Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
16) Sejarah Kemunculan Mazhab

16) Sejarah Kemunculan Mazhab

Ratings: (0)|Views: 1,673 |Likes:
Published by api-3703688

More info:

Published by: api-3703688 on Oct 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

Sejarah Kemunculan Mazhab
Maksud Perkataan \u201cMazhab\u201d dan \u201c I mam\u201d

Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya jika kita tinjau terlebih dahulu maksud perkataan \u201cMazhab\u201d dan \u201cImam\u201d itu sendiri.

Mazhab (\ufe90\u0647\ufeac\ufee3) dari sudut bahasa bererti \u201cjalan\u201d atau \u201cthe way of\u201d. Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut akidah dan dari sudut fiqh.

Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada\u2019, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab- mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi\u2018ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu\u2019tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama\u2018ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama\u2018ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi\u2018e dan Mazhab Hanbali.[ 1]

Mazhab fiqh pula, sebagaimana terang Huzaemah Tahido, bererti:

Jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur\u2019an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.[ 2]

Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi\u2018e dan Ahmad bin Hanbal. Pengertian mazhab ini kemudiannya beralih menjadi satu kumpulan ajaran fiqh Islam yang diikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianya menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan, ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Qur\u2019an dan al-Sunnah.

Perkataan \u201cImam\u201d dari sudut bahasa bererti \u201cteladan\u201d atau \u201cpemimpin.\u201d Dalam Islam, perkataan \u201cImam\u201d memiliki beberapa maksud selari dengan konteks penggunaannya, iaitu:

1.
Imam sebagai pemimpin solat berjamaah.
2.
Imam sebagai pemimpin atau ketua komuniti orang-orang Islam.
3.

Imam sebagai tanda kelebihan kedudukan ilmunya, sehingga dijadikan sumber pembelajaran dan rujukan ilmu agama. Contohnya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas dan sebagainya. Walaupun mereka dijadikan sumber rujukan ilmu, autoriti mereka hanyalah terhad kepada apa yang tertera dalam al-Qur'an dan al-Sunnah.

4.

Imam sebagai wakil Allah dan pemimpin umat serta penentu zaman. Imam sebegini hanya khusus bagi Mazhab Syi\u2018ah. Imam-imam ini bukan sahaja dijadikan rujukan syari\u2018at tetapi juga memiliki autoriti dalam menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan syari\u2018at tanpa terhad kepada al-Qur\u2019an dan al-Sunnah.[ 3]

Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam

Mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaitu Maliki, Hanafi, Shafi\u2018e dan Hanbali hanya muncul dan lahir secara jelas pada era pemerintahan Dinasti Abbasid, iaitu sejak kurun ke 2H/8M. Sejarah kemunculan dan perkembangannya boleh dilihat dalam 4 peringkat, iaitu:

1.
Pada era Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam dan para Khalifah al-
Rashidun yang empat.
2.
Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyad dan Abbasid di mana pada ketika
inilah mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang.
3.

Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke 4H/10M di mana mazhab- mazhab Islam tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat tetapi hanya tinggal sebagai sesuatu yang diikuti dan diterima secara mutlak.

4.
Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunya sama ada dalam konteks
mazhab atau ijtihad ulama\u2019 mutakhir.[4]
Era Pertama

Era ini bermula sejak diutusnya Muhammad ibn Abdillah menjadi seorang Rasul Allah dan mengembangkan agama tauhid yang baru, iaitu Islam. Pada ketika ini sumber syari\u2018at adalah penurunan wahyu berupa al-Qur\u2019an al-Karim dan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Al-Qur\u2019an diturunkan secara berperingkat-peringkat bertujuan memudahkan umat menerima dan belajar secara bertahap.

Kemudahan mereka mempelajari Islam disokong oleh kehadiran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bertindak sebagai guru. Ini sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta\u2018ala di dalam al-Qur\u2019an:

(Sebagaimana) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [ al-Baqarah 2: 151]

Di samping itu sumber syari\u2018at kedua adalah juga merupakan pengajaran Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam yang kini kita terima sebagai Hadis. Hadis beliau adalah juga merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Ta\u2018ala, sebagaimana firman-Nya:

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [al-Najm 53:3-4]

Perbuatan Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam dalam konteks keagamaan juga merupakan salah satu bentuk tunjuk ajar wahyu Allah Subhanahu wa Ta\u2018ala, sebagaimana firman-Nya:

Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan
kepadaku. [al-Ahqaf 46:09]

Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam juga bertindak sebagai seorang guru agama yang membetulkan apa-apa perbuatan umat pada ketika itu yang salah atau kurang baik walaupun beliau pada asalnya tidak ditanya akan hal tersebut.

Contohnya ialah kisah yang diberitakan oleh seorang sahabat, Abu Hurairah radhiallahu \u2018anh: Aku bertemu dengan Nabi shallallahu \u2018alaihi wasallam di salah satu jalan di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Maka aku menyelinap iaitu mengelakkan diri dari bertemu dengan Rasulullah dan pergi untuk mandi sehingga Rasulullah mencari-cari aku.

Ketika aku datang kembali, baginda pun bertanya: \u201cKe mana kamu pergi wahai Abu Hurairah?\u201d Aku menjawab: \u201cWahai Rasulullah! Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa duduk bersama kamu sebelum aku mandi.\u201d

Lalu Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda:
\u201cMaha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.\u201d[ 5]

Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa sumber syari\u2018at atau fiqh Islam pada era pertama ini hanyalah apa yang bersumber daripada ajaran al- Qur\u2019an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam yakni ajaran, perbuatan dan persetujuan beliau. Pada ketika ini fiqh Islam mudah dipelajari dan sebarang kemusykilan mudah terjawab dengan hadirnya seorang Rasul yang mengajar terus berdasarkan wahyu Allah \u2018Azza wa Jalla.[ 6]

Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam pada tahun 10H/622M, para Khalifah al-Rashidun iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khaththab, \u2018Utsman bin \u2018Affan dan \u2018Ali bin Abi Thalib radhiallahu \u2018anhum mengambil-alih sebagai pemimpin agama dan negara. Islam dan segala ajaran syari\u2018atnya telahpun lengkap dengan kewafatan Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam. Para Khalifah al-Rashidun

meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam, iaitu berlandaskan kepada ajaran al-Qur\u2019an dan al-Sunnah. Hanya wujud satu perbezaan yang besar pada ketika ini, iaitu wahyu tidak lagi diturunkan.

Dalam era empat khalifah ini, sempadan-sempadan Islam sudah mula meluas ke arah wilayah-wilayah yang baru. Dengan pembukaan ini, para khalifah Islam sekali-sekala terpaksa berhadapan dengan persoalan-persoalan yang belum pernah dihadapi sebelum ini yang melibatkan hal-hal muamalah seperti ekonomi, hartanah dan sebagainya. Bagi mencari jalan penyelesaiannya, para khalifah akan duduk berbicara dengan para sahabat (Shura) bagi memperoleh satu jawapan majoriti yang paling dekat dengan ketentuan al-Qur'an dan al-Sunnah.

Ibn Hazm (456H) rahimahullah meriwayatkan dari Maimun bin Mehram, kata
beliau:

Abu Bakar al-Siddiq, apabila datang orang-orang yang berperkara kepadanya, beliau akan mencari hukumnya dalam Kitabullah (al-Qur'an), maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ketetapan al-Qur'an. Jika tidak ada dalam al- Qur'an dan beliau mengetahui sunnah Rasulullah dalam perkara itu, maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ia. Jika tidak ada sunnah pada perkara itu, beliaupun akan bertanya kepada para sahabat.

Abu Bakar akan berkata: \u201cTelah datang kepadaku suatu perkara, maka adakah kalian mengetahui hukum yang Rasulullah berikan terhadapnya ?\u201d Kadang- kadang berkumpullah beberapa orang sahabat di hadapannya memberitahu apa yang pernah diputuskan oleh Rasulullah shallallahu \u2018alaihi wasallam.

Dan jika Abu Bakar masih tidak menemui sesuatu sunnah Rasulullah dari orang-
orang yang ditanyakan itu, maka beliau akan mengumpulkan tokoh-tokoh

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Huzaima Fithria liked this
Huzaima Fithria liked this
Yusrin Bhayu liked this
syuhaidasiti liked this
heni_nuraini liked this
heni_nuraini liked this
Johar Musa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->