You are on page 1of 2

Laporan Panitia Bahasa Melayu SJK (C) Foon Yew 1 Semester 2 Tahun 2010 1.

0 Aktiviti-aktiviti Tahunan Aktiviti-aktiviti tahunan semester 2 telah dijalankan mengikut takwim sekolah. 1.1 Pertandingan Ejaan Pertandingan Ejaan untuk memantapkan kecekapan mengeja murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 telah dijalankan seperti yang dijadualkan dalam takwim sekolah. 1.2 Pertandingan Bercerita Pertandingan bercerita tahun 1 dan tahun 2 telah berjaya dilangsungkan pada 15 dan 17 September. 1.3 Pertandingan Membina Ayat dan Mengarang Selepas UPSR, pertandingan bina ayat ( tahun 1 dan tahun 2) dan pertandingan mengarang untuk tahun 3 hingga tahun 6 telah diadakan serentak pada 5 Oktober. 2.0 Pertandingan Ujian Bertulis dan Syarahan Peringkat Negeri Bar Jia Jun dari Tahun 5P telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ujian bertulis manakala Loh Tze Hsiong dari Tahun 6P pula menggondol naib johan dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Mereka berdua akan mewakil negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh dari 14 hingga 16 November. 4.0 Kem Motivasi Kem Motivasi Bahasa Melayu telah dilangsungkan mengikut takwim sekolah pada 8 Julai. Penceramah-penceramah kem ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan berkaliber sekolah ini iaitu Cikgu Jamal, Cikgu Chiang Foo Tee, Cikgu Yeo Yaw Seng dan Cikgu Chor Moon Ching. Mereka telah menyentuh topik-topik yang penting dan kelemahan murid semasa menjawab soalan peperiksaan. Penekanan diberi dalam kertas 2 bahagian C di mana murid dikehendaki menulis 4 nilai murni yang panjangnya tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Dalam pada itu, nota-nota dan soalan klon UPSR telah diedarkan kepada murid-murid agar merangsang semangat dan keyakinan murid yang akan menduduki UPSR kelak. Fokus kem ini lebih menekankan kepada pendedahan teknik-teknik dan tip-tip menjawab soalan peperiksaan UPSR. Tambahan pula, ulang kaji intensif juga merupakan tumpuan kem ini agar mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid di samping menggerakkan dan memotivasikan murid supaya mencapai keputusan yang cemerlang. 4.0 Kelas Intensif Klinikal UPSR

Memandangkan murid tahun 6 akan menghadapi UPSR pada 21 September ini, kelas intensif telah diadakan untuk membestarikan, memantapkan dan membaikpulih murid-murid sekolah ini. Untuk murid-murid yang galus mereka akan dikelompokkan dalam kelas pembaikpulihan supaya mereka dapat mencapai tahap lulus dalam UPSR .Murid-murid cemerlang pula mengikuti kelas pembestarian manakala murid yang near miss A mengikuti kelas pemantapan. Pada tahun ini, selain bimbingan penulisan, pemahaman iaitu kertas 1 BM juga diberi penekanan dalam kelas intesiif ini. 5.0 PROTIM 5.1 Tahun 6 Setelah menjalankan praujian untuk memilih murid untuk mengikuti kelas PROTIM tahun 6 akan dilaksanakan dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dari Selasa hingga Jumaat di bilik komputer. Kelas ini bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober. Semua guru Bahasa Melayu sesi pagi mengajar kelas PROTIM tahun 6 kecuali mereka yang telah mengajar kelas Protim Tahun 4 dan Tahun 5. 5.2 Pascaujian Protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 Pascaujian telah dilangsungkan pada 2 hingga 4 November. Analisis dan keputusan telah dihantar kepada PPD. 6.0 PLBS Borang PLBS murid harus disimpan dalam fail PLBS murid masing-masing mengikut kelas mereka pada tahun depan. Analisis pencapaian setiap kelas dan tahun perlu dihantarkan kepada Ketua Panitia sebelum diserahkan kepada GPK1. 7.0 KSSR KSSR akan dilaksanakan pada tahun depan,2011. Guru-guru Bahasa Melayu telah berkursus untuk membuat persediaan untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 1 pada tahun 2011.

Disediakan oleh,

18 NOVEMBER 2010

(LOK HOWE LENG) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu, SJK (C) Foon Yew 1.

You might also like