You are on page 1of 18

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI TAHUN 2011

HBML 3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

640625715328002 640625715328 0135497646 hamidahismail@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN GAYA

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 1

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Isi Kandungan
***************************************************************************

1.

Muka surat hadapan

2.

Isi Kandungan

3.

Pendahuluan

4.

Pengenalan - konsep kaedah pengajaraan tatabahasa dan kemahiran menulis. 4- 6

5.

Kaedah pengajaran penulisan

6.

Proses Menulis - pendahuluan - isi - penutup - contoh-contoh pendahuluan, isi dan penutup 8 -14

7. 8. 9.

Kesimpulan Rujukan Lampiran

15 16 17

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 2

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN

Tatabahasa ialah peraturan tentang pembentukan kata dan penggabungan kata untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Menguasai tatabahasa sangat penting kerana kemahiran ini merupakan asas kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul. Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata yang berlaku melalui pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukkan. Sintaksis iaitu penyusunan kata, frasa, dan klausa dalam membentuk ayat, dan struktur ayat, binaan ayat, dan jenis-jenis ayat. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dan rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi murid sekolah menengah pula, pada akhir pembelajaran, mereka dapat melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang mantap. (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM 2003).

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 3

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN Konsep kaedah pengajaraan tatabahasa dan kemahiran menulis. Konsep Menulis

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas maksudnya.

Tujuan Menulis Tujuan mengarang secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
HAMIDAH ISMAIL [640625715328002] Page 4

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal Tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000).

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat. Karangan Berformat terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.

Karangan Tidak Berformat pula perbincangan/bincangkan,

merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu ulasan, komen, fakta, pendapat,

perbahasan/bahaskan,

penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

Penggunaan bahasa yang baik amat ditekankan dalam sebarang bentuk penulisan karangan. Dengan menggunakan bahasa yang baik, pembaca dapat memahami dan menghayati isi karangan dengan jelas. Bahasa yang baik bermaksud bahasa yang betul dan jelas. Contohnya menggunakan ayat yang ringkas dan pemilihan kata yang mudah tetapi tepat.

Antara aspek bahasa yang ditekankan dalam karangan ialah system ejaan, tatabahasa, penggunaan kata, tanda baca dan gaya bahasa. Dalam sistem ejaan Bahasa Melayu terdapat beberapa aspek yang perlu dititik-beratkan antaranya ialah keselarasan vokal, kekecualian keselarasan vokal, kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, awalan dan kata sendi di dan ke, partikel kah, -lah,-tah, dan pun serta tanda sempang (-).

Dalam tugasan ini penekanan adalah di beri kepada kaedah pengajaran tatabahasa dan penulisan karangan. Karangan yang baik biasanya menggunakan bahasa yang betul dan tiada

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 5

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kesilapan dari segi tatabahasa. Segala aturan bahasa hendaklah betul dari segi binaan kata dan binaan ayat.

Dari segi binaan kata, pelajar perlu menguasai jenis-jenis kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata keterangan , kata ganda, penanda wacana dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pelajar melakukan kesalahan yang berkaitan dengan penggunaan kata. Antara aspek lain yang penting dalam binaan kata ialah proses pembinaan kata. Terdapat tiga proses yang utama iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukkan.

Dalam aspek binaan ayat pula, perkara penting yang perlu dikuasai ialah hubungan antara subjek dan predikat. Sesuatu ayat yang sempurna pada asasnya memerlukan subjek dan predikat, dan antara kedua-keduanya perlu ada hubungan yang logik. Untuk menguasai aspek binaan ayat, pelajar perlu mengenali pola-pola ayat inti yang terbahagi kepada empat, iaitu Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Sendi, Frasa Nama + Frasa Adjektif, Frasa Nama + Frasa Kerja.

Setelah mengenali ayat inti, pelajar perlu juga menguasai pelbagai jenis ayat terbitan seperti ayat pasif, ayat tanya, ayat perintah, ayat naf, ayat songsang, ayat gabungan, ayat pancangan, ayat penegas dan ayat majmuk campuran. Penguasaan pelbagai kaedah membina ayat ini penting untuk menghasilkan ayat yang berkesan dalam karangan. Bahasa yang digunakan lebih lancar dan bergaya.

Dalam penulisan karangan, penggunaan tanda baca juga penting untuk menentukan keberkesanan sesuatu ayat serta mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak betul akan menjejaskan maksud karangan dan kelancaran idea yang ingin disampaikan. Antara tanda baca yang perlu diketahui termasuklah penggunaan tanda titik, tanda koma, tanda sempang, tanda soal, tanda titik bertindih, tanda seru, tanda seru, tanda garis miring, serta penggunaan huruf besar.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 6

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KAEDAH PENGAJARAN PENULISAN

Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan.Penulisan wacana sekolah menengah mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara. Kaitan pembelajaran Koperatif dengan penulisan karangan Menurut Vygotsky, pembelajaran bahasa harus bermula dengan aktiviti yang bersifat sosial sebelum menjadi aktiviti yang bersifat individual dan personal (Roselan Baki, 2003). Oleh itu, sebelum pelajar mula diminta untuk menulis karangan, mereka perlu diberi peluang melakukan aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Oleh itu, aktiviti perbincangan, aktiviti kumpulan dan sebagainya perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang melibatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan menggalakkan interaksi positif. Manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu dengan orang lain tahu. (Harste dalam Mahzan Arshad, 2003). Apabila guru memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti interstektualiti dalam kelas, lebih banyak pembelajaran berlaku. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar. Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran koperatif juga
HAMIDAH ISMAIL [640625715328002] Page 7

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih mantap dan bernas.

PROSES MENULIS

Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006).

Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan (Roselan Baki, 2003).

Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Sebelum memulakan penulisan sesebuah karangan, pelajar diingatkan supaya mengetahui jenis dan format karangan yang akan ditulis. Karangan hendaklah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. Terdapat tiga aspek penting yang dinilai dalam sesebuah karangan iaitu aspek isi, persembahan dan bahasa.

Kejayaan yang dicapai oleh seseorang berpunca daripada perancangan yang dibuat secara teliti. Perancangan yang dimaksudkan ialah menyediakan rangka karangan terlebih dahulu.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 8

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Rangka karangan yang dibuat akan dijadikan panduan sebelum menulis karangan. Antara kepentingan rangka karangan ialah : a) b) c) d) Dapat mengemukakan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan sahaja. Dapat menyusun fakta atau isi mengikut kepentingan. Dapat mengelak daripada pengulangan fakta. Dapat menganggarkan panjang karangan serta isi yang perlu dihuraikan bagi setiap perenggan. e) Dapat menghasilkan perenggan yang mantap iaitu satu perenggan untuk pendahuluan, empat perenggan untuk isi, dan satu perenggan untuk penutup.

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menyusun rangka karangan ialah membaca dan memahami kehendak soalan dengan teliti. Selepas membuat analisis tentang sesuatu tajuk, bolehlah mula menyusun rangka karangan. Rangka karangan heruslah ditulis dengan ringkas sahaja untuk menjimatkan masa dan mestilah merangkumi pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. Contoh rangka karangan secara umumnya adalah seperti berikut:
PENDAHULUAN

ISI ISI (1) HURAIAN DAN CONTOH

ISI (2)

HURAIAN DAN CONTOH

ISI (3)

HURAIAN DAN CONTOH

ISI (4)

HURAIAN DAN CONTOH

PENUTUP

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 9

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sebelum membuat sesuatu karangan, pelajar hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu fikirkanlah pula tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup. Pendahuluan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pendahuluan. Dalam pendahuluan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pendahuluan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Ada enam jenis cara penulisan pendahuluan iaitu pendahuluan jenis definisi, pendahuluan jenis wawancara, pendahuluan jenis suasana, pendahuluan jenis persoalan, pendahuluan jenis peribahasa, dan pendahuluan jenis gabungan. Pilih salah satu daripada enam jenis pendahuluan sebagai perenggan pendahuluan. Contoh-contoh Pendahuluan Pendahuluan Jenis Definisi (Isu: Perpaduan masyarakat melalui sukan) Sukan ialah aktiviti fizikal yang memerlukan pelakunya menggunakan tenaganya dan bertindak tangkas seperti berenang, bermain badminton, dan berlumba lari. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sebagainya memerlukan satu pasukan yang terdiri daripada beberapa individu. Pasukan yang dibentuk pula memerlukan paduan tenaga antara pasukan. Setiap ahli atau pemain akan bergabung tenaga untuk memastikan pasukan mereka beroleh kejayaan. Dalam pada itu, soal perbezaan agama dan bangsa

diketepikan demi kebaikan bersama. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya perpaduan masyarakat dalam aktiviti sukan tesebut. Pendahuluan Jenis Peribahasa (Isu: Keburukan sikap mementingkan diri) Perumpamaan bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing bermaksud tiada kata sepakat dalam sesuatu perbincangan dan hanya berpegang pada
HAMIDAH ISMAIL [640625715328002] Page 10

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

pendapat sendiri saja. Sikap tidak mahu menerima pendapat orang lain dan berpegang pada pendapat sendiri semata-mata menggambarkan sikap mementingkan diri. Jika perumpamaan ini diamalkan oleh anggota masyarakat, maka banyaklah usaha atau aktiviti kemasyarakatan yang sukar dilaksanakan. Pendahuluan Jenis Gabungan (Isu: Kemalangan jalan raya) Setiap hari kita dapat membaca, mendengar, dan menonton berita tentang kemalangan jalan raya melalui media massa. Memang benarlah kata orang tua-tua bahawa malang tidak berbau. Namun, yang lebih malang adalah jika diri yang terlibat dalam sesuatu kemalangan jalan raya. Apakah yang perlu kita lakukan agar tidak menjadi mangsa nahas jalan raya yang seterusnya? Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Hubungan antara perenggan pertama dengan perenggan yang seterusnya haruslah dikawal dan disusun supaya jalan cerita akan bertambah menarik. Susunan perenggan yang betul akan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan jalan cerita sesebuah karangan. Tulis satu

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 11

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

isi penting dalam satu perenggan sahaja. Isi penting perlu ada ayat tajuk huraian, dan contohcontoh.

Sambungan antara perenggan dengan perenggan yang lain dapat ditandai dengan penanda wacana. Tujuannya supaya karangan tidak tergantung dan wujudnya pertalian antara perenggan. Antara penanda wacana yang biasa digunakan dalam karangan ialah: (a) Penanda wacana untuk melanjutkan idea seperti :di samping itu, seterusnya, selanjutnya, jadi, sehubungan itu, sebagai akibat, tambahan pula, dan lain-lain. (b) Penanda wacana untuk menyatakan pertentangan idea seperti :Walau bagaimanapun, walaupun begitu, namun demikian, sebaliknya, dan lain-lain.

Untuk memantapkan perenggan isi, gunakan kata-kata yang luas dan tepat, frasa-frasa yang menarik dan juga ungkapan seperti simpulan bahasa, peribahasa, cogan kata dan seumpamanya. Ada tiga kaedah yang dapat diamalkan untuk menulis perenggan dalam sesuatu karangan seperti berikut.

Perenggan deduktif Dimulakan dengan isi penting dan diikuti dengan pengambaran isi, huraian, contoh dan bukti sahih.

Peranan guru tidak kurang pentingnya dalam hal ini. Perasaan kasih sayang sesama individu dan kaum perlu diterapkan di hati kanak-kanak. Di sinilah guru perlu memainkan peranannya dalam membentuk masyarakat penyayang. Nilai kasih sayang ini terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan sebagainya. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri muridmurid membolehkan mereka memahami dan mengamalkan sikap kasih sayang antara satu sama lain.

Perenggan Induktif Dimulakan dengan pengembangan isi lalu diikuti dengan huraian, contoh, bukti sahih, dan diakhiri dengan ayat topik atau isi penting.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 12

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sebenarnya, manusia cukup sedar bahawa hutan banyak isinya. Misalnya, selain sumber balak, manusia banyak menggunakan akar-akar kayu, pokok, herba, madu lebah asli dan sebagainya untuk tujuan perubatan. Ada juga sebilangan manusia berburu kijang, landak dan lain-lain. Namun begitu, dek tuntutan pembangunan, hutan ditebang dengan sewenang-wenengnya. Maka, banyaklah khazanah alam yang berguna akan turut musnah.

Perenggan gabungan deduktif-induktif Dimulakan dengan isi penting dan disusuli dengan huraian, contoh, bukti sahih, sebelum diakhiri dengan penegasan isi penting.

Terumbu karangakan musnah jika laut tercemar. Dalam hal ini, terdapat juga pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dengan membuang toksik ke laut. Misalnya, pembuangan bahan kumuh dari hotel dan calet akan meningkatkan kandungan nutrien air yang menggalakkan pertumbuhan alga. Alga yang aktif dapat menjejaskan komuniti karang. Justeru, untuk mengawal kemusnahan terumbu karang, sebarang pencemaran laut perlu dielakkan.

Penutup

Kalau pendahuluan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan yang harus dibuat berdasarkan isi-isi yang telah dikemukakan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat yang ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk dalam bentuk yang lebih umum tetapi padat.

Dalam perenggan penutup ini tidak digalakkan menyentuh tentang idea baru. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Panjang bagi perenggan penutup juga perlu dikawal iaitu hampir sama dengan perenggan pendahuluan. Perenggan penutup juga tidak boleh melebihi panjang perenggan bagi isi-isi penting. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 13

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Tulis perenggan penutup yang mantap dan tepat. Buatlah kesimpulan beserta dengan cadangan atau pandangan bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam perenggan terdahulu sesuatu karangan. Jangan ulang fakta-fakta baru yang telah dinyatakan dalam perenggan isi di perenggan penutup. Gunakan salah satu daripada bentuk perenggan penutup yang berikut. Perenggan penutup yang memuatkan rumusan atau kesimpulan Kesimpulannya, amalan menabung sejak kecil perlu disemaikan ke dalam jiwa anak-anak. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebung. Hal ini akan menjadikan mereka manusia yang sentiasa berhemat ketika berbelanja dan tidak menjadi orang yang boros. Mereka hanya membeli barang keperluan yang penting tanpa mengikut hawa nafsu. Amalan ini juga mendidik mereka agar bersikap sederhana dalam segala hal dan perbuatan. Selain itu, amalan ini sedikit banyak akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara yang lebih kukuh dengan terkawalnya kadar inflasi. Perenggan penutup yang memuatkan penegasan Daripada hujah-hujah yang telah saya kemukakan tadi, jelaskan bahawa belajar di dalam negara lebih banyak memberikan kebaikan dan faedah berbanding dengan belajar di luar negara. Jadi, usahlah pihak pembangkang membazirkan masa untuk menyanggah hujah-hujah yang telah saya kemukakan. Justeru, sebelum saya mengundurkan diri, sekali lagi ingin saya manegaskan bahawa Belajar di dalam Negara Lebih Baik daripada Belajar di Luar Negara. Sekian terima kasih.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 14

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KESIMPULAN Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan.

Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya.

Tatabahasa ialah peraturan tentang pembentukan kata dan penggabungan kata untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Menguasai tatabahasa sangat penting kerana kemahiran ini merupakan asas kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pelajar perlu mempelajari tatabahasa dan memahami segala hukum yang terkandung di dalamnya supaya pelajar boleh menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 15

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

RUJUKAN / REFERENSI

Aishaa Rani dan Mohd Isham Embong, (2011), AXIS KBSM Bahasa Melayu,Sasbadi Sdn.Bhd.

Lim Swee Tin dan Salmah Othman, (2000), Rujukan Lengkap Era 2000 Bahasa Melayu, Penerbit Fajar Bakti

Mohd Ghani Ahmad (2007) , My Tutor PENULISAN PMR KBSM,Penerbit Pan Earth Sdn.Bhd.

ARIF BAHASA: Karangan Umum http://arifbahasamelayu.blogspot.com/2009/03/karangan-umum.html HBML 3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu http://www.scribd.com/doc/32594658/HB...bahasa -Dalam-Pengajaran-Bahasa-Melayu

Karangan (Penulisan) Bahagian B sksenai.com/blogs/index.php?blog=10&...&more=1&c=1&tb=1&pb=1

nota kaedah http://educ.upm.edu.my/%Efadzilah/nota%20 kaedah.htm

Petua Penulisan skdarau.tripod.com/petua.html

PENGENALAN KARANGAN http://zulzan.tripod.com.BM.htm

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 16

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

LAMPIRAN

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 17

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Soalan Anda telah dihanyutkan ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Ceritakan usaha-usaha anda menjalani hidup bersendirian di pulau itu.

Karangan ini jenis CRERKA.

Contoh Karangan Aku telah dihanyutkan kle sebuah pulau setelah kapal yang aku naiki tenggelam akibat dipukul rebut. Nasib aku baik kerana tidak Pendahuluan. mati lemas. Kini aku terdampar di pulau yang tidak berpenghuni ini. Aku tidak tahu apa nama pulau ini.Setelah mengumpulkan segala kekuatan yang ada pada diriku, aku mula meninjau di sekeliling pulau. Aku berusaha mencari kalau-kalau ada orang yang mendiami pulau ini. Namun, aku hampa kerana pulau ini hanya didiami oleh binatang dan burung-burung sahaja. Untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga, aku memetik buahbuahan yang ada di atas pokok yang tumbuh di pulau itu.Aku masih ingat pesan datuk bahawa kita hanyaboleh makan buah atas pucuk kayu yang di makan oleh mopnyet sahaja. Oleh itu aku amat berhati-hati ketika memilih makanan yang terdapat di atas pulau itu. Setelah mengalas perut, aku berusaha mencari tempat yang sesuai untuk berlindung pula. Nasib aku agak baik kerana tidak jauh dari tempat aku berdiri, terdapat sebuah gua. Walaupun takut, aku memberanikan diri untuk memasuki gua itu. Aku meninjau keadaan di dalam gua tersebut dan mendapati tempat itu sesuai untuk aku. Seterusnya aku keluar mencari kayu api dan rumputrumput kering. Apabila malam tiba, aku menyalakan, aku menyalakan unggun api mengikut cara primitif. Mujurlah aku pernah belajar cara-cara menyalakan api ketika menyertai pasukan pengakap di sekolah.Daun-daun kering pula aku jadikan pengalas tempat tidur aku di dalam gua. Hari-hari yang berikutnya aku cuba membuat lembing dengan ranting kayu. Aku belajar menangkap ikan di tepi pantai. Kadangkadang aku juga mencari lokan dan kerang di perairan yang cetek. Dengan cara ini, dapat juga aku meneruskan kehidupan di atas pulau yang sunyi daripada bunyi manusia ini. Aku harus tabah dan berani, Setiap malam aku berdoa agar aku akan diselamatkan dari pulau ini. Isi. Kata ganti nama diri Aku ataupun Saya boleh digunakan.

Isi. Isi boleh berdasarkan imaginasi, tetapi biarlah munasabah.

Isi. Isi hendaklah sesuai dengan tujuan atau kehendak soalan dan jenis ceritanya.

Isi. Isi mesti ada urutannya juga. Isi yang matang akan lebih meyakinkan pembaca.

Penutup. Lazimnya, untuk karangan jenis ini,ada diterapkan nilai yang murni dan terpuji.

HAMIDAH ISMAIL [640625715328002]

Page 18

You might also like