You are on page 1of 4

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera Jenaka anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata. Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuh orang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak Raja Mesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri Indera Paksi (anak Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak Raja Kufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada di situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya akan dimakan oleh raksasa tersebut. Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa dia ke situ kerana Raja Rom memintanya mencari gajah bergading emas. Kesemua puteri itu sedia untuk dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana tidak mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera Kesuma mengatakan bahawa mereka berupaya untuk mendapatkan gajah itu daripada raksasa. Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa terdapat bau manusia di dalam rumahnya. Indera Nata telah disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam sebuah peti emas dan Tuan Puteri menafikan bahawa terdapat manusia di situ. Tuan Puteri telah memnita raksasa mencarikan gajah yang bergading emas supaya hati mereka lebih cepat besar.

Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri telah meminta raksasa mencarikan kijang putih bertanduk emas. Mereka juga meminta raksasa dan isteri mencucikan kain hitam sehingga menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal, raksasa dan isterinya pulang ke rumah. Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera Nata dan kesemua puteri keluar dari mahligai. Setelah raksasa dan isterinya mendapati kesemua puteri telah tiada, mereka telah mencari kesemua puteri tersebut. Indera Nata telah memperoleh bantuan daripada Betara Gangga yang menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan Indera Nata dan kesemua puteri. Selepas menempuh perjalanan selama tujuh hari tujuh malam, mereka telah sampai di rumah bonda Indera Nata. Apabila Tuan Puteri Cenderawati melihat Indera Nata, dia berasa sungguh gembira. Kesemua puteri itu tinggal bersama-sama Puteri Cenderawati.

Tema
Kehebatan anak-anak raja menangani pelbagai rintangan. Indera Nata mengembara untuk menunaikan hasrat bapanya, iaitu Raja Rom yang memintanya mencari gajah yang bergading emas. Tuan puteri tujuh orang pula bijak menggunakan kesempatan melepaskan diri daripada raksasa dengan bantuan Indera Nata.

Persoalan
Keberanian seorang anak raja- Indera Nata berani berhadapan dengan binatang buas semasa masuk ke hutan. (m/s 59) Kesaktian seorang anak raja- Indera Nata mempunyai kesaktian iaitu boleh berkomunikasi dengan binatang. (m/s 59) Kasih ibu kepada anak- Bonda Indera Nata amat menyayangi anaknya, Indera Nata. (m/s 67) Hubungan mesra antara ahli keluarga- Bonda Indera Nata gembira apabila bertemu semula dengan anakandanya yang telah lama tidak pulang. (m/s 67) Tanggungjawab sesama manusia- Indera Nata menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. (m/s 67-68)

Nilai dan Pengajaran


Keberanian- Kita perlulah berani menempuh cabaran dalam kehidupan. Bijaksana- Kita mestilah menyelesaikan masalah dengan bijaksana Ketaatan- Sebagai anak, kita mestilah mentaati orang tua kita. Kasih sayang- Kita mestilah mengasihi keluarga kita. Tolong-menolong- Kita mestilah membantu insane yang berada dalam kesusahan. Kerjasama- Kita haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.

Latar
Latar tempat Di negeri Rom, tepi laut, sebuah bukit, mahligai, di dalam peti emas, dan di dalam hutan. Latar masa Pada waktu petang, hampir siang, siang, tengah malam, dan selama tujuh hari tujuh malam. Latar masyarakat Masyarakat yang baik hati. Masyarakat yang bersifat kejam. Masyarakat yang sedia membantu orang yang berada dalam kesusahan. Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti. Masyarakat yang mempunyai sifat kasih sayang.

Gaya Bahasa
Inversi-esok harilah aku pergi mencari kehendakmu itu! (m/s 64) Simile-menengar bunyi seperti ribut (m/s 63) Peribahasa-seperti orang beroleh gunung emas (m/s 62) Repetisi-Hatta maka tiada berapa lamanya ia bersamasama dengan tuan puteri itu maka kata Tuan Puteri Cendera Kesuma (m/s 63) Sinkof-Maka kata raksasa, Hai cucuku, esok (m/s 65) Hiperbola-Tuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilanggemilang cahayanya kilau kilauan (m/s 62) Anafora-Maka ia pun menegar bunyi seperti ribut. Maka kata Indera Nata (m/s 63)

Watak dan Perwatakan


Indera Nata Berani (m/s 59) Boleh bercakap dengan binatang (m/s 59) Taat pada suruhan bapa/raja (m/s 61) Penyayang (m/s 67) Mengharapkan kuasa lain untuk menyelamatkan diri (m/s 66) Tuan Puteri Cendera Kesuma Mengharapkan pertolongan orang lain (m/s 62) Bimbang akan nasib diri (m/s 61) Sedia membantu orang lain (m/s 64) Bijaksana (m/s 64) Rindu akan ibu bapa (m/s 68) Raksasa Amat kejam (m/s 61) Boleh mengenal pasti bau manusia (m/s 64) Bijaksana (m/s 66)

You might also like