KEGUNAAN STATISTIK DALAM KEHIDUPAN
Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.Webster’s
Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif
sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis,
tafsiran dan persembahan
data numerik”.Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada
sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidang matematik yang menghasilkan teori dankaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dankaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Banyak daripada bidang-bidangakademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian. Kepada
orang ramai, statistik bermaksud “angka” yang direkodkan mengikut kategori tertentu”.
Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kita maklumat tentangkemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori, seperti maut, cederaparah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan KajiCuaca, misalnya, memberikanstatistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pula memberikan statistikpencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapat gred tertentu dalampeperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula, statistic merupakankaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan maklumatdalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untukmenunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkandengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai. Seterusnya, jikaseseorang penyelidik ingin melihat hubungan antara dua pembolehubah.Seterusnya, penyelidik memerlukan pengetahuan statistik untuk merekabentuk(design) sesuatu penyelidikan, seperti merekabentuk eksperimen, dan menentukankaedah analisis data yang sesuai untuk sesuatu rekabentuk. Pengetahuan statistik jugadapat digunakan oleh guru untuk memahami kajian-kajian yang ditulis dalam bentuk