You are on page 1of 10

1.

Pengenalan Tugasan ini bertujuan untuk mengupas isu-isu semasa mengenai permasalahan

di kalangan pendidik.

Istilah Guru Semberono yang telah diperkenalkan oleh

Timbalan Menteri Pelajaran pada 23 November 2009 dalam sebuah akhbar tempatan (rujuk lampiran) kerana menarik minat saya untuk lebih meneliti dan mengupas isu ini secara mendalam. Perkataan semberono merupakan bahasa jawa yang dipinjam membawa maksud tidak hati-hati; tidak difikirkan baik-baik; dan sembarangan. Peranan guru di dalam pembangunan negara adalah amat penting dan tidak dapat diukur dengan nilai wang. Ini di sebabkan masyarakat yang ada sekarang ini dilahirkan oleh guru pada masa lepas dan masyarakat masa depan akan di lahirkan oleh guru pada masa sekarang ini. Apa yang dimaksudkan disini selain ibu bapa, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan masyarakat. Segala didikan guru akan diambil contoh dan model kepada masyarakat. Pada zaman pendidikan negara baru bermula, pendidik begitu disanjung tinggi dan sangat disegani berbanding pada zaman sekarang martabat seorang pendidik semakin menurun tambahan pula dengan perubahan zaman dan teknologi. Bagi pendapat saya, apa yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran tersebut ada kebenarannya. Para pendidik perlu bersedia setiap masa dalam menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja yang berbentuk positif malah ada juga yang berbentuk negatif. Bagi pendidik, semua cabaran tersebut samaada positif atau negatif perlulah dilihat sebagai ujian Allah bagi mengukur sejauh mana tanggungjawab iman kita dalam memikul amanah yang telah diberikan. Jika kita mampu melepasi cabaran-cabaran itu dengan penuh sabar dalam melaksanakan amanah tersebut, pasti kejayaan dunia dan akhirat akan kita kecapi. 2.0 Siapakah Guru Semberono? Apabila istilah guru semberono diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani kes guru mengajar sambil lewa, satu perkara yang jelas terasa oleh pendidik ialah usaha mereka selama ini untuk membangun dan membina modal insan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara seolah-olah seperti terhenti sekejap. Mereka seperti berfikir selepas sekian lama ramai murid dan pelajar yang dididik. Ada yang sudah menjadi menteri, pengurus, profesional dan sebagainya. Tiba-tiba mereka
1

dilabel semberono. Persolannya : kenapa mereka yang sudah berjaya mudah lupa kepada jasa guru yang pernah mengajar mereka kenal huruf, kira dan baca? Inikah cara menghargai guru mereka?

Ibarat mencubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Istilah guru semberono ini bimbang akan dijadikan bahan lawak jenaka oleh pihak tertentu, maka dikhuatiri akan menurunkan lagi penghormatan orang terhadap profesion perguruan yang sangat mulia itu. Sebenarnya, ia merujuk kepada maruah pendidik yang banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia yang berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal.

Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat Guru

memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono.

semberono harus diberi pilihan samada memperbaiki diri atau meletak jawatan. Sekiranya mereka tidak membuat pilihan, maka mereka bukan sahaja merosakkan kredibiliti profession perguruan tetapi akan mendatangkan kerugian kepada

pembentukan masyarakat. Ibarat seorang pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, memberi alasan bahawa sewa teksi mahal dan susah mendapat penumpang. Lebih baik jika kita menasihatkan mereka supaya mencari pekerjaan lain dan tidak perlu memandu teksi kerana ianya menyusahkan pengguna dan merosakkan kredibiliti negara dimata pelancong.

Begitu juga dengan guru semberono, jika pendidik banyak merungut tentang tugasan yang banyak misalnya, carilah pekerjaan lain. Negara tidak mampu

menanggung kerosakan disebabkan oleh golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, bekerja untuk mendapat gaji. Jika terdapat golongan guru yang mampu memikul tanggungjawab melalui tugasan yang diberi, mengapa masih ada yang tidak mahu untuk bertindak sedemikian? Tidak ada bezanya manusia yang bergelar pendidik asalkan niat yang bersih untuk mendidik dalam diri ditanam dengan ikhlas. Tiada pekerjaan yang mudah tambahan pula menjadi pendidik. Guru-guru semberono perlu
2

mencari keseronokan mengajar.

Pendidik perlu menciptanya kerana mengajar

sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Hanya diri sendiri yang mampu mengubahnya.

Dari keadaan sekeliling apa yang diperhatikan memang istilah semberono itu layak digunakan bagi sesetengah pendidik yang suka mengabaikan pelajarnya, guru yang suka mengambil cuti, guru yang suka mengambil kesempatan terhadap guru-guru sandaran, guru yang lepas tangan dan pendidik yang pentingkan kerja part-time, serta guru yang merungut atas tanggungjawabnya. Guru semberono ada dimana-mana tidak kira sekolah itu adalah sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah wawasan, sekolah berasrama, sekolah teknik mahupun dimana-mana. Namun, bukan semua guru bersikap sedemikian, tetapi ibarat pepatah melayu ada mengatakan kerana nila setitik rosak guru sebelangga.

3.0

Punca-Punca Guru Semberono

Salah satu faktor kenapa guru bersikap semberono adalah kerana mereka lebih mementingkan kelas tuisyen di luar. Hal ini didapati ada segelintir guru yang bersikap sambil lewa ketika bertugas di sekolah tetapi pada masa yang sama mereka boleh bersungguh-sungguh mengajar di kelas tuisyen. Untuk mencari sumber pendapatan lebih tidak salah tetapi masih ada segelintir guru mengajar tuisyen melebihi tempoh yang dibenarkan oleh kementerian walaupun tempoh yang ditetapkan oleh kementerian dipanjangkan kepada empat jam dalam sehari. Tugas hakiki guru ialah mendidik murid dan pelajar di sekolah, tetapi mereka mengabaikannya kerana terpaksa mengejar masa untuk menghadiri kelas tuisyen.

Selain itu, ada juga kisah pendidik yang sibuk dengan urusniaga seperti MLM (Multi Level Marketing). Ada di kalangan guru-guru yang memang hadir ke sekolah dan masuk ke kelas tetapi langsung tidak mengajar. Ketika di kelas, telefon bimbit akan berbunyi kerana urusan bisnes sudah tentulah sibuk untuk melayan pelanggan atau pun orang bawahan. Bila telefon bimbit berbunyi maka murid atau pelajar dalam kelas

akan hilang tumpuan terhadap matapelajaran yang diajar. Pihak pengurusan sekolah atau institut yang bertanggungjawab dalam memantau perkembangan prestasi pendidik harus mengetahui kes seperti ini ataupun sudah tahu tapi tidak cukup kuat untuk
3

mengambil tindakan terhadap pendidik terbabit. Pendidik seperti ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kelasnya dan hanyalah merugikan murid dan pelajar. Disamping itu, terdapat pendidik yang suka lewat masuk ke kelas, biasanya guru seperti ini memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual atau tidak ingat. Apabila sudah lewat, maka seisi pengajaran dan pembelajaran akan disingkatkan atau tertangguh atau langsung tidak mengajar. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Pada awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Namun, kelewatan guru sebenarnya akan menjejaskan tanggungjawab seorang guru. Pendidik yang mempunyai kemahiran rendah dalam penguasaan matapelajaran dan tidak menguasai proses pengajaran dan pembelajaran lambat laun akan mengalami kekacauan oleh murid atau pelajar di kelas sehingga akan mendatangkan kemalasan untuk mengajar. Guru ini sepatutnya mempunyai kemampuan mengajar dengan baik. Jika tidak akan mengakibatkan murid dan pelajar cepat bosan. Apabila kebosanan murid dan pelajar mula terserlah akhirnya akan menjangkiti guru. Suasana

pembelajaran akan menjadi hambar kemudian guru sekadar mengajar untuk melengkapkan sukatan pelajaran seterusnya ilmu yang diberikan kepada anak didik ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang diajar oleh guru dan apa yang dipelajari oleh murid atau pelajar adalah sia-sia sahaja.

Pengaruh persekitaran juga memainkan peranan

yang penting dalam

mempengaruhi kehidupan seorang guru. Misalnya seorang guru praktikal dan bakal menjadi seorang guru sudah tentu memiliki semangat mengajar yang tinggi namun secara tidak sedar guru tersebut dapat berubah menjadi guru yang pemalas apabila berada pada sekolah yang tidak disiplin. Ada juga guru mencampur adukkan hal rumahtangga ketika di sekolah atau institut sehingga mendatangkan tekanan emosi terhadap guru itu sendiri. Apabila emosi mula menguasai diri guru tidak dapat mengawal perasaan dan murid atau pelajar menjadi bahan untuk melepaskan tekanan. Maka timbulah persengketaan guru dengan murid atau pelajar secara automatik akan melibatkan ibu bapa.
4

Guru yang berfikiran apabila sudah cukup bulan ambil gaji sangatlah bertentangan dengan profesionalisme seorang guru. Besar kemungkinan ada guru yang sudah muak dengan perangai murid atau pelajar yang malas atau tidak berdisiplin. Apabila ditegur, dimarah pula dan memanggil ibu bapa, oleh itu ada segelintir guru bersikap lepas tangan dan tidak mahu usaha lebih untuk membentuk anak didik ke arah yang positif. Mereka beranggapan segala ilmu dan nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Jika hal ini diteruskan murid atau pelajar yang gemar guru bersikap sedemikian akan semakin melampau kerana apabila murid atau pelajar bermain di dalam kelas atau bising, guru jenis ini akan membiarkannya sahaja.

4.0

Kesan-Kesan Negatif Akibat Sikap Guru Semberono Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila guru

bersikap sambil lewa dan tidak komited dengan tugasnya di dalam kelas.

Yang

pastinya, suasana bising dan huru-hara akan terjadi di dalam kelas. Murid-murid atau pelajar-pelajar akan mengambil kesempatan berbual-bual dan berborak tanpa tujuan. Murid dan pelajar yang lebih berani lagi, mula keluar masuk kelas dengan bebas apabila guru mula menunjukkan sikap acuh tidak acuh ketika mengajar. Tandas menjadi tempat tumpuan mereka. Apabila berada di sana, perkara susulan seterusnya berlaku seperti menconteng dinding tandas dengan pelbagai ilham. Selain itu, di sekolah-sekolah menengah, pelajar akan mengambil kesempatan melepaskan gian merokok di tandas atau melakukan pelbagai gejala vandalisme. Selain itu, guru yang tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan bersungguhsungguh di dalam kelas boleh menyebabkan suasana bising sehingga mengganggu guru mengajar di kelas sebelah. Mulanya guru di kelas sebelah tersebut beranggapan guru yang berada di kelas bising tersebut tidak dapat mengawal kelas. Maka akan berlaku ketidak puashatian apabila guru tersebut mengadu ke guru penolong kanan atau pengetua. Sekiranya, secara kebetulan ketika itu sekolah dilawati orang luar, sudah tentu imej sekolah tersebut merudum. keseluruhan pentadbiran di sekolah itu. Profesion perguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang yang menganggap kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya
5

Pelbagai andaian akan dibuat terhadap

panjang. Pendidik ibarat seperti arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah

dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicitacitakan negara. Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan

sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri. Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran dunia sekarang, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak. Ia kerana masalah sosial

wujud selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Tetapi apabila ada segelintir pendidik yang dikatakan

sembero, ia ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Khususnya ibu bapa pasti akan terus melenting menghamburkan kritikan pedas terhadap guru yang sepatutnya jujur serta amanah bukannya menyeleweng daripada tugas serta tanggungjawab hakiki mendidik murid dan pelajar menjadi insan cemerlang dan menyediakan barisan pemimpin pada masa depan. Guru dianggap sebagai penjaga atau pelindung apabila murid dan pelajar berada di perkarangan sekolah. Ibu bapa juga sudah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar menjadi orang berguna. Betapa hancur luluh harapan ibu bapa dan masyarakat apabila anak mereka menceritakan bagaimana sikap segelintir pendidik yang tidak komited dalam pengajaran. Seperti perumpamaan

Melayu, jika guru sudah kencing berdiri, pelajar pula akan kencing berlari. Apa yang guru lakukan, guru ucapkan, apa yang guru ajar ialah sebagai model ikutan anak didik. Dalam konteks ini, guru sewajarnya menjadi pembimbing dan mengingatkan pelajar supaya mengamalkan yang baik dan mencegah apa yang dilarang. Jika tidak, kesan yang negatif akan meyusul kepada masalah disiplin murid dan pelajar. Apabila masalah disiplin meningkat dikalangan pelajar, berlakulah pelbagai masalah lain yang saling kait mengait. Misalnya kejatuhan moral dan akhlak

dikalangan pelajar. Mereka seperti sudah hilang arah dan panduan hidup bertambah lagi malang apabila dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah, mereka seperti hilang tempat mengadu. Apabila disekolah, mereka mengharapkan kasih sayang dan perhatian guru, tetapi jika guru tersebut hanya bersikap semberono terhadap mereka, mereka akan
6

bertindak di luar kawalan dan terpengaruh kepada budaya negatif.

Jika tidak

dibendung, masalah disiplin dan sosial akan meningkat seterusnya mendatangkan kes jenayah yang sukar dibendung. 5.0 Tindakan Bagi Mengatasi Masalah Guru Semberono Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid dan pelajar tidak terjejas. Guru semberono yang dimaksudkan adalah guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah sebenarnya bukanlah susah untuk mengenali guru jenis ini. Secara umum sebahagian besar tenaga pengajar sekarang adalah guru yang Bukan mudah

bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa memberikan kerjasama.

untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti lengkap.

Kesedaran guru semberono boleh dibentuk melalui kaunseling dan motivasi kerana salah dan silap boleh dielak dan dicegah. Pendidik mesti mengajar dengan betul agar murid dan pelajar dapat belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Pendidik juga perlu tanamkan niat dalam diri masing-masing bahawa kerja guru ialah

mengajar bukannya berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar ke kedai, tidur atau lainnya. Mengajar pula mestilah penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Guru perlu ingat bahawa apa yang disemai itulah yang dituai. Apatah lagi jikalau pendidik tidak mengajar dengan sepenuhnya maka ibarat seperti mencurah air ke daun keladi.

Pendidik sesama pendidik juga yang perlu bekerjasama dan permuafakatan untuk meningkatkan prestasi sesama rakan sejawat guru. Dengan cara ini juga dapat menyedarkan rakan sejawat sendiri bukannya mendiamkan diri dan membuat hal masing-masing. Dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan, pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi atau menyempurnakan sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Oleh itu perasaan dan

pemikiran kesejawatanan perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek permuafakatan dan kesejawatanan ini jelas dilihat apabila sikap dan semangat tolong-menolong,
7

sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan sebagainya wujud dengan penuh harmoni.

Seorang pendidik yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-murid serta pelajar-pelajarnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik satu pekerjaan yang sangat mulia. Pendidik mestilah menganggap pergi ke sekolah atau institut sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar tanpa muslihat dan tipu helah sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan keterampilan dan kewibawaan diri. Pendidik yang sebenar ialah pendidik tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi, selalu memberi alasan, menunjukkan ciri-ciri orang malas dan sambil lewa sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh. Pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. Guru besar atau pengetua atau orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang mengajar. Lihat hasil kerja murid atau pelajar kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara spontan terhadap proses pengajaran-pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah. Apabila

pemantauan kerap berlaku, guru-guru akan lebih berhati-hati dan secara tidak langsung ia akan memberi perubahan yang positif terhadap guru itu sendiri. 6.0 Pemantapan Guru Melalui Garis Panduan Standard Guru Malaysia Hanya menyalahkan guru mungkin tidak akan menyelesaikan persoalan. Kerajaan dan badan bukan kerajaan serta masyarakat mesti berganding bahu mencari penyelesaian yang tepat agar di kemudian hari tidak ada lagi guru yang dilabelkan semberono. Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang telah dilancarkan pada 16 Mei 2009 sebagai usaha berterusan untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Berdasarkan dokumen berkenaan pendidik mestilah memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Ketiga-tiga aspek ini adalah komponen penting yang mesti dicapai oleh setiap guru.
8

Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri, profesion dan sosial. i. Domain diri merujuk pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada profesion keguruan. Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

ii.

Aspek kedua menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

iii.

Aspek ketiga memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang berkesan. Pematuhan terhadap SGM berupaya untuk melahirkan warga pendidik berkualiti

dan bertaraf dunia. Terutama dalam keadaan masyarakat yang meletak harapan tinggi terhadap capaian pendidikan berkualiti. Justeru, sistem pendidikan perlu mempunyai garis panduan bagi menentukan guru yang dilahirkan benar-benar cekap dan memenuhi piawaian ditetapkan. Warga pendidikan akan lebih fokus dari segi keupayaan dan keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar.

7.0

Rumusan Di bawah konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi,

kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab

serta sikap seseorang guru

merupakan faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai profesionalisme dalam erti kata sebenar. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seseorang guru haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap

pekerjaannya. Hanya guru yang telah memperoleh kualiti-kualiti tersebut barulah boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Kualiti-kualiti seperti ini

merupakan ciri-ciri profesionalisme keguruan dalam alaf baru. Kepada guru-guru yang benar-benar menjalankan tugas dengan penuh

tanggungjawab, mereka tidak perlu gusar dengan sebarang label kepada mereka. Apabila kita melakukan sebarang tugas dan mengharapkan balasan, maka kita akan kecewa apabila tidak mendapat apa yang diharapkan. Tetapi apabila kita membuat sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, insyaAllah kita akan merasa puas dalam diri walaupun tiada siapa yang memberi pengiktirafan. Firman Allah (bermaksud), Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (23:1)..dan mereka yang menjaga amanah dan janji (23:8). Jika ini sebagai pegangan para pendidik, pasti tidak akan wujud guru semberono yang dimaksudkan itu.

10

You might also like