MUKADDIMAH
BismillaahirrahmaanirrahimmAlhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya, sekali lagi kitamenyambut ketibaan Ramadhan bagi tahun 1423 Hijrah. Ketibaan Ramadhan semestinyamembuat kita gembira kerana bertemu dengan bulan yang mulia. Akan tetapi tidak mustahil kegembiraan itu di selit juga oleh rasa hati yang berdebar. Berdebar kerana kitabertemu dengan bulan yang penuh fadilat, dimana setiap perbuatan kebajikan dankebaikan serta amal ibadah akan mendapat pahala yang berlipat ganda.Jika diaplikasikan teori kaedah pengukuran produktiviti yang mentakrifkan produktivitiadalah nisbah output per input, kita dapat melihat bahawa bulan Ramadhan itu adalahbulan dimana Allah SWT mengemukakan tawaran mega spesial untuk kita rebut.Tawaran mega spesial itu adalah dalam bentuk jaminan pemudahcaraan peningkatanketara output dengan sedikit tambahan input sebagai insentif untuk peningkatanproduktiviti keimanan kita. Bulan Ramadhan itu di jamin oleh Allah sebagai bulanpeningkatan langsung indeks produktiviti jika kita merebut peluang tawaran yangdisediakan. Ini dapat di lihat daripada riwayat hadith yang menyebut Ramadhan adalahbulan yang penuh barakah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan dimana puasa itu adalah ibadah wajib dan menunaikanibadah selain daripada ibadah wajib didalam harinya adalah sunat, bulan didalamnyaditambahkan rezeki, bulan ampunan dari dosa – dosa dan pembebasan dari api neraka.Peningkatan ganjaran dalam bentuk nisbah output ini adalah dengan anjuran menunaikankewajipan ibadah wajib puasa dan ibadah wajib lainnya dan ditambah dengan sedikitanjuran lainnya seperti membanyakkan tafakur, iktikaf, bersedekah serta melakukan solatmalam (Qiamullail), solat tarawikh, solat sunat lainnya dan lain –lain ibadah sunat.Untuk mendapatkan peningkatan produktiviti ibadah kita saya suka memperingati dirisaya dan menyeru semua warga muslim dan muslimah NPC untuk beriltizammendapatkan ibadah puasa yang cemerlang selari dengan beban tugas NPC sebagaiorganisasi pelopor kepada kecemerlangan. Tahniah saya ucapkan kepada BKKI NPCdiatas usaha murni menerbitkan Buku Panduan Ibadah Puasa Ramadhan untuk panduanwarga muslim dan muslimah NPC dalam menghayati Ramadhan yang mulia ini.Akhir sekali Selamt Datang Ramadhan dan BERSAMA MENCAPAIKECEMERLANGAN RAMADHAN melalui perlaksanaan ibadah puasa yang produktif dan berkualiti selari dengan tema kita PUSH FOR PRODUCTIVITY, GO FORQUALITYIr. Mah Lok Bin AbdullahKetua Pengarah, NPC
Add a Comment
zurien159left a comment