggunakan mesin gerudi dengan betu dan selamat di samping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelejar juda di disiplinkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan keselamatan yang terdapat di dalam bengkel.

PERALATAN DAN MESIN YANG DI GUNAKAN

PERALATAN/MESIN a) Pembaris keluli

KEGUNAAN Mengukur jarak Menguji kerataan permukaan benda kerja Membuat garis lurus

b) Penebuk pusat

Menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi

c) Sesiku L

Membuat garis tegak dari tepi permukaan benda kerja Menguji sudut 90

d) Tolok tinggi vernier

Menanda garisan selari pada benda kerja

e) Plat sudut

Menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda. Memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepat semasa kerja menanda

f) Ragum meja

Memegang benda kerja dengan kuat dan teguh semasa membuat kerja seperti memotong logam dan mengikir logam

g) Kikir

Memotong, menipis dan melicinkan permukaan benda kerja

h) Gergaji besi

Memotong benda kerja kepada saiz yang dikehendaki

i) Mesin gerudi

Menebuk lubang pada benda kerja

LANGKAH-LANGKAH KERJA o Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yg telah di tetapkan dengan menggunakan dan gergaji besi kepada bahan kerja A dan B. o Membuat ukuran pada benda kerja A dan B dengan menggunakan pembaris keluli dan tolok tinggi vernier. o Mulakan dengan kepingan logam B, potong bahan kerja menjadi bentuk yang di tetapkan. Kemudian kikir supaya kelihatan licin dan kemas. o Setelah selesai, pada bahan kerja A hendaklah di tebuk 2 lubang dengan menggunakan mesin gerudi pada permukaan bahan kerja. Potong bahan kerja A mengikut bentuk yang di tetapkan. Kikir bahan kerja A untuk kelihatan kemas. o Cantumkan kedua-dua bahan kerja A dan B supaya menjadi satu bahan kerja. o Dengan menggunakan kikir, bentukkan pada sudut di setiap bahan kerja.

KESIMPULAN

Setelah 5 minggu kami melakukan kerja menggegas di dalm bengkel, akhirnya kami dengan jayanya dapat menyiapkan benda kerja kami dalam tempoh masa yang di berikan. Di samping itu, kami juga telah mempelajari beberapa cara untuk menggunakan peralatan dan mesin yang berada di dalam bengkel seperti kikir, penebuk pusat, tolok tinggi vernier dan mesin gerudi.

RUJUKAN http://www.scribd.com/doc/40523914/laporan-GEGAS http://www.google.com.my/search?tbm=isch&hl=en&source=hp&biw=1366&bih=665& q=alatan+bengkel&gbv=2&oq=alatan+be&aq=0&aqi=g1g-s9&aq

You might also like