You are on page 1of 1

Rempit boleh dimaksudkan sebagai perbuatan menunggang motosikal dalam kalangan remaja yang melibatkan beberapa aksi berbahaya

seperti willy, superman, dan berbagai-bagai lagi istilah yang diguna pakai oleh penunggang motosikal terbabit. Gejala ini menunjukkan peningkatan yang banyak saban tahun. Bukan tidak ada penguatkuasaan dijalankan oleh pihak polis. Bukan juga tidak ada hukuman yang dikenakan. Namun semua itu seolah hanya mencurah air ke daun keladi. Menegur perbuatan remaja yang terlibat dengan rempit ini tidak lain tidak bukan hanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Semuanya sia-sia dan tidak sedikitpun membekas di hati mereka. Remaja yang terlibat dengan gejala rempit ini kebanyakannya tidak mempunyai lesen. Bukan sahaja di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan mat rempit ini melakukan aktiviti mereka. Bahkan golongan yang digelar mat rempit ini juga wujud di Bandar-bandar kecil seperti Kuantan, Kuala Terengganu dan sebagainya. Bahkan setiap Bandar, malahan di dalam kawasan kampong juga terdapat golongan remaja mat rempit ini. Gejala ini telah menular diseluruh pelosok Negara tidak kira di Bandar atau di desa. Kedamaian kampung suatu masa dulu sudah tidak ada lagi dengan wujudnya golongan mat rempit ini yang saban malam memecut motor mereka tanpa rasa bersalah. Gejala rempit ini banyak buruk dari baiknya. Ianya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain. Pernah satu ketika saya melewati Bandar Kuala Terengganu bersama keluarga di malam hari, sekumpulan mat rempit menunjukkan aksi mereka di jalan raya. Sehinggakan saya terpaksa memperlahankan kenderaan saya demi untuk mengelak daripada berlanggar dengan mereka.

You might also like