Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan ini telah dinyatakan dalam PenyataRazak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, yang menjadi Akta Pelajaran 1961, JawatankuasaKabinet 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, dimana “ Pendidikan di Malaysiaadalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segiintelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilkan,
berakhlakmulia
, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
”Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan personaliti individu yang cemerlang iniberterusan diserlahkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan diimplemantasikan dalam PelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikaniaitu bermula tahun 2006 hingga 2010, yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri AbdullahAhmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007 di Pusat KonvensyenAntarabangsa Putrajaya. ( http://www .moe.gov.my/tayang.php) Pelan induk ini merupakan
kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010, yang telahdilancarkan sedikit masa dahulu. (http://www.moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module)
PIPP berpaksikan kepada enam teras, iaitu :-1.Membina negara bangsa
2.
Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan4.Merapatkan jurang pendidikan5.Memartabatkan profesion keguruan6.Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.Pembangunan modal insan berminda kelas pertama merupakan misi nasional yangdigerakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Modal insan merujuk kepada usaha berterusansecara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengentahuan, modal intelektualserta
pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi
seperti yang ditermaktub dalam PelanIntegreti Nasional (PIN).Dalam konteks ini, PIPP menyebut, “
Usaha membangunkan modal insan KPM
akanmemberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar
.Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaianholistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dankeselamatan.” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006: 32)
Definisi Disiplin
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modaltersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplinmerujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuhpada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepadaautoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok SoonSang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yangdikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukumanatau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71)
Add a Comment
Im Pandaleft a comment
Liniey86left a comment
syirah90left a comment
amircomelleft a comment
nelzleft a comment