Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
164Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ciri-ciri video pembelajaran yang berkesan dan peranannya dalam pendidikan

ciri-ciri video pembelajaran yang berkesan dan peranannya dalam pendidikan

Ratings:

4.46

(13)
|Views: 6,725 |Likes:
Published by nurulfatiachejamin

More info:

Published by: nurulfatiachejamin on Oct 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
CIRI-CIRI VIDEO PEMBELAJARAN YANG BERKESAN SERTAPERANANNYA DALAM PENDIDIKANNurul Fatiha bt. Che Jamin @ Abd Hamid
Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia
ABSTRAK
Biasanya pemilihan alat bahan bantu mengajar mempunyai hubungkaitdengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiridaripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minatdan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Artikel ini mengupas mengenaiperanan video dalam pendidikan. Selain daripada itu, artikel ini juga mengupasmengenai isu-isu berkaitan penggunaan video termasuklah masalah yangdihadapi dalam pengaplikasian media ini dalam proses pengajaran danpembelajaran. Sebagai kesimpulan, artikel ini menekankan kepentingan aplikasivideo dalam pendidikan disamping beberapa kaedah yang boleh digunakansupaya objektif pembelajaran dapat dicapai.
PENGENALAN
Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantuguru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikansebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dandimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telahberjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianyatelah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa
 
kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalahlebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakanvideo televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsepkerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatankajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaranmenggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikapmereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkankepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, videomerupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskanpengalaman pelajar. 
PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satupengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapatmembawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atauperistiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka beradaatau turut serta dalam suasana yang digambarkan.Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepadapelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerjastesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliaumenyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yangmemberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olahberada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.
 
Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar.Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jikadibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripadamengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantupelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam dietmereka.
ISU-ISU APLIKASI VIDEO DALAM PENDIDIKAN
Seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telahmenjadi salah satu media yang popular dikalangan pendidik. Gabungan elemenmutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat danperhatian pelajar. Antara isu yang berkaitan dengan aplikasi video dalampendidikan ialah kebaikan penggunaan video dalam pengajaran danpembelajaran, di mana ianya dapat meransang deria penglihatan danpendengaran. Selain daripada itu, pengukuhan pembelajaran dapat dilakukanmelaui ’gerak perlahan’ dan pegun. Pengalaman luar yang sukar juga dapatdibawa masuk ke dalam kelas.Masalah utama dalam aplikasi video di sekolah juga menjadi salah satuisu berkaitan media ini. Antaranya ialah masalah peralatan yang tidak mencukupikerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang. Masa juga menjadisalah satu masalah yang dibangkitkan di mana peruntukannya untuk sesipengajaran dan pembelajaran terhad. Masalah guru kurang berkemahiran dalammengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran jugamenjadi salah satu isu aplikasi media ini.

Activity (164)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zakirah Yaakob liked this
zaziemuhd liked this
Nur Arif Shah liked this
Sylvister Philip liked this
ddy man liked this
Nurul Safiza liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->