You are on page 1of 6

Arah ke Mana

Dialog Nurina, Nadiah, Shaikh. BABAK I Haji Pakir dan Hajah Derisah masuk perlahan-lahan. Mereka berlutut di hadapan sebuah kubur.Haji Pakir mengangkat tangannya ke atas dan terkumat kamit membaca doa. Tiba-tiba sahaja Haji Pakir terenjut-enjut menahan esakan yang menggoncang tubuhnya. Dia kemudiannya menangis sungguh-sungguh. Hajah Derisah yang berdiri di belakangnya tidak tahan lalu teresak-eesak sama. HAJI PAKIR: (menahan tangisan) Rohani.. Rohani anakku.. Ayah datang, nak. Ayah datang dengan mak kau, sayang! HAJAH DERISAH: Sudahlah, Bang Aji. Usahlah dibawa perasaan awak tu HAJI PAKIR: Rohani, hari ini hari baik bulan baik, nak. Tapi, kau tak ada dengan kami. Ayah dan mak datang melihat pusaramu! HAJAH DERISAH: Sudahlah, Bang Aji! Tuhan lebih berkuasa. Kita hambanya. Terlalu kecil untuk berbuat apa-apa. HAJI PAKIR: Hampir setahun mak dan ayah kau ditinggalkan kesedihan! Oh, Tuhan! Berikanlah kurnia-Mu kepada anak kami satu-satunya ini. Terimalah dan restuilah pemergiannya! (menekup muka) Apakah yang berlaku sebenarnya, Rohani? Apa, nak? Apa? BABAK II Hajah Derisah sedang menjahit sesuatu di sebuah bangku, Haji Pakir masuk perlahan-lahan. Merenung Hajah Derisah beberapa ketika. Dia mengeluarkan paipnya dan menghisapnya. Dia berlegar-legar sebentar dan kemudian duduk di salah sebuah bangku. HAJI PAKIR: Rohani ke mana, Cik Aji? HAJAH DERISAH: Entah, ke mana di pergi manalah saya tahu. Tak bagitau saya pun. HAJI PAKIR: Jadi, awak buat tak tahu jelah? HAJAH DERISAH: Ye lah! Takkanlah pulak saya nak ambik tahu ke mana dia pergi, bila dia nak balik, apa dia nak buat. HAJI PAKIR: (memotong) Tak boleh ke awak ambik tau sikit pasal anak awak tu?! HAJAH DERISAH: Tak kuasa saya. Si Rohani tu bukannya budak kecik lagi. Dah besar panjang dah. Tahulah dia jaga diri.

HAJI PAKIR: Ha ah Tahu jaga diri Dah besar panjang Eh! Pandai jaga diri tulah yang menyebabkan budak-budak zaman ni lepas bebas macam burung merpati! HAJAH DERISAH: Eh, Bang Aji ni apa kenanya? Bukan-bukan yang awak cakap ni, apa hal? HAJI PAKIR: Saya geram tengok awak tu! Dari muda sampai ke tua macam ni perangai awak! HAJAH DERISAH: Bang Aji! Dah! Dahlah tu! Tiba-tiba awak merutup tak tentu pasal ni, kenapa? Sampai saya pulak awak kata tak berubah-ubah sampai ke tua! Apa ni? HAJI PAKIR: Hei, Cik Aji! Kalau awak tak faham, hah, baik saya terangkan. Awak tu manjakan sangat dengan Ani tu. Apa dia nak, awak bagi. HAJAH DERISAH: Habis, apa awak nak saya buat? Kurung dia dalam bilik? Jangan bagi dia keluar? Rantai kaki dia? Apa yang awak cakap ni, Bang Aji? Saya buat macam tu sebab dia tu sorang je lah anak saya! HAJI PAKIR: Oh, mentang-mentanglah dia sorang je anak kita, awak biarkan dia macam tu? Itu salah awak tahu! Bukan macam tu cara didik anak! HAJAH DERISAH: Awak tu jangan nak salahkan saya saja, Bang Aji! Awak marah si Ani tu sekejap je, lepas tu awak pujuk balik. HAJI PAKIR: Siapa tak sayangkan anak, Cik Aji? HAJAH DERISAH: Tahu pun awak! Kalau dah gitu, tak gunalah awak sebut-sebut perkara yang tak tentu pasal tu. Apa salahnya kita curahkan kasih sayang kita sepenuhnya kepada dia! HAJI PAKIR: Tapi, kalau kasih sayang tu melampaui batasan, susah kita nanti. HAJAH DERISAH: Apa maksud awak, Bang Aji? HAJI PAKIR: Cik Aji! Saya ingatkan menjaga seorang anak bagaikan menatang minyak yang penuh. Kerana itu, saya dah lupa yang saya tidak menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah! HAJAH DERISAH: Apa lagi kurangnya, Bang Aji? Awak dah bagi apa yang kita terdaya padanya. Sampai dia sekarang berpelajaran tinggi. Tak cukup ke semua tu? HAJI PAKIR: Cik Aji! Mendidik anak bukannya bagi kemewahan! Yang lebih pentingnya, Cik Aji, ialah memberinya tunjuk ajar. HAJAH DERISAH: Kesedaran itu akan sampai juga padanya bila tiba masanya! HAJI PAKIR: Tak, Cik Aji. Anak yang baru lahir itu ibarat kain putih yang bersih. Saya baru sedar Cik Aji, yang saya lakukan selama ini salah sama sekali. HAJAH DERISAH: Saya masih tak faham maksud awak, Bang Aji!

HAJI PAKIR: Cik Aji! Kepada anak seorang itu say bagi sepenuh kasih sayang saya. Saya ikut cakap dia. Macam awak jugak. Tapi saya lupa, Cik Aji, tanpa didkan yang sewajarnya, anak itu akan memijak kepala orang tuanya! HAJAH DERISAH: Maksud awak, Si Rohani tu? HAJI PAKIR: Ya, segala-galanya dah terlambat. Sudah hancur semua harapan saya! HAJAH DERISAH: Awak ni betullah, Bang Aji! Bercakap, bertindak membabi buta. Bercakap, ikut rasa. Tak selidik, tak kaji, awak menuduh dia macam-macam pulak! HAJI PAKIR: Hei, Cik Aji! Awak ni betullah buta! Kalau awak guna otak dengan mata awak tu, awak tak akan jadi bodoh macam ni! Awak tak nampak apa yang sudah jadi pada anak awak tu? HAJAH DERISAH: Apa yang terjadi, Bang Aji? HAJI PAKIR: Astaghfirullahalazim! Hei, Cik Aji! Si Rohani anak kita yang terlalu manja dah kurang ajar sekarang! HAJAH DERISAH: Bang Aji! Sampai hati awak kata anak awak macam tu! Apa kata si Rohani tu kalau dia dengar apa yang awak cakap! HAJI PAKIR: Biar dia dengar! Biar dia tahu yang aku benci dengan perangai dia. Aku dah bosan tengok sikap dia! HAJAH DERISAH: (mula teresak-esak) Bang Aji! Tak baik cakap macam tu! Dia tu anak kita, Bang Aji! HAJI PAKIR: Awak tulah! Baru saya cakap sikit dah nak meleleh-leleh air mata! Oh, mentangmentanglah dia seorang je anak kita, kita bagi dia buat apa je? Cik Aji! Kita masih belum terlambat lagi untuk membetulkan kesilapan kita! HAJAH DERISAH: Jadi, apa awak nak buat? HAJI PAKIR: Saya akan bertindak, Cik Aji! Kalau dia tak dengar cakap saya, cakap siapa lagi dia nak dengar. Kita kena betulkan dia sebelum terlambat. HAJAH DERISAH: Kalau awak nak cakap tu, biarlah baik-baik sikit! Saya tahu awak tu panas baran. Sikit-sikit saja, tangan awak tu lepas tak tentu pasal. HAJI PAKIR: Cik Aji! Kalau anak sudah biadab, apa ertinya anak. Saya cukup pantang kalau orang tak nak dengar cakap saya. Rasa macam nak pijak-pijak je perut dia! Bunyi pintu diketuk berkali-kali dengan keras. HAJAH DERISAH: (bangun) Hah, itu pun anak kita dah balik! Ketukan di pintu semakin kuat.

ROHANI: Mak! Mak! Buka pintu ni cepat! Cepatlah! HAJAH DERISAH: Nanti mak buka! ROHANI: (masuk dengan marah) Mak ni tak boleh buka pintu cepat-cepat ke? Penat Ani ketuk. Pekak ke telinga mak ni? HAJAH DERISAH: Kau penat nampaknya, nak. Nanti mak ambilkan air. Kau nak minum apa? ROHANI: (duduk kat bangku) Minta air sejuk. Ani panas ni! Cepat-cepatlah buat tu mak. Mak tu kalau buat air bukan main lembap. Hajah Derisah keluar. Rohani bersiul-siul terus. HAJI PAKIR: Kau dari mana, Ani? Rohani terus bersiul tanpa menghiraukan ayahnya. HAJI PAKIR: (kuat) Aku tanya kau dari mana? Rohani tersentak. Dia memandang ayahnya kemudian berpaling benci. HAJI PAKIR: (marah) Hei! Kau dengar tak aku tanya ni? Kau dari mana? ROHANI: Ayah ni selalu nak ambik tahu pasal Ani! HAJI PAKIR: Kau anak aku, Ani! Suka hati akulah nak ambik tahu pasal kau! ROHANI: Ani bukannya budak-budak lagi. Ani tahu la ape Ani buat! Rohani cuba bangun dan hendak berlalu. HAJI PAKIR: Ani! Kau nak ke mana? Duduk! Aku kata duduk! Rohani memandang Haji pakir sebentar lalu duduk semula. HAJI PAKIR: Sekarang ni aku tengok kau tak senang duduk kat rumah. Kenapa Ani? ROHANI: Ani bosan la asyik dengar ayah berleter je! HAJI PAKIR: Astaghfirullahalazim! Ani! Kalau aku ikutkan hati aku patahkan tulang-tulang kau, Ani! Hei! Kau tak tahu beradab ke? Apa dah jadi dengan kau ni, Ani? ROHANI: Yang ayah dok marah-marah Ani tak tentu pasal ni kenape? HAJI PAKIR: Ani! Kau patut tanya diri sendiri, apa salah aku, kenapa ayah marahkan aku, kau patut fikir semua tu! Dah dewasa! Dah berotak! ROHANI: Apa yang Ani dah buat ayah? HAJI PAKIR: Ke mana kau pergi selama ni? Sampai berhari-hari?!

ROHANI: Ani pergi rumah kawan Anilah! Kami bukan buat apa-apa pun. Ayah ni betul kolot! HAJI PAKIR: Ani! Hei! Ini ayah kau Ani! Kenapa kau kurang ajar sangat ni? Aku nak tahu kenapa kau tak senang duduk kat rumah! ROHANI: Ayah masih nak control Ani saja! Ani dah besar ayah! Ani tahulah nak jaga diri sendiri! HAJI PAKIR: Ani, pelajaran setinggi mana pun bukannya kat sekeliling kau tu tak ada syaitan! Sebodoh-bodoh aku, inilah, si bodoh nilah yang selama ni menyekolahkan kau, yang mendidik kau! ROHANI: Ayah cakap macam teka-teki.Tak faham Ani! Kalau ayah nak cakap apa yang ayah nak cakap, hah, terus terang la! Ani banyak kerja ni! HAJI PAKIR: (kuat) Anak bertuah! Kalau kau buka mulut kau lagi Ani, aku pecah-pecahkan bibir kau tu! Hajah Derisah masuk tergesa-gesa membawa segelas air. HAJAH DERISAH: (cemas) Apa yang riuh-riuh ni, Bang Aji? Apa ni? Saya dengar bukan main gamatnya tadi! HAJI PAKIR: Awak jangan masuk campur urusan saya, Cik Aji! HAJAH DERISAH: Dia pun anak saya juga, Bang Aji! HAJI PAKIR: Ya, saya tahu! Tapi saya tak puas kalau dia nii saya tak ajar cukup-cukup. Hajah Derisah dengan khuatir meninggalkan mereka. HAJI PAKIR: Ani, selama ni kau tak fikir apa yang kau buat tu salah? ROHANI: Apa yang Ani buat ayah? HAJI PAKIR: Kenapa kau tak tanya diri sendiri? Kau tahu tak, ayah dan mak kau berendam air mata tengok anak yang tak ikut cakap. ROHANI: Ayah memang tak adil! Ayah Cuma nak salahkan Ani saja! HAJI PAKIR: Sebab aku sayangkan kau aku buat macam ni. Kalau tak, aku dah biarkan kau mampus kat tengah jalan tu! ROHANI: Kalau ayah sayangkan Ani, kenapa ayah tak bagi Ani kebebasan? Ani mahu bebas, ayah! HAJI PAKIR: Pernah Aku kurung kau dalam bilik? Pernah aku tak bagi kau keluar rumah? Aku dah bagi kebebasan kat kau, tapi kau yang menyalahgunakannya! ROHANI: Fikiran ayah ni kotor! Ani bukannya tak tahu bezakan mana yang baik ngan yang tidak!

HAJI PAKIR: (kuat) Ani! Kau orang perempuan, Ani! Macam-macam boleh jadi kat perempuan macam kau! ROHANI: Eh! Ayah ni! Merepek tak tentu pasal. HAJI PAKIR: Lagipun aku malu Ani! Aku dengar kau bercampur dengan orang yang salah! Kau hisap dadah! Kau racun diri sendiri, Ani! ROHANI: (bangun dengan marah) Diorang tu sakit hati dengan Ani! Suka hati Anilah nak buat apa! Apa ayah kisah? HAJI PAKIR: Cis, anak tak sedar diri! Mulut kau celopar Ani! Kau kurang ajar! Aku harap kau dapat kubawa ke jalan Allah! Tapi harapan aku hancur, Ani! ROHANI: Sudahlah, ayah! Bosan Ani dengar ayah berleter! Ani bukan budak lagi, tahu tak? Pergi jahanam dengan leteran ayah tu! HAJI PAKIR: Kau celopar, Ani! Mulut kau celopar! ROHANI: Ani dah bosan dengan ayah, dengan rumah ni! Ani dah benci dengan semua yang ada kat sini! HAJI PAKIR: (hilang kesabaran dan bersuara menjerit) Kalau kau nak bebas macam yang kau mimpi tu, aku bagi kau pilih ke mana kau nak tuju! Aku pun sudah bosan dengan kau, Ani! Kau boleh keluar dari sin! Pergilah ke mana kau suka! Pergilah! ROHANI: (bangun dan bersuara dengan angkuh) Ani akan tinggalkan ayah dengan semua benda-benda bosan dalam rumah ni! HAJI PAKIR: (sekuat hati) BERAMBUS! Rohani keluar. Haji Pakir berdiri kaku dan memekap mukanya dengan tangannya. Kemudian berlutut dengan lemah. BABAK III ~ BABAK IV HAJI PAKIR: Kau pilih jalan yang salah, nak. Kau damping dengan racun manusia tu! Dengan dadah yang membakar dirimu, Ani! HAJAH DERISAH: Mudah-mudahan Tuhan akan merestui pemergiannya dan memberikan taufik dan hidayah-Nya ke atas roh anak kita. HAJI PAKIR: Kau akhirnya musnah, nak. Ayah tak dapat berbuat apa-apa. Ayah bersalah. Ayah yang bertanggungjawab membawa kau ke jalan sesat tu. Maafkan ayah, Ani. HAJAH DERISAH: Segala-galanya sudah lepas, Bang Aji. Kita tak dapat buat apa-apa lagi. Segalagalanya telah berlaku...

You might also like