You are on page 1of 8

TEORI GESTALT Bahagian ini akan memperkenalkan kepada anda secara ringkas mengenai salahsatu p endekatan teori dalam

amalan kaunseling iaitu teori GESTALT . Di akhir bab diharapkan anda akan dapat : 1. mempelajari mengenai sejarah dan latarbelakang , serta konsep utama teoriGESTALT 2. memahami pandangan terapi GESTALT terhadap manusia dan tingkahlakuyang bermasala h 3. mengetahui tentang prinsip asas, matlamat, teknik dan proses kaunselingserta per anan kaunselor dan klien menurut terapi GESTALT dalam amalankaunseling. PENGENALAN KEPADA TEORI GESTALT . Frederick Perls (1893-1970) pelapor kepada teori gestalt . Awalnya berkefahaman kewujudan atau existentialism . Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan terapi Gestalt antaranya WERTHEIMER, KOFFKA DAN KOHLER. . Gestalt pada asasnya merujuk kepada satu pola, bentuk atau konfigurasiyang ditel iti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan . Istilah Gestalt itu sendiri dalam bahasa Jerman yang membawa takrif sebagai manusia, objek, benda atau suatu keseluruhannya. . Oleh kerana itu, keseluruhan sesuatu bentuk, objek atau konfigurasi itu akan dikatakan atau diandaikan mengandungi melebihi jumlah bahagianbahagian yang menjadikannya. . Gambaran (persepsi) terdiri daripada suatu bentuk atau konfigurasi yangmenonjol dan yang menjadi tumpuan perhatian di atas suatu latar atau layaran. . Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri. . Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranyaia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman. . Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak menumpukan kepada isu kenapa atau mengapa tetapi lebih memberi penekanan kepada isu atau persoalan bagaimana atau proses. . Pandangan umum yang dibincangkan di atas jelas memberi gambaranbahawa pendekatan

terapi gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis. Pendekatan gestalt secara terang menolok pandangan psikoanalisis yang mengatakan bahawa tingkah laku dan personality manusia adalah ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor-faktor dalaman dan luaran> PANDANGAN TEORI GESTALT TERHADAP MANUSIA . Isu kemanusiaan secara total dan menyeluruh . Individu dilihat sebagai unsure yang bersepadu yang mempunyai fikiran, perasaan dan tingkah laku . Teori gestalt itu berpendapat bahawa : 1. asasnya bertanggungjawab, kebolehan, bakat dan keupayaan utk mengurusdiri 2. manusia itu adalah satu organisma yang bersepadu terdiri daripada fizikal, mental dan spiritual yang bersatu 3. dalam diri manusia terdapat suatu kecenderungan untuk mencapaiperimbangan atau h omeostasis 4. manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat

5. setiap manusia menurut gestalt mempunyai reality mereka tersendiri 6. pendekatan ini percaya bahawa manusia sentiasa berinteraksi denganpersekitaranny a 7. teori ini juga menekankan kepada persoalan ego . Baginya, ego merujukkepada sistem t indakbalas organisma terhadap persekitaranya, iaitu samada seseorang itu merapatkan dirinya atau menjauhkan dirinya dari persekitarannya tersebut. Contohnya : Jika organisma atau individu itu dalam keadaan mengantuk, maka bantal atau katil akan menjadi tumpuan (figure) atau bentuk utama. Seterusnya individu akan mencari atau mendekati bantal atau tilam walaupun sehingga perlumenggunakan kekerasan atau rela cedera kerananya. MATLAMAT TEORI GESTALT a. memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyaitanggungjawab yang ters endiri. Teori ini juga membuat individu akanlebih berdikari, tidak akan bergantu ng kepada orang lain, dan menyedarkan mereka bahawa mereka memang membuat berbagaibagai perkara, jauh lebih banyak daripada apa yang disangkakanmereka sendiri. b. Perls terut berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyakpotensi , tetapi o leh kerena terhalang oleh sekatan-sekatan dalamhidupnya, ia tidak berjaya hidup dengan sempurna. c. Membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri denganmendalam tanpa perlu b erusaha untuk menyesuaikan dirinya denganpersekitaranya. d. Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segalaperasaan dan pengalaman mereka masing-masing e. Memberi perhatian kepada pola-pola bahasa klien dan struktur ayat yang digunakan. TEKNIK-TEKNIK DALAM PENDEKATAN GESTALT Teknik merupakan hanya sebahagian daripada aktiviti kecil dalam teorigestalt. Ka unseling gestalt tidak memberatkan kepada sebarang teknikkhusus atau aktiviti, t etapi amat mementingkan sesuatu proses di dalamperhubungan menolong. Biasa gestalt memberi tumpuan kepada aspek yang bercorak eksperimenatau cubaan-c ubaan oleh klien itu sendiri. Untuk mengelakkan kesan negatif atau sebarang akibat yang tidak diingini, klien sebaiknya diterangkan terlebih dahulu apa yang akan berlaku di d alam terapi gestalt ini> Di antara perkara-perkara yang harus dilakukan termasuklah : a. segala cadangan jangan berbentuk Arahan atau perintah kepada individu itu. b. Klien itu sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor tadi seterusnya bebas membuat keputusan samada menerima atau

menolak. c. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaiknyameninjau dan meneroka s ebab dan punca kenapa klien berkeputusanuntuk menolak.

d. Jika klien menerima , maka beliau mempunyai pilhan untuk meneruskan sebarang aktiviti atau menghentikannya pada bila-bilamasa sahaja. e. Sebaiknya kaunselor mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran mengenai semua teknik-teknik teori gestalt. Antara teknik, aktiviti atau treatment yang sering diamalkan oleh kaunselor berpendekatan gestalt ialah seperti berikut : 1. Aktiviti berdialog 2. Making the Round 3. Lafaz Ikrar 4. Satu rahsia 5. Permainan projeksi 6. Teknik Simetrikal 7. permainan raptai 8. mengekal perasaan 9. mentafsir mimpi, dan lain-lain KESIMPULAN . pendekatan gestalt merupakan antara teori yang menekankan kepada kesedaran individu kepada prinsip di sini dan sekarang. . Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekatperkemb angnnya dan bagaimana tingkah laku ini menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan pada masa sekarang. . Oleh yang demikian, matlamat yang ingin dicapai oleh pendekatan ini adalahke ara h seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke atas dirinyasendiri , hidup u ntuk masa sekarang dan mengalami hidup secara bebas danmerdeka serta arah jelas dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi perasaan. PENGENALAN TEORI PERLAKUAN . Teori perlakuan berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal. . Tingkahlaku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas yang tertentu. . Gerak balas ini pula bergantung pada satu cara rangsangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. . Sebagai satu pendekatan yang mekanistik dan kuantitatif, teori ini

menggunakan kaedah yang melibatkan pengukuran dan penilaian yang sangat objektif dalam penyelenggaraan proses kaunseling. -Antara pengasas teori ini , Ivan Pavlov dan Joseph Wolpe mengemukakan teori perlakuan pelaziman klasik, manakala teori perlakuan pelaziman operan diasaskan oleh B.F.Skinner dan J.B.Watson. -Teori ini juga mempunyai pengaruh dalam aspek sosiolisasi denganteori pembelaja ran social yang dikemukakan oleh Bandura. -Tahun 60an-70-an pendekatan yang menggabungkan penarapantingkahlaku dengan pemi kiran daya kognitif. -Era baru ini meletakkan teori perlakuan pada satu kontinum yang lebih mencabar dan berkesan. -Penghujung kontinum pendekatan akan menumpukan ke arah analisis penerapan tingkah laku, dipelopori oleh SKINNER

You might also like