1
TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIANHjh. Rubiah Abdul Rahman*
Apakah Tonggak Dua Belas?Tonggak Dua Belas
adalah dua belas peringatan yang sekiranya diamalkan akan dapatmembentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia.Tonggak Dua Belasmengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggotaperkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Iamerupakan salah satu daripada usaha-usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalamperkhidmatan awam.
Pengertian Istilah Tonggak, Nilai dan Etika
Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna Tonggakialah
asas, dasar,
panduan, pokok pegangan
dan
kepercayaan
. Contohnya: Agama Islamsebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Dalam konteksperbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggotaperkhidmatan awam yang unggul.Nilai pula pada asasnya digunakan dalam tiga konteks:(i) Sebagai sifat
(attribute)
sesuatu objek, contoh:
•
Karya Pendeta Za'ba tidak ternilai dalam persuratan Melayu;
•
Budi baik tuan tidak ternilai.(ii) Sebagai kadar harga atau markah (quantitatif) sesuatu objek, contoh:
§
Nilai barang-barang yang dicuri ialah RM 12,000;
§
Markah penilaian prestasi En. Ahmad pada tahun 1993 ialah 87% dan inibererti beliau boleh dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji secaramenegak.(iii) Sebagai ukuran kepada sesuatu yang diingini dan dihargai kerana ia diterimasebagai sesuatu yang baik, contoh:
•
Kita harus menghayati nilai tekun, kerana ketekunan boleh meningkatkankecekapan dan produktiviti;
•
Dari kecil lagi, kanak-kanak mesti dididik supaya bersopan santun.Pembicaraan mengenai nilai dan etika merujuk kepada pengertian nilai yangketiga.
Siapakah Yang Menentukan Sesuatu Nilai Itu Baik atau Buruk?
Mengikut pandangan sekular, nilai ditentukan c)leh manusia yang diasaskan kepadapengalaman dan akal semata-mata. Pada umumnya, manusia menganggap sesuatu itu Daiksekiranya ia berguna. Sesuatu itu likatakan berguna oleh kerana ia membawa keseronokan,kebahagiaan dan kelazatan.