Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Negeri Bersih Rakyat Sihat

Negeri Bersih Rakyat Sihat

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 5,472 |Likes:
Published by tomotoki1101

More info:

Published by: tomotoki1101 on Sep 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
Para
cendiakawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah naungannegeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada di bawah pemerintahan seorang Sultan ataugabenor. Manakala bersih membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada darisegi persekitaran ataupun kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah negeri.Akhir sekali, sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang penyakit, baik dari segi fizikalmahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat harus menitikberat akan perihal kebersihan ini untukmelahirkan rakyat yang sihat serta bebas daripada segala ancaman penyakit. Secara tidak lansung,negara kita juga akan untung dari segi pembangunan kerana memiliki rakyat yang sihat akal, fizikal danmental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negaramaju yang lain serta tidak dipandang seperti anjing kurap.Bagi memastikan impian
Negeri Bersih Rakyat Sihat
dapat direalisasikan dengan sempurna , kitasebagai rakyat negeri mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan dalam kehidupan hariankita. Kebersihan juga hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukanhanya diperkatakan dan meniti dari bibir ke bibir sahaja tetapi juga diamalkan dalamkehidupan hariandan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal ini kerana, kebersihan membawa erti besar kepada kerajaannegeri serta mempengaruhi lembayung kepimpinan negara.Mari kita sama-sama menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , amat jelaskepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan dalamkehidipan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian daripada imannya .(riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)Jadi, di sini jelaslah bahawa kebersihan itu penting. Namun begitu bukan hanya agama islam sahajayang mementingkan kebersihan tetapi semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspekkebersihan dalam kehidupan beragama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat pentingdalam kehidupan harian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan sarwajagat.Bertunjangkan kepada hal tersebut, langkah sederap untuk memberikan kesedaran masyarakat dalammenggerakkan usaha kea rah negeri bersih harus dilakukan. Hal ini disebabkan, peranan masyarakatmerupakan faktor dominan yang menjadi tunjang kepada pihak kerajaan.Untuk merialisasikan amanat kebersihan ini, pelbagai usaha perlu diambil dan dilaksanakan.
Contohnya, ‘Jom Bersih!’ merupakan salah satu kempen
yang pernah diusahakan oleh pihak kerajaannegeri Terengganu. Kempen seperti ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan objektif sampai ke peringkat agar umbi. Selain itu, segala promosi dalam media massa haruslahdigerakkan dengan lebih hebat kerana segala maklumat yang ingin disampaikan mesti menepatisasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan segala perancangan kerajaan mampu diterima dandihayati oleh rakyat jelata. Sebagai intihan bicara, kerajaan negeri boleh mempromosikan kebersihandalam media elektronik mahupun akhbar arus perdana. Seterusnya,penguatkuasaan undang-undangharus menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Oleh itu, pihak majlis perbandaraannegeri haruslah memainkan peranan dengan memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk
 
seperti membuang sampah di merata-rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman ataupunmemberikan khidmat kaunseling atas tindakan yang telah dilakukan oleh mereka harus diambil. Pihakmajlis perbandaraan juga haruslah menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan untuk mereka bertugas. Dengan cara ini, negeri akan bebas daripadasebarang pencemaran alam yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari ketamadunanmasyarakat dahulu lagi, undang-undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah bangsaitu bertamadun. Justeru, gerakan kempen secara proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undangyang berkesan mampu mewujudkan suasana dan persekitaran negeri Terengganu yang bersih sertaharmoni. Sekaligus, menjadikan rakyat negeri sihat sejahtera.Indikator yang seterusnya, untuk memastikan hasrat murni kerajaan tersebut dapat dirialisasikandengan jayanya, pihak kerajaan sendiri harus memainkan peranan. Hal ini dapat dibuktikan apabilakerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan lebih kurang 40juta setiap tahun bagi memastikannegeri Terengganu dalam keadaan yang cukup bersih dan indah. Pelaburan yang diusahakan oleh pihakkerajaan ini wajar diperkemaskan lagi dengan satu gerak-geri yang proaktif serta bernas. Peruntukkantersebut haruslah digunakan semaksima yang mungkin dalam mengerakkan usaha kea rah negeri bersihseperti mengadakan pertandingan kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan atauprasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang wajar dititikberatkan oleh pihakkerajaan adalah penyediaan tong sampah, landskap yang indah serta penyediaan tandas yang berkualiti.Langkah awal yang diambil ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan masalah kekotoran dari menjadipekung yang lama-kelamaan menjadi barah yang tidak mampu diubati lagi. Hal ini bertepatan denganperibahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Prasarana yang dibangunkan ini mampumengurangkan masalah kebersihan yang seringkali menggugat pandangan serta perspektif masyarakatluar terhadap negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan gerak kerja yang proaktif dengansegala kelengkapan kebersihan ag
ar segala yang dihajati terlaksana, ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’. Kita
 juga patut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana tidak memandang entengterhadap isu kebersihan ini.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kegiatan bergotong-royong juga memainkanperanan yang amat penting sebagai agen kebersihan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana melaluikegiatan yang afdal ini, negeri kita bukan sahaja bersih persekitaran malah bersih daripada masalahperkauman. Hal ini disebabkan kita dapat menghapus sikap masyarakat yang seperti enau dalambelukar, melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, kita juga dapat memupuk nilai murni dalamsanubari kita. Hal ini seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupayamenerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam, minum air.Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003.Kegiatan ini mampu memasyarakatkan rakyat oleh sebab bulat air kerana pembetung,bulat manusiakerana muafakat. Dengan bersihnya masalah perkauman ini, barulah gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ke-6 ,Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat dijayakandengan sempurnanya.
 
Namun begitu, masih tidak dapat dinafikan walaupun pelbagai kempen telah diadakan olehkerajaan berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yangtidak mengambil berat akan hal ini. Ini mungkin kerana terdapat segolongan rakyat yang mempunyaitabiat tidak mempedulikan kebersihan dan keindahan. Kalau ada sekalipun , kebanyakan mereka
menggunakan ‘double
-
standard’ iaitu memen
tingkan kebersihan dan keindahan di dalam rumahmasing-masing tetapi di luar rumah mereka tidak mengambil berat tentang kebersihan dan membuangsampah di mana-mana mereka suka. Tabiat ini perlu dikikis dan dibendung . Hal ini kerana kesedaranmasyarakat dalam menggerakkan usaha kea rah negeri bersih merupakan faktor dominan dalammerialisasikan hasrat murni kerajaan negeri Terengganu. Jika ingin dianologikan , masyarakatmerupakan tiang-tiang ataupun cerucuk menang kerajaan yang sentiasa menyokong serta mendukungsegala hasrat serta harapan kerajaan. Jika tiada kerjasama serta sokongan yang padu daripada umum,mungkin menara yang dibina berlandaskan misi kemajuan akan tersungkur dan tumbang menyembahbumi. Sebenarnya, jika ingin dianalisis dan dibedah siasat , amalan kebersihan ini wajar bermula darirumah masing-masing. Setiap penduduk atau anak jati negeri ini harus memainkan peranan denganmemeastikan persekitaran rumah masing-masing dalam keadaan bersih . Walaupun ianya nampak kecilnamun implikasinya amatlah besar kepada negeri ini. Sekiranya, semua orang menjalankantanggungjawab mereka, sudah tentu negeri Terengganu menjadi negeri terbersih di tanah air.Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita menjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenagadalam membendung kemelut kebersihan ini. Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negarayang makmur dari segi ekonomi, tetapi muflis dari segi kebersihannya. Namun demikian, sekarangbukanlah masa untuk menopong dagu dan menunding jari sahaja. Jadi, kita perlu menyemai sikap murniseperti bencikan kekotoran. Dengan ini, kebersihan menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyatMalaysia, maka dengan sendirinya kita akan berasa malu untuk mengotorkan alam sekitar dan akanmenjaga kebersihan. Dengan itu, kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadimasalah serta beban yang berat kepada masyarakat. Justeru, tumpuan penyemaian sikap bencikankekotoran hendaklah disemaikan dalam diri kanak-kanak sedari kecil lagi melalui didikan dan teladanmasa. Mereka diibaratkan sebagai kain putih yang suci bersih , jadi kitalah yang harus mencorakkanwarna keperibadian mereka untuk menjadi manusia yang mencintai kebersihan. Hal ini kerana merakaadalah harapan bangsa yang akan menerajui kepimpinan negara kelak.Kebersihan juga membawa banyak manfaat kepada kita semua. Hal ini kerana ,kehidupan kitabukan sahaja menjadi lebih selesa dari segi pemandangan dan iklim yang nyaman, malah kita akanmenjadi manusia yang lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai kemampuan berdaya saing yangtinggi. Secara tidak langsung, negeri yang bersih akan melahirkan rakyat yang kreatif , inovatif dan bebasdaripada segala ancamam penyakit berbahaya seperti demam kepialu. Jadi negeri yang bersih mampumeningkatkan taraf kesihatan rakyat dari mundur ke kesihatan yang berkualiti tinggi.Jadi, jelaslah di sini bahawa negeri yang bersih akan melahirkan rakyat sakinah dan madani, yang
dapat membantu dalam pembangunan negara. Impian ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ bukan hanya rekaan
Mat Jenin yang tidak berasas tetapi kita perlu merialisasikannya dengan sokongan yang praktikal.Oleh
sebab itu, kita sebagai rakyat harus menitikberatkan kebersihan dan memainkan peranan masing-masing agar kesihatan kita sebagai rakyat terjamin untuk membantu kepimpinan negara kelak. Dengan

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
sh4wn99 liked this
Julia Binti Ali liked this
Farah Wansyifa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->