Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENGENALAN
 
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungankursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikutisegala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.Kursus
KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu
merupakan kursus wajib dan teras yang perlu diambil olehpelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah . Kursus KRB 3033mendedahkan kepada pelajar tentang asas kepada linguistik yang meliputi bidang kajian ilmu linguistikyang terdiri daripada Sejarah Linguistik. ,Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Psikolinguistik, danWacana. Walau bagaimanapun tidak semua bidang linguistik yang dapat diterap kan dalam modul ini.Kursus ini bernilai 3 jam kredit.
KUMPULAN SASARAN
 
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda PendidikanSekolah Rendah di UPSI. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh UPSI.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
 
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktupembelajaran. Oleh itu bagi kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KRB 3033 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1
 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit) Aktiviti Pembelajaran
 
Jam Pembelajaran
 
Bersemuka
 
Tidak Bersemuka
 
Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan
 
48
 
Tutorial di Pusat
 
10
 
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melaluiBigBlueButton, Skype, dll.)
 
32
 
Forum (E-Learning melalui MyGuru2)
 
20
 
Video P&P melalui MyGuru2
 
10
 
42
 
78
 
Jumlah Masa Pembelajaran
 
120
 
 
HURAIAN KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU
 
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
 Pada akhir kursus KRB 3033, anda diharap dapat:1. Memahami dan mengetahui istilah dan konsep asas dalam Bahasa Melayu.2. Mengetahui dan mengenali subbidang yang terdapat dalam Bahasa Melayu.3. Memahami dan menguasai aspek asas Bahasa Melayu mengikut bidang secara khusus sepertilisan, sebutan, morfologi, dan sintaksis.
SINOPSIS KURSUS
 Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar ten tang aspek yangterdapat dalam bidang Bahasa Melayu. Antara aspek yang dibincangkan ialah definisi bahasa danlingustik Melayu, sebutan, ejaan, penulisan, morfologi, sintaksis dan aspek makna. Aspek -aspek inimerupakan perkara asas yang menjadi dasar kepada pengajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai olehpelajar program Pendidikan Sekolah Rendah.
ISI KANDUNGAN KURSUS
 Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepadasepuluh unit semuanya yang terkandung dalam modul ini . Berikut merupakan perincian bagi setiap unit :
UNIT TAJUK
 
1
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASAUnit ini membincangkan definisi dan cabang ilmu linguistik, bidang ilmu linguistik, definisibahasa, sifat bahasa, asal usul bahasa Melayu, pengaruh bahasa asing, taraf bahasa Melayu,dan fungsi bahasa Melayu.
2
PSIKOLINGUISTIKUnit ini membincangkan tentang definisi Psikolinguistik, pemerolehan bahasa pertama dan teori-teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama.3.SISTEM EJAAN DAN SEBUTANUnit ini membincangkan tentang sistem ejaan bahasa Melayu, membezakan jenis bunyi vokal,konsonan dan diftong, menghuraikan sistem sebutan baku bahasa Melayu, danmengaplikasikan sebutan baku dalam urusan rasmi.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more