You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU DAERAH KINTA UTARA ZON 2 dewan smk st Michael, ipoh 2 april

2010 Cue A Cue B setelah mendapat isyarat guru kanan bahasa, pengacara mengumumkan Acara pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih. Setelah keadaan tenteram, dan sekali lagi mendapat isyarat guru kanan bahasa Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Salam puisi dan lagu! Bagi pihak jawatankuasa pertandingan puisi dan lagu zon 2 daerah Kinta Utara, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari ke dewan SMK St Michael, Ipoh ini. Moga kehadiran anda semua bakal mengakrabkan hubungan sesama kita warga sekolah zon 2 Daerah Kinta Utara. Di samping bersaing secara sihat, aktiviti seumpama ini juga berupa proses pembelajaran sebagai persediaan pelajar menempuh kehidupan sosial dan rasmi pada masa hadapan dengan lebih yakin, insyaAllah. Saya, dan rakan pengacara . memohon untuk memulakan acara pertandingan. Yang Berusaha Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh, Encik Mohamad Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMI merangkap penyelaras pertandingan, hakim pertandingan, guru, peserta, dan seterusnya hadirin yang dimuliakan. Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh selaku tuan rumah menyampaikan sepatah dua kata aluan. setelah selesai ucapan pengetua, tunggu hingga pengetua mengambil tempat Terima kasih Encik Poon Chong Chee. Sebelum pertandingan bermula izinkan saya membacakan peraturan pertandingan. Setiap pasukan tidak melebihi enam orang, dan puisi yang dilagukan hendaklah karya asli pelajar berkenaan. Tema yang ditetapkan ialah "", "", dan "..", dan peserta dibenarkan memilih salah satu daripada tiga tema yang disebutkan. Seyogia diingatkan bahawa perkara sensitif seumpama agama, budaya dan kaum perlu dielakkan. Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara langsung (live). Melodi juga merupakan karya asli pasukan. Seterusnya puisi yang sama akan dinyanyikan secara solo (individu) atau berkumpulan, dengan iringan muzik oleh ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah, atau mengurangkan perkataan daripada puisi asal. Sebagai makluman, alat muzik iringan yang digunakan mestilah alat muzik akustik, yakni tanpa elektrik (unplug) Penggunaan masa bagi kedua-dua aktiviti ialah 6 minit. Setiap satu minit yang lebih akan dipotong 2 markah. Persembahan bagi kedua-dua aktiviti ialah 8 minit. Masa dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan. Giliran peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat. Saya dengan ini menjemput para hakim pertandingan, dan penjaga masa mengambil tempat. Dijemput. Setelah hakim dan penjaga masa mengambil tempat

Cue B

A Cue

Cue A

Cue A Cue B Cue B

Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan. Yang pertama, ...selaku ketua hakim. Kedua,.. ... Ketiga, ... Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan. Penjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali. Setelah penjaga masa menekan loceng dua kali sebagai contoh Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Zon 2 Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara tahun 2010 dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari SMK ___________________________________ Selesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Demikian persembahan penuh kreativiti peserta pertama. Seterusnya majlis mempersilakan peserta kedua dari SMK _____________________________________ Selesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Terima kasih. Satu persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketiga. Peserta dari SMK _______________________________________ dijemput Selesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Selain terhibur, persembahan peserta ketiga sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta keempat dari SMK ___________________________________________________

Cue A Cue A

Cue

Selesai persembahan peserta keempat, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Terima kasih peserta keempat yang merupakan peserta terakhir Selesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas. Dengan berakhirnya persembahan peserta keempat. debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan puisi dan lagu Zon 2 sekolah menengah daerah Kinta Utara tahun 2010? Pasukan manakah yang bakal membawa pengiktirafan berupa sijil daripada Pejabat Pelajaran Daerah? Penglibatan dan pencapaian yang tercatat ialah tanda penyertaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat zon. Kita beri masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para peserta yang hebat-hebat belaka. Muzik instumental (cd) dimainkan Setelah hakim menyerahkan keputusan pertandingan, muzik instrumental dihentikan

Cue B

Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohamad Sidik bin Zakaria mengiringi Pengerusi Jawatakankuasa Pengelola Pertandingan, Encik Poon Chong Chee naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Tunggu hingga pengetua, En Sidik, dan pembawa dulang sijil mengambil tempat Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Dipersilakan ... Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi. Selesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat turun pentas Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari SMK _________________________________________________ Dipersilakan naik ke pentas. Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang ketiga, dan mereka selamat turun pentas Pemenang kedua jatuh kepada SMK ________________________________________ Syabas. Dipersilakan. Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang kedua, dan mereka selamat turun pentas Johan pertandingan puisi dan lagu peringkat zon 2 sekolah menengah daerah Kinta tahun 2010.. SMK _______________________________________________ Selesai penyampaian hadiah kepada johan , dan mereka selamat turun pentas Terima kasih Encik Poon, dan Encik Sidik. Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui. Setelah En. Poon dan En Sidik mengambil tempat

Cue A

Cue B Cue A, B Cue A

Cue B

Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati kudapan. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hingga jumpa lagi.

You might also like