You are on page 1of 18

PENDIDIKAN ABAD KE-21 : ISU DAN CABARAN 1. Pendahuluan: Apa Abad Ke-21?

Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan

perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. (Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010) Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakanrakan, 2002).

Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan 1

siaran melalui Direct Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad ke 21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenalkerana ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global. Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang besar kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa, pengangkutan dan sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke 21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan pelajar luar negara yang belajar di institut pengajian tinggi negara-negara tersebut. Demikian juga di Malaysia, Pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama di mana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di negara kita menerima pelajarpelajar luar dari seberang laut semakin meningkat.

Dalam keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat. Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat kesan globalisasi dan transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dunia. Dalam tugasan ini, saya ingin fokuskan kepada 4 isu dan cabaran iaitu Pendidikan bertaraf Dunia, Pembestarian Sekolah, Pendidikan K-Ekonomi dan Gejala sosial yang diakibatkan oleh ledakan maklumat dan globalisasi. 2

2. Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya . Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan

masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online world class is defined

as being of the highest caliber in the world . Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
i. ii. iii. iv. v.

Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual 3

vi. vii.

Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Pendidikan Prasekolah dan Rendah Pendidikan Menengah Pendidikan Tertiari (Tinggi) Program Sokongan Pembiayaan Pendidikan Pengurusan ICT Dalam Pendidikan

Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai aspek pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Kualiti pengajaran Kualiti perkhidmatan Kualiti kurikulum Kualiti penilaian dan pensijilan Kualiti pensyarah Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti Kualiti kepimpinan universiti Kualiti penyeliaan Kualiti mentoring Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta

komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas. Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :
y

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

y y

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun Pendidikan kebangsaan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan

y y

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. Contohnya, berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996, peratus kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat

Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti. 3. Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia

Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru

Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.

Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, 7

pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT.

Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan.

Kementerian Pelajaran

akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi

meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran. Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. (Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996)

The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed 8

through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes. (Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi) Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004) pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian Pelajaran seperti:

i. projek makmal pengkomputeran sekolah ii. PPSMI dan MBMMBI iii. rangkaian SchoolNet iv. rancangan TV pendidikan

v. projek Rintis Sekolah Bestari vi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran vii. mata pelajaran yang berasaskan ICT viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta ix. latihan ICT Guru x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara

membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian.

10

Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini.

Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif,

11

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

Pembestarian sekolah

ini perlu disokong dan

dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

4. Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah satu fenomena yang pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke 21 yang sangat mencabar ini. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Mohamad Muda (1991) mengatakan sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha-usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabarancabaran abad ke-21. Pembangunan Pendidikan abad ke 21 mulai tahun 2000 mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan membina bangsa yang berdaya tahan, 12

menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuh pembangunan sumber manusia, dan meneruskan

pembangunan alam sekitar yang mapan. Untuk mencapai matlamat pembangunan negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010, RRJP3) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005, RMKe-8) telah menggariskan strategi, program, dan projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta membina masyarakat yang bersatu padu, adil, dan saksama. Pembangunan negara tertumpu kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Semua ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan kebangsaan.

Sistem pendidikan kebangsaan telah dapat meningkatkan kualiti pendidikan dari segi taraf pendidikan tenaga kerja. Pada tahun 1980, tenaga kerja yang tidak mempunyai pendidikan formal adalah sebanyak 18.1 peratus dan menurun kepada 8.7 peratus pada tahun 1995. Dalam tempoh yang sama, peratusan yang mempunyai pendidikan tertiari berjaya ditingkatkan daripada 1.5 peratus kepada 11.1 peratus. Jadual tersebut menunjukkan tahap pendidikan tenaga kerja di Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai mempunyai pendidikan menengah dan tertiari. Pada tahun 2000, bilangan tenaga kerja mahir dan profesional telah meningkat kepada 32 peratus dan 2005 telah mencapai 46 peratus. Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai wawasan negara

Dengan tertubuhnya kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), lebih banyak tenaga mahir dan profesional akan dapat dilahirkan pada masa akan datang. Jika ini dapat dicapai, negara kita akan mudah bersaing dengan negara lain di dunia pada abad ke 21 ini.

5. Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar 13

Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajanya. Di sini, nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang sangat menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada para remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Kemudahan internet disalahgunakan untuk mengakses laman-laman yang tidak sihat telah memberikan kesan negatif kepada mereka. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah seksual. Fenomena ini berlaku kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan. Masalah ini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau 14

pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersamasamanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari

ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah 15

laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif. Inilah isu dan cabaran kepada para guru di sekolah dan tugas pendidikan di era IT ini untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, gejala ini akan semakin teruk dan berleluasa. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama baik negara kita. 6. Penutup

Kita percaya, perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi. Bagi memenuhi matlamat tersebut, pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat teras iaitu meningkatkan akses, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia, daya ketahanan yang kukuh, dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke

16

tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas kukuh berbanding kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.

Bibliografi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP 2006

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,Putrajaya Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 2 September 2001

Al-Munsyi (1995), "TQM Dalam Pendidikan." Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.

Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin." MASSA. 5 April. Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan 17

Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan UNITAR.

Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.

Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. Giga Information Group, Inc.

Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan.

Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23

Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia. Bangi: As Syabab Media.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd.Nor bin Wan Daud. (2003). Budaya ilmu: Satu penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

18

You might also like