Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pembiakan biji getah

pembiakan biji getah

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 3,616|Likes:
Published by yuzamri

More info:

Published by: yuzamri on Oct 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/03/2013

pdf

text

original

 
Pembiakan biji benih getahPokok getah yang berasal dari biji benih asal yang di ambil dari bawah pokok masih terdapat diladang-ladang atau di tanam oleh pekebun-pekebun kecil. Benih yang digunakan untuk menanam getah adalahdari jenis biji biasa. Oleh kerana ia bukan dari keturunan yang terpilih, sudah tentu ia mempunyai sifat-sifat yang tidak memuaskan. Hasilnya terlalu rendah dan tidak ekonomik bagi peladang-peladangmeneruskan penggunaannya.Usaha selanjutnya ditumpukan kepada biji benih yang diperolehi dari pokok-pokok induk yang berhasil tinggi sahaja. Cara ini telah member kesan yang agak baik sedikit dari benih asal. Tetapi, olehkerana benih-benih ini berasal dari saluran seksual, iaitu biji, ia melahirkan perbezaan yang sangat nyataantara pokok-pokok, walaupun ia dari satu keturunan. Ia berbeza-beza dari segi kecergasan, ketebalankulit, kepekaan kepada penyakit-penyakit dan yang paling nyata sekali ialah hasil.Dalam tahun 1917, satu teknik telah dicipta, di mana pokok getah boleh dibiakkan melaluisaluran tampang, iaitu dengan mengambil mata tunas dari pokok yang berhasil tinggi untuk dihidupkan pada pokok getah yang lain. Teknik ini dipanggil cantuman tunas. Yang paling aneh sekali mengenai benih ini ialah, ia boleh menurunkan dengan tepat semua sifat pokok di mana tunas tersebut di ambil. Ini juga bererti ia boleh mengatasi sebala kesulitan yang selalu di alami dari benih yang dihasilkan melaluisaluran seksual, iaitu biji. Dengan cara ini juga dapatlah dipanjang-panjang kan benih-benih yang sudahdikenal pasti baik. Langkah seterusnya pula ialah dengan menjodohkan pokok-pokok yang baik inimelalui pendebungan tangan supaya terlahir keturunan baru, diuji selama beberapa tahun dan yangterpilih sahaja dianjurkan sebagai baka atau klon. Usaha mencipta klon-klon untuk mendapatkan klon-klon yang lebih baik masih diteruskan hingga kini. Klon akan menjadi asas kepada pembiakan melaluisaluran tampang.Sementara itu, di bidang biji benih pula, usaha juga diteruskan bagi mendapatkan benih yang baik, kalau tidak standing sekalipun, hamper sama kebolehannya dengan klon sudah memadai. Benih jenis ini pula diperolehi dari biji-biji pokok cantuman terdiri dari klon-klon yang baik.Bagi mengelakkan berlaku kacukan yang tidak diingini, kawasan khas dibuat, di mana klon atauklon-klon yang terpilih sahaja di tanam untuk kutipan biji. Benih jenis ini di panggil biji klon. Walau bagaimana pun, sebagai benih yang lahir dari saluran seksual, ia masih ada sifat-sifat perbezaan antara benih-benih pokok yang dihasilkan.PembiakanPembiakan ialah sebagai satu usaha untuk membanyak atau menambahkan bilangan pokok supaya iasentiasa ada bila diperlukan. Pembiakan juga adalah untuk tujuan menggantikan pokok-pokok yang tua ,rosak atau mati akibat penyakit.Pokok getah boleh dibiakkan dengan dua saluran, iaitu seksual dan vegetative atau tampang. pokoknya tidak dapat dipastikan. Kaedah terhasilnya biji benih ialah melalui pendebungaan.
 
Pendebungaan boleh dilakukan oleh serangga, tetapi dari mana datangnya bunga tidak dapat dipastikan,kecuali dalam keadaan terkawal. Sebaliknya pendebungaan boleh dilakukan oleh manusia. Teknik inidigelar pendebungaan tangan. Manusia boleh memilih pokok yang bakal dijodohkan dan bolehlahdikatakan benih yang terhasil lebih memuaskan.Saluran tampang atau vegitatif akan menjamin keseragaman sifat biji benih yang diturunkannya.Ada berbagai cara untuk menghasilkan benih getah melalui saluran ini dan boleh dibahagikan kepada tigakumpulan iaitu keratan, cantuman dan tisu kultur atau tisu didik. Antara berbagai cara tersebut, cantumantunas paling mudah di amal kan, manakala tisu kultur sentiasa dalam kajian.Pendebungaan tanganPendebungan tangan adalah merupakan satu usaha memasukkan debungan dari bunga jatan ke dalamovary bunga betina. Ia dilakukan oleh manusia. Ini adalah satu cara membiakkan benih getah melaluisaluran seksual. Kedua-dua pokok yang bakal dijodohkan itu mestilah terdiri dari klon-klon yang baik supaya keturunannya pun baik.CaraPendebungaan tangan hendaklah dilakukan di musim bunga yang banyak, iaitu bulan februari hingga jun.radas yang digunakan ialah penyepit kecil, gunting kecil, kapas, tabung plastic kecil dan kertas penanda.Kerja pendebungaan hendaklah dilakukan diwaktu pagi.Debunga dari bunga jantan akan di ambil dan dikumpulkan ke dalam tabing plastic. Pada jambak  bunga yang bakal didebungakan, buangkan semua bunga jantan yang ada, meninggalkan bunga betinayang masih kuncup sahaja.ranggi bunga betina akan dibuka supaya kelihatan ovary dan stigma. Seluruhsaluran stamen bunga jantan dicabut dan dimasukkan ke dalam bunga betina. Bunga betina akan disumbatdengan sedikit kapas yang telah dilekatkan dengan setitik lateks bagi mengelakkan kemasukkan bunga jantan lain. Apabila satu jambak bunga betina telah selesai didebungakan, label dengan member tarikhdan jenis klon yang dijodohkan. Dua hingga tiga hari, ranggi dan kapas akan tertanggal. Jika pendebungaan tersebut Berjaya, persenyawaan akan berlaku dan ovary akan menjadi buah, yang manaakan masak dalam jangka waktu empat setengah hingga ke lima bulan. Sebelum bijinya gugur, buahnyaakan di sampul kan dalam uncang jarring supaya bijinya tidak jatuh ke tanah dan bercampur dengan biji- biji lain. Buah itu boleh dipetik apabila lengainya kering dan perang untuk mendapatkan biji benih. Biji benih tersebut hendaklah dicambahkan dengan segera.Kejayaan pendebungaan tangan adalah dianggakan sebanyak 5 – 15 %. Seorang pekerja bolehmelakukan kerja pendebungaan sebanyak 120 kuntum bunga sehari. Kerja ini adalah sukar dan mahal.Teknik ini hanya terhad bagi pengeluaran klon sahaja.Klon yang dihasilkan biasanya akan dipastikan mempunyai sifat-sifat seperti keturunan baik,kecergasan muda, kecergasan dewasa, batang lurus, pendahanan, jemala, kulit dara, kulit pulihan, penghasilan, lateks (KGK, warna, warna krep dan kestabilan), kerosakan angin, kekeringan kulit danketahanan penyakit( Cendawan angin, cendawan lapuk,
colletotrichum
,
oidium,
belang/calar hitam dan penyakit daun luruh dan lengai lapuk 
 Phytophthora
)
 
Keturunan Klon Klas I dan IIGT 1= Klon asliPB 217= PB 5/41 x PB 6/9PR 255= Tjir 1 x PR 107PR 261= Tjir 1 x PR 107PRIM 600= Tjir 1 x PB 86PRIM 712= PRIM 605 x PRIM 71AVROS 2037= AVROS 256 x AVROS 252PB 28/59= Klon asliPB 230= PB 49 x PB 5/51PB 235= PB 5/51 x PB 578PB 255= PB 5/51 x PB 32/36PB 260= PB 5/51 x PB 49PB 280= Biji PBIGRRIM 572= Pil B 50 x Pil B 84RRIM 623= PB 49 x Pil B 84RRIM 628= Tjir 1 x RRIM 527RRIM 701= 44/553 x RRIM 501RRIM 703= RRIM 600 x RRIM 500RRIM 728= GT 1 x RRIM 623RRIM 729= RRIM 623 x FX 25

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Chan Waiyin liked this
Alvin Keong liked this
Nazim Khan liked this
hzawawi liked this
Fared Latiff liked this
daratanjung liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->