You are on page 1of 22

Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM

PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


(Kuliah 2/Bab 8)

Perkembangan
Tamadun Islam
(Pentadbiran Zaman
‘Abbasiyyah)
OBJEKTIF Bab 8
Mengenali dan mengetahui sistem
pentadbiran ‘Abbasi.
Mengenal pasti sejarah
perkembangan pentadbiran
Kerajaan ‘Abbasiyyah.
Mendalami aspek-aspek
kecemerlangan pentadbiran
Kerajaan ‘Abbasiyyah.
Bab 8 / 2
SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH
Khalifah Abu al-‘Abbas al-Saffah isytihar
Kerajaan ‘Abbasiyyah ialah sebuah dawlah
yang berdaulat.
Kerajaan ini melaksanakan konsep yang sama
sebagaimana yang dilakukan oleh Khulafa’ al-
Rashidin.
Turut meminta bantuan ulama bagi membantu
untuk mentadbir kerajaan.
Ini sesuai dengan kempen yang dilaksanakan
dalam gerakan revolusi ‘Abbasiyyah.
Namun slogan ini nyata indah khabar dari
rupa.
Khalifah lantik putera mahkota; monarki.
Bab 8 / 3
SISTEM PENTADBIRAN ‘ABBASIYYAH
Perbezaan besar: Penghapusan konsep
diskriminasi etnik yang diamalkan Kerajaan
Umawi sebelum ini.
Berjaya hidupkan Sunnah: Memberi hak sama
rata kepada semua golongan tanpa bezakan
warna kulit.
Para khalifah juga bersedia untuk berbincang
dengan para ulama.
Para ulama boleh menegur segala tindakan
kerajaan dengan cara yang lebir responsif.
Gandingan kerajaan-rakyat perlu diperkukuh.
Jika keadilan tidak diberi perhatian, rakyat
pasti akan memberontak.
Bab 8 / 4
INSTITUSI AL-WIZARAH
Penubuhan al-wizarah merupakan satu
perkembangan baru dalam sejarah
pemerintahan Islam.
Zaman Umawi: Khalifah bertanggungjawab
atas semua perkara secara langsung.
Wazir tidak pernah diwujudkan pada zaman
Nabi, Khulafa’ dan Umawi.
Institusi ini berasal dari Parsi.
Dipercayai orang pertama yang menjadi
wazir ialah Abu Salamah al-Khallal.
Gelaran rasmi: wazir Al Muhammad.
Al-Wizarah: Jentera kerajaan paling utama.
Bab 8 / 5
INSTITUSI AL-WIZARAH
Jabatan ini diketuai oleh Wazir al-Wuzara’
(Perdana Menteri).
Beliau dibantu oleh beberapa orang wazir.
Kedudukan Wazir al-Wuzara’ paling tinggi
dan memiliki kuasa paling besar.
Ia merupakan lidah rasmi kerajaan.
Ada kuasa untuk melantik dan memecat
gabenor dan qadi (hakim) wilayah.
Khalifah boleh berikan tumpuan kepada
aspek lain seperti pembangunan ekonomi
dan sosial untuk kemajuan negara.
Urusan pentadbiran dilakukan oleh org lain.
Bab 8 / 6
JABATAN AL-HAJIB
Jawatan kedua penting sepelas Wazir al-
Wuzara’ (Perdana Menteri).
Tugasnya ialah sebagai setiausaha dan
pegawai protokol kepada Khalifah.
Menjadi pengganti Khalifah untuk
menyelesaikan masalah rakyat.
Orang yang paling rapat dengan Khalifah.
Jawatan ini wujud semenjak zaman Umawi.
Diwujudkan oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b.
Marwan.
Ditugaskan untuk melancarkan urusan untuk
berjumpa dengan Khalifah.
Bab 8 / 7
PENUBUHAN AL-DAWAWIN
Diwan telah muncul semenjak zaman
Khulafa’ di bawah pemerintahan ‘Umar b.
al-Khattab (r.a.).
‘Abbasiyyah telah mengembangkan jabatan
ini secara lebih meluas.
Antaranya seperti al-Jund, al-Kharaj, al-
Rasa’il, al-Sawafi dan al-Sirr.
Terdapat dua diwan yang terpenting dalam
zaman ‘Abbasiyyah, iaitu al-Jund dan al-
Kharaj.
Jabatan pos (al-barid) misalnya, tidak
berfungsi seumpama pejabat pos hari ini.
Bab 8 / 9
DIWAN AL-JUND
Dikenali juga sebagai Jabatan Ketenteraan.
Bertanggungjawab dalam semua urusan
ketenteraan negara.
Perlu untuk menyediakan keperluan asas
untuk tentera.
Memberi latihan dan memilih anggota
tentera baru.
Diwan ini diasas oleh ‘Umar b. al-Khattab.
Dimansukhkan pula oleh Mu’awiyah.
Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik al-Umawi
wujudkan semula dengan perubahan.
Khalifah al-Mansur lakukan perubahan lagi.
Bab 8 / 9
DIWAN AL-JUND
Objektif diwan ini ialah mempertahankan
negara dan ancaman dan serangan orang
bukan Islam.
Ketua tentera perlu ingatkan anak buahnya
tentang ganjaran dunia dan Akhirat.
Orang awam juga turut berkhidmat dalam
tentera.
Mereka dikenali sebagai al-mutawwi‘in;
termasuk Arab dan ‘ajam.
Mereka turut diberi ganjaran ibarat gaji.
‘Abbasiyyah perkemaskan dengan selaraskan
bayaran gaji.
Bab 8 / 10
DIWAN AL-JUND
Mereka yang berdaftar sahaja boleh
meperoleh pelarasan ganji.
Gaji yang dibayar adalah berdasarkan
kategori; infantri, berkuda.
Zaman Umawi, diwan ini eksklusif untuk
orang Arab sahaja.
‘Abbasi membenarkan ‘ajam menganggotai
diwan ini.
Gaji zaman Umawi lebih tinggi daripada
zaman ‘Abbasi.
Ini kerana kemasukan yang ramai dan
keadilan yang perlu diberikan.
Bab 8 / 11
DIWAN AL-JUND
Untuk tujuan keberkesanan, ‘Abbasiyyah
telah menubuhkan satu unit khas bagi
matlamat perisikan.
Misal: Khalifah al-Rashid telah hantar perisik
diseluruh negara musuh.
Contoh: ‘Abd Allah b. al-Sidi yang dihantar
ke Byzantine.
Laporan para perisik ini memudahkan para
geografi Muslim untuk melakar peta.
‘Abbasiyyah berjaya mencipta peralatan
perang yang canggih.
Contoh: Manjaniq, peluru, baju kalis api.
Bab 8 / 12
DIWAN AL-KHARAJ
Turut dikenali sebagai Jabatan Percukaian.
Mengutip segala hasil cukai tanah yang
mengeluarkan hasil pertanian.
Ia diketuai oleh seorang pegawai yang
mempunyai kuasa untuk melantik wakil bagi
memungut cukai.
Kadar kharaj tidak sama antara satu
kawasan dengan kawasan yang lain.
Kharaj berperanan untuk memantapkan
ekonomi negara.
Diwujudkan semenjak zaman Nabi (s.a.w.).
Mengalami perubahan; Khulafa’ dan Umawi.
Bab 8 / 13
KECEMERLANGAN BAGHDAD
Zaman keagungan ‘Abbasiyyah ialah pada
masa pemerintahan al-Rashid dan al-
Ma’mun.
Antara sumbangan utama kecemerlangan ini
ialah kemantapan aspek ketenteraan.
Ini dibantu pula dengan kekentalan aspek
perbendaharaan negara.
Jika tiada gabungan kedua-dua aspek ini,
sukar untuk ‘Abbasiyyah mengecapi
kecemerlangan.
Zaman ini dikenali oleh Barat sebagai the
golden age of Islam.
Bab 8 / 14
RUMUSAN
Kerajaan ‘Abbasiyyah mengecapi aspek
kecemerlangan dalam pentadbiran.
Ini dapat dilihat pada:
– Penubuhan Institusi al-Wizarah.
– Pengwujudan Jabatan al-Hajib.
– Pemantapan al-Dawawin.
Diwan al-Jund dan diwan al-kharaj diberi
perhatian kerana ia dapat menjamin
pembangunan negara.
Kecemerlangan aspek pentadbiran turut
menyumbang kepada kecemerlangan kota
Baghdad dan ‘Abbasiyyah sendiri.
Bab 8 / 15

Bendera ‘Abbasiyyah

Istana lama zaman


Abbaisyyah 

You might also like