You are on page 1of 19

CONTOH-CONTOH SPM KARANGAN TAMBAHAN

GEJALA BULI DI SEKOLAH Gejala buli semakin berleluasa dan seolah-olah tidak dapat dikawal. - memeras ugut,memaksa pelajar lain menyiapkan kerja sekolah,menimbulkan kecederaan dalam kalangan pelajar lain dan pelbagai lagi - banyak dipaparkan di dada-dada akhbar utama negara kita - mendatangkan kecederaan serius dan ada yang membawa kematian Isi-isi Utama Kebanyakan pembuli ini telah menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah. - berasa dilindungi dan berasa bebas untuk membuli di sekolah - wujud dalam bentuk berkumpulan dan mendatangkan rasa gerun dalam kalangan pelajar yang lain - berasakan mereka begitu kuat dan peraturan di sekolah gagal untuk membendung aktiviti mereka Para pelajar ini kebanyakan berasal daripada keluarga yang bermasalah. - tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi - ibu dan bapa tidak memperdulikan mereka - kesan daripada perceraian, rumah tangga yang berantakan dan pelbagai lagi Gejala buli ini mendatangkan kesan yang negatif. - tidak berasa selamat dan takut untuk ke sekolah - menjadi ikutan kepada para pelajar yang lain - proses pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisen Langkah yang drastik amat ditagih untuk memberantas fenomena ini. - guru dan anggota masyarakat terutama ibu bapa wajar berganding bahu - sama-sama terlibat dalam menangani masalah ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar - gejala samseng sekolah ini dapat ditangani dan suasana persekolahan akan kembali normal Penutup Gejala buli di sekolah bukan budaya masyarakat timur. - lebih menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. - tidak melakukan sesuatu yang kurang berfaedah - merugikan diri sendiri dan akhirnya akan memusnahkan masa depan mereka sendiri
1

Amalan Gaya hidup Sihat Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. ..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. ..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. ..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. ..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
2

..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. ..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. ..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. ..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya

Usaha- usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna. Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini. Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara. Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini. Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik minat pengguna menggunakannya.

Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
5

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini Kesan buruk bencana alam Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami, gempa bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi. Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya. Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami
6

kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang. Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan sebagainya. Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun. Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka. Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. kerana malang tidak berbau. Cara-cara masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri malah mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Setiap kaum akan saling menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia akan turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar tatasusila dan agama masing- masing. Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka juga diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar- besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada
7

malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu. pada bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah. Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berurut-turut. Malam pertama diadakan upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air tapai. Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan meriah pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas mengamalkan budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap perayaan ini bagi membolehkan rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat di capai.

Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama. Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dann banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini. Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar. Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara- gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini? Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan dilihat sebagai mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di negara lain. Kepelbagaian perayaan ini memberi satu bentuk unik dalam pandangan orang asing terhadap negara ini. Lantaran itu kehadiran pelancong asing turut bertambah kerana mereka ingin dan berpeluang melihat pelbagai perayaan dalam sebuah negara daripada pergi ke beberapa negara untuk melihat pelbagai perayaan. Malaysia satu negara tetapi banyak perayaan. Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia
9

sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan. Perlunya bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lainlain. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya. Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Melayu tersohor pada zamannya. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah negara. Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh Negara. Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini kerana para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa mereka bercuti di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak daripada sektor pelancongan.
10

Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan, usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan generasi akan datang. Punca-punca penglibatan remaja dalam aktiviti lumba haram Belakangan ini masyarakat telah dihebohkan oleh media massa tentang kegiatan lumba haram. Gejala ini telah mula menular dalam kalangan remaja di bandar dan luar bandar. Mereka seolah-olah sudah hilang pertimbangan dan haluan hidup yang sebenarnya. Malah lebih menyedihkan kerana kita mengharapkan mereka menjadi pewaris pembangunan negara pada masa akan datang telah hanyut dengan budaya negatif ini. Persoalannya apakah punca-punca yang mendorong para remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram yang semakin membimbangkan itu. Pengaruh rakan sebaya merupakan penyebab utama penglibatan para remaja dalam kancah lumba haram. Walaupun lumba haram tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mereka tetapi berasa seronok apabila dapat menjadi pengikut kepada rakan-rakan mereka yang terlibat dengan lumba haram. Pengalaman bersama-sama rakan telah mendorong remaja yang tidak pernah berlumba untuk menyertai sama perlumbaan yang dianjurkan oleh kumpulan mereka yang biasa diadakan pada malam minggu. Masalah ini lebih sukar untuk diatasi kerana mengikut kajian, para remaja kini lebih mudah terikut-ikut dengan perangai rakan-rakan mereka. Oleh kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulannya para remaja tidak mampu menolak desakan rakan-rakan untuk berlumba dan akhirnya mereka terjebak dalam kegiatan yang negatif itu. Selain itu, sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru dan sanggup menghadapi risiko kemalangan telah merumitkan lagi masalah ini. Para remaja juga kreatif apabila mengubahsuai enjin dan komponen motosikal mereka untuk meningkatkan kelajuan bagi menjuarai perlumbaan yang akan disertainya. Perbuatan ini sebenarnya telah menyalahi undang-undang negara kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semua perkara itu tidak menjadi perhitungan para remaja kerana sikap bertanggungjawab sudah hilang daripada mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat menilai lagi sama ada aktiviti lumba haram itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kerana tumpuan mereka sekarang hanya ingin berseronok sahaja.Oleh itu, sikap negatif para remaja hari ini telah menyebabkan kegiatan lumba haram sangat sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa seperti polis. Di samping itu, pihak media massa turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti lumba haram dalam kalangan anak muda di negara kita sekarang. Media massa memang telah diakui mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam usaha membentuk sahsiah diri para remaja melalui penyiaran pelbagai rancangan sama ada berbentuk motivasi, drama dan tayangan filem.
11

Impaknya golongan ini akan mudah terikut-ikut dengan contoh yang disajikan kepada mereka semasa menonton televisyen. Sebagai contoh apabila TV3 menyiarkan filem KL menjerit dan Bohsia banyak aksi remaja menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya telah ditujukkan dan akan ditiru oleh para remaja secara beramai-ramai. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sentiasa melihat pelbagai aksi merbahaya dilakukan mereka semasa memandu di jalan raya. Kesimpulannya, gejala lumba haram dalam kalangan remaja bukan isu baru kerana sudah lama berlaku di negara kita. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini masalah tersebut menjadi semakin serius berikutan sikap remaja yang tidak mempunyai semangat untuk memajukan diri, masyarakat dan negara. Mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lumba haram yang akhirnya akan menghancurkan masa depan mereka. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berusaha menangani gejala lumba haram dalam kalangan remaja pada hari ini sebelum nasi menjadi bubur. Cara-cara Meningkatkan Mutu Sukan Negara Pengenalan Mutu sukan di negara kita semakin malap dan jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang lain. - tiada permainan apa yang boleh kita banggakan setakat ini - bola sepak,hoki,badminton dan olahraga sering terperosok dalam kejohanan antarabangsa - sampai bila situasi ini akan mendakapi kita sebagai rakyat Malaysia ? Idea-idea Utama Kerajaan melalui Kementeria Belia Dan Sukan perlu mengorak langkah yang drastik. - prasarana sukan mestilah dibina dan memiliki kemudahan yang canggih - memudahkan atlit kita berlatih dengan mudah dan sempurna - peningkatan atlit dapat ditingkatkan dengan cepat - pembinaan velodrome,kolam renang,pusat sukan dan pelbagai jenis stadium Negara memiliki jurulatih yang berkualiti dan memiliki sijil yang bertaraf dunia. - menghantar anak-anak tempatan untuk mengikuti kursus ini di luar negara - menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman - digunakan untuk melatih atlit-atlit negara yang cemerlang dan bersinar di arena antarabangsa - imej negara akan terkenal kerana mampu melahirkan atlit yang berkualiti Dana yang banyak mestilah disalurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan di Malaysia. - mampu membeli pelbagai peralatan sukan yang benar-benar berkualiti - contohnya seperti basikal lumba dan pelbagai peralatan sukan yang lain - meningkatkan semangat dan motivasi ahli sukan di negara kita - tidak berasa rendah diri apabila bertanding dalam kejohanan antarabangsa
12

Pelapis ahli-ahli sukan dalam pelbagai jenis sukan mestilah dilakukan. - pengganti kepada ahli-ahli sukan yang sudah hampir di penghujung - sekolah sukan seperti di Bukit Jalil perlu diperbanyak - mampu melahirkan ahli-ahli sukan negara yang berwibawa - dilakukan berterusan tanpa mengira halangan yang menimpa Kebajikan ahli-ahli sukan negara perlu dijaga sepenuhnya. - tidak dibebani dengan pelbagai masalah terutama kepada ahli-ahli sukan yang sudah berkeluarga - gaji dan elaun yang diberikan mestilah berpatutan - mampu untuk membeli pakaian,peralatan sukan dan pil-pil yang berkhasiat - mendorong mereka lebih bersemangat dalam pelbagai kejohanan yang disertai Sektor swasta, sektor koperat dan perbankan perlu bekerjasama dalam aspek ini. - sentiasa menaja sebarang bentuk pertandingan yang disertai oleh ahli sukan negara. - tiada masalah kesempitan wang dan pelbagai jenis masalah yang lain - dapat berlatih dengan lebih bersemangat dan mampu memenangi sebarang pertandingan yang disertai - diberikan pelbagai ganjaran dan imbuhan atas kejayaan yang dicipta oleh sektor-sektor di atas Penutup Mutu sukan di negara kita masih ditakuk lama dan semakin kerdil dari sehari ke sehari. - kita boleh mengubah situasi di atas kerana kita dahulunya amat digeruni dalam lapangan bola sepak,hoki ,badminton dan sepak takraw - kita mampu untuk bangkit semula dan berdiri sebagai seorang jaguh - pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama menjadikan scenario ini sebagai satu realiti - selaras dengan kata-kata semangat iaitu Malaysia Boleh MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Peranan Keluarga Dalam Membentuk Anak-anak Remaja cemerlang lahir daripada keluarga yang gemilang. Bincangkan peranan keluarga dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan. Pengenalan Institusi keluarga merupakan sebuah organisasi yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak. - yang mencorak anak-anak sejak kecil sama ada menjadi insan yang sempurna atau sebaliknya - perlu dicorak dengan sebaik-baiknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari - melahirkan insan yang benar-benar cemerlang,gemilang dan terbilang.
13

Idea-idea Utama Anak-anak mestilah diberikan didikan agama sejak kecil lagi. - dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. - tidak mudah terpengaruh atau terjebak dalam pelbagai gejala negatif - didikan agama akan menjadi pendinding dan benteng yang menghalang mereka daripada berbuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama yang dipraktikkan Dalam membincangkan tajuk di atas,anak-anak mestilah diajar bertutur dengan penuh sopan santun. - tidak bertutur dengan kasar atau mengeluarkan kata-kata yang biadab - tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua daripadanya - bijak menyusun kata-kata walaupun berada dalam apa jua situasi. Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak. - banyak menghabiskan masa lapang dengan anak-anak - sentiasa memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi - anak-anak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai tempat mengadu dan bukannya melakukan perkara yang sebaliknya atas pengaruh rakan-rakan Sudah terang lagi bersuluh,pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mestilah dilakukan secara berterusan. - penting terutama ketika anak-anak mereka berada di luar rumah - sentiasa mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bercampur - anak-anak takut untuk terlibat dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan aib kepada keluarga. Ibu bapa juga wajar berjumpa guru-guru di sekolah tempat anak-anak mereka menimba ilmu sekurang-kurangnya dua tiga kali setahun. - untuk mengetahui perilaku dan sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah - untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam bidang akademik - sentiasa memacu anak-anak mereka di landasan yang betul dalam melahirkan insan yang soleh dan solehah Penutup Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya amat bertepatan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. - janganlah apabila Sudah Terhantuk Baru Hendak Mengadah ataupun yang lebih parah Apabila Nasi Sudah Menjadi Bubur . - didiklah anak-anak kerana anak kita harta yang lebih berharga berbanding apa jua harta yang ada di alam maya pada ini - berbangga kerana berjaya menjadikan anak-anak mereka insan yang sempurna di dunia mahupun di akhirat kelak.
14

Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Sediakan teks pidato itu selengkapnya. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Malaysia. Sesuai dengan Slogan 1 Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Malaysia Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Malaysia memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Malaysia juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, Malaysia perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Malaysia akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Malaysia kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Malaysia yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Malaysia di negara kita dan juga sejarah bahasa Malaysia yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Malaysia. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Malaysia. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan
15

anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Malaysia semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Malaysia ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Malaysia akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Malaysia. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Malaysia. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Malaysia yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia tanpa mengira kaum. Sekiranya
16

perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Malaysia akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Malaysia Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih.

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan. Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna.

17

Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosa-dosa Besar, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat. Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Namun demikian, wabak penyakit itu berjaya dikawal dan tidak memberikan kesan yang serius terhadap industri pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit tersebut. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, penyakit tersebut tidak merebak kepada rakyat negara ini. Seterusnya rakyat negara ini perlu berasa bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu. Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan perkataan lain, pesakit perlu dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur. Jika tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain. Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga tidak terjejas.
18

Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada melancong ke negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu membatalkan rancangan buat sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang sedang dilanda wabak itu seperti negara China, Hong Kong, dan Indonesia. Langkah yang dikatakan sebagai menyediakan payung sebelum hujan, sudah pasti dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya itu. Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu di bawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga dikuarantin. Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh melawan virus H5N1 dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia. Seseorang yang perlu ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan suntikan vaksin yang dapat mencegah seseorang itu daripada dijangkiti penyakit tersebut. Hal ini demikian kerana, vaksin yang berkesan akan berupaya untuk melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Orang yang sudah dijangkiti oleh penyakit ini pula, perlu diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut. Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu memusnahkan haiwan yang telah dijangkiti dan menjadi punca penyakit ini merebak kepada manusia pula. Unggas seperti burung dan ayam yang telah dijangkiti perlulah dihapuskan segera agar wabak tersebut tidak menjangkiti manusia pula. Hal ini demikian kerana, penyakit ini sebenarnya berpunca daripada unggas seperti ayam dan burung yang dijangkiti oleh virus tersebut dan seterusnya memindahkannya kepada manusia yang memeliharanya atau terlibat secara langsung dengan unggas tersebut setiap hari. Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong yang hendak melancong ke negara kita.

Sumber: Daripada website lain..


19

You might also like