You are on page 1of 1

DOA SEMPENA

Sambutan Hari Patriotik & Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan


‫بسم ال الرحن الرحيم‬

َ‫صحَابِهِ أَ ْجمَعِيْن‬
ْ ‫ والصّلَةُ وَالسّلَمُ َعلَى سَّيدِنَا مُـ ّمدٍ وَعَلَى آلِهِ وََأ‬, َ‫ب العَاَلمِيْن‬
ّ َ‫ل ر‬
ِ ِ ُ‫لمْد‬
َ‫ا‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena SAMBUTAN HARI PATRIOTIK &
PELANCARAN TABUNG RAYUAN HARI PAHLAWAN, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami
terhadap warga pejuang tanahair yang sangat berjasa. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan
sumbangan bakti pahlawan negara, amat besar ertinya buat negara. Perjuangan tulus ikhlas demi
mempertahankan Negara daripada kuasa penjajah, tanpa mengira penat lelah, amat mulia dan disanjungi.
Jasa – jasa amat besar tak terkira dengan mengorbankan diri tanpa kepentingan peribadi. Ya Allah, ya
Tuhan kami, semadikanlah roh-roh pahlawan negara yang telah pergi dengan rahmatMu.

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua perjuangan pahlawan negara yang telah tiada dan
masih wujud bersama-sama mengecapi kemerdekaan bumi tercinta, utuhkanlah semangat juang mereka
supaya menjadi inspirasi dan pedoman bagi menghadapi penjajahan bentuk baru di era teknologi dan
globalisasi.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan
perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah
kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, sanggup berkorban
demi kemajuan agama, bangsa dan negara serta kurniakanlah kami segala kebaikan di dunia, pun jua di
akhirat.

ِ‫ وَلَ تَجْ َعل‬، ‫ َوتَ َف ّرقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَ َف ّرقًا مَعْصُومًا‬، ‫الّلهُمّ اجْ َعلْ جَمْ َعنَا هَذَا جَمْعًا َمرْ ُحوْمًا‬
. ‫ح ُروْمًا‬
ْ ‫الّلهُمّ ِفيْـنَا وَلَ مَ َعنَا وَلَ َمنْ َيْتبَعُنَا شَ ِقيّا وَلَ َم ْط ُروْدًا وَلَ َم‬
.‫الّلهُمّ ِزدْنَا عِلْمًا نَافِعًا وَارْ ُز ْقنَا َفهْمًا‬
َ‫الّلهُمّ اغْ ِفرْلَنَا ُذنُوَبنَا وَِ ِل ْخوَاِننَا الّ ِذْينَ َسبَ ُقوْنَا ِباْ ِليْمَانِ وَلَ تَجْ َعلَ فِيْ قُُل ْوبِنَا ِغلّ لِلّ ِذيْن‬
َ‫سنَةً َوقِنَا عَذَاب‬ َ َ‫سنَةً َوفِيْ ا َل ِخرَةِ ح‬
َ َ‫ َربّنَا َاتِنَا فِيْ ال ّدنْيَا ح‬. ٌ‫ءَامَُنوْا ِإنّكَ رَ ُءوْفٌ رَ ِحيْم‬
.‫ وَالْحَمْدُِلِ رَبّ الْعَالَ ِميْن‬، ْ‫حبِهِ وَسَلّم‬ ْ َ‫الـنّارِ َوصَلّى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَص‬

You might also like