You are on page 1of 2

1.

1 PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL


Di dalam pengajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan tajuk yang akan diajar. Terdapat tujuh pendekatan bagi pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.

Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik moral.

Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.

Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan murid dan guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini.

Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan.

Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Selain dari itu pelaksanaan pendekatan ini juga melibatkan sumber yang besar bagi sesetengah projek yang dilaksanakan.

PENUTUP Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Justeru sebagai pendidik dari kalangan yang digelar professional, guru haruslah peka akan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah kelolaan mereka agar murid mendapat manfaat semaksimum yang mungkin semasa pembelajaran tersebut dijalankan. Pembelajaran bermakna amat ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak didik memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat diamalkan di dalam kehidupan mereka. Walaupun pendidikan moral merupakan satu mata pelajaran minor di sekolah ia penting bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial. Oleh yang demikian pendekatan, teknik, kaedah dan strategi pelaksanaan bagi sesuatu mata pelajaran haruslah dikuasai oleh pendidik agar dapat merangka dan menyusun atur aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menarik dan berkesan

Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London. Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

You might also like