You are on page 1of 3

TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER KEDUA SESI 2008/2009 (A082)

Tarikh: 12 Oktober 2008 – 08 November 2008


Kaedah Pendaftaran: Secara On-Line

1. Jadual Waktu Kuliah akan dipaparkan di kolej-kolej kediaman mulai 09 Oktober


2008. Pelajar-pelajar juga boleh mengakses Jadual Kuliah tersebut melalui
Laman Web berikut http://portal.uum.edu.my. Sila masukkan (User name) serta
(Password).

2. Pendaftaran kursus akan dijalankan secara on-line melalui laman web


http://portal.uum.edu.my mulai 12 Oktober - 08 November 2008. Pelajar-
pelajar hanya dibenarkan mengakses 3 kali sahaja menu pendaftaran tersebut
untuk mendaftar kursus.

3. Pelajar DIWAJIBKAN MENDAFTAR KURSUS seperti mana yang telah ditetapkan


kerana kursus-kursus yang berjaya didaftarkan merupakan kursus-kursus yang
akan saudara/i ikuti kuliah pada semester hadapan. Perubahan Jadual Waktu
Kuliah akan berlaku apabila pelajar tidak memenuhi pra-syarat kursus yang
telah ditetapkan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

4. Pelajar yang tidak melakukan pendaftaran kursus dalam tempoh yang telah
ditetapkan akan memberi implikasi seperti berikut:-
i. Lewat mendapat pinjaman PTPTN
ii. Pelajar hanya dibenarkan mendaftar kursus semasa minggu
Gugur/Tambah

5. Semua pelajar yang tidak aktif seperti tangguh pengajian dan sebagainya
tidak layak melakukan pendaftaran kursus pada minggu pendaftaran kursus.
Pelajar terlibat hanya boleh mendaftar kursus semasa Minggu Gugur/Tambah
Kursus.

6. Sepanjang tempoh pendaftaran kursus pelajar boleh mencetak Jadual Waktu


Kuliah di dalam portal masing-masing.

7. Semua pelajar boleh menggunakan mana-mana kemudahan komputer


berinternet di dalam kampus dan juga di luar kampus. Jadual pendaftaran
kursus adalah seperti berikut:-

SEMESTER
TARIKH PENDAFTARAN
SEMASA
6 dan ke atas Mulai 12 Oktober 2008 hingga 08 November
2008
5 Mulai 15 Oktober 2008 hingga 08 November
2008
4 Mulai 18 Oktober 2008 hingga 08 November
2008
3 Mulai 21 Oktober 2008 hingga 08 November
2008
2 Mulai 24 Oktober 2008 hingga 08 November
2008
1 Mulai 27 Oktober 2008 hingga 08 November
2008

8. Pelajar dikehendaki mendaftarkan kursus-kursus yang ingin didaftarkan pada


Semester Kedua Sesi 2008/2009 mengikut format borang yang ditetapkan di
dalam laman web tersebut dengan lengkap.
TatacaraPendafOnline(A082) yt-myDoc
9. Jumlah jam kredit maksimum adalah 22 jam kredit KECUALI bagi pelajar yang
perlu mengikuti kursus Bahasa Inggeris (BLE1032/BLE1042) adalah 20 jam
kredit sahaja. Jam kredit Praktikum adalah dikecualikan dalam pengiraan
jumlah jam kredit maksimum semester.

10. Bagi pelajar yang ingin mendaftar kursus bahasa asing, sila rujuk Tatacara
Pendaftaran Kursus Bahasa Asing Semester Kedua Sesi 2008/2009 di Pusat
Bahasa (Kolej CAS, bangunan FKBM). Garis panduan adalah seperti berikut :
i. Pelajar dikehendaki berjumpa dengan Ketua Unit Bahasa Asing, Pusat
Bahasa sebelum mengisi borang.
ii. Pelajar perlu membawa bersama salinan sijil-sijil kelulusan akademik
PMR dan SPM (Bahasa Arab sahaja).

iii.
Pelajar perlulah melihat jadual waktu kuliah sesuatu kursus sebelum
mengisi borang ini supaya
tidak berlaku pertindihan masa kuliah.
iv. Pelajar dikehendaki menyerahkan borang ini kepada Ketua Unit Bahasa
Asing sebelum tarikh akhir pendaftaran.
v. Pelajar dikehendaki menyemak portal pendaftaran kursus untuk
mengetahui status permohonan
mereka semasa minggu pertama semester bermula.
vi. Pendaftaran untuk semua kursus terbuka kepada pelajar-pelajar bukan
penutur asli (native
speaker) bahasa tersebut.

11. Minggu Gugur/Tambah kursus secara on-line akan bermula pada 22 Disember
2008 (Isnin) hingga 12 Januari 2009 (Isnin) berdasarkan kriteria berikut:
a. Pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat/Mengulang/Gagal tetapi
dipanggil semula.
b. Pelajar yang mendapat Jadual Waktu Lima (5) jam berturut-turut.
c. Pelajar yang ingin menebus Gred D+, D dan F.
d. Pelajar yang memohon kursus tetapi tidak berjaya ditempatkan (bagi
yang gagal kursus yang memerlukan pra-syarat.)
e. Slot/Kursus yang ditutup.

12. Sila klik pautan tersebut untuk menyemak Tatacara Minggu Gugur/Tambah
Kursus : http://portal.uum.edu.my
atau www.uum.edu.my/hea

SEMESTER SEMASA TARIKH GUGUR/TAMBAH


7 dan ke atas 22 Disember 2008 - 12 Januari
2009
6 dan ke atas 24 Disember 2008 - 12 Januari
2009
5 25 Disember 2008 - 12 Januari
2009
4 28 Disember 2008 - 12 Januari
2009
3 30 Disember 2008 - 12 Januari
2009
2 02 Januari 2009 - 12 Januari
2009

TatacaraPendafOnline(A082) yt-myDoc
13. Pelajar boleh mengakses Jadual Waktu Kuliah terkini melalui portal masing-
masing mulai 22 Disember 2008 (tertakluk kepada perubahan) selepas
keputusan peperiksaan diumumkan.

Nota:
1. Bagi kursus elektif bebas, pelajar-pelajar boleh mengambil kursus-kursus yang
ditawarkan oleh Kolej Akademik masing-masing tetapi kursus-kursus
berkenaan hendaklah di luar daripada program pengajian.

2. Semua kumpulan kursus yang ditawarkan pada Semester Kedua Sesi


2008/2009 yang bertanda asterisk (*) akan dikendalikan dalam Bahasa
Inggeris.

3. Setiap pelajar dikehendaki mematuhi semua tatacara yang telah ditetapkan.

TatacaraPendafOnline(A082) yt-myDoc

You might also like