Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 1,958 |Likes:
Published by egahmulia
Sebuah artikel daripada Tan Sri Adam Abd Kadir tentang Nasi Dagang dan Otak-otak Terengganu. Anda akan mendapat tips bagaimana untuk menyediakan Nasi Dagang yang lazat.
Sebuah artikel daripada Tan Sri Adam Abd Kadir tentang Nasi Dagang dan Otak-otak Terengganu. Anda akan mendapat tips bagaimana untuk menyediakan Nasi Dagang yang lazat.

More info:

Published by: egahmulia on Oct 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2012

pdf

text

original

 
NASI DAGANG, OTAK-OTAK SERANG IBU KOTA
Oleh: Tan Sri Adam Kadir*APAKAH ulam hujung tahun ini? Setahun dulu, ruangan ini memuatkan sedikitcoretan tentang otak-otak, satu jenis makanan yang dibuat daripada ikan,dilumurkan dengan rempah ratus lalu disalai sehingga masak. Asal usul danresam ragam otak-otak juga dicuit-cuitkan.Sebagai satu petanda baik, otak-otak jelas sekali mendapat tempat di rumah-rumah terbuka pada Hari Raya Puasa dan Deepavali tahun ini. Walaupunkebanyakan otak-otak itu berkelongsong dalam daun kelapa danbersematkan lidi di kedua-dua hujung, namun rasanya jauh daripada rasa asliyang saya tahu.Ikan dikurangkan, sedangkan rempah dan lada dilebihkan. Padakeseluruhannya, otak-otak yang terdapat di Kuala Lumpur hanya kelihatanasli atau original pada kelongsongnya saja, tetapi tidak pada rasanya, tidakseperti di tempat asalnya, Terengganu.Kali ini kita sekali lagi berolek-olek dengan tajuk ringan, juga tentangmakanan, sesuai dengan mood hujung tahun. Jika kita berkunjung ke FoodCourt di KLCC, Kuala Lumpur, kita pasti berdepan dengan gerai yang menjualnasi dagang.Selain di situ, sudah banyak rumah terbuka yang saya kunjungi menyediakannasi dagang di samping otak-otak. Sebagai seorang yang membesar dengannasi dagang sebagai sarapan pagi, saya boleh tahu sama ada nasi itu bagusatau tidak, baik nasi dagang Terengganu atau Kelantan.Ramai orang sedia mengetahui bahawa nasi dagang amat hampir ragamnyadengan nasi lemak. Nasi dagang adalah berlauk ikan atau daging atau ayam,sedangkan nasi lemak lazimnya berlauk ikan bilis dan telur.Nasi dagang yang asli hanya berlauk ikan. Sering pula di tempat-tempattertentu ayam atau daging kurma ditawarkan sebagai pilihan pelanggan nasilemak.Walaupun lauk-pauk kedua-duanya agak ringkas, perbezaan proses dan caramembuat masing-masing adalah seperti bumi dengan langit. Ahli-ahlikeluarga saya tidak pernah membuat nasi dagang sebagai bahan perniagaantetapi terdapat di kalangan mereka yang mahir membuat nasi dagang.Perhatikan saya memakai perkataan `membuat' dan bukan memasak. Dimana terdapat ragam yang memerlukan seni dan kemahiran bagimenghasilkan sebarang makanan, selalunya perkataan `membuat' dipakai.Itu sebabnya terdapat ungkapan `anak dia masak nasi, tapi dia buat nasidagang'.
1
 
Arwah ibu saudara saya ialah seorang yang sangat mahir membuat nasidagang. Hanya ketika-ketika tertentu saja dia bersusah payah membuatnya.Salah satu ketika itu ialah Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.Menyaksikan betapa sibuknya dia memulakan proses bagi menghasilkan nasidagang meyakinkan saya kenapa dia lebih bertumpu membuat buburkacang, pengat pisang dan ubi, pisang goreng, pulut lepa dan lepat tikamsebagai bahan jualan.Untuk memastikan esok subuhnya nasi dagang sudah sedia masak, padasebelah petang ini dia sudah mula mencari bekas pengukus yang sudah lamaterpinggir di satu sudut. Ia juga mencari kain penapis untuk menapis santan.Di sekitar sudah kelihatan benda-benda yang selalu tersorok, seperti periukbesar berleher kecil untuk memasak air yang mengeluarkan wap untukmengukus.Beras Siam berbentuk panjang diurai-uraikan di sebelah beras pulut. Kedua-duanya akan bertemu apabila tiba waktunya ia dikukuskan. Segalanya itumembuatkan persekitaran dapur amat berlainan dengan suasana biasa.Puntung kayu yang besar-besar bergelimpangan sebelum disorongkan dibawah periuk. Jelas sekali hadirnya atmosfera sibuk. Ketika berusia enam tahun, saya hanyaberjinak-jinak hingga ke setakat menyalakan api. Selepas itu, saya sengajamelesapkan diri jauh-jauh dengan harapan semoga apabila menjelangnyaesok pagi, nasi dagang yang sedap sudah tersedia.Apakah definisi sedap? Pertama, nasi mesti kelihatan berlerai sebiji-sebiji danberkilat. Kedua, di sana sini urat-urat halia dan bawang merah terjengah- jengah dari bingkai nasi yang sudah dikaup.Ketiga, ia kelihatan seolah-olah berada dalam bedung daun pisang yang kianmenjadi gelap warnanya disebabkan kepanasan. Keempat, ikan aya di dalampinggan kelihatan tebal kemerahan sedangkan bilah-bilah isinya bolehdigetus satu persatu. Kelima, ikan aya itu langsung tidak berbau lagi, justerutidak menyekat selera. Keenam, kuahnya pekat berminyak dan berkuakmerah di sebelah yang cair.Keenam-enam faktor itu menyemarakkan satu bau yang mengalu-alukan ahli-ahli keluarga hingga tidak sabar-sabar lagi bersila dan mengerumun disekeliling sajian. Seperti mana otak-otak, nasi dagang adalah berasal dari Terengganu. Penyesuaiannya berlaku di Kelantan, justeru ia dipanggil nasidage.Nasi dagang mempunyai sedikit persamaan dengan sate. Sebaik mana nasidagang dikukus atau sate ayam dibuat, rasa masing-masing yang terakhirbergantung pada lauk dan kuahnya. Secara tradisinya, ikan aya menjadi regunasi dagang. Di Kuala Lumpur, ia dipanggil ikan tongkol.
2

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
egahmulia liked this
Faridah Mat liked this
Tun Izat liked this
egahmulia liked this
egahmulia liked this
ikan_bakar liked this
achoi81 liked this
Izzat Abd Gani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->