You are on page 1of 17

MENGATUR CINTA DAN TAAT (AL-WALA’) DAN

BAGAIMANA MELEPAS KEBENCIAN (AL-BARA’)


Blog Rasmi (Aqidah):
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

1 - DEFINISI AL-WALA’ WAL BARA’

Wala’ adalah kata masdar dari fi’il “waliya” yang ertinya dekat. Yang dimaksudkan
dengan wala’ di sini adalah dekat kepada kaum muslimin dengan mencintai mereka,
membantu dan menolong mereka atas musuh-musuh mereka dan bertempat tinggal
bersama mereka.

Sedangkan bara’ adalah masdar dari bara’ah yang bererti memutus atau memotong.
“ ‫ ” ﺑﺮى اﻟﻘﻠﻢ‬ertinya memotong pena. Maksudnya di sini adalah memutuskan hubungan
atau ikatan hati dengan orang-orang kafir, sehingga tidak lagi mencintai mereka,
membantu dan menolong mereka serta tidak tinggal bersama mereka.

2 - KEDUDUKAN AL-WALA’ WAL BARA’ DALAM ISLAM

Di antara hak tauhid adalah mencintai ahlinya iaitu para muwahidin, serta
memutuskan hubungan dengan para musuhnya iaitu kaum musyrikin. Allah s.w.t.
berfirman:

َ‫ن اﻟ ﱠﺰآَﺎ َة َو ُه ْﻢ رَاآِﻌُﻮن‬


َ ‫ن اﻟﺼﱠﻼةَ َو ُﻳ ْﺆﺗُﻮ‬ َ ‫ﻦ ُﻳﻘِﻴﻤُﻮ‬
َ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا اﱠﻟﺬِﻳ‬َ ‫إِ ﱠﻧﻤَﺎ َوِﻟﻴﱡ ُﻜ ُﻢ اﻟﻠﱠ ُﻪ َو َرﺳُﻮُﻟ ُﻪ وَاﱠﻟﺬِﻳ‬
َ‫ب اﻟﱠﻠﻪِ ُه ُﻢ ا ْﻟﻐَﺎﻟِﺒُﻮن‬
َ ‫ﺣ ْﺰ‬
ِ ‫ن‬‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا َﻓِﺈ ﱠ‬
َ ‫ل اﻟﻠﱠﻪَ َو َرﺳُﻮَﻟ ُﻪ وَاﱠﻟﺬِﻳ‬‫ﻦ َﻳ َﺘ َﻮ ﱠ‬
ْ ‫( َو َﻣ‬٥٥)
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang
yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk
(tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-
Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana
sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap
menang. (al-Ma’idah 5: 55-56)

‫ﻦ َﻳ َﺘ َﻮﱠﻟ ُﻬ ْﻢ‬
ْ ‫ﺾ َو َﻣ‬
ٍ ‫ﻀ ُﻬ ْﻢ أَ ْوﻟِﻴَﺎ ُء َﺑ ْﻌ‬
ُ ‫ﺨﺬُوا ا ْﻟ َﻴﻬُﻮ َد وَاﻟ ﱠﻨﺼَﺎرَى أَ ْوﻟِﻴَﺎءَ َﺑ ْﻌ‬ ِ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻻ َﺗ ﱠﺘ‬ َ ‫ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬
َ‫ن اﻟﻠﱠﻪَ ﻻ ﻳَ ْﻬﺪِي ا ْﻟ َﻘ ْﻮ َم اﻟﻈﱠﺎﻟِﻤِﻴﻦ‬‫ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻪ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ ِإ ﱠ‬
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin-mu, kerana sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain; Dan barang siapa di antara kamu yang
megambil mereka menjadi pemimpinnya, maka sesungguhnya ia adalah dari
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum
yang berlaku zalim. (al-Ma’idah 5: 51)

‫ﻋ ُﺪوﱠ ُآ ْﻢ َأ ْوِﻟﻴَﺎ َء‬


َ ‫ﻋ ُﺪ ِوّي َو‬
َ ‫ﺨﺬُوا‬
ِ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻻ َﺗ ﱠﺘ‬
َ ‫ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan
musuh kamu menjadi teman-teman setia... (al-Mumtahanah 60: 1)
‫ض وَﻓَﺴَﺎ ٌد َآﺒِﻴ ٌﺮ‬
ِ ‫ﻦ ِﻓ ْﺘ َﻨ ٌﺔ ﻓِﻲ اﻷ ْر‬
ْ ‫ﺾ إِﻻ َﺗ ْﻔ َﻌﻠُﻮ ُﻩ َﺗ ُﻜ‬
ٍ ‫ﻀ ُﻬ ْﻢ أَ ْوﻟِﻴَﺎ ُء َﺑ ْﻌ‬
ُ ‫ﻦ َآ َﻔﺮُوا َﺑ ْﻌ‬
َ ‫وَاﱠﻟﺬِﻳ‬
Dan orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung (pembela) bagi
sbahagian yang lain. Jika kamu (Wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar
bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan
berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan Yang besar. (al-Anfal 8:
73)

‫ﻦ ﺣَﺎ ﱠد اﻟﻠﱠﻪَ َو َرﺳُﻮَﻟ ُﻪ َوَﻟ ْﻮ آَﺎﻧُﻮا ﺁﺑَﺎ َء ُه ْﻢ َأ ْو‬ ْ ‫ن َﻣ‬َ ‫ﺧ ِﺮ ُﻳﻮَادﱡو‬


ِ ‫ن ﺑِﺎﻟﻠﱠﻪِ وَا ْﻟ َﻴ ْﻮ ِم اﻵ‬ َ ‫ﺠ ُﺪ َﻗ ْﻮﻣًﺎ ُﻳ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ‬ ِ ‫ﻻ َﺗ‬
‫ﺧُﻠ ُﻬ ْﻢ‬
ِ ‫ح ِﻣ ْﻨ ُﻪ َو ُﻳ ْﺪ‬
ٍ ‫ن َوَأ ﱠﻳ َﺪ ُه ْﻢ ِﺑﺮُو‬
َ ‫ﺐ ﻓِﻲ ُﻗﻠُﻮ ِﺑ ِﻬ ُﻢ اﻹﻳﻤَﺎ‬
َ ‫ﻚ َآ َﺘ‬َ ‫ﻋﺸِﻴ َﺮ َﺗ ُﻬ ْﻢ أُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫ﺧﻮَا َﻧ ُﻬ ْﻢ َأ ْو‬
ْ ‫أَ ْﺑﻨَﺎءَ ُه ْﻢ َأ ْو ِإ‬
‫ب‬
ُ ‫ﺣ ْﺰ‬ ِ ‫ﻚ‬ َ ‫ﻋ ْﻨ ُﻪ أُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫ﻋ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َو َرﺿُﻮا‬
َ ‫ﻲ اﻟﻠﱠ ُﻪ‬ َ‫ﺿ‬ ِ ‫ﻦ ﻓِﻴﻬَﺎ َر‬َ ‫ﺤ ِﺘﻬَﺎ اﻷ ْﻧﻬَﺎ ُر ﺧَﺎِﻟﺪِﻳ‬ ْ ‫ﻦ َﺗ‬ ْ ‫ﺠﺮِي ِﻣ‬ ْ ‫ت َﺗ‬ ٍ ‫ﺟﻨﱠﺎ‬ َ
‫ن‬
َ ‫ب اﻟﻠﱠﻪِ ُه ُﻢ ا ْﻟ ُﻤ ْﻔِﻠﺤُﻮ‬َ ‫ﺣ ْﺰ‬ ِ ‫ن‬ ‫اﻟﻠﱠﻪِ أَﻻ ِإ ﱠ‬
Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau
anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah
menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan
memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta
bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama)
Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah
orang-orang yang berjaya. (al-Mujadilah 58: 22)

Dari ayat-ayat di atas jelaslah tentang wajibnya melahirkan kecintaan kepada


sesama mukmin, dan memusuhi orang-orang kafir; serta kewajiban menjelaskan
bahawa kecintaan sesama umat Islam adalah kebajikan yang amat besar, dan taat
kecintaan kepada orang kafir adalah bahaya besar.

Kedudukan al-wala’ wal bara’ dalam Islam sangatlah tinggi, kerana ia merupakan tali
iman yang paling kuat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

‫أوﺛﻖ ﻋﺮى اﻹﻳﻤﺎن اﻟﺤﺐ ﻓﻲ اﷲ واﻟﺒﻐﺾ ﻓﻰ اﷲ‬


“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana allah dan benci kerana Allah.” (Hadis
Riwayat Ibnu Jabir)

Dan dengan al-wala’ wal bara’-lah kewalian Allah dapat dicapai. Diriwayatkan oleh
Abdullah Ibnu Abbas r.a.:

‫ﻣﻦ أﺣﺐ ﻓﻰ اﷲ وأﺑﻐﺾ ﻓﻰ اﷲ وواﻟﻰ ﻓﻰ اﷲ وﻋﺎدى ﻓﻰ اﷲ ﻓﺈﻧﻤﺎ ﺗﻨﺎ ل وﻻﻳﺔ اﷲ ﺑﺬﻟﻚ‬


‫وﻟﻦ ﻳﺠﺪ ﻋﺒﺪ ﻃﻌﻢ اﻹ ﻳﻤﺎن وإن آﺜﺮت ﺻﻼﺗﻪ وﺻﻮﻣﻪ ﺣﺘﻰ ﻳﻜﻮن آﺬﻟﻚ وﻗﺪ ﺻﺎرت‬
‫ﻋﺎﻣﺔ ﻣﺆاﺧﺎة اﻟﻨﺎس ﻋﻠﻰ أﻣﺮ اﻟﺪﻧﻴﺎ وذﻟﻚ ﻻ ﻳﺠﺪي ﻋﻠﻰ أهﻠﻪ ﺷﻴﺌﺎ‬
“Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi wala’ keana
Allah, dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya dapat diperolehi kewalian
Allah hanya dengan itu. Dan seorang hamba itu tidak akan merasakan lazatnya
iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga ia melakukan hal tersebut.
Dan telah menjadi umum persaudaraan manusia berdasarkan kepentingan duniawi,
yang demikian itu tidaklah bermanfaat sedikit pun bagi para pelakunya.” (Hadis
Riwayat at-Thabrani dalam al-Kabir)

Maka jelaslah bahawa menjalin wala’ (kecintaan) dan ukhuwah selain kerana Allah
tidak ada gunanya di sisi Allah s.w.t.

3 - MUDAHANAH DAN KAITANNYA DENGAN AL-WALA’ WAL BARA’

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajiban amar


ma’ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau
ambisi peribadi. Maka berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli
maksiat ketika mereka berada dalam kemaksiatannya, sementara ia tidak
melakukan pengingkaran padahal ia mampu melakukannya maka itulah mudahanah.

Kaitan mudahanah dengan al-wala’ wal bara’ tampak dari erti dan definisi yang kita
paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang
bermaksiat padahal ia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya ia menyerah
kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Hal ini bererti meninggalkan
cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan
dorongan kepada para penderhaka dan perosak. Maka orang penjilat atau mudahin
seperti ini termasuk dalam firman allah s.w.t.:

‫ﺼﻮْا‬
َ ‫ﻋ‬ َ ‫ﻚ ﺑِﻤَﺎ‬ َ ‫ﻦ َﻣ ْﺮ َﻳ َﻢ َذِﻟ‬
ِ ‫ن دَا ُو َد َوﻋِﻴﺴَﻰ ا ْﺑ‬ ِ ‫ﻋﻠَﻰ ِﻟﺴَﺎ‬ َ َ‫ﺳﺮَاﺋِﻴﻞ‬ ْ ِ‫ﻦ َﺑﻨِﻲ إ‬
ْ ‫ﻦ َآ َﻔﺮُوا ِﻣ‬ َ ‫ﻦ اﱠﻟﺬِﻳ‬ َ ‫ُﻟ ِﻌ‬
‫(ﺗَﺮَى‬٧٩) ‫ن‬ َ ‫ﺲ ﻣَﺎ آَﺎﻧُﻮا َﻳ ْﻔ َﻌﻠُﻮ‬ َ ‫ﻦ ُﻣ ْﻨ َﻜ ٍﺮ َﻓ َﻌﻠُﻮ ُﻩ َﻟ ِﺒ ْﺌ‬ْ‫ﻋ‬ َ ‫ن‬َ ‫(آَﺎﻧُﻮا ﻻ َﻳ َﺘﻨَﺎ َه ْﻮ‬٧٨) ‫ن‬ َ ‫وَآَﺎﻧُﻮا َﻳ ْﻌ َﺘﺪُو‬
‫ﻋَﻠ ْﻴ ِﻬ ْﻢ َوﻓِﻲ‬
َ ‫ﻂ اﻟﻠﱠ ُﻪ‬َ‫ﺨ‬ ِ‫ﺳ‬ َ ‫ن‬ْ ‫ﺴ ُﻬ ْﻢ َأ‬
ُ ‫ﺖ َﻟ ُﻬ ْﻢ َأ ْﻧ ُﻔ‬
ْ ‫ﺲ ﻣَﺎ َﻗ ﱠﺪ َﻣ‬
َ ‫ﻦ َآ َﻔﺮُوا َﻟ ِﺒ ْﺌ‬
َ ‫ن اﱠﻟﺬِﻳ‬َ ‫َآﺜِﻴﺮًا ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َﻳ َﺘ َﻮﱠﻟ ْﻮ‬
َ‫ا ْﻟﻌَﺬَابِ ُه ْﻢ ﺧَﺎﻟِﺪُون‬
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur
dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu
disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak
berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan
pelampauan batas), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa
yang mereka telah lakukan. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-
orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buru apa
yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan
Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). (al-
Ma’idah 5: 78-80)

4 - MUDARAH SERTA PENGARUHNYA TERHADAP AL-WALA’ WAL BARA’

Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerosakan) dan kejahatan dengan ucapan


yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling dari
orang jahat jika kerana dikhuwatiri kejahatannya yang sedia dilakukan dari menjadi
lebih besar dan teruk.

‫ﺷﺮآﻢ ﻣﻦ اﺗﻘﺎﻩ اﻟﻨﺎس ﺧﺸﻴﺔ ﻣﻦ ﺷﺮﻩ‬


“Sejahat-jahat kamu adalah orang-orang yang ditakuti manusia kerana mereka
khuwatir akan kejahatannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Dunya)

Dari Aisyah r.ha. bahawasanya seorang lelaki meminta izin masuk menemui Nabi
s.a.w., seraya berkata, “Dia saudara yang jelek dalam keluarga.” Kemudian ketika
orang itu masuk dan menghadap Nabi s.a.w., beliau berkata, “Engkau tadi berkata
tentang dia seperti apa yang engkau katakan.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫إن اﷲ ﻳﺒﻐﺾ اﻟﻔﺤﺶ واﻟﺘﻔﺤﺶ‬


“Sesungguhnya Allah membenci ‘fuhsy’ (ucapan keji) dan ‘tafahuhusy’ (berbuat
keji).” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)

Nabi s.a.w. telah berbuat mudarah dengan orang tadi ketika dia menemui Nabi
s.a.w. padahal orang itu jahat, kerana beliau menginginkan kemaslahatan agama.
Maka hal itu menunjukkan bahawa mudarah tidak bertentangan dengan al-wala’ wal
bara’, kalau memang mengandungi kemaslahatan lebih banyak dalam bentuk
menolak kejatahan atau menundukkan hatinya atau memperkecil dan
memperingankan kejahatan.

Ini adalah salah satu kaedah dalam berdakwah kepada Allah. Termasuk di dalamnya
adalah mudarah Nabi s.a.w. terhadap orang-orang munafik kerana khuwatir akan
kejatahan mereka dan untuk menundukkan hati mereka dan orang lain.

5 – BEBERAPA CONTOH TENTANG SETIA DAN MEMUSUHI KERANA ALLAH

- Sikap Nabi Ibrahim a.s. dan pengikutnya terhadap kaumnya yang kafir. Allah
berfirman:

‫ﻦ َﻣ َﻌ ُﻪ ِإ ْذ ﻗَﺎﻟُﻮا ِﻟ َﻘ ْﻮ ِﻣ ِﻬ ْﻢ إِﻧﱠﺎ ُﺑﺮَﺁ ُء ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ وَﻣِﻤﱠﺎ‬


َ ‫ﺴ َﻨ ٌﺔ ﻓِﻲ ِإ ْﺑﺮَاهِﻴ َﻢ وَاﱠﻟﺬِﻳ‬ َ‫ﺣ‬َ ‫ﺳﻮَ ٌة‬
ْ ‫ﺖ َﻟ ُﻜ ْﻢ ُأ‬
ْ ‫َﻗ ْﺪ آَﺎ َﻧ‬
ِ‫ﺣﺘﱠﻰ ُﺗ ْﺆ ِﻣﻨُﻮا ﺑِﺎﻟﻠﱠﻪ‬ َ ‫ن اﻟﻠﱠﻪِ َآ َﻔ ْﺮﻧَﺎ ِﺑ ُﻜ ْﻢ َو َﺑﺪَا ﺑَ ْﻴﻨَﻨَﺎ َو َﺑ ْﻴ َﻨ ُﻜ ُﻢ ا ْﻟﻌَﺪَاوَ ُة وَا ْﻟﺒَ ْﻐﻀَﺎ ُء َأ َﺑﺪًا‬
ِ ‫ﻦ دُو‬ ْ ‫ن ِﻣ‬ َ ‫َﺗ ْﻌ ُﺒﺪُو‬
‫ﺣ َﺪ ُﻩ‬
ْ ‫َو‬
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-
orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka:
“Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain
allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu
permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada
Allah sahaja”. (al-Mumtahanah 60: 4)

Imam Ibnu Katheer berkata, “Allah s.w.t. berkata kepada hamba-hamba-Nya yang
mukmin yang diperintahkan-Nya untuk meemrangi, memusuhi dan menjauhi orang-
orang kafir, Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim
dan orang-orang yang bersama dengan dia”, maksudnya adalah pengikut-pengikut-
nya yang mukmin.

“Ketika mereka berkata kepada kaum mereka, “Sesunggugnya kami berlepas diri
dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah,” maksudnya, kami
melepaskan diri dari kalian dan dari tuhan-tuhan yang kalian sembah selain Allah.

“Kami ingkari (kekafiran) mu”, maksudnya dien-mu dan jalan-mu.


“Dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-
lamanya”, maksudnya telah disyari’atkan permusuhan dan kebencian (mulai dari
sekarang) antara kami dan kalian selama kalaian tetap kafir. Maka selamanya kami
berlepas diri dari kalian serta membenci kalian.

“Sampai kamu beriman kepada Allah saja”, maksudnya sampai kalian mentauhidkan
Allah semata, tanpa syirik dan membuang semua tuhan yang kalian sembah
bersama-Nya. (Saduran dari Tafsir Ibnu Kafir)

Maka ayat tersebut menunjukkan bahawa al-Wala’ wal bara’ adalah ajaran Nabi
Ibrahim, yang kita diperintahkan untuk mengikutinya. Allah menceritakan hal
tersebut agar kita mencontohinya. Dia berfirman, “Telah terdapat bagimu teladan
yang baik.” Dan pada penutup ayat, Allah s.w.t. berfirman:

‫ن اﻟﻠﱠﻪَ ُه َﻮ‬
‫ل َﻓِﺈ ﱠ‬
‫ﻦ َﻳ َﺘ َﻮ ﱠ‬
ْ ‫ﺧ َﺮ َو َﻣ‬
ِ ‫ن َﻳ ْﺮﺟُﻮ اﻟﻠﱠﻪَ وَا ْﻟ َﻴ ْﻮ َم اﻵ‬
َ ‫ﻦ آَﺎ‬
ْ ‫ﺴ َﻨ ٌﺔ ِﻟ َﻤ‬
َ‫ﺣ‬َ ‫ﺳﻮَ ٌة‬
ْ ‫ن َﻟ ُﻜ ْﻢ ﻓِﻴ ِﻬ ْﻢ ُأ‬
َ ‫َﻟ َﻘ ْﺪ آَﺎ‬
‫ﺤﻤِﻴ ُﺪ‬َ ‫ﻲ ا ْﻟ‬
‫ا ْﻟ َﻐ ِﻨ ﱡ‬
Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-
pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa
mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang
berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya
sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-
Mumtahanah 60: 6)

- Sikap Orang-Orang Ansar r.a. Terhadap Saudara-Saudara Dari Kaum Muhajirin.


Allah s.w.t.:

‫ﺻﺪُو ِر ِه ْﻢ‬ ُ ‫ن ﻓِﻲ‬ َ ‫ﺠﺪُو‬


ِ ‫ﺟ َﺮ ِإَﻟ ْﻴ ِﻬ ْﻢ وَﻻ َﻳ‬
َ ‫ﻦ هَﺎ‬
ْ ‫ن َﻣ‬َ ‫ﺤﺒﱡﻮ‬ِ ‫ﻦ َﻗ ْﺒِﻠ ِﻬ ْﻢ ُﻳ‬
ْ ‫ن ِﻣ‬َ ‫ﻦ َﺗ َﺒ ﱠﻮءُوا اﻟﺪﱠا َر وَاﻹﻳﻤَﺎ‬َ ‫وَاﱠﻟﺬِﻳ‬
‫ﻚ‬
َ ‫ﺴ ِﻪ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬
ِ ‫ﺷﺢﱠ َﻧ ْﻔ‬
ُ ‫ق‬َ ‫ﻦ ﻳُﻮ‬ْ ‫ن ِﺑ ِﻬ ْﻢ ﺧَﺼَﺎﺻَ ٌﺔ َو َﻣ‬ َ ‫ﺴ ِﻬ ْﻢ َوَﻟ ْﻮ آَﺎ‬
ِ ‫ﻋﻠَﻰ َأ ْﻧ ُﻔ‬
َ ‫ن‬َ ‫ﺟ ًﺔ ﻣِﻤﱠﺎ أُوﺗُﻮا َو ُﻳ ْﺆ ِﺛﺮُو‬ َ ‫ﺣَﺎ‬
‫ن‬
َ ‫ُه ُﻢ ا ْﻟ ُﻤ ْﻔِﻠﺤُﻮ‬
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula
Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang
yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan
amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya
daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang
berjaya. (al-Hasyr 59: 9)

Maksudnya, orang-orang yang tinggal di Darul Hijrah, iaitu Madinah, sebelum kaum
Muhajirin, dan kebanyakan mereka beriman sebelum Muhajirin, mereka mencintai
dan menyayangi orang-orang yang berhijrah kepada mereka, kerana kemuliaan dan
keagungan jiwa mereka, dengan membahagikan harta benda mereka tanpa merasa
iri terhadap keutamaan yang diberikan kepada Muhajirin daripada diri mereka
sendiri, sekalipun mereka sendiri juga sangat memerlukan.

Ini adalah puncak itsar (mengutamakan saudara) dan wala’ kepada Allah terhadap
para penolong Rasulullah s.a.w.
- Sikap Abdullah Bin Ubay Bin Salul Terhadap Kemunafikan Ayahnya Yang Berkata
Dalam Salah Satu Pertempuran

‫ﻦ‬
َ ‫ل َوِﻟﱠﻠ ِﻪ ا ْﻟ ِﻌﺰﱠ ُة َوِﻟ َﺮﺳُﻮِﻟ ِﻪ َوِﻟ ْﻠ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨِﻴ‬
‫ﻋ ﱡﺰ ﻣِ ْﻨﻬَﺎ اﻷ َذ ﱠ‬
َ ‫ﻦ اﻷ‬
‫ﺟﱠ‬
َ ‫ﺨ ِﺮ‬
ْ ‫ﺟ ْﻌﻨَﺎ ِإﻟَﻰ ا ْﻟ َﻤﺪِﻳ َﻨ ِﺔ َﻟ ُﻴ‬
َ ‫ﻦ َر‬ ْ ‫ن َﻟ ِﺌ‬ َ ‫َﻳﻘُﻮﻟُﻮ‬
(٨) َ‫ﻦ ﻻ ﻳَ ْﻌﻠَﻤُﻮن‬ َ ‫ﻦ ا ْﻟ ُﻤﻨَﺎ ِﻓﻘِﻴ‬
‫َوَﻟ ِﻜ ﱠ‬
Sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu
orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah
orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam). (al-Munafiqun 63: 8)

Dia menginginkan al-a’azzu (orang yang kuat) adalah dirinya sedangkan al-adzallu
(yang lemah) adalah Rasulullah s.a.w. Ia mengancam akan mengusir Rasulullah
s.a.w. dari Madinah. Maka ketika hal itu didengar oleh anaknya, Abdullah, seorang
mukmin yang taat dan jujur, dan dia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. ingin
membunuh ayahnya yang mengucapkan kata-kata penghinaan tersebut, juga kata-
kata lainnya, maka Abdullah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai
Rasulullah, saya mendengar bahawa anda ingin membunuh Abdullah bin Ubai, ayah
saya. Jika anda benar-benar ingin melakukannya, maka saya bersedia membawa
kepalanya kepada anda”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda, “Bahkan kita akan
bergaul dan bersikap baik kepadanya selama dia tinggal bersama kita.”

Maka tatkala Rasulullah s.a.w. dan para sahabat kembali pulang ke Madinah,
Abdullag bin Abdullah berdiri menghadang di pintu kota madinah dengan menghunus
pedangnya. Orang-orang pun berjalan melewatinya. Maka ketika ayahnya lewat
(melalui), ia ia berkata kepada ayahnya, “Mundur!” Ayahnya bertanya kehairanan,
“Ada apa ini, jangan kurang ajar kamu!” Maka ia menjawab, “Demi Allah, jangan
melewati tempat ini sebelum Rasulullah mengizinkanmu, kerana beliau adalah al-
Aziz (yang mulia) dan engkau adalah adz-Dzail (yang hina).” Maka ketika Rasulullah
s.a.w. datang padahal beliau berada di pasukan bahagian belakang, abdullah bin
Ubay mengadukan anaknya kepada beliau. Anaknya, Abdullah berkata, “Demi Allah
wahai Rasulullah s.a.w., dia tidak boleh memasuki kota sebelum anda
mengizinkannya.” Maka Rasulullah s.a.w. pun mengizinkannya, lalu abdullah
berkata, “Kerana Rasulullah s.a.w. mengizinkan maka lalulah sekarang.” (Disebutkan
oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya tentang ayat di atas)

6 – MENYAYANGI DAN MEMUSUHI PARA AHLI MAKSIAT

Penjelasan di atas adalah tentang pemberian wala’ kepada sesama mukmin sejati
dan permusuhan kepada kafir sejati. Adapun golongan ketiga iaitu orang mukmin
yang banyak melakukan dosa besar, pada dirinya terdapat iman dan kefasikan, atau
iman dan kufur kecil yang tidak sampai pada tingkat murtad. Bagaimana hukumnya
dalam hal ini?

Jawabannya adalah orang itu terdapat hak muwalah (diberi wala’) dan mu’adah
(dimusuhi). Dia disayangi kerana imannya, dan dimusuhi kerana kemaksiatannya
dengan tetap memberikan nasihat untuknya; memerintahnya pada kebaikan,
melarangnya dari kemungkaran dan mengucilkannya (meminggirkannya) bilamana
pengucilan itu memang membuatnya jera (serik) dan malu.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Apabila berkumpul pada diri seseorang itu
kebaikan dan kejahatan, ketakutan dan kemaksiatan, atau sunnah dan bid’ah, maka
dia berhak mendapatkan permusuhan dan siksa sesuai dengan kadar kejahatan yang
ada padanya. Maka berkumpullah pada diri orang tersebut hal-hal yang mewajibkan
pemuliaan dan mengharuskan pernghinaan. Maka dia berhak mendapatkan ini dan
itu. Seperti pencuri miskin; dia dipotong tangannya kerana mencuri, lalu ia diberi
harta dari baitul mal yang boleh mencukupinya. Inilah hukum asal yang disepakati
oleh ahlus sunnah wal jama’ah, berbeza dengan Khawarij, Muktazilah, dan orang-
orang yang sefahaman dengan mereka. Mereka hanya mengelompokkan manusia
dalam dua golongan: orang-orang yang dapat pahala sahaja atau mendapat siksa
sahaja.” (Lihat Majmu’ Fatwa, 23/209-210) Ini sangatlah jelas bagi masalah yang
sangat penting ini.

7 – MENYAMBUT DAN IKUT MERAYAKAN HARI RAYA ATAU PESTA ORANG-


ORANG KAFIR SERTA BERLANGSUNGKAWA DALAM HARI DUKA MEREKA

- Hukum Menyambut Dan Bergembira Dengan Hari Raya Mereka

Sesungguhnya di antara konsekuensi terpenting dari sikap membenci orang-orang


kafir ialah menjauhi ibadah mereka. Sedangkan syi’ar mereka yang paling besar
adalah hari raya mereka, baik yang berkaitan dengan tempat mahupun waktu. Maka
orang Islam berkewajiban menjauhi dan meninggalkannya.

Ada seorang lelaki yang datang kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta
fatwa kerana ia telah bernadzar memotong (menyembelih) haiwan di Buwanah
(nama tempat), maka Nabi s.a.w. menyatakan kepadanya:

‫ هﻞ آﺎن ﻓﻴﻬﺎ ﻋﻴﺪ ﻣﻦ أﻋﻴﺎدهﻢ‬:‫ ﻗﺎل‬،‫ ﻻ‬:‫هﻞ آﺎن ﻓﻴﻬﺎ وﺛﻦ ﻣﻦ أوﺛﺎن اﻟﺠﺎ هﻠﻴﻪ ﻳﻌﺒﺪ ﻗﺎل‬
‫ ﻗﺎل اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ أوف ﺑﻨﺬرك – وﻓﺈﻧﻪ ﻻوﻓﺎء ﻟﻨﺬر ﻓﻲ ﻣﻌﺼﻴﺔ اﷲ‬،‫ ﻻ‬:‫ﻗﺎل‬
‫وﻻﻓﻴﻤﺎ ﻻﻳﻤﻠﻜﻪ اﺑﻦ ادم‬
“Apakah di sana ada berhala dari berhala-berhala jahiliyah yang disembah?” Dia
menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya, “Apakah di sana tempat dilaksanakannya hari
raya dari hari-hari raya mereka?” Dia menjawab, “Tidak”. Maka Nabi bersabda,
“Tepatilah nadzarmu, kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nadzar dalam
maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam.” (Hadis
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang menepati syarat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan, tidak boleh menyembelih untuk Allah di tempat yang
digunakan menyembelih untuk selain Allah; atau di tempat orang-orang kafir
merayakan pesta atau perayaan mereka. Sebab hal itu bererti mengikuti mereka dan
menolong mereka di dalam mengagungkan syi’ar-syi’ar mereka atau menjadi
wasilah yang menghantarkan kepada syirik. Begitu pula ikut merayakan hari raya
(hari kebesaran) mereka menunjukkan sikap wala’ kepada mereka dan mendukung
mereka dalam menghidupkan syi’ar-syi’ar mereka.

Di antara yang dilarang adalah menampakkan rasa gembira pada hari raya mereka,
membantu perayaan mereka, memasak makanan sehubungan dengan hari perayaan
mereka. Dan di antaranya lagi ialah mempergunakan kalendar Masehi, kerana hal itu
menghidupkan kenangan terhadap hari Natal bagi mereka. Kerana itu para sahabat
menggunakan kalendar Hijriyah sebagai gantinya.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah berkata di dalam Iqtida’ Shiratal Mustaqim (ditahqiq
oleh Prof. Dr. Nashir al-‘Aql), 1/425-426, “Ikut merayakan hari-hari besar mereka
tidak diperbolehkan kerana dua alasan:

Pertama: Bersifat umum, seperti yang telah dikemukakan di atas bahawa hal
tersebut bererti mengikuti Ahli Kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita dan tidak ada
dalam kebiasaan salaf. Mengikutinya bererti membawa kerosakan dan
meninggalkannya terdapat maslahah menyelisihi mereka. Bahkan seandainya
kesamaan yang kita lakukan merupakan sesuatu ketetapan semata, bukan kerana
mengambilnya dari mereka, tentu yang disyari’atkan adalah menyelisihinya telah
diisyaratkan di atas. Maka barangsiapa mengikuti mereka, dia telah kehilangan
maslahah ini sekali pun tidak melakukan mafsadah (kerosakan) apa pun, terlebih
lagi kalau dia melakukannya.

Alasan kedua: Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas
menunjukkan bahawa sangat dibenci hukumnya menyerupai mereka dalam hal itu.”

Beliau mengatakan, “Tidak halal bagi kaum muslimin bertasyabbuh (menyerupai)


mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka; seperti makanan,
pakaian, mandi, menyalakan lilin, meliburkan kebiasaan seperti bekerja dan
beribadah atau pun yang lainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi
hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut. Tidak
halal mengizinkan anak-anak atau pun yang lainnya melakukan permainan pada hari
itu, juga tidak boleh menampakkan perhiasan. Ringkasnya, tidak boleh melakukan
sesuatu yang menjadi ciri-ciri khas dari syi’ar mereka pada hari itu. Hari raya
mereka bagi umat Islam haruslah seperti hari-hari biasanya, tidak hal yang istimewa
atau khusus yang dilakukan umat Islam. Adapun jika dilakukan hal-hal tersebut oleh
umat Islam dengan sengaja maka berbagai golongan dari para salaf dan khalaf
menganggapnya makruh. Sedangkan pengkhususan seperti yang tersebut di atas
maka tidak ada perbezaan di antara ulama, bahkan sebahagian ulama menganggap
kafir orang yang melakukan hal tersebut, kerana dia telah mengagungkan syi’ar-
syi’ar kekufuran. Segolongan ulama mengatakan, “Sesiapa yang menyembelih
kambing pada hari raya mereka (kerana merayakannya), maka seolah-olah dia
menyembelih babi.” Abdullah bin Amr bin Ash berkata, “Sesiapa yang mengikuti
negara-negara ‘ajam (non-muslim) dan melakukan perayaan Nairuz (atau Nauruz –
pesta tahun baru Iran yang bertepatan dengan tanggal 21 Maret) dan Mihrajan
(pesta hari bahagia bila tiba musim luruh) serta menyerupai mereka sampai ia
meninggal dunia dan dia belum bertaubat, maka dia akan dikumpulkan bersama
mereka pada hari kiamat. (Majmu’ Fatawa, 25/329-330)

- Hukum Ikut Serta Merayakan Pesta, Walimah, Hari Bahagia atau Hari Duka
Mereka Dengan Hal-Hal Yang Mubah Serta Berta’ziyah Pada Musibah Mereka

Tidak boleh memberi ucapan selamat (tahni’ah) atau ucapan belasungkawa


(ta’ziyah) kepada mereka, kerana hal itu bererti memberikan wala’ dan mahabbah
kepada mereka. Juga dikeranakan hal tersebut mengandungi erti pengagungan
(penghormatan) terhadap mereka. Maka hal itu diharamkan berdasarkan larangan-
lrangan ini. Sebagaimana haram mengucapkan salam terlebih dahulu atau membuka
jalan bagi mereka.

Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus


sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan
redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah
membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”,
atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”. Kecuali jika berkata, “Semoga Allah
memuliakanmu dengan Islam”, atau yang senada dengan itu. Itu semua tahni’ah
dengan perkara-perkara umum. Tetapi jika tahni’ah dengan syi’ar-syi’ar kufur yang
khusus milik mereka seperti hari raya dan puasa mereka, dengan mengatakan,
“Selamat hari raya Natal” umpamanya atau “Berbahagialah dengan hari raya ini”
atau yang senada dengan itu, maka jika yang mengucapkannya selamat dari
kekufuran, dia tidak lepas dari maksiat dan keharaman. Sebab itu sama halnya
dengan memberikan ucapan selamat terhadap sujud mereka kepada salib; bahkan di
sisi Allah hal itu lebih dimurkai daripada memberikan selamat atas perbuatan
meminum khamar, membunuh orang atau berzina atau yang seumpamanya. Banyak
sekali orang yang terjerumus dalam hal ini tanpa menyedari keburukannya. Maka,
barangsiapa yang memberikan ucapan selamat kepada seseorang yang melakukan
bid’ah, maksiat, atau pun kekufuran maka dia telah menentang Allah dan
mengundang murka Allah. Para ulama wira’i (sangat menjauhi makruh, apalagi
haram), mereka sentiasa menghindari tahni’ah kepada para pemimpin zalim atau
kepada orang-orang dungu yang diangkat sebagai hakim, qadhi, mufti; demi untuk
menghindari murka Allah dan laknat-Nya. (Ahkam Ahli Dzimmah, tahqiq oleh Dr.
Subhi Saleh, 1/205-206)

Dari huraian tersebut jelaslah, memberi tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal
yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang
menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-
hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat
dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran.

8 – HUKUM MEMINTA BANTUAN KEPADA ORANG-ORANG KAFIR

DALAM PERNIAGAAN ATAU PEKERJAAN

Allah s.w.t. berfirman:

‫ت‬
ِ ‫ﻋ ِﻨ ﱡﺘ ْﻢ َﻗ ْﺪ َﺑ َﺪ‬
َ ‫ﺧﺒَﺎﻻ َودﱡوا ﻣَﺎ‬ َ ‫ﻦ دُو ِﻧ ُﻜ ْﻢ ﻻ َﻳ ْﺄﻟُﻮ َﻧ ُﻜ ْﻢ‬ ْ ‫ﺨﺬُوا ِﺑﻄَﺎ َﻧ ًﺔ ِﻣ‬ ِ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻻ َﺗ ﱠﺘ‬ َ ‫ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬
‫ن‬
َ ‫ن ُآ ْﻨ ُﺘ ْﻢ َﺗ ْﻌ ِﻘﻠُﻮ‬
ْ ‫ت ِإ‬
ِ ‫ﺻﺪُو ُر ُه ْﻢ َأ ْآ َﺒ ُﺮ َﻗ ْﺪ ﺑَ ﱠﻴﻨﱠﺎ َﻟ ُﻜ ُﻢ اﻵﻳَﺎ‬ُ ‫ﺨﻔِﻲ‬ ْ ‫ﻦ َأ ْﻓﻮَا ِه ِﻬ ْﻢ وَﻣَﺎ ُﺗ‬
ْ ‫ا ْﻟ َﺒ ْﻐﻀَﺎ ُء ِﻣ‬
Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan
dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan
berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa
yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada
pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika
kamu (mahu) memahaminya. (Ali Imran 3: 118)

Imam Baghawi dalam tafsirnya menjelaskan, “Janganlah engkau menjadikan orang-


orang non-muslim sebagai wali, orang kepercayaan atau orang-orang pilihan, kerana
mereka tidak segan-segan melakukan apa-apa yang membahayakanmu.”

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Para peneliti telah mengetahui bahawa
orangorang ahli dzimmah dari Yahudi dan Nasrani mengirim berita kepada saudara-
saudara seagamanya tentang rahsia-rahsia orang Islam. Di antara bait-bait yang
terkenal adalah:
‫آﻞ اﻟﻌﺪوات ﻗﺪ ﺗﺮﺟﻰ ﻣﻮدﺗﻬﺎ‬
‫إﻻ ﻋﺪاوة ﻣﻦ ﻋﺎداك ﻓﻰ اﻟﺪﻳﻦ‬
“setiap permusuhan dapat diharapkan kasih sayangnya,
Kecuali permusuhan orang yang memusuhi kerana agama.”

Kerana itulah mereka dilarang memegang jabatan yang membawahi orang-orang


Islam dalam bidang pekerjaan, bahkan mempekerjakan orang Islam yang
kemampuannya masih di bawah orang kafir itu lebih baik dan lebih bermanfaat bagi
umat Islam dalam agama dan dunia mereka. Sedikit tapi dari yang halal diberkati
Allah, sedangkan banyak tapi dari yang haram dimurkai Allah.” (Majmu’ Fatawa,
28/646)

Dari keterangan tersebut dapat disimpulkan:

1 – Tidak boleh mengangkat orang kafir untuk kedudukan yang membawahi orang-
orang Islam, atau yang memungkinkan dia mengetahui rahsia-rahsia umat Islam;
misalnya para menteri atau para penasihat, kerana Allah s.w.t. berfirman:

‫ﺧﺒَﺎﻻ‬
َ ‫ﻦ دُو ِﻧ ُﻜ ْﻢ ﻻ َﻳ ْﺄﻟُﻮ َﻧ ُﻜ ْﻢ‬
ْ ‫ﺨﺬُوا ِﺑﻄَﺎ َﻧ ًﺔ ِﻣ‬
ِ ‫ﻻ َﺗ ﱠﺘ‬
...janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi
"orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha
mendatangkan bencana kepada kamu. (Ali Imran 3: 118)

Atau juga diangkat menjadi pegawai pemerintahan di daerah negara Islam.

2 – Diperbolehkan mengupah orang-orang kafir untuk melakukan pekerjaan-


pekerjaan sampingan yang tidak menimbulkan suatu bahaya dalam politik negara
Islam, umpamanya menjadi guide (penunjuk jalan), pemborong konstruksi
bangunan, projek pembaikan jalan, dan sejenisnya dengan syarat tidak ada orang
Islam yang mampu untuk itu. Kerana baginda Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. pernah
mengupah seorang laki-laki musyrik dari Bani ad-Diil sebagai penunjuk jalan ketika
berhijrah ke Madinah. (Hadis Riwayat Bukhari)

DALAM URUSAN PERANG

Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama. Dan yang
benar adalah diperbolehkan, apabila diperlukan dalam keadaan darurat, juga bila
orang yang dimintai pertolongan dari mereka itu dapat dipercaya dalam masalah
jihad.

Ibnul Qayyim berkata tentang manfaat perjanjian Hudaibiyah: “Di antaranya,


bahawa meminta bantuan kepada orang musyrik yang dapat dipercayai dalam hal
jihad adalah diperbolehkan ketika benar-benar diperlukan, dan pada orang musyrik
itu juga terdapat maslahah iaitu dia dekat dan mudah untuk bercampur dengan
musuh dan dapat mengambil khabar dan rahsia mereka. (Za’dul Ma’ad, 3/301,
tahqiq Syu’aib dan Abdul Qadir al-Arnouth)
Juga diperbolehkan ketika dalam keadaan darurat, Imam Zuhry meriwayatkan,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. meminta pertolongan kepada orang-orang Yahudi
dalam perang Khaibar (Tahun 7H), dan Sofwan bin Umaiyah ikut serta dalam perang
Hunain padahal ia pada saat itu musyrik. Termasuk darurat misalnya jumlah orang-
orang kafir lebih banyak dan sangat ditakutkan, dengan syarat dia berpandangan
baik terhadap kaum muslimin. Adapun jika tidak diperlukan maka tidak
diperbolehkan meminta bantuan kepada mereka, kerana orang kafir itu sangatlah
dimungkinkan berkhianat dan boleh jadi merekamenjadi senjata makan tuan, oleh
kerana buruknya hati mereka. Tetapi yang tampak dari ucapan Syeikh al-Islam Ibnu
Taimiyah adalah boleh meminta pertolongan kepada mereka secara mutlak. (Lihat
Majmu’ Fatawa, 28/624-643)

9 – MENGUTAMAKAN TINGGAL DAN BEKERJA DI NEGARA KAFIR

Bekerjanya seseorang muslim untuk mengabdi atau melayani orang kafir adalah
haram, kerana hal itu bererti penguasaan orang kafir atas orang muslim serta
menunjukkan penghinaan. Iqamah atau bertempat tinggal terus menerus di antara
orang-orang kafir juga adalah diharamkan. Kerana itu Allah mewajibkan hijrah dari
negara kafir menuju negara muslim dan mengancam mereka yang tidak mahu
berhijrah tanpa uzur syar’i. Juga mengharamkan seseorang muslim bepergian ke
negara kafir kecuali kerana alasan syar’i dan mampu menunjukkan ke-Islamannya,
kemudian jika selesai tujuannya maka ia harus segera kembali ke negara Islam.

Adapun pekerjaan seseorang muslim kepada orang kafir yang tidak bersifat melayani
seperti menjahit atau membangun tembok dan lain sebagainya dari setiap pekerjaan
yang ada dalam tanggungannya, maka hal ini diperbolehkan, kerana tidak ada unsur
penghinaan. Hal ini berdasarkan riwayat ali r.a., dia berkata:

“Saya bekerja untuk seorang perempuan Yahudi dengan upah setiap timba air
ditukar sebutir kurma. Kemudian saya ceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dan
aku bawakan beberapa butir kurma lalu beliau pun memakan sebahagian kurma
tersebut bersama saya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Dan Khabbab bekerja untuk al-‘Ash bin Wa’il di Mekah sedang Nabi s.a.w.
mengetahuinya dan beliau pun menyetujuinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hal ini menunjukkan diperbolehkannya pekerjaan serupa ini, kerana ia merupakan


aqad tukar-menukar seperti halnya jual beli, tidak mengandungi penghinaan
terhadap muslim, tidak menjadikannya sebagai abdi dan tidak bertentangan dengan
sifat bara’-nya dari mereka dan dari agama mereka.

Adapun yang mengutamakan bekerja pada orang-orang kafir dan bertempat tinggal
(menetap) bersama mereka daripada bekerja dan ber-iqamah di tengah-tengah
kaum muslimin, ia memandang kebolehan wala’ kepada mereka dan redha terhadap
agama mereka maka tidak syak lagi bahawa hal itu adalah murtad, keluar daripada
Islam. Apabila ia melakukan hal yang sedemikian kerana tamak terhadap dunia atau
kekayaan yang melimpah di negara mereka dengan perasaan benci kepada agama
mereka dan tetap menjaga agamanya, maka hal itu diharamkan dan dikhuwatirkan
membawa dampak (kesan) buruk terhadap dirinya, yang akhirnya menjadikannya
redha dengan agama mereka.
10 – HUKUM MENIRU KAUM KUFFAR, JENIS-JENIS, DAN KESANNYA

HUKUMNYA

Meniru kaum kuffar dalam hal-hal yang menjadi amalan keagamaan (atau
kepercayaan) mereka atau adat mereka adalah haram dan diancam dengan
ancaman yang keras, kerana itu merupakan bentuk wala’ kepada mereka. Padahal
Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫ﻣﻦ ﺗﺸﺒﻪ ﺑﻘﻮم ﻓﻬﻮ ﻣﻨﻬﻢ‬


“Barangsiapa bertasyabbuh (menyerupai) dengan suatu kaum maka ia termasuk dari
mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Kemudian keharamannya berbeza-beza menurut mafsadah (kerosakan) yang


ditimbulkannya serta kesan-kesan yang disebabkan olehnya.

JENIS-JENISNYA

Meniru dalam hal-hal yang menjadi ciri khas mereka terbahagi menjadi beberapa
bahagian; ada yang kufur, ada yang mengarah kepada kekufuran atau kefasikan dan
ada yang maksiat biasa.

Bahagian Pertama:

Meniru mereka dalam ajaran atau bahagian dari agama mereka yang batil, seperti
mendirikan bangunan di atas kuburan, atau mengkultuskan (mendewakan)
sebahagian makhluk dengan menjadikannya sebagai tuhan-tuhan kecil di samping
allah dengan beri’tikaf di atas kuburan mereka, atau mentaati mereka dalam
penghalalan dan pengharaman, serta menghukumi selain apa yang diwahyukan oleh
Allah; ini adalah kufur kepada Allah atau merupakan wasilah yang menghantarkan
kepada kekufuran. Rasulullah s.a.w. melaknat orang Yahudi dan Nasrani kerana
mereka menjadikan kuburan-kuburan sebagai tempat-tempat ibadah. (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t. berfirman:

‫ﻦ َﻣ ْﺮ َﻳ َﻢ وَﻣَﺎ ُأ ِﻣﺮُوا إِﻻ ِﻟ َﻴ ْﻌ ُﺒﺪُوا‬


َ ‫ﺢ ا ْﺑ‬
َ ‫ن اﻟﻠﱠﻪِ وَا ْﻟ َﻤﺴِﻴ‬
ِ ‫ﻦ دُو‬ْ ‫ﺣﺒَﺎ َر ُه ْﻢ َو ُر ْهﺒَﺎ َﻧ ُﻬ ْﻢ َأ ْرﺑَﺎﺑًﺎ ِﻣ‬
ْ ‫ﺨﺬُوا َأ‬
َ ‫ا ﱠﺗ‬
‫ن‬
َ ‫ﺸ ِﺮآُﻮ‬ْ ‫ﺳ ْﺒﺤَﺎ َﻧ ُﻪ ﻋَﻤﱠﺎ ُﻳ‬
ُ ‫إِﻟَﻬًﺎ وَاﺣِﺪًا ﻻ ِإَﻟ َﻪ إِﻻ ُه َﻮ‬
Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-
tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam,
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha
Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa
Yang mereka sekutukan. (at-Taubah 9: 31)

Maka perbuatan mereka menjadikan para pendeta sebagai tuhan selain allah s.w.t.
adalah kufur. Sedangkan mendirikan bangunan di atas kuburan adalah penghantar
kepada kekufuran.
Bahagian Kedua:

Meniru mereka dalam bid’ah-bid’ah yang mereka adakan dalam agama mereka
dalam hari-hari raya mereka yang batil, ini hukumnya adalah haram.

Bahagian Ketiga:

Meniru mereka dalam adat istiadat dan akhlak mereka yang buruk serta budaya
mereka yang kotor, juga penampilan mereka yang tercela, seperti mencukur
jenggod, mengumbar aurat dan lain sebagainya. Ini adlaah permasalahan yang
sangat luas dan semua itu adalah haram hukumnya, termasuk dalam sabda
Rasulullah s.a.w., “Siapa yang bertasyabbuh dengan suatu kaum maka ia termasuk
golongan itu.”

Kerana menyerupai mereka secara lahir menunjukkan wala’ mereka secara batin.

Adapun hal-hal yang bukan menjadi ciri khas mereka, bahkan merupakan hal-hal
milik bersama semua manusia, seperti mempelajari ilmu perindustrian yang sangat
bermanfaat, membangun kekuatan dan pertahanan, memanfaatkan apa yang
dibolehkan Allah, sebagai contoh perhiasan yang telah dikeluarkan untuk para
hamba-Nya, memakan hasil-hasil bumi yang baik; maka semua ini tidak disebut
taqlid (meniru), bahkan termasuk ajaran agama kita. Dan pada dasarnya ia adalah
milik kita, sedangkan mereka dalam hal ini hanya mengikuti kita. Allah s.w.t.
berfirman:

‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻓِﻲ‬
َ ‫ﻲ ِﻟﱠﻠﺬِﻳ‬
َ ‫ﻞ ِه‬
ْ ‫ق ُﻗ‬
ِ ‫ﻦ اﻟ ِّﺮ ْز‬ َ ‫ج ِﻟ ِﻌﺒَﺎ ِد ِﻩ وَاﻟﻄﱠﻴِّﺒَﺎتِ ِﻣ‬
َ ‫ﺧ َﺮ‬ْ ‫ﺣ ﱠﺮ َم زِﻳ َﻨ َﺔ اﻟﻠﱠﻪِ اﱠﻟﺘِﻲ َأ‬ َ ‫ﻦ‬ ْ ‫ﻞ َﻣ‬ ْ ‫ُﻗ‬
‫ن‬
َ ‫ت ِﻟ َﻘ ْﻮ ٍم َﻳ ْﻌَﻠﻤُﻮ‬
ِ ‫ﻞ اﻵﻳَﺎ‬ُ‫ﺼ‬
ِّ ‫ﻚ ُﻧ َﻔ‬ َ ‫ﺼ ًﺔ َﻳ ْﻮ َم ا ْﻟ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ َآ َﺬِﻟ‬
َ ‫ﺤﻴَﺎ ِة اﻟ ﱡﺪ ْﻧﻴَﺎ ﺧَﺎِﻟ‬
َ ‫ا ْﻟ‬
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan
Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-
benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah:
"Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga
Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya
tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah
Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang
(mahu) mengetahui. (al-A’raaf 7: 32)

‫ﻦ‬
َ ‫ﺧﺮِﻳ‬َ ‫ﻋ ُﺪوﱠ ُآ ْﻢ وَﺁ‬ َ ‫ﻋ ُﺪوﱠ اﻟﻠﱠﻪِ َو‬
َ ‫ن ِﺑ ِﻪ‬
َ ‫ﻞ ُﺗ ْﺮ ِهﺒُﻮ‬
ِ ‫ﺨ ْﻴ‬
َ ‫ﻦ رِﺑَﺎطِ ا ْﻟ‬ْ ‫ﻦ ُﻗ ﱠﻮ ٍة َو ِﻣ‬ ْ ‫ﻄ ْﻌ ُﺘ ْﻢ ِﻣ‬
َ ‫ﺳ َﺘ‬ْ ‫ﻋﺪﱡوا َﻟ ُﻬ ْﻢ ﻣَﺎ ا‬ ِ ‫َوَأ‬
‫ﻞ اﻟﻠﱠﻪِ ُﻳ َﻮفﱠ ِإَﻟ ْﻴ ُﻜ ْﻢ َوَأ ْﻧ ُﺘ ْﻢ ﻻ‬
ِ ‫ﺳ ِﺒﻴ‬
َ ‫ﻲ ٍء ﻓِﻲ‬ ْ ‫ﺷ‬ َ ‫ﻦ‬ْ ‫ﻦ دُو ِﻧ ِﻬ ْﻢ ﻻ َﺗ ْﻌَﻠﻤُﻮ َﻧ ُﻬ ُﻢ اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻳ ْﻌَﻠ ُﻤ ُﻬ ْﻢ وَﻣَﺎ ُﺗ ْﻨ ِﻔﻘُﻮا ِﻣ‬
ْ ‫ِﻣ‬
‫ن‬
َ ‫ﻈَﻠﻤُﻮ‬ْ ‫ُﺗ‬
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis
kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah
akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-
Anfal 8: 60)
‫ﻂ َوَأ ْﻧ َﺰ ْﻟﻨَﺎ‬
ِ‫ﺴ‬ ْ ‫س ﺑِﺎ ْﻟ ِﻘ‬
ُ ‫ن ِﻟ َﻴﻘُﻮ َم اﻟﻨﱠﺎ‬ َ ‫ت َوَأ ْﻧ َﺰ ْﻟﻨَﺎ َﻣ َﻌ ُﻬ ُﻢ ا ْﻟﻜِﺘَﺎبَ وَا ْﻟﻤِﻴﺰَا‬
ِ ‫ﺳَﻠﻨَﺎ ﺑِﺎ ْﻟ َﺒ ِّﻴﻨَﺎ‬
ُ ‫َﻟ َﻘ ْﺪ أَ ْرﺳَ ْﻠﻨَﺎ ُر‬
‫ي‬
‫ن اﻟﻠﱠﻪَ َﻗ ِﻮ ﱞ‬ ‫ﺐ ِإ ﱠ‬
ِ ‫ﺳَﻠ ُﻪ ﺑِﺎ ْﻟ َﻐ ْﻴ‬
ُ ‫ﺼ ُﺮ ُﻩ َو ُر‬
ُ ‫ﻦ َﻳ ْﻨ‬
ْ ‫س َوِﻟ َﻴ ْﻌَﻠ َﻢ اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻣ‬
ِ ‫س ﺷَﺪِﻳ ٌﺪ َو َﻣﻨَﺎ ِﻓ ُﻊ ﻟِﻠﻨﱠﺎ‬ ٌ ‫ﺤﺪِﻳ َﺪ ﻓِﻴ ِﻪ ﺑَ ْﺄ‬
َ ‫ا ْﻟ‬
‫ﻋَﺰِﻳ ٌﺰ‬
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa
bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-
sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya
manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan
keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi
manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia
menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya
ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya
itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-
rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah
Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadid 57: 25)

Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa besi mengandungi banyak daya guna untuk
manusia secara umum.

BEBERAPA KESAN NEGATIF TAQLID

1 – Taqlid kepada kuffar mengandungi wala’ kepada mereka, kerana menyerupai


mereka dalam lahirnya menunjukkan rasa kecintaan kepada mereka dalam batinnya.
Seandainya membenci mereka, tentu tidak mahu menirunya.

2 – Taqlid kepada kuffar menunjukkan kekagumannya kepada mereka dan apa yang
ada pada mereka serta ketidaksenangannya kepada ajaran Islam dan
penghinaannya kepada orang-orang Islam.

3 – Taqlid kepada kuffar mengandungi makna pengikutan kepada mereka dan


peleburan sahsiah (keperibadian) umat Islam serta penghancuran eksistensi mereka.

4 – Taqlid kepada kuffar melemahkan kaum muslimin dan menjadikan mereka


bergantung kepada musuh-musuh mereka serta menjadikan mereka malas
berproduksi, dan pada akhirnya senang meminta belas kasihan kepada orang-orang
kafir, sebagaimana yang terjadi pada saat ini.

5 – Taqlid kepada kuffar bererti ikut membantu mereka dalam menghidupkan dan
mengembangkan bid’ah serta kemusyrikan mereka.

6 – Taqlid kepada kuffar merosakkan agama kaum muslimin dengan terciptanya


pelbagai bid’ah dengan kurafat yang diambil dari agama kaum kuffar.

11 – BENTUK-BENTUK TAQLID KEPADA KUFFAR YANG BURUK

Iaitu melampaui batas dalam menyenangi dan meminati serta mengambil faedah
dalam perkara-perkara yang tidak mengandungi faedah dan manfaat. Sehingga
menggunakannya atau mengamalkannya yang mana menjadikan lupa kepada Allah,
lalai dari ketaatan kepada-Nya serta lalai dan meninggalkan amala usaha yang
berguna bagi dunia dan agama-nya. Mereka melakukan hal ini sebagai akibat dari
kekosongan hidup yang dialaminya; hidup tanpa akidah, pegangan dan prinsip,
tanpa ibadah, dan tanpa kebajikan yang diusahakan sebagai bekalan di hari
kemudian (akhirat). Mereka melakukan kerana terpedaya dan terpengaruh dengan
bangsa-bangsa lain yang terus-menerus mengusahakan untuk menjauhkan mereka
dari agama Allah dan akhirat mereka. Apa pun yang memalingkan dari agama dan
ibadah adalah haram hukumnya, sekali pun bernilai dengan nilai yang tinggi seperti
harta kekayaan. Allah telah mengharamkan perbuatan menyibukkan diri dengan
perkara-perkara yang jauh dari akhirat. Allah s.w.t. berfirman:

‫ﻚ ُه ُﻢ‬
َ ‫ﻚ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫ﻞ َذِﻟ‬
ْ ‫ﻦ َﻳ ْﻔ َﻌ‬
ْ ‫ﻦ ِذ ْآ ِﺮ اﻟﻠﱠﻪِ َو َﻣ‬
ْ‫ﻋ‬
َ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻻ ُﺗ ْﻠ ِﻬ ُﻜ ْﻢ َأ ْﻣﻮَاُﻟ ُﻜ ْﻢ وَﻻ َأوْﻻ ُد ُآ ْﻢ‬
َ ‫ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬
(٩) ‫ن‬ َ ‫ﺳﺮُو‬ ِ ‫ا ْﻟﺨَﺎ‬
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta
benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan
perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang-orang Yang rugi. (al-Munafiqun 63: 9)

Maka bagaimanakah dengan hal-hal yang tidak bernilai, tidak berharga dan tidak
berfaedah? Di antara hal-hal ini adalah sebagai berikut:

1 – Apa yang emreka sebut sebagai dunia seni; seni suara, seni muzik, seni tari, seni
drama, dunia teater, dan panggung wayang, serta pusat-pusat perfileman yang
banyak didatangi oleh orang-orang yang bingung, jauh dari jalan kebenaran dan
jalan yang serius dalam kehidupan.

2 – Bergelut dengan dunia permodelan, penggambaran, fotografi, lukisan dan


pembuatan patung-patung dan lain-lain yang seumpamanya.

3 – Banyak di antara pemuda yang hidupnya bersungguh-sungguh dan bermati-


matian demi membangunkan beberapa cabang sukan dan permainan. Sehingga ia
lupa kepada Allah, lupa ketaatan, menelantarkan solat dan lupa kewajiban-
kewajiban lain dalam rumah mahupun sekolah. Semestinya yang lebih pantas (perlu)
bagi mereka adalah mengarahkan perhatian pada apa yang baik bagi umat dan
tanah airnya serta berjuang untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.

Di antara hal-hal tersebut di atas ada yang diharamkan dalam agama, ada pula yang
dibolehkan selagi tidak mengalahkan apa yang lebih bermanfaat daripadanya.
Apalagi umat Islam dewasa ini sedang menghadapi pelbagai macam tentangan dari
para musuhnya. Tentu yang lebih utama adalah menyusun waktu, strategi, dan
kekuatan untuk menghadapi tentangan-tentangan ini, untum memdamkan atau
memperkecil pengaruh dan bahayanya. Orang-orang Islam sebenarnya tidak
mempunyai waktu yang terluang untuk bersantai dan bersuka ria dengan segala
macam hiburan itu. Dan Allah-lah tempat kita meminta segala pertolongan.

12 – SIKAP KAUM MUSLIMIN DAN PERMASALAHANNYA

Di antara sikap wala’ dan mahabbah kerana Allah adalah perlunya seseorang muslim
itu mempedulikan urusan masyarakatnya secara umum dan mempedulikan urusan
saudaranya sesama muslim secara khusus. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya:

“Perumpamaan orang-orang mukmin yang dalam kecintaan, kasih sayang dan


kelembutannya adalah bagaikan satu jasad. Manakala suatu anggota tubuhnya
mengadu kesakitan, maka sekujur tubuh-nya itu menanggungnya, tidak tidur malam
dan demam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah gambaran masyarakat muslim. Adapun gambaran sikap peribadi muslim
adalah seperti yang disabdakan oleh baginda Rasul s.a.w.:

“Orang mukmin satu dengan yang lainnya bagaikan satu bangunan, yang
sebahagian menguatkan sebahagian yang lain. Dan beliau merapatkan antara jari-
jemarinya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka kewajiban kaum muslimin, baik secara individu mahupun kelompok adalah
memperhatikan pelbagai permasalahan yang ada di antara mereka, dan
permasalahan yang ada antara mereka dengan musuh-musuh mereka, sehingga
mereka mahu menjalin ukhuwah Islamiyah. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“... Sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara
sesamamu...” (al-Anfal 8: 01)

“sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah


antara kedua saudaramu...” (al-Hujuraat 49: 10)

Dan hendaklah mereka memperhatikan jihad melawan musuh-musuh mereka. Allah


s.w.t. berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu
itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah,
bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (at-Taubah 9: 123)

Maksudnya ialah mempersiapkan diri sebelum berjihad dengan menyelesaikan


pelbagai permasalahan yang wujud, menyatukan saf barisan, memperbaiki keadaan
dan mempersiapkan segala peralatan. Maka, barangsiapa yang tidak mempedulikan
permasalahan kaum muslimin, bahkan bersikap pasif, maka hal itu menunjukkan
lemahnya iman, atau juga bererti bahawa dia itu munafik yang memberikan wala’
kepada kuffar. Allah s.w.t. berfirman tentang orang-orang munafik:

“Iaitu orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada


dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah
mereka berkata: ‘Bukan-kah kami (turut berperang) beserta kamu?’ Dan jika orang-
orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: ‘Bukankah
kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?’” (an-
Nisa’ 4: 141)

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sikap kaum munafik terhadap permasalahan umat
Islam adalah pasif, menunggu dan menonton siapa yang menang akan menjadi
kawan.

Adapun mukmin yang benar selalu memiliki perwatakan taat, baik dalam ucapannya,
amalnya dan kiprahnya dalam masyarakatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Agama itu adalah nasihat (kesetiaan).” Beliau mengucapkan tiga kali. Kami
bertanya, “Untuk siapa ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, untuk Rasul-
Nya, untuk para pemimpin kaum muslimin dan kaum muslimin pada umumnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Demikianlah, mudah-mudahan allah s.w.t. memperbaiki keadaan umat Islam dengan
meluruskan aqidah mereka, memperbaiki bangsa dan para pemimpin mereka, dan
semoga menyatukan hati mereka serta membulatkan tekad mereka.

Semoga selawat serta salam tetap tercurah untuk Nabi kita Muhammad s.a.w.
beserta keluarga dan sahabatnya. Ameen...

Kitab asal / rujukan utama: ‫( اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ ﻟﻠﺼﻒ اﻻول اﻟﻌﺎﻟﻲ‬at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-
'Ally) oleh Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.

Diedit semula dari kitab terjemahannya (indonesia) oleh:


Nawawi (http://an-nawawi.blogspot.com)

You might also like