You are on page 1of 1

-skrip PPD- Rakaman Multimedia Sambutan Hari Guru 2011Apa yang dimaksudkan dengan Transormasi Pendidikan ialah perubahan

yang terancang bertujuan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti. Dalam konteks ini Guru merupakan agen yang paling penting berperanaan untuk melahirkan insan cemerlang berpandukan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan atau PIPP....

Warga Pendidik Di daerah Mersing khususnya, juga tidak ketinggalan untuk menjana reformasi pendidikan ini dari dulu hingga sekarang. Guru-guru ini berupaya mengadaptasikan profesionnya dengan berlandaskan akauntabiliti dan bertindak secara professional.

Peranan Guru dalam keberkesanan sekolah hendaklah selari dengan tercapainya matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Ianya bukan setakat memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang, malahan juga cemerlang dalam pembangunan Sahsiah, emosi dan jasmani.

Salah satu Kemahiran yang perlu dikuasai oleh Guru-guru ialah berupaya melaksanakan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan. Ini kerana ia merupakan satu strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan sesorang pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Namun saya ingin juga berpesan kepada semua Warga Pendidik Daerah Mersing- Apa yang berkesan hari ini tidak semestinya berkesan hari esok dan apa yang terbukti berkesan semalam, tidak semestinya berkesan lagi hari ini yang pastinya ialah penyesuaian dengan keadaan dan tuntutan semasa SELAMAT HARI GURU GURU MENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

You might also like