You are on page 1of 36

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

SULIT*

2
CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2011 NEGERI KEDAH DARUL AMAN

j*k

Pendahuluan Penyusunan skema ini bertujuan menyediakan panduan am kepada pemeriksa untuk melaksanakan kerja pemeriksaan skrip jawapan calon. Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan kerja pemeriksaan ini mudah, tekal, dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi serta mencapai satu taraf penyeragaman yang memuaskan dalam pemeriksaan . BAHAGIAN A : KARANGAN [ 50 MARKAH ] 1 Tujuan Untuk menilai kebolehan calon dalam a) mengemukakan isi-isi yang relevan bagi tiap-tiap soalan karangan tepat dan sesuai. b) menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang, lancar, dan berkesan. c) menyusun isi mengikut urutan yang sesuai. d) menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh. e) menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai. Karangan calon akan dinilai dari aspek 1. 2. 3. a) kerelevanan pengolahan kebahasaan (R) (P) (B)

KERELEVANAN ( R ) (i) Kandungan karangan Pendahuluan Isi Kesimpulan ( ii ) Pendekatan Karangan berformat Karangan tidak berformat

b)

PENGOLAHAN ( P ) Aspek pengolahan dinilai dari segi: ( i ) Kesepaduan karangan jalinan idea dengan idea jalinan perenggan dengan perenggan jalinan ayat dengan ayat

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
( ii ) Binaan karangan c) BAHASA ( B ) Aspek bahasa dinilai dari segi: ( i ) Diksi / Pemilihan kata kata umum istilah

j*k

Pendahuluan/Pengenalan Isi Penutup/Kesimpulan

peribahasa (idiom)

( ii ) Tatabahasa Sintaksis ayat frasa

Morfologi imbuhan gandaan kata majmuk

Fokus kepada kesalahan struktur ayat

( iii ) Aspek mekanis 2. ejaan tanda baca

Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan untuk menilai markah yang wajar diberikan kepada calon. Pemberian markah untuk kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan Bahasa (B) adalah seperti yang berikut:

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

j*k

(A)

Kerelevanan ( R ) [ 21 markah ] Markah Kerelevanan ( R ) terbahagi kepada pendahuluan / pengenalan, isi, dan kesimpulan / penutup. Pendahuluan ( 3 markah) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Tepat dan jelas Kurang tepat dan kurang jelas Tidak tepat / terlalu pendek / meleret-leret Kriteria

Isi ( 15 markah ) ( 5 isi x 3 markah ) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Kriteria Isi tepat, huraian jelas, dan berfokus kepada isi utama Isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas dan kurang berfokus kepada isi utama. Isi dan huraian lemah

Penutup ( 3 markah ) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Kriteria Baik dan meyakinkan Kurang baik dan kurang meyakinkan Tidak meyakinkan, terlalu pendek

Catatan: (a) Markah maksimum bagi aspek kerelevanan ialah: (i) (ii) (iii) Pendahuluan = Isi Kesimpulan Jumlah (b) (c) = = = 3 15 ( 3 markah x 5 isi ) 3 -------21 -------Jumlah isi yang diterima tidak dihadkan, tetapi markah maksimum isi ialah 15. Cara menandakan markah

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
(i) (ii) (iii)

5
Markah hendaklah ditulis di tepi sebelah kanan setiap perenggan berakhir. Jika perenggan berkenaan tidak mengandungi isi dan huraian yang tidak relevan, tandakan TR di tepi perenggan itu. Jika perenggan berkenaan mengandungi isi dan huraian yang diulang, tandakan UL di tepi perenggan itu.

j*k

(B)

Pengolahan [ 14 markah ] - Markah R mempengaruhi markah P Pengolahan karangan yang baik bermaksud: Isi dan buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur (koheren) Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logik yang padu antara ayat dengan ayat dan antara perenggan dengan perenggan (koheren) Ayat-ayat yang dibina menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal dan nahuan (kohesi)

Tahap Amat baik

Markah 13 14

Kriteria

Pengolahan kemas dan teratur Memperlihatkan tautan yang kukuh Pemerengganan yang baik Pengolahan masih kemas dan masih teratur tetapi ada bahagian yang tidak memperlihatkan koheren. Pemerengganan baik Pengolahan masih kemas tetapi aspek koheren kurang memuaskan Pemerengganan masih baik. Pengolahan kurang kemas dan tidak teratur Koheren dan kohesi tidak memuaskan Pemerengganan kurang baik Pengolahan amat lemah Tiada koheren dan kohesi Pemerengganan lemah.

Baik

10 12

Sederhana

7 - 9

Lemah

4 - 6

Amat lemah

1 - 3

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

j*k

(C)

Bahasa [ 15 Markah ] Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis. Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah R dan P.

Taraf Amat Baik

Markah 13 - 15

Kriteria

Kurang daripada 6 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa lancar dan berkesan Diksi tepat dan luas Mengandungi 6 hingga 10 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa secara keseluruhan masih lancar dan berkesan Diksi masih tepat dan luas Mengandungi 11 hingga 15 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa tidak lancar Diksi tepat Mengandungi 16 hingga 20 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa tidak lancar dan tidak berkesan Diksi ada yang tidak tepat dan terbabas. Mengandungi lebih daripada 21 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa amat lemah dan tidak lancar Diksi banyak tidak tepat dan terbatas.

Baik

10 - 12

Sederhana

7 - 9

Lemah

4 - 6

Amat Lemah

1 - 3

(a) (b) (c) (d)

Tulis jumlah markah pada akhir karangan Pemeriksa dikehendaki membuat bulatan keseluruhan yang diperoleh oleh calon pada jumlah markah

Bagi karangan berformat, jika karangan calon tidak menepati format, tolak 1 hingga 5 markah daripada markah R Bagi karangan yang kurang daripada 650 patah perkaraan pemeriksa hendaklah menolak markah keseluruhan seperti yang berikut : Jumlah perkataan antara 550 649 : tolak 2 markah Jumlah perkataan antara 451 549 : tolak 4 markah Jumlah perkataan kurang daripada 450: tolak 6 markah

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
(e)

7
Karangan hendaklah tidak melebihi 700 patah perkataan. Bagi karangan yang melebihi 700 patah perkataan pemeriksa hendaklah membuat satu garisan melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan setakat itu sahaja. Bahagian yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Bagi karangan yang keseluruhannya terpesong, markah maksimum yang boleh diberi hendaklah tidak melebihi 5 markah. BAHAGIAN B - RUMUSAN [ 20 MARKAH ]

j*k

1.

Tujuan Pengujian Menilai : (a) (b) (c) pemahaman calon terhadap isi petikan karangan. Kebolehan calon mengenal pasti isi utama, isi sokongan ( huraian dan hujah ), dan kesimpulan petikan. Kebolehan calon mengolah semula kandungan petikan dengan menggunakan bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksud asal petikan. Calon sepatutnya menggunakan bahasa sendiri. Isi ( I ) (b) Isi utama ( IU ) Isi sokongan ( IS ) Kesimpulan ( K )

Penilaian rumusan merangkumi aspek yang berikut ; (a)

Persembahan ( P ) Pengolahan Bahasa

2.

Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap rumusan untuk menilai markah yang wajar diberikan kepada calon. (a) Isi [ 10 markah ] Pemberian markah untuk Isi ( I ) merangkumi aspek Isi Utama ( IU ) , Isi Sokongan ( IS ) , dan Kesimpulan ( K ) . Berikan markah seperti berikut.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
Taraf Amat Baik Markah 9 10

8
Kriteria IU Tepat dan lengkap IS Cukup ( 5 isi ) tepat dan lengkap K Tepat dan lengkap

j*k

Baik

7-8

IU Tepat dan lengkap / IU kurang tepat dan kurang lengkap IS Cukup ( 4 / 5 isi ) tepat dan lengkap / cukup dan lengkap K Kurang tepat dan kurang lengkap / tepat dan lengkap

Sederhana

56

IU Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap IS Kurang sedikit ( 3 isi ) / IS Lemah 4 K Kurang tepat /salah tempat / kurang lengkap

Lemah

34

IU Samar / kurang lengkap / kurang tepat IS Tidak cukup ( satu atau dua isi ) K Kurang tepat / kurang lengkap / tiada

Amat Lemah

12

IU Salah / tiada IS Tidak cukup / tidak jelas / lemah / kabur / salah K Salah / tiada

Nota : a) b) c) Isi sokongan ( IS )kurang lengkap juga ialah isi sokongan yang lemah. Dua ( 2 ) IS yang lemah dianggap sama nilai dengan satu ( 1 ) IS yang tepat dan lengkap. Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan.Jika calon menulis lebih daripada tiga perenggan, tolak 1 markah. Persembahan ( 10 markah )

(b)

Pemberian markah untuk persembahan ( P ) merangkumi aspek tatabahasa, pengolahan ( binaan, rentetan, jalinan), dan diksi ( pilihan kata , ungkapan , idiom ) Taraf Amat Baik Markah 9 10 Kriteria

Olahan rumusan kemas Keberkesanan penyampaian terserlah Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius Olahan rumusan masih kemas Penyampaian memuaskan Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius

Baik

78

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
Sederhana 56

9
Olahan rumusan agak baik Penyampaian masih berkesan Mengandungi sedikit kesalahan tatabahasa tetapi tidak begitu serius Olahan rumusan kurang kemas Penyampaian kurang berkesan Mengandungi kesalahan tatabahasa yang serius Olahan rumusan tidak kemas Penyampaian tidak berkesan Mengandungi terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang serius

j*k

Lemah

34

Amat Lemah

12

Cara Pemeriksaan (a) Pemeriksa hendaklah menandakan IU, IS dan K seperti yang berikut.

Aspek IU

Singkatan IUT IUL IUST IUX

Maksud tepat dan lengkap kurang tepat / kurang lengkap Salah tempat Salah Tepat dan lengkap Kurang tepat / kurang lengkap Tepat dan lengkap Kurang tepat / kurang lengkap Salah tempat Salah

IS

IS ISL

KT KL KST KX

JUMLAH PERKATAAN Rumusan hendaklah tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam soalan. Bahagian rumusan yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Pemeriksaan hendaklah membuat satu garis melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan hingga setakat itu.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

10
BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [ 15 MARKAH ]

j*k

1.

Tujuan Pengujian (a) Untuk menilai kebolehan calon mengalih suatu bentuk bahasa daripada pelagai bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi yang asal. (b) Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden. Penilaian merangkumi aspek-aspek berikut : 1. 2. Isi ( I ) 5 markah Persembahan ( P ) 10 markah

2.

Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap jawapan alih bentuk teks untuk menentukan markah yang wajar diberikan kepada calon. 1. Isi ( 5 markah ) Taraf Amat baik Baik Sederhana Lemah Amat Lemah Markah 5 4 3 2 1 Kriteria Tepat, tiada isi / fakta terpesong atau tertinggal Secara keseluruhan masih tepat, tetapi ada sedikit isi / fakta kurang tepat atau tertinggal Secara keseluruhan masih baik tetapi sebahagian daripada isi terpesong atau fakta tertinggal Tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal Secara keseluruhan isi tidak tepat / sipi / menyeleweng / tertinggal.

2.

Persembahan ( 10 markah ) Taraf Markah 9 10 Kriteria

Amat baik

Jalinan kemas Tidak ada kesalahan bahasa Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat

Baik

78

Jalinan kemas Tidak ada kesalahan bahasa yang serius Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*
Sederhana 56

11 Jalinan kurang kemas Terdapat beberapa kesalahan bahasa tetapi tidak


menjejaskan isi teks

j*k

Bentuk alih bahasa yang terhasil kurang sesuai /


kurang tepat Lemah 34

Jalinan kurang kemas Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius Bentuk alih bahasa yang terhasil tidak tepat

Amat Lemah

12

Jalinan tidak kemas Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius


sehingga merosakkan isi teks

Bentuk alih bahasa yang terhasil terpesong


Catatan : Calon yang menyalin keseluruhan teks diberi sebanyak 1 markah. Jawapan berbentuk ulasan / laporan / ringkasan diberi maksimum 2 markah.

BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA [ 15 MARKAH ] 1. 2. Terdapat enam ( 6 ) kesalahan dalam petikan tersebut. Bagi setiap kesalahan 2.1. 2.2. 2.3. 3. pengesanan diberi satu ( 1 ) markah menyatakan sebab kesalahan diberi satu ( 1 ) markah membetulkan kesalahan diberi satu ( 1 ) markah

Pelajar dibolehkan menjawab dalam apa-apa bentuk asalkan mereka menjawab berdasarkan fakta pada perkara 2 iaitu 2.1, 2.2, dan 2.3.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

12

j*k

TERHAD

SKEMA JAWAPAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 2

Hasil ujian esei bergantung kepada pemeriksa. Pemeriksa berlainan akan memberikan markah yang berlainan, malahan pemeriksa yang sama mungkin memberikan markah yang berlainan pada skrip jawapan yang sama pada masa yang berlainan. Ketidaktekalan seperti ini menjejaskan kebolehpercayaan ujian kerana skor ujian telah membayangkan prasangka dan pandangan pemeriksa

TERHAD

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

13

j*k

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2

Soalan 1 Gejala penagihan semula dadah telah membimbangkan semua pihak. Gejala ini telah menjejaskan usaha-usaha rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh kerajaan. Pada pendapat anda, kenapakah berlakunya gejala ini? Pendahuluan: - konsep penagihan semula dadah : bekas-bekas penagih yang menagih dadah semula setelah menjalani rawatan dan proses pemulihan : individu yang menagih dadah semula akan menunjukkan tanda-tanda perubahan dari segi sikap, emosi, dan cara bertingkah laku. - setiap tahun jumlah bekas penagih yang menagih dadah semula semakin meningkat - gejala ini membimbangkan semua pihak sebab golongan ini akan terus meningkatkan permintaan terhadap dadah dan seterusnya akan menjejaskan usaha merawat dan memulih penagih. - Fokus soalan : sebab-sebab wujudnya gejala penagihan semula dadah. Isi-isi: ISI 1: Emosi bekas penagih sentiasa berada dalam keadaan negatif dan tidak stabil - sentiasa marah, kecewa, berdukacita, sedih, cemburu, rasa bersalah, murung, dan bosan. ISI 2: Konflik dalam keluarga - akibat disisih, terus dilabel negatif, dibiarkan tanpa sokongan, dan tidak memberi rawatan. ISI 3: Pengaruh rakan penagih - terus menawar dadah dan mendesak mereka supaya mengambil dadah semula. ISI 4: Persekitaran tempat tinggal yang menjadi tempat penagih berkumpul - memudahkan bekas penagih mendapat bekalan dadah. ISI 5: Proses rawatan dan pemulihan kurang berkesan - contoh: di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Pusat Serenti, dan Pengasih. ISI 6: Bekas penagih tiada pekerjaan - sukar mendapat kerja : diskriminasi majikan.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

14

j*k

ISI 7: Stigma masyarakat - masyarakat memandang negatif terhadap cubaan bekas penagih untuk pulih. *** Sekiranya pelajar mengemukakan isi untuk penagihan peringkat pertama ( seperti ingin mencuba, pengaruh media massa, dan kurang didikan agama), isi ini dianggap tidak relevan. Penutup: -

Penyataan semula fokus soalan : sebab-sebab bekas penagih kembali menagih dadah. Kesan yang lebih buruk kepada masyarakat dan negara dalam jangka panjang Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil Harapan : Semua pihak (masyarakat, pihak swasta, kerajaan, dan badan bukan kerajaan) perlu bekerjasama

Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. i. ii. iii. iv. v. vi. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang

Soalan 2 Malaysia menjadi lokasi transit pemerdagangan manusia sejak akhir-akhir ini. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Jelaskan faktor-faktor berlakunya fenomena tersebut dan bincangkan implikasinya kepada masyarakat dan negara. Pendahuluan: - Konsep pemerdagangan manusia 1. Manusia dijadikan sebagai komoditi atau barang dagangan oleh sindiket. 2. Kemasukan mereka sama ada secara sah atau tidak sah. 3. Melibatkan lelaki, wanita, dan kanak-kanak. - Statistik menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap fenomena ini.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT* -

15

j*k

Fokus soalan: Faktor dan implikasi kepada masyarakat dan negara.

Isi-isi: Faktor-faktor berlaku pemerdagangan manusia IS1: Sindiket pemerdagangan manusia didalangi penjenayah antarabangsa yang terancang IS2: Lokasi geografi negara kita yang strategik menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit oleh penyeludup IS3: Pulangan yang lumayan bagi individu/sindiket yang terlibat. IS4: Kelonggaran dan ketidakcekapan kawalan di pintu masuk sempadan dan lapangan terbang. - Berlaku ketirisan dalam menunaikan tanggungjawab IS5: Kesusahan dan desakan hidup Implikasi pemerdagangan manusia kepada masyarakat dan negara IS1: Menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan masyarakat akibat peningkatan jenayah pemerdagangan manusia. IS2: Gejala sosial meningkat. - Contoh: pelacuran, rumah urut, dan buang bayi IS3: Eksploitasi kanak-kanak. - Contoh: pengemis/peminta sedekah dan buruh kanak-kanak IS4: Menjejaskan imej negara di mata dunia. Penutup/kesimpulan Penyataan semula fokus soalan Harapan Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. i. ii. iii. iv. v. vi. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

16

j*k

Soalan 3 Vandalisme selalunya dikaitkan dengan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya. Pendahuluan: - Konsep vandalisme perbuatan merosak atau membinasakan harta benda awam atau persendirian - Fokus soalan: - nyatakan pendirian calon sama ada setuju atau tidak bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan merupakan punca utama vandalisme - Cadangkan langkah baru untuk penambahbaikan Isi-isi: Faktor-faktor berlakunya vandalisme IS1 : - Keruntuhan institusi keluarga - Berasal daripada keluarga yang bermasalah - Mengamalkan budaya negatif contoh bergaduh, merokok - Remaja ingin bebas dariada keluarga yang bermasalah - Kurang kawalan dan bimbingan daripada ibu bapa Faktor-faktor lain IS2 : - Pengaruh rakan sebaya - Mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya - Terikut dengan rakan yang tercicir IS3 : - Pengaruh media - Paparan adegan negatif dalam filem terutama filem barat - Remaja mudah terikut Situasi Individualistik dan materialistik masyarakat Terlalu pentingkan kebendaan Tidak mengambil peduli isu-isu sosial masyarakat Kajian menunjukkan vandalisme lebih banyak di bandar ekoran masyarakat yang materialistik.

IS4 :

Cadangan mengatasi:

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

17

j*k

Catatan : Hanya terima cadangan baru bukannya langkah yang telah dilaksanakan. Sekiranya calon mengemukakan langkah sedia ada, penambahbaikan perlu dilakukan terhadap isi tersebut. Contoh perkataan penambahbaikan digiatkan / ditingkatkan / diaktifkan IS1 : Penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang - Perlu dijalalankan oleh semua yang bertanggungjawab - Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9, Undang-undang Kecil Vandalisme 1991 dendan RM2 ribu dan penjaran tidak lebih 1 tahun jika sabit kesalahan. - Undang-undang baru pesalah dikehendaki menjalankan kerja khidmat masyarakat dengan memakai pakaian pesalah vandalisme di pusat beli belah. IS2 : Meningkatkan peranan ibu bapa dan keluarga - Beri tunjuk ajar tentang falsafah kepentingan harta benda awam sebagai harta sendiri. - Ibu bapa dikehendaki menyayangi anak-anak supaya mereka tidak rasa kekosongan. - Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak bahawa harta benda awam amat penting untuk orang ramai. Sehubungan itu harta benda awam perlu dijaga bukan dirosakkan. IS3 : Giatkan peranan media massa - Didik masyarakat menerusi kempen kesedaran dan bekerjsama menjaga harta benda awam yang disediakan untuk kegunaan semua orang. - Media juga boleh menganjurkan kempen Harta Benda Awam Milik Bersama. IS4 : Aktifkan peranan masyarakat dan sekolah - Masyarakat perlu lebih peka kepada persekitaran. - Masyarakat perlu lebih proaktif. - Berikan kefahaman kepada golongan remaja akan keburukan vandalisme. - Pihak sekolah perlu memberi nasihat, bimbingan, dan penerangan pentingnya harta benda awam untuk semua orang. Penutup: - Penyataan semula fokus soalan faktor-faktor berlakunya vandalisme dan berikan cadangan yang perlu diambil untuk menanganinya. - Kesan vandalisme terhadap masyarakat dan negara - Harapan kerajaan dan negara untuk menangani gejala ini. - Harapan calon.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

18

j*k

Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. i. ii. iii. iv. v. vi. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang

Soalan 4 Lambakan produk tiruan di pasaran tempatan, seperti ubat-ubatan tiruan dan produk kecantikan telah menimbulkan kebimbangan dan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. Sebagai Pengerusi Persatuan Pengguna di tempat anda tinggal, anda bercadang untuk menghantar satu memorandum berkaitan hal di atas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan. Dalam memorandum itu, anda menyatakan kekesalan terhadap masalah tersebut dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Sediakan memorandum tersebut. Format Memorandum: Memorandum/MEMORANDUM Kepada: Daripada: Tajuk: 1. Pendahuluan 2. Penyataan pendapat: 3. Usul: 4. Penutup: 5. Tandatangan, nama dan jawatan: PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 6. Tarikh:

SULIT*

19

j*k

1. -

Pendahuluan: Konsep produk tiruan - produk yang dihasilkan dan dijual dengan menggunakan jenama tertentu @ menggunakan jenama sedia ada tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa / berwajib Produk kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan orang ramai pada masa ini kerana mereka amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan. Terdapat kalangan masyarakat yang tidak peka dan tidak mengambil peduli akan kesan negatif penggunaan ubat-ubatan dan produk kecantikan tiruan Fokus soalan : Lambakan produk tiruan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif dan langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi mengatasinya.

2.

Penyataan pendapat: Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis ubat dan produk kecantikan di pasaran. Produk tersebut mudah diperoleh dan harganya murah. Hal ini menyebabkan produkproduk tersebut mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengguna / orang ramai. Namun demikian, produk-produk sebegini mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya diambil secara berterusan. 2.1 Produk tiruan boleh menjejaskan kesihatan - Boleh menyebabkan alahan, keguguran bagi ibu mengandung, dan keracunan 2.2 Penyakit menjadi semakin teruk dan menimbulkan pelbagai komplikasi lain. 2.3 Pengguna tertipu dan teraniaya serta menanggung pelbagai kerugian - Pengguna tidak mengetahui / tidak diberitahu kandungannya - penjual cuma mementingkan keuntungan. 3 Usul: 3.1 Pihak berwajib perlu sentiasa mengadakan pemantauan secara berterusan terhadap premis-premis yang menjual ubat-ubatan dan produk kecantikan bagi memastikan ketulenan dan kesahannya. 3.2 Pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjual dan mengedar produk-produk tiruan tersebut. 3.3 Kerajaan perlu memastikan orang ramai diberi pendedahan dan pendidikan kepenggunaan mengenai bahaya penggunaan produk tiruan melalui media secara agresif dan berterusan 3.4 Kerajaan dan badan swasta / NGO berkaitan perlu meningkatkan kerjasama bagi memastikan orang ramai mendapat pendedahan mengenai bahaya penggunaan produk tiruan

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT* 4

20

j*k

Penutup: Penyataan semula fokus soalan. Kesungguhan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan orang ramai didedahkan dengan permasalahan ini. Orang ramai juga perlu sentiasa peka dengan produk yang mereka gunakan bagi mengelakkan kesan sampingan yang serius.

Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan, isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. i. ii. iii. iv. v. vi. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

21

j*k

Bahagian B 5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat

dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20] Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan salah satu isu yang cukup hangat dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia. Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Global di Copenhagen, Denmark, dari 7 hingga 18 Disember 2009, dianggap sebagai acara besar masyarakat dunia bagi membincangkan isu yang dianggap kritikal pada abad ke-21. Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia atau faktor semula jadi. Akibat perubahan ini, bumi berhadapan dengan beberapa ancaman alam sekitar, seperti peningkatan paras air laut, kemarau, banjir, taufan, kebakaran hutan, gangguan sistem ekologi, dan sebagainya.

Kesan pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan aras laut, seperti yang dikesan di New York dan Rotterdam, Belanda. Negara kepulauan, seperti Vanuatu di selatan Lautan Pasifik juga kehilangan beberapa pulau kecil akibat kenaikan paras laut. Jika fenomena ini tidak ditangani, negara kepulauan lain, seperti Maldives dan bandar di pinggir pantai, seperti Venice, akan tenggelam. Negara seperti Nepal pula akan menerima bencana akibat glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya. Selain itu, pencairan ais di kutub menyebabkan peningkatan isi padu air laut yang memberi kesan terhadap fenomena hakisan pantai, sekali gus menyebabkan pengecilan sesebuah negara. Di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan bahawa saiz negara kita semakin berkurangan akibat hakisan pantai di

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

22

j*k

33 buah lokasi di seluruh negara. Catatan ini sangat membimbangkan sekiranya tiada tindakan segera diambil bagi mengatasi fenomena pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia. Saintis turut meramalkan bahawa dengan berlakunya perubahan cuaca yang mendadak di atmosfera yang kita diami kini, kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang. Negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas dan suhu musim kemarau akan meningkat. Tempoh kemarau juga akan berpanjangan dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan ini. Industri pertanian akan mengalami kesan yang teruk akibat perubahan cuaca bumi yang menyebabkan perubahan dalam kelembapan tanah. Hal ini akan menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi yang menjadi nadi ekonomi sesebuah negara.

Sejak awal abad ke-21, penghuni dunia akan terus dikejutkan oleh pelbagai bencana alam yang amat dahsyat yang mengorbankan jutaan nyawa manusia, menjadikan jutaan yang lain kebuluran, hilang tempat tinggal, yatim piatu di samping memusnahkan bandar serta kampung. Setelah dikaji secara mendalam, terbukti bahawa setiap bencana dan kemusnahan yang menimpa bumi berpunca daripada angkara manusia yang banyak mengubah muka bumi dan atmosfera atas nama pembangunan dan keuntungan akibat tamak haloba golongan tertentu sehingga menyebabkan khazanah alam semakin pupus ditelan zaman. Di negara kita sendiri, pelbagai kempen dan slogan hanya tinggal nama. Bumi terus menerima kekotoran di tangan manusia.

Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada penyelesaian segera yang dapat dilakukan untuk menghadapi fenomena pemanasan global selagi sikap tidak kisah dan tak apa masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia, termasuk di negara kita. Isu alam sekitar akan terus membelenggu kehidupan penghuni bumi tanpa kempen kesedaran yang berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, masyarakat haruslah memainkan peranan dan menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah pemanasan global yang sedang dihadapi kini. Tabiat tak apa terhadap isu alam sekitar akan menyebabkan bumi binasa.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

23 (Dipetik dan disesuaikan daripada rencana Pemanasan Global Bumi Kian Tenat, Dewan Siswa, Februari 2010)

j*k

SKEMA JAWAPAN Soalan 5 Isu Utama (IU): Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan isu yang cukup hangat dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia. / Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global / disebabkan aktiviti manusia atau faktor semula jadi. / Bumi menghadapi beberapa ancaman alam sekitar akibat pemanasan global Isi Sokongan 1 (IS1): Pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais dan glasier / di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan / seterusnya berlaku peningkatan aras laut / dan kehilangan beberapa pulau kecil (tenggelam). Isi Sokongan 2 (IS2): Pencairan ais di kutub juga menyebabkan peningkatan isi padu air laut / sekali gus menyebabkan saiz sesebuah negara semakin kecil. / Keadaan ini sangat membimbangkan. Isi Sokongan 3 (IS3): Kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas / dan tempoh musim sejuk akan berkurang. / Negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas / dan suhu musim kemarau akan meningkat. / Isi Sokongan 4 (IS4): Tempoh kemarau juga akan berpanjangan / dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan ini / seterusnya menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi. / Isi Sokongan 5 (IS5): Sejak awal abad ke-21, penghuni dunia akan terus terus dikejutkan oleh pelbagai bencana alam yang amat dahsyat. Isi Sokongan 6 (IS6): Terbukti bahawa setiap bencana dan kemusnahan berpunca daripada angkara manusia / yang banyak mengubah muka bumi dan atmosfera / atas nama pembangunan dan keuntungan / akibat sikap tamak haloba golongan tertentu. Kesimpulan: Tiada penyelesaian segera untuk menghadapi fenomena pemanasan global / selagi sikap tidak kisah dan tak apa masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia, / Masyarakat haruslah memainkan peranan / dan menyahut seruan kerajaan / untuk mengurangkan masalah pemanasan global.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

24

j*k

Bahagian C Jawab satu soalan sahaja. 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan [15]

memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah.

Pergi sana! Jangan ganggu kami sekeluarga nak makan! Pergi! tengking seorang lelaki lewat 40-an memarahi seorang lelaki muda yang buta dan ditemani oleh seorang perempuan. Kelihatan si buta memegang tongkat dan beberapa bungkus tisu serta kalendar kecil. Huda seorang pelajar kolej bersama temannya, Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi. Si buta menunjukkan muka simpati. Kemudian dia berjalan menuju meja sebelah. Begitulah yang dia lakukan sehinggalah sampai ke meja di mana tempat Huda menikmati selera di kedai itu. Selamat malam. Kasihanilah saya, rayu si buta. Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Matanya tepat ke arah makanan yang mereka pesan sebentar tadi. Selamat malam. Nah, ambil ini, ujar Huda sambil menghulurkan wang ke tangan si buta itu tadi. Terima kasih, dik, ucap perempuan yang berada di sebelah si buta itu sambil tersenyum. Mata Yasmin bulat memandang wang di tangan si buta. Banyak sangat awak bagi tu, leter Yasmin. Dipegangnya sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya. Mana ada banyak. Sepuluh ringgit saja, Huda membela diri sambil tersenyum. Usai menghabiskan hidangan makanan, Huda dan Yasmin segera menuju ke kereta Kancil putih milik Huda. Dalam perjalanan, mereka ternampak beberapa anggota polis sedang mengelilingi sebuah teksi di tepi pondok. Dua orang anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar menjadi buta dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta polis. Yasmin menggeleng kepala. Huda terpinga-pinga memikirkan dirinya ditipu mentah-mentah.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cerpen Kerana Simpati Itu

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

25 oleh Nurul Farehah Jaamad, Berita Minggu, 10 April 2011)

j*k

SKEMA JAWAPAN Soalan 6

Seorang lelaki lewat 40-an menengking dan memarahi seorang lelaki muda yang buta dan ditemani oleh seorang perempuan dengan meminta lelaki muda itu pergi dari situ dan tidak mengganggu mereka sekeluarga makan. Kelihatan si buta memegang tongkat dan beberapa bungkus tisu serta kalendar kecil. Huda, iaitu seorang pelajar kolej bersama temannya Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi. Si buta menunjukkan muka simpati. Kemudian dia berjalan ke arah meja sebelah. Perkara itu yang dilakukannya sehingga sampai ke meja, iaitu tempat Huda menikmati selera di kedai itu. Sambil mengucapkan selamat malam, si buta membuat rayuan agar dirinya dikasihani. Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Matanya tepat ke arah makanan yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Sambil menghulurkan wang ke tangan si buta itu tadi, Huda mengucapkan selamat malam dan meminta si buta mengambil wang itu. Perempuan yang berada di sebelah si buta mengucapkan terima kasih kepada Huda sambil tersenyum. Mata Yasmin membulat / menjadi bulat apabila memandang wang di tangan si buta. Yasmin meleteri Huda dengan menyatakan bahawa wang yang diberi oleh Huda banyak sangat. Dia memegang sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya. Huda membela diri dengan menyatakan bahawa wang itu tidak banyak, iaitu cuma sepuluh ringgit sahaja sambil tersenyum. Usai / sesudah / selesai menghabiskan hidangan makanan, Huda dan Yasmin segera menuju ke kereta Kancil putih milik Huda. Dalam perjalanan, mereka ternampak beberapa anggota polis sedang mengelilingi sebuah teksi di tepi pondok. Dua orang anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar dengan menjadi buta dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta polis. Yasmin menggeleng kepala. Huda terpinga-pinga apabila memikirkan dirinya ditipu mentah-mentah.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

26

j*k

7.

Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.

[15]

PENGISYTIHARAN JUALAN (LELONG) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN SAMAN PEMULA NO: 12-1234-2009 PERMOHONAN PELAKSANAAN N0: 12-34-2011 TEMPAT TARIKH & MASA HARTA : DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN : 27.06.2011 (ISNIN) JAM 10.00 PAGI : H.S(D) 12345, PT NO. 67890, Bandar Amanjaya, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman (Keluasan 334.5 Meter Persegi) : No. 12, Jalan Orkid 1/1, Amanjaya (Zon Orkid), 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. : SITI BINTI ALI (No.K/P: 871007-07-2222) : BANK SIMPANAN NASIONAL

ALAMAT HARTA PENGGADAI PENERIMA GADAIAN

HARGA RIZAB : Tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM113,400.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja) dan syarat-syarat jualan yang dicetakkan di Pengisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Bank Simpanan Nasional sebelum jam 10.00 pagi pada hari Lelongan Awam. Bank Draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 x 9 inci dengan mencatatkan No Kes Pelaksanaan (A/E:12-34-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh 120 (Satu Ratus Dua Puluh) hari dari tarikh jualan kepada Bank Simpanan Nasional. Jika gagal, deposit 10% akan dirampas. Untuk pertanyaan sila: Hubungi JURULELONG MUTHU A/L GOPAL, N0 123, Lorong Sutera 5/1, Taman Sawi, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman Fax No 04-1234567 H/P NO: 019-1234567

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

27 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Metro 1klassifieds, Harian Metro, Jumaat 17 Jun 2011) SKEMA JAWAPAN Soalan 7

j*k

Pengisytiharan Jualan Lelong dilakukan di Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Saman pemulanya bernombor 12-1234-2009, manakala nombor

permohonan pelaksanaannya ialah 12-34-2011. Tempat Pengisytiharan Jualan Lelong adalah di Bilik Lelong, Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tarikh dan masa Pengisytiharan Jualan Lelong adalah pada 27.06.2011, hari Isnin, jam 10.00 pagi. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong ialah H.S (D) 12345, PT bernombor 67890, Bandar Amanjaya, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman dengan keluasan 334.5 meter persegi. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong beralamat di nombor 12, Jalan Orkid 1/1, Amanjaya, Zon Orkid, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Penggadainya ialah Siti Binti Ali. Nombor kad pengenalannya ialah 871007-07-2222. Penerima gadaian ialah Bank Simpanan Nasional. Harga jualan rizab tersebut tertakluk kepada satu harga rizab, iaitu sebanyak RM113,400.00 atau Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja. Syarat-syarat jualan adalah seperti yang dicetak dalam Pengisytiharan Jualan. Penawarpenawar yang berminat dikehendaki untuk mendepositkan sepuluh peratus daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Bank Simpanan Nasional sebelum pukul 10.00 pagi pada hari Lelongan Awam. Bank Draf bersama dengan salinan kad pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 kali 9 inci dengan mencatatkan nombor Kes Pelaksanaannya, iaitu A/E:12-34-2011 pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam / dilekatkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh 120 hari dari tarikh jualan kepada Bank Simpanan Nasional. Jika gagal, deposit sebanyak sepuluh peratus akan dirampas. Pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Jurulelong, iaitu Muthu A/L Gopal di Nombor 123, Lorong Sutera 5/1, Taman Sawi, 05150 Alor Setar, Kedah Darul PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

28

j*k

Aman. Nombor faks / faksimile ialah 04-1234567 dan nombor telefonnya ialah 0191234567. Bahagian D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, [15]

jelaskan sebab kesalahan, dan kemudian buat pembetulan.

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring dengan usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih sebersih kapas, kanak-kanak sememangnya berhak menikmati kehidupan yang indah dan menggembirakan. Sehubungan dengan itu, sejak akhir-akhir ini, golongan yang lebih tua menjadikan kanakkanak tempat melepaskan rasa marah dan tekanan. Tanpa alasan yang rasional, kanakkanak ditumbuk, ditampar, diterajang, disiram air panas, dan dicucuh dengan puntung rokok serta diperlakukan lebih buruk daripada seekor binatang peliharaan. Aduhai! Malangnya nasib mereka. Cerita pembuangan bayi di tempat membuang sampah dan sebagainya menjadi tatapan berkala masyarakat kini. Penambahan jumlah anak-anak jalanan pula membuktikan senario ini semakin meruncing. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat wajar menyemak semula undang-undang sedia ada untuk mempastikan kanak-kanak dilindungi dan memperolehi pembelaan yang sewajarnya.

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

29

j*k

Skema Jawapan Soalan 8

BI

KESALAHAN ...berhak menikmati...

SEBAB KESALAHAN Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen @ Ayat ini memerlukan kata hubung pancangan komplemen untuk Penanda wacana Sehubungan dengan itu... tidak sesuai digunakan kerana hubungan antara ayat tidak menunjukkan perkaitan sebaliknya menunjukkan pertentangan. Tanda seru (!) tidak boleh hadir selepas kata seru dan sepatutnya terletak di akhir ayat seruan.

PEMBETULAN ...berhak untuk menikmati...

1.

2.

...Sehubungan dengan itu...

...Namun begitu...

3.

Aduhai! Malangnya masib mereka.

4. 5. 6.

...tempat membuang sampah... Penambahan jumlah anak-anak jalanan... ...menyemak semula undang-undang sedia ada...

KK membuang tidak boleh hadir dalam struktur / binaan FN kata anak tidak boleh digandakan kerana frasa penambahan jumlah sudahpun membawa maksud jamak/ banyak Kata tugas semula tidak boleh menjadi objek (FN) kepada KKT menyemak @ Menyemak ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek. Huruf pertama p pada kata dasar pasti apabila diimbuhkan awalan meN- tidak boleh dikekalkan dan mesti berubah secara homorganik kepada m @ Huruf pertama p pada kata dasar pasti perlu diubah kepada m apabila menerima awalan meNmemperolehi merupakan bentuk terbitan yang lewah dan seharusnya hanya menerima awalan memper-

Aduhai, malangnya nasib mereka! (tanda koma (,) perlu diletakkan selepas kata seru). ....tempat pembuangan sampah... Penambahan jumlah anak jalanan... ...menyemak undang-undang sedia ada semula...

7.

...mempastikan...

...memastikan...

8.

...memperolehi pembelaan...

...memperoleh pembelaan...

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

SULIT*

30

j*k

SKEMA PERMARKAHAN TAMAT

PERCUBAAN STPM 2011

SULIT* PSTPM Kedah 2011

You might also like