You are on page 1of 2

PIBG

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTI DADAH DI


KALANGAN PELAJAR
‫ والصلة والسلم على سيدنا ممد وعلى آله وأصحابه أجعي‬, ‫المد ل رب العالي‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini,
bagi Mesyuarat Agung PIBG dan Pelancaran Program
Mentor Mentee SMK Tjg Rambutan bagi tahun 2006
....., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini,
bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami untuk
sama-sama meningkatkan kejayaan anak-anak di
sekolah ini .
Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim….
Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami sangatlah
lemah, maka kerana itulah Ya Allah kurniakanlan
kami keimanan yang mantap, kesihatan mental dan
fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran
bagi mengeluarkan pandangan-pandangan
bermanfaat dan berguna seterusnya melicinkan
perjalanan majlis pada pagi ini.
Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami
pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-
usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah
silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap
dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan
globalisasi. Kurniakanlah kepada kami kekuatan
rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan
minda, untuk terus menjana kecemerlangan Ummah,
di alam persada ini.
Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-
hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami,
rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.
‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جعنا هذا جعا مرحوما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليان‬
‫ول تعل ف قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا ف الدنيا حسنة وف الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى ال على ممد وعلى اله وصحبه وسلم ‪ ،‬والمدل رب العالي‬

You might also like