You are on page 1of 8

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Nota KEANJALAN Definisi Perkataan keanjalan mempunyai maksud yang sama dengan tindakbalas akibat daripada suatu keadaan. Dengan demikian, keanjalan permintaan bermakna mengukur tindakbalas permintaan akibat perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan. Jenis-jenis Keanjalan Permintaan Terdapat tiga jenis keanjalan permintaan iaitu: 1. Keanjalan Permintaan Harga 2. Keanjalan Permintaan Silang 3. Keanjalan Permintaan Pendapatan Keanjalan Permintaan Harga Ia mengukur tindakbalas permintaan akibat daripada perubahan harga barang itu sendiri. Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga meningkat, kuantiti permintaan akan jatuh. Dengan demikian keanjalan permintaan harga cuba mengukur berapa banyak permintaan telah merosot apabila harga meningkat. Keanjalan permintaan harga dikira dengan menggunakan formula berikut: Peratus Perubahan kuantiti yang diminta %Qd Ed = = Peratus Perubahan Harga %P Ed =

%Qd %P

[Q1-Q0 / Q0] X 100% [P1-P0 / P0] X 100%

Ed = Keanjalan Permintaan Harga = Perubahan Qd = Kuantiti yang diminta P = Harga (Ingatan: Hasil pengiraan akan memberi jawapan bertanda negatif, walau bagaimanapun tanda negatif tersebut diabaikan dalam membuat kesimpulan kerana ianya cuma menunjukkan sifat keluk permintaan yang bercerun negatif) Contoh: Pada harga timun RM2.00 sekilogram, kuantiti permintaan timun adalah sebanyak 10 kilogram. Berlaku kenaikan harga sekilogram timun kepada RM3.00, didapati kuantiti permintaan timun merosot kepada 5 kilogram. Kirakan keanjalan permintaan harga apabila harga timun meningkat daripada RM2.00 kepada RM3.00. P0 = RM2 Q0 = 10kg P1 = RM3 Q1 = 5kg

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Ed = Ed = Ed =

%Qd %P %Qd %P - 50 50

= = = -1

[Q1-Q0 / Q0] X 100% [P1-P0 / P0] X 100% [5-10 / 10] X 100% [3-2 / 2] X 100%

Contoh: Harga CrispyChoc Bar telah meningkat daripada RM25 kepada RM30 sekotak. Akibat kenaikan harga ini permintaannya telah merosot daripada 80 kotak kepada 40 kotak. Sila kirakan keanjalan permintaan harga CrispyChoc Bar. P0 = RM25 Q0 = 80 P1 = RM30 Q1 = 40

%Qd %P %Qd Ed = %P -50 %Qd Ed = = 20 %P


Ed =

= = = -5 2

[Q1-Q0 / Q0] X 100% [P1-P0 / P0] X 100% [40-80 / 80] X 100% [30-25 / 25] X 100% = - 2.5

Contoh: Penjual sayur dan buah-buahan di Pasar Borang Serdang telah memutuskan untuk menurunkan harga sekotak epal daripada RM50 kepada RM45 sekotak. Akibat penurunan harga ini, didapati jualan harian epal tersebut telah meningkat daripada 40 sekotak sehari kepada 45 kotak sehari. Apakah keanjalan permintaan harga epal? P0 = RM50 Q0 = 40 P1 = RM45 Q1 = 45 Ed = Ed = Ed =

%Qd %P %Qd %P %Qd %P

= = = 12. 5 -10

[Q1-Q0 / Q0] X 100% [P1-P0 / P0] X 100% [45-40 / 40] X 100% [45-50 / 50] X 100% = - 1.25

Contoh: Harga setong petrol tanpa plumbum telah meningkat daripada RM80 kepada RM84. Akibatnya, kuantiti permintaan telah jatuh daripada 4000 tong kepada 3880 tong sahaja sehari. Apakah keanjalan permintaan harga petrol tanpa plumbum? P0 = RM80 P1 = RM84 Ed = Q0 = 4000 Q1 = 3880

%Qd %P

[Q1-Q0 / Q0] X 100% [P1-P0 / P0] X 100%

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Ed = Ed =

%Qd %P %Qd %P

= = -3 5

[3880-4000 / 4000] X 100% [84-80 / 80] X 100% = - 0.6

Cara Mengira Perubahan Permintaan dan Harga dengan nilai keanjalan permintaan harga yang diberikan Penjual sayur dan buah-buahan telah memutuskan untuk mengurangkan harga pisang daripada RM40 sekotak kepada RM32 sekotak. Nilai keanjalan permintaan harga untuk pisang adalah 2. Pada masa ini penjual menjual 80 kotak sehari. Berapa banyakkah yang penjual akan jual akibat penurunan harga ini? Ed =

%Qd %P %Qd [ 32-40/40 ] X 100% %Qd -20

-2 =

-2 =

Kesimpulannya, % Qd = -2 X 20 = 40, bermakna kuantiti diminta akan meningkat sebanyak 40% daripada jualan semasa. 40% daripada 80 kotak ialah 32 kotak. Maka, jumlah jualan sehari selepas harga dikurangkan ialah 112 kotak ( 80 kotak + 32 kotak). Darjah-darjah Keanjalan Permintaan Harga a) Anjal (Elastic) Keluk Permintaan dianggap sebagai anjal apabila nilai keanjalannya adalah lebih dari satu tetapi kurang daripada infiniti. Makna kepada pernyataan ini adalah peratus perubahan kuantiti yang diminta adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang berkenaan. b) Tak anjal (inelastic) nilai keanjalannya adalah kurang daripada satu tetapi lebih daripada kosong di mana peratus kuantiti yang diminta adalah kurang daripada peratus perubahan harga barang berkenaan. c) Keanjalan satu (unitary elastic) nilai keanjalannya sama dengan satu di mana peratus perubahan kuantiti yang diminta adalah sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut. d) Anjal Sempurna (perfectly elastic) nilai keanjalan adalah infiniti menunjukkan pada suatu tingkat harga yang tetap, pengguna akan membeli sebarang kuantiti barangan tersebut yang dijual dipasaran. Kenaikan harga barangan tersebut menyebabkan tidak ada barang yang akan dibeli (diminta) oleh pengguna. e) Tidak Anjal Sempurna (perfectly inelastic) nilai keanjalannya adalah sifar menunjukkan sebarang perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan sebarang perubahan kuantiti yang diminta.

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Secara ringkasnya: Darjah Keanjalan Anjal Tak anjal Keanjalan Satu Anjal Sempurna Tidak anjal sempurna

Nilai Keanjalan 1 < Ed < 0 < Ed < 1 Ed = 1 Ed = Ed = 0

Sifatnya

%Qd > %P %Qd < %P %Qd = %P %Qd = %Qd = 0

Hubungan antara Keanjalan Permintaan Harga dengan Jumlah Hasil (Total Revenue) Jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengguna ke atas suatu barangan merupakan jumlah hasil yang diperolehi oleh penjual. Jumlah hasil diperolehi dengan mendarabkan harga dengan kuantiti barangan yang dibeki oleh pengguna. Jadi satu perubahan tingkat harga akan menyebabkan perubahan dalam jumlah hasil. Hubungan di antara perubahan harga dengan jumlah hasil adalah bergantung kepada keanjalan permintaan harga. Secara ringkas kesan perubahan harga sesuatu barangan ke atas jumlah hasil dapat disimpulkan seperti berikut: 1. Keluk permintaan sesuatu barangan anjal kenaikan harga akan mengakibatkan penurunan jumlah hasil dan sebaliknya. 2. Keluk permintaan sesuatu barangan tidak anjal kenaikan harga barangan akan menyebabkab kenaikan jumlah hasil dan sebaliknya. 3. Keluk permintaan sesuatu barangan anjal sama dengan satu kenaikan atau penurunan harga barangan tersebut tidak akan mengubah jumlah hasil. Keanjalan Permintaan Silang Keanjalan Permintaan Silang mengukur darjah tindakbalas perubahan dalam kuantiti suatu barangan akibat daripada perubahan harga barang lain. Ex =

%QdA %PB

Peratus perubahan kuantiti barang A yang diminta Peratus perubahan harga barang B Keanjalan permintaan silang perubahan dalam

di mana EX =

QdA = Kuantiti barang A yang diminta PB = Harga Barang B Umumnya, hubungan di antara harga sesuatu barang dengan kuantiti barang lain yang diminta boleh dibezakan kepada 3 kategori iaitu: 1. Barang Penggenap mempunyai nilai keanjalan permintaan silang yang negative. Ini bererti bahawa permintaan sesuatu barang dan harga barang penggenapnya berubah ke arah yang bertentangan. Contoh barang penggenap ialah kereta dan

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

minyak petrol. Bila harga kereta jatuh, kuantiti petrol yang diminta akan bertambah disebabkan lebih ramai pengguna membeli kereta disebabkan harga yang lebih murah. 2. Barang pengganti mempunyai nilai keanjalan permintaan silang yang positive. Ini bererti bahawa permintaan sesuatu barang dan harga barang penggantinya berubah ke arah yang sama. Contoh barang pengganti ialah kopi dan teh. Bila harga kopi jatuh, kuantiti teh yang diminta akan berkurangan disebabkan pengguna membeli kopi yang lebih murah berbanding teh. 3. Barang neutral mempunyai nilai keanjalan silang yang kosong. Ini bermakna bahawa perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan perubahan permintaan ke atas barang yang lain. Keanjalan Permintaan Pendapatan Formula: EY =

%Qd %Y

Peratus perubahan kuantiti yang diminta Peratus perubahan pendapatan

di mana EY = Keanjalan permintaan pendapatan

perubahan dalam

Qd = Kuantiti yang diminta Y = Pendapatan Pada umumnya, hubungan di antara pendapatan dengan barang yang diminta boleh dibezakan kepada 3 kategori utama: 1. Barang biasa kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti sesuatu barang yang diminta bertambah. 2. Barang mesti perubahan pendapatan pengguna tidak akan mempengaruhi kuantiti barang yang diminta. 3. Barang bawahan kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurangan. Darjah-darjah Keanjalan Permintaan Pendapatan Darjah Keanjalan negative Tidak anjal sempurna Tak anjal Nilai Keanjalan EY < 0 EY = 0 0 < EY < 1 Sifatnya Permintaan menurun bila pendapatan meningkat Permintaan tetap bila pendapatan berubah Peratus kenaikan permintaan adalah kurang daripada peratus kenaikan pendapatan Peratus kenaikan permintaan adalah sama

Keanjalan Satu

EY = 1

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Anjal

1 < EY <

dengan peratus kenaikan pendapatan Peratus kenaikan permintaan adalah lebih besar daripada peratus kenaikan pendapatan

Penentu-penentu Keanjalan Permintaan 1. Barang-barang pengganti Ada pengganti, maka permintaannya adalah lebih anjal. Tiada pengganti tidak anjal. Rumusannya, semakin banyak sesuatu barang mempunyai pengganti, semakin anjal sifat permintaannya. 2. Bilangan kegunaan sesuatu barang Banyak kegunaan, maka permintaannya adalah lebih anjal. 3. besarnya bahagian pendapatan yang dibelanjakan ke atas sesuatu barang besar bahagian pendapatan dibelanjakan semakin anjal permintaan sesuatu barang dan sebaliknya. 4. Jangka masa Jangkamasa pendek kurang anjal. Pada jangkamasa pendek, pengguna sukar untuk mencari barang pengganti. 5. Keperluan sesuatu barang Bagi barang mesti seperti beras maka permintaannya adalah tidak anjal. Walaupun terdapat peningkatan harga beras, pengguna tetap membelinya dengan kuantiti yang sama. 6. Tabiat penggunaan Barang yang selalu dan kerap digunakan tidak anjal permintaannya. Contohnya rokok, bagi perokok walaupun harga rokok naik mereka masih membelinya tanpa mengurangkan kuantiti yang diminta.

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Keanjalan Penawaran Harga Keanjalan penawaran harga mengukur darjah tindakbalas perubahan di dalam kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan akibat daripada perubahan dalam harga barang tersebut. Es =

%Qs %P

Peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan Peratus perubahan harga

Di mana: Es = Keanjalan penawaran harga

= perubahan dalam
Qs = Kuantiti yang ditawarkan P= Harga

Darjah-darjah keanjalan penawaran harga Darjah Tidak anjal sempurna Nilai Keanjalan Es < 0 Sifatnya Perubahan harga sesuatu barang tidak akan menyebabkan perubahan kuantiti yang ditawar Pada harga yang tetap, pengeluar akan menawarkan sebarang barang yang ada dipasaran tetapi tiada kuantiti barang yang ditawarkan jika harga kurang daripada harga tetap Peratus perubahan kuantiti ditawarkan adalah lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut Peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan adalah sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut. Peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan adalah lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

Anjal sempurna

ES =

Tak anjal

0 < ES < 1

Keanjalan Satu

ES = 1

Anjal

1 < ES <

Semester Ogos 2006/2007

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi

Penentu-penentu Keanjalan Penawaran 1. Faktor masa Keanjalan penawaran sesuatu barangan akan bertambah melalui masa. Semakin pendek jangka masa semakin tidak anjal penawaran dan semakin panjang jangka masa semakin anjal penawaran sesuatu barang. 2. Tambahan kos pengeluaran Jika tambahan kos kecil menyebabkan penawaran meningkat maka keanjalan penawaran adalah anjal. Sebaliknya jika kenaikan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar maka penawaran barang tersebut adalah bersifat tidak anjal. 3. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran Faktor-faktor pengeluaran, jika dapat dipindahkan dengan mudah dari sebuah firma ke firma lain dan dari satu jenis keluaran ke keluaran yang lain, maka penawaran sesuatu barang akan cenderung menjadi lebih anjal dan sebaliknya. 4. Bilangan firma yang ada dalam sesuatu industri Semakin banyak firma dalam sesuatu industri, semakin banyak keluaran industri tersebut yang dapat dikeluarkan, maka semakin anjal penawaran bagi keluaran industri tersebut dan sebaliknya. 5. tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barangan/keluaran Semakin panjang jangka masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang maka semakin tidak anjal penawaran barang tersebut dan sebaliknya.

Semester Ogos 2006/2007

You might also like