You are on page 1of 23

LEMBAYUNG SENJA

Kau barangakali tidak sedar tatkala gerimis mengundang rindu di jiwa. Namun aku tabah menjalani hidup ini tanpamu disisi....sehingga kuperjuangkan hidup ini hanya kerana insan yang tidak berdosa.

AINAD DIRAH

PROLOG

MELAKA 2006 Pagi yang menyejukkan menggigit pangkal rasa.Adik,bangun cepat dah pukul 6.30 pagi ni!jerit Jasmin yang sedang berada di dapur menyediakan sarapan untuk Amanda anak remaja yang anggun itu. Apa lagi tercegat dekat tempok tu,pergi cepat mandi!jerit Jasmin sekali lagi kepada Amanda. Jantung Amanda hampir luruh mendengar suara ibunya yang sedikit tinggi itu.Lantas Amanda segera masuk ke bilik mandi itu. Beberapa minit kemundian,Amanda pun keluar dari bilik mandi itu.Jasmin segera memandang wajah anak remaja yang berusia belasan tahun.Senyuman manis cuba dipamerkan.Amanda masuk ke bilik tidur untuk menyediapkan dirinya ke sekolah.Ini adalah hari pertamanya ke sekolah menengah. Adik,sempat tidak mama mandi sayang,lihat jam sayang pukul berapa?soal Jasmin kepada anak remajanya. Dia segera melihat jam di dinding rumahnya.Mama,dah pukul 7.00 pagi.jawab Amanda. Mama kita akan berangkat sekarang ke sekolah?soal Amanda seakan takut. Yalah sayang,ni dah pukul berapa cepat masuk kereta.jawab Jasmin lembut dan segera menghidupkan enjin keretanya. Jasmin berkerja sebagai guru disebuah Sekolah Sri Meranti.Dia mendiami rumahnya sendiri dengan keluarga,dia juga mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah menengah.Amalina berusia 15 tahun dan Amanda berusia 13 tahun. Setelah sampai di sekolah Amanda.Mama,adik takutlah nak pergi sekolah.luah Amanda kepada Jasmin. Kenapa ni sayang?tanya Jasmin lembut sambil mengusap kepala Amanda. Amanda tidak segera menjawabnya.Taklah ma,Manda gementar je.jawab Amanda terus terang kepada Jasmin. Eh sayang,Manda tak boleh macam ni tau,Manda kena sekolah untuk masa depan.Kalau Manda gementar baca surah yang Manda tahu.Insya-Allah hilang gementar tu.kata Jasmin panjang lebar seakan memujuk anaknya. Amanda keluar dari dalam kereta.Dia masuk kedalam sekolah terus berhimpun ditapak perhimpunan dengan pelajar lain. Beberapa orang pengawas membuat pengumuman menyuruh semua pelajar tingkatan satu masuk kedalam dewan selepas perhimpunan tamat. Sampai didalam dewan,majlis dimulakan dengan lagu negaraku,Melaka maju jaya,dan lagu Sekolah Sri Meranti.Kemundian,bacaan ikrar dan doa serta memperkenalkan guru-guru mata pelajaran diikuti oleh subjek yang akan diajar oleh guru tersebut. Saya amat berbesar hati kerana tingkatan 1 akan melangkah ke fasa baru. Anak haruan di dalam paya, Ayam denak dalam sungkupan, Kalau sudi apalah kiranya, Tuan pengetua memberi ucapan.kata pengacara itu menjemput pengetua sekolah itu berucap.

Pengetua itu segera bangun dari tempatnya.Asalammualaikum,saya amat berbangga kerana tingkatan 1 akan melangkah ke fasa baru pada tahun ini.Sehubungan dengan itu,saya sebagai pengetua dan wakil sekolah mengalu-alukan kedatangan anda dan mengucapkan selamat datang ke sekolah ini,sekian terima kasih.kata pengetua itu mengakhiri ucapannya. Setelah selesai majlis orientasi tingkatan 1 itu,mereka beredar meninggalkan dewan dan masuk kedalam kelas masing-masing. Pada keesokan harinya,Amanda pergi ke sekolah dengan pakaian kemas.Beberapa orang pelajar perempuan menahannya dihadapan kelas. Hey,nama awak siapa?soal seorang pelajar perempuan itu. Amanda.jawabnya ringkas. Pelajar perempuan itu hanya melemparkan senyuman kepadanya dan Amanda terus masuk kedalam kelas.Dan sedikit demi sedikit Amanda telah mengenali mereka. Semua pelajar keluar dihadapan kelas untuk menyanyikan lagu negaraku,Melaka maju jaya,dan lagu sekolah.Pengawas akan mengiringi mereka keluar dihadapan kelas menyanyikan lagu tersebut untuk mengawasi mereka. Keesokan harinya,Amanda pergi ke sekolah dengan pakaian kemas,putih bersih dan harum.Dan seperti biasa mereka akan keluar dihadapan kelas untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut dan diiringi oleh pengawas.Setelah selesai,mereka dibenarkan masuk kedalam kelas masing-masing tetapi ikuti oleh pengawas sekolah. Keluarkan buku baca.kata pengawas itu kepada semua pelajar dalam kelas itu. Semua mengikuti arahan tersebut tanpa bantahan.Tiba-tiba seorang ketua pengawas masuk kedalam kelas tersebut dengan keadaan marah. Mana yang ada liquid sila keluarkan!tegas ketua pengawas itu. Ketua pengawas itu datang kepada Amanda dan seakan marah dengannya.Mana liquid kau?tanya ketua pengawas itu. Liquid saya baru beli.jawab Amanda ringkas. Tak kira baru beli ke dah lama beli ke,aku nak kau keluarkan sekarang.Mana kotak pensil kau?tanya ketua pengawas tegas. Amanda menunjukkan kotak pensilnya kepada ketua pengawas tersebut.Oh,kau nak sorok kotak pensil kau!sambungnya kembali setelah mengambilnya. Tolonglah bang,liquid saya baru beli takkan abang nak ambil pula?tanya Amanda kepada ketua pengawas itu. Tak kira baru beli ke dah lama beli ke,aku tetap akan ambil liquid kau!jawabnya tegas kepada Amanda dan dia terus beredar dari kelas itu. Beberapa minit selepas itu,ketua pengawas datang kembali dengan membawa bungkusan beg plastik. Sha,bagi liquid mereka balik.kata ketua pengawas kepada anak buahnya. Kenapa pula nak bagi balik?tanya Sha kepada ketua pengawas itu. Cikgu kata mereka masih baru dan tak tahu peraturan disekolah ni lagi.jawab ketua pengawas itu tenang. Siapa punya liquid ni sila ambil.kata Sha kepada semua pelajar dikelas itu. Mereka semua mengambil liquid masing-masing.Setelah dikembalikan,mereka menyambung membaca semula. Seorang pengawas lelaki menghampiri Amanda.Boleh duduk disebelah?tanya pengawas lelaki itu kepada Amanda sambil meleparkan senyuman. Boleh,duduklah.jawab Amanda kepada pengawas lelaki itu. Kalau tak malu.kata Amanda dalam hatinya. Pengawas itu terus duduk disebelah Amanda sambil melihatnya membaca tetapi Amanda telah menjarakkan kerusi agar tidak terlalu rapat dengan dirinya. Baca...baca...silakan baca...kata pengawas itu kepada Amanda.

Amanda tidak menjawab malah melihat mata disesekelilingnya kini seakan tertumpu padanya seorang.Dia semakin tidak selesa dengan lelaki berpangkat pengawas yang diberikan oleh pihak sekolah kepadanya. Apa yang awak baca dibawah meja tu,mari saya lihat?tanya pengawas itu. Amanda tidak segera menjawab malah memberikan buku yang dibaca kepada pengawas itu. Oh,kamus...saya ingatkan apa tadi.kata pengawas itu. Nah,ambil balik simpan.sambung pengawas itu lagi. Saya nak berkenalan dengan awak boleh?tanya pengawas itu lagi. Amanda tidak segera menjawab malah beredar dari tempatnya.Dia pergi dihadapan rakan yang baru saja masuk kelasnya pada hari itu. Hai,siapa nama awak?tanya rakannya yang baru kenal itu. Amanda...jawabnya ringkas. Pengawas itu seakan mengeyetkan matanya pada Amanda.Hati Amanda ketika itu mengelabah seakan ada bencana besar berlaku. Rakan yang tidak dikenali menyapanya dengan mesra.Hai,boleh berkenalan?tanya rakan yang tidak dikenalinya. Boleh,saya Amanda dan awak?jawab Amanda sambil bertanya. Saya Ienjawabnya ringkas. Ien melihat pengawas itu sedang memandang rakan disebelahnya.Hey Amanda,aku rasa pengawas tu suka kat kaulah!katanya lembut seakan berbisik. Mengarutlah kau ni,mana ada.balas Amanda menyangkalnya dengan baik. Kau tak nampak ke dia tengah ushah kau?tanya Ien kepada Amanda sambil memandang pengawas itu dengan ekor matanya. Sekurang-kurangnya aku laku jugakan.kata Amanda dengan senyuman sambil memerhatikan pengawas itu dari jauh. Ien hanya mendiamkan diri setelah mendengar kenyataan dari rakannya.Setelah itu,guru waktu pertama datang untuk mengajar subjek pada pagi itu.Pengawas yang menjaga kelas mereka pulang ke kelas masing-masing. Selamat pagi semuaucap guru tersebut. Bangun semua...selamat pagi cikgu...kata semua pelajar kelas tersebut sambil berdiri membalas salam. Duduk semua.kata guru itu menyuruh semua pelajarnya duduk. Buka buku teks bahasa melayu muka surat 25.balas guru itu menyuruh semua pelajar membuka buku teks mereka. Setelah tamat sesi persekolahan,Amanda menunggu bas untuk pulang dari sekolah.Beberapa minit kemundian,pengawas yang menjaga dikelasnya keluar dari pintu pagar sekolah tetapi dia telah ternampak Amanda menunnggu distesen bas seorang diri. Ini kesempatan ku untuk mendekati gadis cantik itu.bicara hatinya.Dia pergi ke stesen bas dan duduk disana. Seorang saja ke tunggu bas?tanya pengawas sekolah kepada Amanda. Taklah berdua,mestilah seorang,ada nampak orang lain ke disini?tanya Amanda kembali kepadanya. Pengawas sekolah hanya menggelengkan kepala tanda tidak nampak orang lain lagi. Habis tu yang tanya tu kenapa.kata Amanda seakan geram. Saya baru dengar suara awak kali ni.kata pengawas sekolah sambil tersenyum kepadanya. Selama ni awak tak pernah dengar suara sayalah?tanya Amanda hairan. Sebelum ni awak diam je,saya berharap awak akan berkata sesuatu kepada saya tetapi awak diam seribu bahasa.luahnya kepada Amanda.

Beberapa minit selepas itu,bas pun tiba dan mereka menaiki bas bersama-sama. Yusof melepaskan lelah didalam pondok pada petang itu.Pondok itu dibina di halaman rumahnya. Sedang asyik duduk di pondok halaman rumahnya,Yusof menerima tetamu dari sahabat baiknya satu sekolah.Tetamunya adalah Farid,Daniel dan Nizam.Seamasa Yusof pertama kali duduk di kampung itu,mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain.Masing-masing dengan hal masing-masing dan setelah beberapa hari berjiran dengan mereka,sahabatnya kini menjadi salah satu dari hidupnya.Kemesraan yang sedikit demi sedikit terbina dengan utuh sehingga kehari ini. Makcik Bella sihat,Sop?tanya Nizam kepada Yusof. Alhamdullilah,sihat Ijam.Macamana dengan kesihatan kau pula?jawab Yusof sambil bertanya. Aku macam nilah.jawab Nizam ringkas. Makcik Bella pergi mana Sop?tanya Farid kepada Yusof. Yalah,dari tadi aku tak nampak makcik Bella di rumah.kata Nizam kepada dua orang rakannya. Ehem,mak aku pergi pekan sekerjap,nanti baliklah tu!balas Yusof kepada mereka. Buat apa pergi pekan?tanya mereka berdua serentak. Yusof melihat mereka berdua berkata serentak sambil tersenyum simpul.Amboi,berduet nampak!kata Yusof kepada mereka berdua. Beli sayur untuk masak tengahari nanti.sambungnya lagi sambil memandang sesekeliling sambil menghentak-hentak kayu ditanah. Adik kau pun aku tak nampaklah Sop?tanya Nizam kepada Yusof ingin tahu lanjut. Kenapa,selalu dengar bising dengan adik aku,sekarang sunyi.Tak adalah diorang ada dekat dusun rambut.jawab Yusof kepada Nizam. Buat apa pula adik-adik kau pergi sana?tanya Daniel. Kutip rambut untuk dimakan.jawabnya bersahaja. Kau orang ni ada-ada sajalah.Aku rasa nak masak Maggie,sapa nak?kata Yusof sambil bertanya kepada rakannya itu. Aku nak Sop,kau buat untuk aku ke?balas Daniel mengangkat tangan sambil bertanya dengan senyuman. Kau kena tolong aku juga Daniel.kata Yusof sambil menyuruh rakannya menolong. Kalau kau buat sendiri bolehkan Sop?tanya Daniel seakan mengelak daripada menolong rakannya itu. Alah kau ni Daniel,kalau kau nak pergilah tolong dia!kata Farid seakan suaranya keras dengan Daniel. Daniel tidak dapat menggelak daripada menolong rakannya memasak Maggie.Didalam dapur mereka bercerita tentang wanita sambil memasak Maggie. Kau tahu tak kenapa wanita termasuk ibu kita tak pernah merungut untuk masak?tanya Daniel seakan menguji mental Yusof. Sebab untuk bagi kita makan.jawab Yusof memberi jawapan kepada Daniel. salah,sebab dia sayang keluarganya.Lagipun untuk tambat hati si bapa yang bergelar suami.kata Daniel seakan gembira dengan jawapan diberikan oleh Yusof. Kau ni Niel ada-ada saja lawaknyalahkata Yusof kepada Daniel yang sedang memotong bawang merah. Bau masakkan mereka sehingga diluar rumah Yusof,dan bau itu telah membawa dua rakannya masuk kedalam dapur. Ehem,bau sedapnya.Apa yang diorang masak ni ha?tanya Farid kepada Nizam. Entahlah Farid,jom kita masuk nak kat rumah Sop,tengok apa dia masak.jawab Nizam sambil memberi cadangan.

Mereka masuk kedalam rumah Yusof dan pergi kea rah dapur untuk melihat mereka memasak. Amboi,bau kumain sedap lagi Sop.Apa yang kau masak tu?kata Faid sambil bertanya kepada Yusof. Masak maggie,kau nak tak?tanya Yusof kepada dua orang rakannya itu. Bolehlahjawab Farid ringkas. Setelah maggie itu masak,mereka menghidangkan maggie untuk dimakan oleh mereka berempat. Macamana sedap tak?tanya Yusof kepda tiga orang rakannya. Boleh tahanlah kau masak.Kau selalu masak ke Sop?tanya Farid kepda Yusof. Selalu jugalah aku masak untuk mak dan adik-adik aku.Kalau mak aku tak larat nak masak,akulah orangnya.jawab Yusof kepada tiga orang rakannya. Rajin pula kau masak Sop.kata Nizam kepda Yusof sambil merasakan maggie yang telah dimasak itu. Alah tolong mak Ijam takkan tak boleh kot?tanya Yusof kembali. Boleh,sudah tentulah boleh Sop.Siapa yang tak sayang mak kita.Kalau dia suruh kita mesti ikut selagi tidak melanggar hukum syarak,betul tak.jawab Yusof kepada tiga orang rakannya itu. Yes,I agree.kata tiga orang rakannya secara serentak. Eh-eh,macam dah rancang nak berduet bersama!balas Yusof kepada tiga orang rakannya itu. Kitakan sahabat,friend forever...hehehe...kata tiga orang rakannya itu. Setelah selesai makan maggie di rumah Yusof,mereka bertiga membasuh pinggan yang telah digunakan masing-masing.Walaupun Yusof melarang tetapi mereka bertiga tetap membasuhnya. Setelah selesai kesemuanya tugasan,mereka meminta izin untuk pulang ke rumah dan mengucapkan terima kasih kepada Yusof atas layanan yang berikan kepada mereka bertiga.

MELAKA JANUARI 2007 Rumah teres dilereng bukit itu diterangi cahaya lampu.Lagu R & B berkumandang diudara dan diselang-selikan dengan suara tetamu-tetamu yang turut hadir.Ada yang sedang menikmati juadah yang disediakan,ada yang sedang berbual mesra dan ada juga yang duduk bersantai dihalaman rumah yang luas itu sambil menikmati keindahan pemandangan dari atas bukit. Amanda berdiri dihadapan pintu untuk menyambut rakan-rakan yang diundang ke majlis ulang tahun yang ketiga belas tahun.Jasmin pula sedang sibuk melayan sahabatnya yang sedang makan dan minum. Papa!jerit Amanda sebaik saja melihat Shahidi duduk disofa ruangtamu bersama tetamu yang hadir. Amanda meluru kearah Shahidi lalu memeluk erat.Bila sampai di Malaysia?tanya Amanda seakan gembira. Papa baru sampai semalam.jawab Shahidi yang duduk disofa ruangtamu bersama tetamu yang hadir. papa tidur mana semalam?tanya Amanda kepada Shahidi. Semalam papa tidur hotel nakjawab Shahidi kepada Amanda. Lina mana?tanya Shahidi kepada Amanda tentang Amalina.

Dia tak dapat balik lagi pa.Kalau cuti semesta nanti dia dapatlah balik.jawab Amanda tenang. Mama mana Manda?tanya Shahidi lagi kepada anaknya itu. Layan tetamu kat situ.jawab Amanda sambil menunjukkan Jasmin kepada Shahidi. Macamana keadaan papa hari ini?tanya Amanda kepada Shahidi. Tetamu yang hadir turut mencelahnya.Oh,ini anaknya,cantik sekali!kata salah seorang tetamu wanita disitu. Ya puan,ini anak saya.Kenalkan Ini puan Zita dan puan ini Amanda,anak saya.balas Shahidi memperkenalkannya kepada Amanda dan puan Zita.Dan mereka bersalaman. Kamu cantik sekali nak.Macam mamanya juga.kata puan Zita memuji kecantikan Amanda dihadapan tetamu lain. Terima kasih puan.balas Amanda sambil memberikan senyuman manis. Silakan puan minum dulu minumannya.Saya mahu masuk kedalam dahulu.Pa,Manda masuk dulu yakata Amanda meminta izin untuk kedalam kepada para tetamu dan Shahidi. Shahidi hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman kepada anak remajanya itu. Amanda duduk dikerusi dalam bilik tidur bersama telefon bimbitnya ditangan.Tibatiba dia terdengar seperti hentakkan kaki menuju ke bilik tidurnya.Dia seakan cemas mendengar bunyi itu yang semakin hampir dengan bilik tidurnya. Tuk...tuk...tuk...pintu bilik Amanda diketuk oleh seseorang. Siapa?!tanya Amanda sedikit menjerit. Tuk...tuk...tuk...pintu biliknya diketuk lagi.Ketukan itu semakin kuat ditelinga Amanda dan ini membuatkan hatinya semakin cemas. Siapa,mama ke?tanya Amanda sedikit menjerit. Orang yang mengetuk pintu biliknya tidak menjawab dan ini membuatkan hati Amanda berasa curiga dan cemas.Dia memegang tongkat semambu dan segera membuka pintu bilik tidurnya. Arghhhhhhhjerit Amanda sekuat hati. Tetamu yang turut hadir berasa cemas dengan jeritan itu.Ibubapa Amanda turut berasa cemas dengan keadaan anaknya didalam rumah mereka.Satu bayangan telah kelihatan dibilik Amanda dan bayangan itu telah ternampak oleh Jasmin. Jasmin berasa cemas dan dia segera memberitahu suaminya tentang bayangan itu. Bang,anak kita kat tingkat atas.kata Jasmin kepada Shahidi.Mereka segera pergi ke tingkat atas rumah mereka. Apabila mereka membuka pintu bilik Amanda.Mereka melihat darah bersepah dilantai bilik Amanda. Ini membuatkan hati Jasmin semakin resah dan curiga terhadap kejadian yang berlaku keatas anaknya. Mereka berdua turun ketingkat bawah dan terus menuju ke halaman rumahnya.Mereka berdua lihat sebuah kereta pergi dengan kedengaran eksos kereta yang amat kuat bunyinya. Tetamu-tetamu yang diundang ke majlis ulang tahun Amanda beransur-ansur pulang.Tetamu yang diundang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Jasmin duduk di kerusi.Jasmin mengalihkan pandangan kearah Shahidi.Kenapa duduk diluar ni,kan sejuk.Jom masuk kedalam.ajak Shahidi. Takpelah,abang masuklah dulu.Saya nak ambil angin kat luar ni.kata Jasmin membantah dengan kesedihannya. Jasmin,Shahidi.Dahlah tu.Esok kamu berdua buat laporan polis kalau Amanda tak balik nanti ya.kata puan Zita kepada mereka berdua.

Baiklah puan.Insya-Allah saya akan buat.balas Jasmin dalam kesedihannya. Ehem,akak balik dululah Jasmin,Shahidi.Terima kasihlah jemput akak hari ni dan akak bersimpati atas nasib kamu sekeluarga.kata puan Zita kepada mereka berdua. Jasmin dan puan Zita berpelukkan tanda menumpang kesedihan itu bersamasama.Disamping kebaikan puan Zita itu ada udang disebalik batu yang tidak diketahui oleh Jasmin dan Shahidi. Puan Zita menuju ke kereta miliknya.Kereta yang dipandu meluju laju kehadapan meninggalkan kediaman Jasmin dan Shahidi. Hahahaaa...!gelak puan Zita didalam keretanya. Bunyi deringan telefon bimbitnya berbunyi dan dia segera mengangakatnya.Hellokata puan Zita dalam taliannya. Hello,kami dah culik dia.balas orang dalam talian itu. Bagus kerja kau.Macamana budak tu?tanya puan Zita dalam taliannya. Dia selamat dengan kami puan.jawab orang dalam talian itu. Bagus,tunggu aku disana.kata puan Zita. Baik puan.balas orang dalam talian. Dia segera meletak telefon bimbitnya dan menuju ke markas miliknya. Hey,Roni mana madam ni?tanya Rani kepada Roni. Hey,sabarlah Rani.Madam dalam perjalanan,nanti dia sampailah tu.jawab Roni memandang Amanda yang telah diikat itu. Hey,madam dah sampailah.kata Rani sambil menunjukkan kereta puan Zita kepada Roni. Puan Zita keluar dari dalam keretanya dan menuju ke markasnya.Mana budak tu?tanya puan Zita. Tu puan.jawab Roni sambil menunjukkan Amanda kepada puan Zita. Buka ikatan mata dia.arah puan Zita kepada dua orang anak buahnya. Baik puan.balas anak buahnya lantas membuka ikatan mata Amanda. Puan Zita!kata Amanda dengan terkejut. Kenapa terkejut,hahahaaa!balas puan Zita sambil ketawa. Puan,apa yang cuba puan buat pada saya ni?tanya Amanda kepada puan zita. Ah,aku boleh buat apa yang aku suka pada kau.jawab puan Zita seakan tiada peri kemanusiaan ketika itu. Puan,tolong jangan apa-apakan saya.Ibubapa saya mesti risau pasal saya!kata Amanda kepada puan Zita. Ehem,itu aku tak peduli janji aku dapat wang!balas puan Zita. Puan tolong lepaskan saya...saya janji saya takkan bocorkan pada sesiapa pasal markas dan pasal puan.Tolonglah puan saya masih bersekolah.Amanda merayu pada puan Zita agar dia melepaskan dirinya. Hey,kau ingat aku bodoh.!kata puan Zita menarik rambutnya ke belakang. Puan lepaslah sakit!jerit Amanda dalam kesakitan. Hey,kau dengar sini ek,aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat wang tebusan dari mak bapak kau,faham!tegas puan Zita kepada Amanda sambil menarik rambutnya. Uhhh sakitlah puan!jerit Amanda. Puan Zita melepaskan rambut Amanda dan mengarahkan agar mulutnya ditutup. Aku nak kau berdua ikat mulut budak higusan itu.!arah puan Zita kepada dua orang anak buahnya. Dia pulang ke rumahnya dan meninggalkan markas miliknya.Kereta yang dipandu berjalan menuju ke rumah. Keesokan paginya,Jasmin dan Shahidi membuat laporan polis kerana anaknya hilang.

Tuan,saya nak buat laporan polis mengenai anak saya hilang.kata jasmin kepada pihak polis itu. Dekat mana dan pukul berapa dia hilang?tanya polis itu kepada mereka. Dia hilang semalam,semasa kami membuat parti hari lahirnya yang tiga belas tahun.Dia juga hilang semasa didalam rumah dan saya nampak orang masuk dalam bilik anak saya.cerita Jasmin kepada pihak polis. Baiklah,kami akan siasat perkara ni.Kami harap puan dan tuan akan bersabar sementara kes ini selesai.minta pihak polis itu. Baiklah encik,kami akan segera menunggu.kata Shahidi kepada pihak polis itu. Mereka berdua juga pergi ke sekolah Amanda untuk memberitahu perkara sebenar apa yang berlaku semalam. Cikgu,anak kami tidak dapat hadir ke sekolah.Anak kami hilang semalam.kata Jasmin kepada guru kelas Amanda. Puan dah buat laporan polis?tanya guru kelas Amanda. Dah cikgu.jawab Jasmin ringkas kepada guru kelas Amanda. saya harap puan bersabar ya.Serahkan semuanya kepada pihak polis,biar mereka selesaikan kes ni.kata guru kelas Amanda. Ien datang untuk menghantar kertas kedatangan yang tidak hadir ke sekolah tetapi dia telah mencuri dengar perbualan mereka. Kami balik dulu cikgu.balas Jasmin meminta izin untuk pulang. Baiklah,sabar ya.kata guru kelas Amanda. Ien segera menyembunyikan dirinya daripada pandangan guru kelasnya dan ibubapa Amanda juga. Mereka menuju ke kereta milik mereka.Kereta yang dipandu oleh Shahidi meluju laju dihadapan meninggalkan sekolah Amanda. Ien terus berjalan masuk ke bilik guru kelasnya.cikgu,ni ada kertas orang yang tak datang,saya dah ambilkannya.kata Ien kepada guru kelasnya. Terima kasih Ienbalas guru kelasnya. Sama-sama cikgu,saya buat ni ikhlas dan tak maksud apa-apakatanya mengakhiri perbualan.Dan dia terus menuju ke kelasnya semula. Ien,kenapa mak bapak Manda datang kat sekolah sedangkan anak mereka tak ada kat sini?tanya Mia kepada Ien. Manalah aku tahu.Kalau kau nak tahu tanyalah dia sendiri.jawab Ien melihat dengan ekor matanya sambil menundukkan kepala. Eish,semua tak tahu.Kawan sendiri pun tak tahu ke mana pergi.kata Mia seakan marah kepada Ien. Eh,aku bukan jaga budak tu pun.Yang kau kecoh pasal?tanya Ien seakan kasar kepada Mia. Malaslah nak cakap dengan kau ni Ien.Menyakitkan hati aku je tau!kata Mia seakan geram. Pengwas yang menjaga mereka semalam datang kerana hendak mencari Amanda tetapi apa yang membuatkan dirinya terkejut adalah Amanda hilang. Ien,Amanda ada tak?tanya pengawas sekolah kepada Ien. Amanda tak ada...jawab Ien tidak dapat meneruskan percakapan kerana dipotong oleh pengawas itu. Dia sakit apa?tanya pengawas sekolah seakan cemas. Dia tak sakit tapi dia dah hilang.jawab Ien seakan berbisik kepada pengawas itu. Hilang,macamana boleh hilang dan bila dia hilang?tanya pengawas sekolah kepada Ien seakan mengelabah. Semalam,masa dia buat parti hari lahir dia kat rumah!jawab Ien sedikit perlahan.

Jangan risau,aku akan selamatkan gadisku.kata pengawas sekolah itu. Pengawas sekolah itu pergi ke kelasnya dan setelah tamat sesi persekolahan dia pulang seorang diri tanpa teman.Dia seakan khutir dengan keadaan Amanda dan keluarganya ketika itu. Pelbagai perkara negatif difikirkan oleh pengawas sekolah itu apabila Amanda tiada di sekolah ketika itu. Hati Jasmin seperti dihiris sembilu ketika itu kerana memikirkan Amanda.Nasib baik ada suami yang menyayagi dan mengerti ada disampingnya,jikalau tidak semangatnya akan terus pudar dengan kesedihan itu. Ibu mana yang tidak risau akan nasibnya begitu.Hilang ketika sedang menyambut ulang tahunnya yang tiga belas tahun,sudah tentu membawa kesan mendalam kepada Jasmin dan Shahidi. Ma,dari semalam mama tak makan.Mari papa suapkan mama ya.pujuk Shahidi kepada Jasmin untuk makan sedikit. Biarkan pa,mama sanggup mati dari anak kita hilang begini pa.kata Jasmin dalam kesedihannya. Kalau mama tak makan nanti sakit pula.Masuk angin ma.balas shahidi seakan memujuk Jasmin. Biarkan pa mama tak makan dari menanggung kesedihan begini terus.kata Jasmin membantah suaminya agar tidak makan. Papa letak disini aja,kalau mama nak makan,mama ambil sendiri aja ya.Sudah papa keluar dulu ya.balas shahidi meminta izin untuk keluar dari biliknya. Shahidi menelefon Amalina untuk pulang ke rumah kerana Amanda telah hilang.Berita itu telah mengeparkan seluruh ahli keluarganya. Lina,ini kamu sayang?tanya Shahidi dalam taliannya. Ya pa,ada apa papa telefon?tanya Amalina dalam taliannya. Lina,adik kamu Amanda hilang semalam,semasa buat parti ulang tahun kelahirannya.jawab Shahidi dalam taliannya. Ya pa,Insya-Allah Lina akan mengusahakannya.Asalammualaikum pa.kata Amalina mengakhiri perbualanya. Waalaikummusalambalas Shahidi dengan tenang lalu dia meletak gagang telefon rumahnya itu. Dia duduk disofa untuk melepaskan lelah.Dia seakan memikirkan sesuatu tentang anaknya yang hilang itu.Tiba-tiba satu ketukan pintu dari luar rumahnya. Siapa pula yang datang ni?tanya Shahidi sendiri.Lalu dia membuka pintu rumahnya.Dia terkejut kerana orang tidak kenali datang ke rumahnya. Nak cari siapa?tanya Shahidi kepada orang itu. Maaf pakcik menganggu.Amanda ada di rumah?tanya orang itu kepada Shahidi. Maaf,anda siapa?tanya Shahidi kembali kepada orang itu. Saya kawan dia.Datang ingin berjumpa dengannya.jawab orang itu lagi. Maafkan saya,nama anda siapa?tanya Shahidi lagi. Oh,nama saya Arif pakcik.Saya pengawas dan kawan kepada Amanda.jawab Arif kepada Shahidi. Amanda tiada di rumah,lain kali anda datang ke sini lagi.kata Shahidi kepada Arif.Dia ingin menutup pintu rumahnya tetapi dihalang oleh Arif. Tunggu pakcik,saya mahu tanya Amanda pergi mana?tanya Arif kepada Shahidi. Masuk dulu.jawabnya ringkas. Sambil mengajak Arif masuk kedalam rumahnya. Duduklah dulu,pakcik buatkan air untuk nak Arif ya.jemput Shahidi. Takpelah pakcik,saya ada hal lain lagi ni.kata Arif menolak dengan baik.

Shahidi duduk disebelah Arif dan menceritakan perkara yang sebenar apa yang berlaku kepada anak gadinya itu. Semalam,kami mengadakan ulang tahun kelahirannya,dia masuk ke bilik,makcik lihat ada orang masuk kedalam bilik anak pakcik,Amanda lalu pakcik dan makcik bergegas ke biliknya.Kami melihat darah berlumuran dilantai lalu hari ini kami membuat laporan polis.cerita Shahidi kepada Arif. Sabarlah pakcik,biar polis selesaikan kes ni dengan segera.Saya harap penyagak tu dapat hukuman yang setimpal.kata Arif meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada Shahidi. Ah,pakcik saya balik dululah.Bila-bila saya datang jeguk pakcik lagi ya.sambung Arif meminta untuk pulang sambil bersalaman dengan Shahidi. Di Markas puan Zita pula Amanda diseksa dengan teruk sekali.Apabila mereka hendak bercakap dengannya pasti mereka akan menarik rambut Amanda yang panjang dan ikal serta hitam itu kebelakang.Sudah pasti dia menjerit kesakitan. Oi bangun,aku bawakan kau makanan ni!kata Roni meninggikan suara kepada Amanda yang sedang tidur itu.Makanan itu diletakkan bersebelahan dengan Amanda. Mata Amanda terbuka sedikit untuk melihat orang itu.Dia tidak dapat menikmati makanan kerana mulut,kaki serta tangannya diikat oleh penyagak itu. Amanda cuba ingin membuka tali yang diikat oleh mereka,ternyata tidak berhasil.Dia berdoa kepada Allah agar mereka tumpas ditangan pihak polis supaya dipenjarakan. Ya Allah,kau Maha mendengar lagi Maha mengasihani.Aku berdoa agar pihak polis berhasil menemui aku dan agar mereka dipenjarakan.Amin.Dalam doanya ketika itu. Dia diikat didalam sebuah stor simpanan barang.Semalaman dia disitu tidak makan apa-apa.Dia juga dilayan seperti anjing kurap didalam stor itu. Puan Zita tiba di Markasnya pada petang itu.Macamana budak tu?tanya puan Zita kepada ank buahnya. Dia okey puan,kami dah bagi dia makan.jawab salah seorang anak buahnya. Buka bilik ni aku nak lihat budak tu.kata puan zita mengarahkan salah seorang anak buahnya membuka pintu bilik stor itu. Pintu stor dah dibuka dan puan Zita masuk kedalam.Hey,Rani apa kau buat ni ah!jerit puan Zita kepada anak buahnya. Mereka berdua bergegas menghampiri bilik stor itu.Kenapa puan?tanya salah seorang anak buahnya. Kau tengok apa yang kau dah buat.Macamana budak tu nak makan kalau kau tutup mulut dia,sengal!jawab puan Zita sedikit menjerit. Habis,nak buka ke puan?tanya salah seorang anak buahnya. Bukalah,lembab buat kerja!jawab puan zita seakan marah kepada anak buahnya. Salah seoang anak buahnya membuka pembalut mulut Amanda.Dia menjerit kesakitan.Dia juga merayu lagi kepada puan zita agar melepaskannya. Puan,tolong lepaskan saya kali ni.Saya janji takkan bocorkan tempat ni dan pasal puan juga.Tolonglah puan saya masih bersekolah.rayu Amanda kepada puan Zita. Hey,boleh tak kau diam.Aku bosanlah asyik dengar ayat yang sama setiap hari!kata puan Zita kepada Amanda. Puan,saya tak sangka puan akan melakukan ini kepada saya.Saya fikir puan seorang yang bijak dan baik,ternyata saya silap menilai puan.balas Amanda kepada puan Zita sambil mengalirkan titisan jernih dikelopak matanya. Hey,kau tak payah nak buat muka simpati kau tulah.Aku dah muah dengan drama kau.Kalau kau nak makan,makan jelah,tak payah nak merayu simpati pada aku!kata puan Zita sedikit meninggikan suaranya. saya tak sangka puan berhati busuk dan keji daripada syaitan.Perempuan jenis apa

puan ni...balas Amanda kepada puan zita. Cukup budak higusan,aku tak nak dengar celoteh kau lagi.Arghhh...papppp....!kata puan Zita sambil mengetuk dinding bilik itu untuk melepaskan geramnya. Kau berdua jaga budak higusan itu baik-baik.Jangan sampai terlepas.Faham.!sambung puan Zita seakan sedikit meninggikan suaranya. Baik puan.balas anak buahnya dengan ringkas. Puan Zita meninggalkan markasnya.Apabila sampai didalam kereta,dia seakan menyumpah-yumpah Amanda kerana berkata begitu padanya.Kereta yang dipandu berjalan meninggalkan markasnya yang berada hampir ditengah hutan itu. Budak higusan tak guna.Eish,kau tunggulah ni adalah satu permainan.Kau bermain dengan api ya,kau tunggu.kata puan Zita sendiri sambil memandu. Puan Zita menuju ke rumah Shahidi dan Jasmin.Dia meletakkan keretanya dihalaman luar rumah mereke.Dia masuk dihalaman rumah mereka lalu mengetuk pintu rumah itu. Tuk...tuk...tuk...satu ketukan pintu diberikan oleh puan Zita. Siapa yang datang pula tu?tanya Shahidi tidak puas hati dengan kehadiran tetamu ketika itu.Dia menyelah langsir untuk melihat tetamu yang hadir. Dia memberikan senyuman kepada puan Zita lalu dia segera membuka pintu rumahnya. Oh,puan zita.Kenapa tak beritahu.Masuklah puan.?!kata Shahidi lembut sambil mengajaknya masuk kedalam rumah. Duduklah dulu puan.sambung Shahidi lagi. Tak payahlah susah-susah Shah.Akak datang ni pun nak tanya khabar si Jasmin tu.Yalah kitakan kawan,kenalah ziarah menziarahi antara satu sama lain.Betul tak.balas puan Zita kepada Shahidi. Oh,Jasmin ada dekat bilik sedang berehat.Nanti saya panggilkan dia.kata Shahidi kepada puan Zita. Takpelah Hidi,biar Akak yang pergi bilik Jasmin.balas puan Zita sambil tersenyum. Tapi Kak,Jasmin sedang berehat.Lagipun bilik saya tu.kata Shahidi seakan risau dengan tetamunya itu. Kau tak percayakan Akak ya Hidi.Kitakan dah lama kawan,takkan kau tak percayakan kau ni lagi.balas puan Zita sambil naik anak tangga perlahan-lahan. Shahidi hanya mendiamkan diri setelah mendengar penjelasan itu.Apabila puan Zita sampai ditingkat atas dan melihat Jasmin terbaing dikatilnya,dia cuba mendekati dan masuk ke bilik Jasmin. Asalammualaikum Jasmin.ucap puan Zita. Waalaikummusalam Kak apa khabar?tanya Jasmin sambil bersalaman dengannya. Maaflah menganggu kau Min.Akak cuma nak tanya khabar kau je.Yalah dalam keadaan kau yang tak terurus macam ni,macam-macam boleh berlaku,kan.kata puan Zita meninggalkan soalan yang ditanya oleh Jasmin. Puan Zita melihat nasi yang dihidangkan dibiliknya terdedah dan tidak luah.Dia cuba untuk menegur rakannya itu. Min,kenapa tak makan nasi ni?!tanya puan zita lembut kepada Jasmin. Saya tak ada seleralah Kak nak makan.jawab Jasmin perlahan. Kau kena makan sikit.Kalau kau tak makan nanti siapa yang susah.Kalau Amanda balik mesti dia risau mak dia tak makan,kan.Mari Akak suapkan kau sikit ya Min.kata puan Zita kepada Jasmin sambil memujuknya. Puan zita cuba untuk menyuapkan nasi itu kedalam mulut Jasmin dan dia menerima suapan itu dengan lembut. Suaminya melihat dari luar bilik Jasmin sambil tersenyum simpul memandang tuala yang ada ditangannya.

Setelah selesai makan dia meletakkan pinggan disisi Jasmin diatas meja kecilnya.Okey dah selesai pun.Min,Akak keluar dulu ya.Akak nak balik,esok Akak datang balik ya.sambung puan Zita kepada Jasmin. Yalah,esok Akak datang lagi temankan saya!balas Jasmin lembut kepada puan Zita. Puan Zita keluar dari bilik Jasmin dan dia melihat suaminya sedang tercegat diluar biliknya dan mengucapakan terima kasih kepada puan Zita. Akak,terima kasih!kata Shahidi kepada puan Zita. Untuk apa kamu mengucapkan terima kasih pada saya?tanya puan Zita pura-pura tidak tahu. Sebab menjaga isteri saya hari ni.jawab Shahidi sambil tersenyum kepadanya. Itu tak apa-apa ada maknanya.Saya buat semuanya ikhlas.Eh,Akak balik dulu ya,esok Akak datang sini lagi.katanya lagi. Dia terus menuju keluar rumah Shahidi lalu masuk kedalam kereta miliknya,kereta yang dipandu meninggalkan rumah milik suami isteri itu. Pagi yang menampakkan keindahan dan kedengaran burung bernyanyi merdu.Jasmin dan Shahidi bangun untuk pergi ke pejabatnya tidak diuruskan beberapa hari ini.Mereka turun kebawah setelah persediapkan diri mereka. Selamat pagi kak Limah.ucap Jasmin lembut kepada orang gajinya. Selamat pagi puan.Puan nak apa?tanya Kak Limah,orang gaji Jasmin dan Shahidi. Roti bakar jelah Kak.jawab Jasmin kepada Kak Limah sambil melemparkan senyuman. Uhhhh,sejuknya pagi ni.Kak Limah sekarang pukul berapa,gelap je nampak kat luar tu.Masih malam lagi ke?kata Jasmin sambil bertanya kepada Kak Limah seakan was-was dengan cuaca pada pagi itu. Dah pagi puan,dah pukul 6.30 pagi.balas Kak Limah. Semalam mama dapat tidur nyenyak tak?tanya Shahidi kepada Jasmin. Dapatlah sikit tidur nyenyak semalam.Eh,Lina bila nak balik,kata dia nak balik?jawab Jasmin sambil meluahkannya. Dia kata hari ni dia nak balik.Katanya cuti semesta.jawab Shahidi lagi. Kak Limah membawa roti yang telah siap dibakar seperti yang diminta oleh Jasmin.Puan ini rotinya.kata Kak Limah sambil membawa roti tersebut. Kak Limah,terima kasih.balas Jasmin kepada Kak Limah. Sama-sama puan...kata Kak Limah kepada Jasmin. Kak Limah nak pergi mana.Mari sarapan sekali.balas Jasmin. Kak Limah duduk bersama Jasmin bersarapan.Dia juga makan bersama-sama dengan mereka berdua.Mereka menganggap Kak Limah seperti keluarga mereka sendiri. Setelah selesai makan,mereka meminta izin untuk pergi kerja.Kak Limah,saya dan suami pergi kerja dulu ya!katanya lembut sambil bersalaman dengan Kak Limah. Kak Limah,saya anggap Kak Limah seperti keluarga saya sendiri dan saya tidak anggap kak Limah seperti orang gaji dalam rumah ni.jawab Jasmin menjelaskan. Baiklah puan,pergilah kerja dulu.Nanti lambat.kata Kak Limah. Suami isteri itu pergi ke kereta milik mereka dan kereta yang dipandu oleh Shahidi meluju laju kehadapan meninggalkan kediamannya. Asalammualaikum cikgu Jasmin.ucap guru Nadia kepada Jasmin. Waalaikummusalam cikgu Nadia.balas Jasmin kembali. Macamana hari ni,dah rasa sihat untuk berkerja?tanya guru Nadia kepada Jasmin. Rasa sihat dan bersemangat untuk kembali berkerja semula.jawab Jasmin kepada guru Nadia. Bagus,I hope will be continue your work.kata guru Nadia kepada Jasmin. Insya-Allah cikgu.Saya harap pun macam tu juga.balas Jasmin kepada guru Nadia.

Eh,cikgu tak ada kelas ke pagi ni?!tanya Jasmin lembut kepada guru Nadia. Kelas saya masa kedua nanti.jawabnya ringkas mengakhiri perbualan. Okeylah saya ada kelas,nanti kita jumpa.kata Jasmin kepada guru Nadia lalu pergi ke kelasnya pada waktu pertama itu. Penyiasatan mula dijalankan oleh pihak polis pada pagi itu.Mereka mencari bahan bukti dirumah Amanda.Kak Limah yang jadi mangsanya kerana disoal oleh mereka. Kak Limah menelefon Jasmin agar dia mengetahui pihak polis berada di rumahnya untuk mencari bahan bukti yang ditinggalkan oleh penyagak itu. Hello puan,pihak polis berada di rumah sekarang.Mereka sedang mencari bahan bukti yang terdapat disini.kata Kak Limah dalam taliannya. Siapa yang ada di rumah sekarang?tanya Jasmin kepada Kak Limah dalam taliannya. Saya seorang sahaja puan.Kenapa?jawab Kak Limah sambil bertanya. Lina dah balik Kak Limah?tanya Jasmin kepada Kak Limah. Belum lagi puan.Takpelah puan nanti kalau Lina balik saya telefon puan ya.jawab Kak Limah dalam taliannya mengakhiri perbualan dan meletak gagang telefon rumahnya. Dalam pada itu,pihak polis menjumpai sebutir cincin perak dan rantai perak serta cop cari yang ditinggalkan oleh seorang lelaki.Mereka mengambil sampel tersebut untuk kai selidik sampel tersebut.Mereka turun kebawah. Anak ni ada adik beradik lain ke?tanya pihak polis itu. Kesemuanya dua orang.jawab Kak Limah lagi. Ibubapa anak ni kerja apa?tanya pihak polis kepada Kak Limah. Ayah ahli perniagaan dan mak cikgu Sekolah sri Meranti.jawab Kak Limah kepada pihak polis tersebut. Tiba-tiba satu kenderaan berwarna putih datang menghampiri rumah suami isteri itu.Dia seakan tergesa-gesa memasuki rumah tersebut tanpa memberi salam. Encik dapat maklumat tentang anak saya tak?tanya orang itu kepada pihak polis. Kami sedang mencari bahan bukti.Saya harap Encik Shahidi sabar sedikit waktu lagi.jawab salah seorang pihak polis itu. Pihak polis tersebut menaiki kereta polis.Kereta yang dipandu oleh pemandu mereka meluju laju kehadapan meninggalkan kediaman suami isteri itu. Kak Limah,apa pihak polis kata kat Kak Limah?!tanya Shahidi lembut. Mereka tak cakap apa-apa cuma dia mencari bahan bukti di bilik Amanda.jawab Kak Limah kepada Shahidi. Shahidi keluar lagi untuk pergi ke pejabatnya.Ita,buatkan teh china untuk saya!kata Shahidi kepada Ita iaitu setiausaha Shahidi. Baik tuan,sekerjap lagi tehnya sampai!tegas Ita. Shahidi berjalan masuk ke biliknya,sementara menunggu teh china sampai,dia menandatangi surat-surat kontrak syarikat perkapalan tersebut. Ita,setiausahanya membawakan teh china yang diminta sebentar tadi.Tuan,ini teh china yang tuan minta.!kata Ita lembut. Ita,terima kasih.balas Shahidi kepada Ita sambil melemparkan senyuman. Sama-samajawabnya ringkas lalu keluar dari bilik itu. Di markas puan Zita pula Amanda diseksa lagi.Mungkin ini lebih teruk dari yang dijangkakan. Abang,tolong lepaskan saya kali.!tegas Amanda seakan merayu kepada dua penyajak itu. Hey,bisinglah aku tengah main catur ni!pekik salah seorang penyajak itu. Amanda pukau dua orang penyajak itu dengan ilmu sihirnya yang telah dia belajar dari dukun Indonesia.

Eh,kau buka ikat ditangan aku!kata Amanda dengan tegas mengarahkan mereka berdua membuka ikatan tersebut. Aku nak kau ketuk kepala dibuju meja.sambung Amanda mengarahkan mereka berdua berbuat demikian. Hahahaha....padan muka kau rasakan...!kata Amanda sendiri sambil ketawa dan dia keluar berjalan untuk mencari jalan keluar dari hutan belantara itu. Sampai disuatu tempat dia seakan ketakutan.Aku kat mana ni?tanyanya sendiri. Dia melihat pokok disekeliling tanpa sebarang manusia disitu.Dia berasa cemas.Tibatiba dia terpijak sesuatu dan hampir-hampir meragut nyawanya,mujur dia memegang juraian pokok yang panjang. Uhhh,nasib baik aku...!katanya sendiri dalam keadaan cemas. Dia meneruskan perjalanan pada petang itu.Sampai disuatu tempat dia melihat sebuah pondok usang dan dia menghampiri pondok tersebut.Dia memberi salam. Asalammualaikum,ada orang tak?tanya Amanda separuh menjerit. Tiba-tiba orang yang tidak dikenali dalam pondok itu menghampiri Amanda.Silakan masuk nak.jemput seorang nenek tua menyuruh Amanda masuk. Dia memasuki pondok tersebut dan memandang sekeliling pondok tersebut dengan rasa hairan.Nenek tua itu menegurnya dengan nada lembut. Cucu jangan takut,disini nenek seorang je!kata nenek tua itu. Amanda meleparkan senyuman kepada nenek tua tersebut dan bertanya lagi.Nenek tinggal seorang saja ke?tanya Amanda kepada nenek itu. Ya cu,suami nenek dah meninggal dua puluh tahun yang lalu!jawabnya lembut. Matahari menutup tirai perlahan-lahan.Pada malam itu juga Jasmin bersedih lagi memikirkan anaknya,mujur Amalina sudah pulang. Amalina pulang pada malam itu juga.Dia pergi kepada Jasmin.Mama,janganlah bersedih macam ni!kata Amalina kepada Jasmin. Macamana mama tak sedih,adik kau tu entah makan ke tidak.balas Jasmin meletakkan kepala kebahu Amalina. Serahkan pada pihak polis buat kerja ni.Mama tak payahlah risau.kata Amalina lagi memegang kepala Jasmin. Mereka berdua berkongsi rasa sedih itu bersama-sama.Disamping itu,mereka memakan coklat agar hilang rasa sedih itu.Tiba-tiba telefon Amanda berbunyi yang ditinggalkan olehnya.Amalina mengangkatnya. Hello,siapa ni?tanya Amalina dalam taliannya. Saya Ien kawan Amanda.Ni siapa?tanya Ien dalam taliannya. Saya kakak Amanda.Dia tak ada,nak tingalkan pesan apa-apa tak?kata Amalina sambil bertanya dalam taliannya. Takpelah kak,terima kasih.balas Ien mengakhiri perbualan dan terus meletak telefonnya. Siapa tu Lina?tanya Shahidi kepada Amalina. Kawan adik,Ien.jawab Amalina ringkas. Oh,marilah makan.Ma mari makan mekkata Shahidi mengajak keluarganya makan bersama-sama. Mereka datang ke meja makan untuk menikmati hidangan yang telah disediakan oleh Shahidi dan Kak Limah. Hey,jangan masam-masam macam ni.Ayuhlah ma,senyum sikit depan rezeki.sambung Shahidi lagi. Jasmin meleparkan senyuman kepada suaminya.Dia menongkat dagu dimeja makan dihadapan rezeki. Tukan ma,papa juga kata apa.Jangan menung terus,dimakan ma.kata Shahidi lagi.

Jasmin makan hidangan yang disediakan kepadanya.Setelah selesai makan dia berehat diruangtamu bersama keluarganya menonton televisyen. Baiduri mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke denai sawah menjelang matahari tegak dikepala.Bahang itu turut dirasainya. Rumah yang jauh dari bendang sawah memaksanya berbuat demikian.Sawah itu adalah milik keluarganya,pendapatan keluarganya setiap bulan adalah hasil jualan padi tersebut.Mereka diibaratkan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.namun harapan untuk membantu keluarganya kian menebal. Basikal milik bapanya disandarkan pada tiang pondok sawah.Dia turun ke sawah untuk menanam padi.Setiap bulan itulah rutin hariannya ketika musim membajak.Padi akan ditanam semula menggunakan mesin atau tangan untuk menghasilkan baka yang berkualiti tinggi mutunya. Hey,kita rehatlah dulu!kata Baiduri kepada rakannya. Mereka berehat sementara mununggu hari petang.Tiba-tiba seorang budak lelaki muncul menaiki basikal dan membawa bekal ditangannya menghampiri pondok tersebut. Kak Baiduri,mak bekalkan Akak,mak cakap Akak mesti habiskan bekal ni!kata budak lelaki tersebut. Insya-Allah Leman,Akak akan habiskan.!balas Baiduri lembut. Terima kasih Leman.kata Mawar dan Intan secara serentak. Sama-sama Akak bertiga.balas Leman menerus perjalanan menuju ke rumahnya. Mereka bertiga melihat Leman meneruskan perjalanan sehingga kelibatnya hilang daripada pandangan mata mereka sambil tergelak. Hahahaha,Leman-Leman...satu hari tak usik aku tak sah.!kata Baiduri sendiri. Ehem,adik kau tu hensemlah!balas Mawar seakan berangan dengan Leman. Ee,hensem kau kata,wek nak termuntah pula aku.First time orang cakap adik aku hensem,ee....kata Baiduri seakan tidak menyukainya. Yalah Bai,adik you hensem apa.You pun apa kurangnya lo.balas Intan menjelaskan. Ah tengok,Intan pun setuju dengan saya tau,kata adik you hensem tak percaya!tegas Mawar kepada Baiduri. Suka hati awak berdualah,nak kata adik saya hensem ke hodoh ke,saya tetap dengan keputusan saya,adik saya tak hensem pun.titik.!tegas Baiduri kepada dua rakannya. Mereka makan yang dibawa oleh Leman sebentar tadi.Setelah selesai mereka mengambil keputusan untuk menyambungnya besok hari.Mereka pulang dengan menaiki basikal masing-masing. Basikal bapanya disandarkan pada tiang bawah rumahnya.Dia masuk kedalam rumah menuju kebilik tidurnya. Dia keluar untuk mencari Leman,adiknya pada petang itu.Mak,Leman mana?tanya Baiduri kepada Maknya. Dalam bilik dialah.jawab mak Baiduri ringkas. Dia mencari dalam bilik tidur Leman.Dia melihat adiknya sedang bermain telefon bimbitnya. Oh,kat sini kau ya.kenapa kau rebut reputasi aku?!kata Baiduri sambil bertanya kepada Leman. Kenapa dengan Akak ni?tanya Leman kepada Baiduri. Kenapa kawan aku kata kau hensem?tanya Baiduri kembali. Hahaha,Akak-akak...itu pun nak jadi masalah pada kakak ke.Dah saya hensem nak buat macamana.jawab Leman seakan bangga diri. Tapi kau rampas reputasi aku yang paling cantik dan top kat kampong ni,kau faham tak?!kata Baiduri kepada Leman seakan separuh meninggi suaranya.

Eh Akak,sedar tak apa yang Akak cakap ni.Akak tu perempuan dan saya ni lelaki.Lelaki kat kampung ni masih terkejar-kejarkan Akaklah.?!balas Leman kepada Baiduri sedikit meninggi suaranya. Tiba-tiba perempuan tu masuk ke bilik Leman dan menegur mereka dengan muka yang garang. Eh,kenapa kau berdua ni ah.Tak habis-habis bertengkar daripada tadi,begit telinga aku dengar tau!kata Mak Baiduri kepada dua orang anaknya. Mak!balas Baiduri ringkas sambil diperhatikan oleh Leman. Kalau kau berdua tak bertengkar tak boleh ke.Asyik nak naikkan darah aku je.sambung Mak Baiduri lagi. Adik ni yang rebut reputasi Bai,kawan orang kata dia hensem.Baiduri mengadu kepada Maknya dengan lembut. Tiba-tiba satu hentukkan hingap dikepala Baiduri.Anak tak sedar diri,kau perempuan ke lelaki?tanya Mak Baiduri kepada anak perempuannya. Perempuan.jawabnya ringkas. Habis,yang kau sibuk sangat adik rebut reputasi kau tu kenapa.Lagi sekali aku dengar pasal adik rebut reputasi kau kat kampung ni,siap kau.ugut Mak Baiduri kepada anak perempuannya. Mak Baiduri keluar menyambung kerjanya kembali.Satu titisan jernih mengalir dikelopak matanya.Leman mengejeknya sengaja untuk menyakiti hatinya. Tulah,aku cakap kau degil Kak.Aku cakap kenapa kau marah macam ni.Kau rebut reputasi aku.Sedar Kak kau tu perempuan,saya ni lelaki...oh,lagi marah-marah,kan singa lapar dah datang.Hahahaha...kata Leman seakan mengulangi percakapan mereka. Dahlah kau,saja nak sakitkan hati aku!balas Baiduri lantas keluar dari bilik Leman. Didalam bilik dia pula,Shima adik perempuan yang ketiga menegur dengan lembut tangisan itu. Kak,kenapa kakak menangis ni?tanya Shima tidak mengerti yang baru berusia dua belas tahun lebih muda dari Leman dan Baiduri. Tak ada apa-apalah dik,masuk habuk je sikit.jawab Baiduri berbohong. Yang kali pakailah cermin mata supaya tak masuk habuk.kata Shima yang tidak mengerti apa-apa. Pandai adik Akak ni.puji Baiduri kepada Shima sambil mengusap kepala adiknya itu dan tersenyum. Tiba-tiba seorang Lelaki masuk ke bilik mereka dan menegur Baiduri.Kak,aku minta maaflah pasal tadi.Aku tahu aku silap.Kau memang betul Kak,kau paling cantik dalam kampung ni.kata Leman seakan menyesalinya. Takpelah dik,aku bukan nak sangat pun juara tercantik dan tertop dalam kampung ni pun.balas Baiduri seakan mengalah. Aku tahu kau memang nakkan orang kata kau cantik?tanya Leman kepada baiduri sambil duduk dikatil sebelah Shima. Sambil memeluknya. Tak adalah dik,kau ambillah gelaran tu,gelaran tak penting pada aku.Yang penting keluarga kita...jawab Baiduri seakan sedih dalam nada suaranya. Leman hanya mendiamkan diri setelah Baiduri memberikan penjelasan.Dia melihat adiknya,Shima dalam pelukkannya sambil memerhatikan saja mereka berdua lantas dia mempamerkan senyuman. Takpelah dik,kau keluarlah dulu.Aku tak kesal pun kalau kau nak ambil gelaran tu.Aku yang salah,sepatutnya aku berbangga bukan cemburu dengan adik sendiri...sambung Baiduri melihat lantai dibawah dan memandang Leman bersahaja. Okeylah Leman keluar dulu ya.Leman harap Akak tak marah Leman.kata Leman kepada Baiduri.

Dia hanya mengelengkan kepala sahaja kepada Leman lantas senyuman dipamerkannya. Leman memandang adiknya,Shima yang berada disebelah Baiduri lalu Leman keluar dari bilik mereka.Tiba-tiba Mak Baiduri seakan menegur anak bujangnya itu. Leman,apa yang kakak dan adik kau buat dalam bilik tu?tanya Mak Baiduri kepada Leman. Baiduri menangis mak...jawab Leman tidak dapat menerus percakapannya. Baiduri menangis,kenapa pula dia menangis?tanya Mak Baiduri memotong percakapan Leman. Sebab mak maki hamun dia tadi,sebenarnya dia nak sangat gelaran tu tapi mak maki hamun dia macam anjing kurap pula.kata Leman kepada Mak Baiduri seakan untuk dimengerti kakaknya itu. Astafiruallah-alazim Leman,mak tak pernah buat anak-anak mak macam tu.!balas Mak Baiduri sedikit meninggi suaranya. Mak,Leman tak bermaksud nak sakitkan hati mak!kata Leman separuh lantang suaranya kepada Mak Baiduri. Apalah dosa mak pada Allah sampai sanggup anak-anak mak cakap macam tu.Ibu mana yang tak sayangkan anak,marah tandanya sayang bukannya benci.balas Mak Baiduri kepada Leman.Titisan jernih dikelopak mata Mak Baiduri seakan menitis ke pipi. Tiba-tiba Baiduri keluar dari dalam bilik tidurnya.Lalu dia pergi kepada maknya yang sedang menangis itu. Mak,kenapa mak menangis ni?tanya Baiduri kepada maknya sambil memeluk. Leman,apa yang kau dah buat pada mak sampai mak menangis ni,ah?!tanya Baiduri memandang Leman sambil berdiri seakan marah dengan sikap adiknya itu. Kak,saya tak buat apa-apa pun.Leman cuma kata yang mak layan Akak macam anjing kurap,takkan tu salah kot.jawab Leman seakan tidak bersalah. Pramppppp...satu tamparan hebat hinggap dimuka Leman oleh Baiduri. Leman menutup muka yang kena tamparan itu dengan tangannya.Shima memerhatikan saja kemarahan kakaknya dari dalam bilik sambil memeluk taddy baer.Dia tidak berani untuk keluar dari dalam bilik itu. Kau tu memang kurang ajar.Aku nak kau minta ampun dengan mak sekarang!tegas Baiduri meyuruh Leman meminta maaf kepada maknya. Leman pun mengikuti kata-kata kakaknya.Setelah Leman meminta maaf,hati Baiduri sejuk kembali dan dia masuk kedalam bilik tidurnya semula.Leman pun kembali ke biliknya sambil menutup pintu bilik tersebut. Secara tiba-tiba mutiara putih keluar dari kelopak matanya.Tangisan itu tidak dapat diserokkan lagi kerana terlalu sedih dengan sikap mak dan kakaknya. Dirumah Yusof pula,dia keluar mengambil angin dipondoknya.Pada petang itu dia tenang sahaja ketika itu. Arghhhhhh...jerit Mak Bella dalam rumah. Yusof terkejut dan bergegas untuk melihat kedalam apa yang berlaku keatas mak Bella didalam rumah. Mak!!!jerit Yusof apabila dia melihat tangan mak Bella yang berdarah dan mendekatinya. Uhhh,sakitnya Sop!kata Mak Bella mengadu kesakitan. Apa mak buat ni,sampai gelas pecah.?tanya Yusof kepada Mak Bella seakan cemas. Mak pegang gelas tu.Tiba-tiba gelas tu pecah.jawab Mak Bella kepada Yusof. Yusof mengambil tangan maknya yang berdarah untuk melihat kecederaan itu.Mukanya seakan cemas melihat darah yang menitik ke tangan maknya ketika itu. Mak,jom kita pergi klinik.kata Yusof mencadangkan kepada Mak Bella.

Mak Bella tidak menjawab malah menganggukkan sahaja kata-kata itu.Mereka menaiki kereta pusaka arwah suami Mak Bella.Sampai di klinik mereka masuk kedalam,doktor merawat tangan Mak Bella yang luka itu. Setelah selesai,doktor keluar dari bilik rawatan lalu Yusof bergegas kepada doktor tersebut. Doktor macamana keadaan mak saya?tanya Yusof dalam keadaan cemas. Sila ikut ke bilik saya sekerjap.jawab doktor itu. Baiklah.kata Yusof sepatah mengikuti doktor itu ke biliknya untuk berbicara sebentar. Setelah sampai di bilik doktor itu,mereka masuk lalu doktor itu menjemput Yusof duduk. Silakan duduk encik Yusof.kata doktor itu sambil melontarkan senyuman. Doktor apa masalah mak saya?tanya Yusof kepada doktor dengan cemas. Masalah mak awak adalah kaca dah masuk kedalam tangan dia.Kami dah keluarkannya.Encik Yusof kena ambil ubat yang saya akan tulis,dan tangan mak awak tak boleh kena benda tajam sementara waktu ni,seperti pisau dan lain-lain.jawab doktor itu menjelaskannya. Doktor,boleh saya keluar sekarang?tanya Yusof kepada doktor itu. Ya,silakan.jawabnya ringkas. Mereka pulang dengan membawa ubat ditangan Yusof,kereta yang dipandu oleh Yusof berlalu pergi meninggalkan klinik itu. Sampai di rumah pula. Mak tak boleh buat kerja rumah lagi sementara waktu ni.kata yusof menjelaskan kepada Mak Bella tentang situasinya. Tapi mak bosan duduk kat rumah ni.balas Mak Bella melihat sekeliling rumahnya. Yusofkan ada,adik-adik pun ada.kata Yusof seakan memujuk maknya. Tapi Yusof mak...balas Mak Bella kepada Yusof tidak dapat meneruskan kata-kata. Mak,kena ikut kata doktor...ingat apa doktor kata...?tanya Yusof kepada Mak Bella. Okeylah,bencilah,bosan,semua tak boleh buat!jawab Mak Bella kepada Yusof seakan keanak-anakkan. Yusof berjalan beriringan dengan maknya.Sampai di rumah,Mak Bella merajuk dengan Yusof dan dia cuba memujuk malah tidak berjaya.Namun begitu,Mak Bella tetap berkeras hati untuk tidak mahu makan sesuap nasi pun ketika itu. Mak,saya minta maaf kalau mak terasa dengan saya,tapi mak kena makan sikit,kalau mak tak makan nanti mak sakit.kata Yusof memancing perasaan Mak Bella. Biar mak mati,anak mak sendiri pun tak sayangkan mak...balas Mak Bella kepada Yusof seakan merajuk dengannya. Sulaikah,adik perempuan Yusof datang menjenguk Mak Bella didalam bilik.Dia melihat maknya tidak mahu makan dan dia cuba memujuk maknya memandangkan dia anak yang paling rapat dalam keluarga dengan Mak Bella. Mak,kena makan sikit.Nanti kalau mak tak makan adik nak bawa mak makan-makan macamana mak sakit?tanya Sulaikah kepada Mak Bella. Mak tak ada seleralah Kah.kata Mak Bella kepada Sulaikah. Tapi mak kena makan sikit..balas Sulaikah kepada Mak Bella. Mak Bella hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda setuju untuk makan.Dia mengambil pinggan yang sudah terhidang itu. Macam tulah,nanti mak cepat sihat.kata Sulaikah kepada Mak Bella. Mak makan dulu Kah nak keluar dulu.balas Sulaikah kepada Mak Bella. Sulaikah menghampiri Yusof,abangnya. Macam tu nak pujuk orang tua-tua,kena pakai psikologi bukan emosi.Yang kali pakai psikologi bukan pakai emosi.kata Sulaikah kepada Yusof seakan berbisik.

Kau nak pergi mana tu?tanya Yusof kepada Sulaikah. Aku nak pergi dusun sekerjap,rasa nak makan maggis.jawab sulaikah kepada Yusof selamba sahaja. Kau jangan buat hal ek,aku dengar aku buat hal nahas kau aku kerjakan,faham!kata Yusof mengugut Sulaikah,adiknya. Dia tidak menjawab malah menjelingkan matanya kearah abangya lalu pergi dari situ.Sampai di dusun,dia mengambil galah untuk menjolok buah tersebut.Lantaran itu juga,buah itu jatuh lalu dia mengambil satu persatu buah terjatuh itu masuk kedalam beg plastik lalu pulang ke rumahnya. Cuaca pada pagi itu tenang setenang sungai dilautan.Hari itu indah seindah orang berkasih sayang.Hati itu merah semerahnya jantung.Mencegah lebih baik dari mengubati.Baiduri tersenyum kegirangan kerana posmen datang untuk memberikan sesuatu surat tentang dirinya yang dikirimkan tempoh hari. Dia cepat-cepat mencapai surat yang diberikan oleh posmen itu,lantaran itu dia membuka surat itu dengan segera. Alangkah terkejutnya dia bahawa surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran sudah berada didalam genggamannya.Dia segera mengkhabarkan berita gembira itu kepada ibunya. Ibu,Baiduri dapat tawaran sambung belajar!kata Baiduri separuh menjerit. Mana,tengok jap?!tanya Mak Baiduri lembut. Baiduri menunjukkan surat itu kepada maknya.Mak Baiduri membuka surat itu dengan penuh debaran.Dia terkejut dan tidak sangka anaknya akan dapat tawaran sedemikian. Syukur alhamdulilah...ucap Mak Baiduri. Syukur alhamdulilah...sambut Baiduri lagi. Leman datang menghampiri mereka dan ketawa sinis kepada Baiduri. Erk,kau dapat tawaran sambung belajar.Mangkuk ayun mana yang ambil kau?tanya Leman kepada Baiduri. Mangkuk ayun itu adalah uitm...jawab Baiduri kepada Leman. Dia bercadang untuk menemui Eddy di rumahnya untuk menyampaikan sepucuk surat untuk rakannya itu.Mungkinkah Eddy menerima permohonan untuk dia berjaya. Sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya,Baiduri asyik tersenyum sendiri.Sesiapa yang berselisih pasti akan disapa penuh kegirangan.Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna buatnya penantian telah berakhir. Baiduri menongkat basikal usangnya dihadapan rumah yang nampak usang itu.Dia memanjangkan lehernya untuk mengintai ke atas rumah melalui pintu yang tidak bertutup. Senyap dan sunyi saja rumah si Eddy ni.Mungkin Eddy tidak ada di rumah,tetapi ke mana pula perginya adik-adik Eddy yang seramai tiga orang itu?soal Baiduri sendiri. Asalammualaikum...ucap Baiduri memberanikan dirinya memanjat anak tangga.Kepalanya dijengukkan ke dalam rumah yang kosong tidak berperabot itu. Dilihatnya ada orang sedang terbaring berselimutkan kain yang sudah lusuh.Baiduri tersenyum.Dia tahu yang terbaring itu adalah ibu Eddy.Sakitkah dia? Asalammualaikum,mak cik!kata Baiduri lembut.Tanpa menunggu dipelawa masuk,Baiduri sudah bersimpuh ditepi orang tua yang kelihatan uzur itu. Helina terjaga daripada tidurnya.Dia memandang kea rah tetamu yang tidak disedari kedatangannya itu.helina menghadiahkan senyuman tawar. walaikummusalam...sambutnya perlahan.Helina cuba bangun tetapi kepalanya terasa berat.Dia rebah kembali.Nasib baik Baiduri sempat memegang bahu orang tua itu.Tercungap-cungap Helina mengawal nafasnya. Panasnya badan mak cik.Dah makan ubat ke?tanya Baiduri.Dahi Helina dsentuh dengan belakang tangannya. Helina menangguk perlahan.

Tak pergi ke klinik?tanya Baiduri lagi. Helina menggeleng perlahan.Nafasnya turun naik. Makan panadol aje.jawab orang tua itu perlahan. Apa hajat Baiduri ke sini?tanya Helina setelah nafasnya kembali seperti biasa. Mana yang lain mak cik?tanya Baiduri selalunya kalau dia datang,pasti adik-adik Eddy yang akan menyambutnya dimuka pintu. Mereka ke mana lagi kalau tak ke kebun tolong Eddy tulah.jawab Helina perlahan. Baiduri mengangguk faham.Sebagai anak sulung,Eddy perlu menolong meringankan beban ibunya.nasib tidak menyebelahinya apabila ayahnya meninggal dunia ketika adik bongsunya masih dalam kandungan. Helina menyapu air matanya yang gugur dipipi kedutnya itu.Sedih hatinya mengenangkan kesusahan nasib Eddy.Dia tahu anaknya tidak akan kemana-mana dengan keadaan mereka begitu.Di mana hendak dicari duit untuk membiayai perbelanjaan pelajaran Eddy.Dia bukan orang senang.Suaminya pergi tanpa sebarang peninggalan untuk diri dan anak-anaknya apatah lagi harta yang paling bernilai untuk dirinya. Kenapa mak cik?mak cik sakit ke?tanya Baiduri cemas. Helina mengeleng.Tersedu-sedu orang tua itu menahan sebak.Tidak cukup kata-kata yang hendak diluahkan kepada Baiduri.Dia terus mengongoi sendirian bersama surat yang masih berada dalam genggamannya. Malam itu,ketika Baiduri sedang menyiapkan makan malam,Eddy datang ke rumahnya.Mereka duduk di ruangtamu.Bunga menghilang di dapur setelah menghantarkan minuman untuk Baiduri dan Eddy.Bunga dan Yusof cukup kenal Eddy malah mereka senang dengan anak muda yang amat rajin dan bertanggungjawab itu. Mak saya kata,awak datang ke rumah siang tadi,betul ke?tanya Eddy dalam penjelasan.Dia tidak memandang wajah Baiduri,sebaliknya tertunduk lesu merenung kaki. Baiduri tersenyum. Ya,memang saya pergi ke rumah awak tadi tapi awak tak ada.kata Baiduri malu. Eddy tersenyum perlahan memandang Baiduri. Oh,tadi saya pergi kebun siang tadi.kata Eddy lanjut. Baiduri tertunduk malu memandang wajah lelaki yang berada dihadapannya.Eddy mengurut dakunya.Wajah Baiduri dihadapannya dipandang tepat seperti memohon pergertian.Perasaan Baiduri seakan gementar apabila Eddy memandang tepat pada matanya. Macamana?tanya Baiduri. Eddy masih berkhayal. Ei,saya kata dengan awaklah.kata Baiduri menghalang pandang Eddy. Awak,macamana apa ni.Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni?tanya Eddy tidak mengerti. Macam ni,awak ada dapat tawaran sambung belajar dari universiti tak?tanya Baiduri kepada Eddy. Saya dapat tawaran tu dan awak macamana pula?tanya Eddy. Saya dapat dan saya fikir nak pergi daftar dan apa rancang awak pula?tanya Baiduri dalam penjelasan. Belum tentu lagi.Macamana dengan mak dan adik-adikku.Kalau kutinggalkan mereka siapa akan menjaganya nanti.jawab Eddy memikirkan keluarganya. Awak ingat juga pada keluarga awak,Eddy.Sayang juga awak pada keluarga awak.kata Baiduri. Eddy tidak menjawab malahan Eddy hanya mendengar saja kata-kata itu yang dikeluarkan dari mulut Baiduri.Jauh disudut hatinya dia bersyukur,walaupun hidupnya dalam keadaan kesederhaan tetapi dia masih sihat mempunyai ibu dan ayah yang masih sihat walafiat.

Memanglah,sayakan anak mak saya.Hehehebalas Eddy sambil tergelak. Baiduri tersenyum kepada Eddy lantaran senyuman itu disambutnya dengan mesra.Hatinya gembira kerana ada orang sebaik Eddy yang mementingkan keluarganya.Dia berasa bangga kerana mendapat berkawan dengan seorang lelaki yang rajin dan bertanggungjawab yang bernama Eddy. MELAKA FEBRUARI 2007 Pada pagi itu suasana dingin mengigit urat sendi yang terasa.Kehangatan malam yang bergelora akhirnya bertukar menjadi tawa.Kalinya tenang kini sudah berkocah.Lumrah manusia tidak terlepas melakukan kesilapan setiap hari.Amanda dapat melepaskan diri dari cengkaman penjahat-penjahat itu,tetapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya ialah perjalanan untuk pulang ke rumahnya sendiri. Sudah beberapa hari dia terdampar di rumah usang hutan belantara.Banyak manfaat dan ilmu yang dipelajari dari nenek tua bongkok sabut,dia mempunyai banyak ilmu keagamaan yang tinggi.Sepanjang menginap disitu makan dan minumnya dijaga oleh nenek tua bongkok sabut dan belajar mendalami Islam dengan lebih dekat lagi.Hatinya tenang setiap kali mendalami Islam dengan lebih dekat tetapi terdetik pada hati mengapa dia tidak mendalami Islam dengan lebih dekat dari dulu lagi?kata hati kecilnya sendiri. Tiba-tiba nenek bongkok sabut entajh dari mana muncul dari arah belakang Amanda dan menyapanya dengan mesra. Nak,tak baik menung lama-lama.kata nenek bongkok sabut kepada Amanda yang sedang termenung. Amanda hanya tersenyum memandang nenek bongkok sabut dengan wajah manis.Dia malu kerana diusik begitu,orang tua itu seperti dapat membaca fikirannya apatah lagi saat dia sedih. Menung apa tu,ayuh ceritalah dengan nenek mau dengar.sambung nenek bongkok sabut sambil memandang anak muda itu. Tak ada apalah nek,biasa-biasa ajelah.balas Amanda seakan mengelak daripada bercerita dengan orang tua itu. Ya,kalau tak nak cerita tak apalah,nenek tak paksa.Kalau kamu ada masalah yang nak diluahkan,nenek sedia mendengarnya.kata nenek bongkok sabut itu seakan tawar hati dengan Amanda. Amanda masih tetap disitu tidak bergajak dari tempat duduknya.Sayu hatinya memikirkan mama,papa dan kak Lina yang berada di rumah ketika ini. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang,kalau mama dan papa ada ketika ini kan best.bisik hati kecilnya sendiri ketika itu. Dia memandang sekeliling rumah usang itu,air matanya hendak menitis tetapi ditahan agar tidak menitis keluar dari kelopak matanya.Kesedihan dilubuk hatinya kini tiada siapa dapat meleraikannya. Sabarlah nak,nenek tahu kamu sedang sedih memikirkan keluargamu,tetapi ingatlah nak dalam hidup ni kita mencari keredhaan Allah S.W.T..Keredhaan Allah adalah keredhaan ibubapa.Ingat,walau apa pun berlaku jangan sesekali ingkar perintah dan suruhanNya.Dengar kata ibubapa,syurga berada dibawah telapak kaki ibu,dengar kata ibubapa kita selagi tidak melanggar syariat Islam-Insya-Allah.kata nenek bongkok sabut berceramah kepada Amanda. Insya-Allah nek,saya tak kan melakukan perkara yang dilarang oleh perintah Allah lagi dan saya akan mendengar kata ibubapa saya selagi tidak melanggar syariat Islam.balas Amanda seakan berjanji kepada diri dan orang tua itu.

Syukur alhamdulilah kalau macam tu.kata nenek bongkok sabut kepada Amanda sambil memegang tangannya. *** Di rumah Amanda,polis sedang mencari bahan bukti yang ditinggalkan oleh penculik di rumah Jasmin dan Shahidi.Mereka menjumpai cincin penculik yang tercicir di bilik Amanda semasa melakukan penculikkan. Jasmin pulang dari tempat kerja untuk melihat bahan bukti itu,dia berjalan masuk ke rumhnya untuk mengetahui keputusan itu. Puan,nasib baik puan dah balik,tadi tuan Shahidi datang ke rumah selepas itu pergi kembali dan tinggal saya seorangkata Kak Limah kepada Jasmin. Kata-kata itu dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa membalas kembali tetapi dia menunggu sahaja diruangtamu untuk mengetahui kes selanjutnya. Inspector,saya jumpa cincin ni di bilik anak puan Jasmin di tingkat atas.kata ahli forensik itu. Itu bukan anak saya punya cincin.balas Jasmin memotong percakapan forensik itu. Baiklah kami akan segera penyelidikkan dan pihak kami akan beritahu pihak puan.Kami harap puan akan bersabar,kes ini hampir menjumpai jawapannya.kata Inspector kepada Jasmin. Jasmin seakan lapang dada apabila mendengar maklumat yang didapati daripada Inspector itu.Anaknya akan dijumpai dan mereka boleh berkumpul semula seperti dahulu. Kak Limah,kes ni hampir selesai..kata Jasmin kepada Kak Limah. Alhamdulilahbalas Kak Limah kepada Jasmin. Puan,kami pulang dulu nanti kami datang lagi mencari bahan bukti yang lain pula.kata Inspector kepada Jasmin untuk meminta diri untuk pulang ke pejabat. Mereka menuju ke kereta dan kereta dipandu meluju laju kehadapan meninggalkan kediaman suami isteri itu. Shahidi berada di kota raya Kuala Lumpur membeli sesuatu barang dapur di rumahnya disebuah puasat beli belah.Beberapa jam kemundian,dia menuju ke kereta untuk memasuki keretanya itu tetapi salah seorang nenek bongkok sabut telah menegurnya sesama dia ingin memasuki kedalam kereta. Kalau kau nak cari anak kau,Amanda.Carilah didalam hutan belantara disebuah pondok hutan sebelah utara.kata nenek bongkok sabut itu. Siapa kau?tanya Shahidi kepada nenek bongkok sabut itu. Nenek bongkok sabut itu tidak menjawab malahan dia terus hilang begitu sahaja dari pandangan Shahidi. Shahidi menyapu dagunya dan menyapu dadanya. Eishkata Shahidi sepatah kepada dirinya lalu memasuki keretanya kembali dan kereta yang dipandu meninggalkan pusat beli belah itu. Dia kembali ke rumah dengan kedaan seram sejuk dalam ketakutan.Isteriya kehairanan dengan perangai suaminya itu lalu teus menyelimutkan tubuh badan suaminya. Beberapa jam kemundian dia isterinya bersuara. Kenapa dengan awak ni?tanya Jasmin lanjut. Saya jumpa....jawabnya dan dia menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Setelah diceritakan oleh suaminya baharulah isterinya faham bahawa dia suaminya telah berjumpa dengan nenek bongkok sabut ketika hendak pulang ke rumah.

You might also like