You are on page 1of 5

KEPENTINGAN SAINS UNTUK PRASEKOLAH

Sains

merupakan

sebuah

proses

pengumpulan

ilmu

atau

maklumat

dan

penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa latin, scinetia yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti mendapatkan maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sains adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa seseatu perkara terjadi. Maka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Setiap pakar sains perlu perhati-hati apabila memberipenerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penerangan yang lebuh baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik. Kanak-kanak sememangnya berminat mempelajari berhubung alam kehidupan mereka. Bagi mereka, dunia ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan. Mereka bukan sahaja berminat dengan alam semulajadi malah hasilan teknologi yang diguna dalam kehidupan seharian. Sains bagi kanak-kanak apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri, seperti meniup belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas tidak stabil. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat dipelbagai tempat dan keadaan contohnya di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam sungai dan laut, di muzium, di zoo dan juga dengan alat permainan yang disediakan. Kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Bagi peringkat prasekolah, sains adalah cara kanak-kanak menerangkan dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan, pemerhatian dan kesimpulan. Kanak-kanak belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir berhubung dengan aktiviti yang dilakukan. Mereka perlu melakukan aktiviti supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan. Mereka perlu berbincang dengan guru dan rakanrakan berhubungan pemerhatian dan penemuan pengetahuan daripada aktiviti yang dilakukan. Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih adalah penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat disekelilingnya. Peluang pembelajaran diperolehi melalui pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan fenomena yang terdapat di

persekitaran, nukan melalui pengajaran konsep-konsep sains. Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sama ada menyentuh, memicit, menarik, merasa, menhidu, meregang dan sebagainya melibatkan penglibatan aktif kanak-kanak dan menjadikan pengalaman pembelajaran menjadi lebih konkrit. Pengalaman pembelajaran yang releven dan berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak (Riley & Savage, 1994) bukan sahaja menentukan pembelajaran itu bermakna malah sukar dilupakan. Kanakkanak belajar dengan baik apabila mereka berminat dengan aktiviti yang dilakukan, serta mendapat sokongan dan galakan daripada guru ataupun orang dewasa. Selain itu, apabila mereka terlibat dalam aktiviti hands-on dan aktiviti-aktiviti yang dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Setiap pengalaman pembelajaran yang terdapat di prasekolah memberi ruang dan peluang untuk guru mengajar sains. Sains boleh diajar ketika kanak-kank bermain di padang permainan apabila guru menunjukkan cacing dan habitatnya, rumput rampai yang pelbagai jenis dan bentuk, rama-rama yang berterbangan dan bunga-bunga yang berwarna-warni. Sains diajar apabila kanak-kanak diajak bersenam dan guru mengajar berhubung fungsi sendi dan otot yang diperlukan dalam pergerakan badan. Pembelajaran sains juga berlaku semasa kanak-kanak disajikan dengan makanan yang baik bagi kesihatan, ataupun membandingkan pelbagai jenis biskut, ataupun menerangkan kepentingan air. Aktiviti dengan blok binaan mengajar kanak-kanak berhubung graviti, keseimbangan dan berat, serta pengalaman cuba-jaya, pemikiran induktif dan penemuan. Pengajar sains pada peringkat prasekolah memerlukan pendekatan yang berbeza daripada yang digunakan pada peringkat rendah ataupun menengah. Pengajaran dalam sains melibatkan kedua-dua proses dan isi kandungan atau konsep-konsep sains. Mempelajari sains bukan menghafal maklumat semata-mata. Pada peringkat awal, tumpuan dalam pendidikan sains adalah lebih pada komponen proses. Komponen ini memberi fokus ke atas cara yang yang digunakan bagi mendapatkan pengetahuan saintifik. Justeru, kanak-kanak perlukan pengalaman yang membolehkan mereka mengumpul, menyusun dan menilai pengetahuan sains. Sains bagi kanak-kanak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Konsep-konsep dan idea-idea sains pada peringkat ini disampaikan melalui aktivitiaktiviti hands-on yang menggembirakan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini membolehkan kanak-kanak meneroka, membuat penemuan dan membina kesedaran berhubung alam di sekeliling mereka serta fenomena-fenomena semula jadi. Sains bagi mereka termasuklah

melihat pergerakan haiwan dan tumbuhan, air dan pasir, bermain dengan blok binaan dan melihat pergerakan kereta permainan dan putaran roda, membuat eksperimen, mencuba dan menanya soalan. Kanak-kanak memulakan penerokaan dengan membuat pencerapan yang mungkin mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan, seterusnya merekodkan pemerhatian yang dilakukan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat guru lakukan bagi menjana minat dan membantu murid memahami konseo-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti-aktiviti sains yang menarik adalah seperti mengkaji gunung berapi, melihat kismis tenggelam timbul, membina terrarium dan akuarium, mengkaji haiwan yang terdapat di sekitar kawasan seperti cacing, rama-rama, semut dan lipas, bermain air dan pasir serta meneroka dengan menggunakan deria rasa, sentuhan,bau, pendengaran dan penglihatan. Aktiviti memasak membantu kanak-kanak mempelajari berhubung makanan dan melihat perubahan yang berlaku dalam keadaan tertentu serta melatih kemahiran mengukur. Perkara yang perlu kanak-kanak sedari adalah buku dan bahan-bahan bacaan adalah sumber utama mendapatkan maklumat tambahan berhubung dengan perkara yang ingin dikaji. Pada peringkat awal pembelajaran, guru boleh membaca kepada kanak-kanak buku-buku yang berkaitan dengan topik kajian. Penggunaan konsep berlaku dengan binaan kefahaman secara peribadi dan bukan dengan pengajaran atau penyampaian fakta dan maklumat oleh guru. Mereka perlu membina penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan akibat daripada manipulasi dalam eksperimen yang dilakukan. Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan soalan susulan ataupun menentukan arah aktiviti selanjutnya. Pengajaran yang bermakna dan berkesan menggalakkan penerokaan pemikiran altenatif, kepelbagaian penyelesaian ataupun jawapan yang kreatif. Dengan merancancang aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak, guru dapat menggalakkan perkembangan kemahiran berfikir dan menggunakan taakulan saintifik. Penerokaan saintifik juga menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan dan akibat serta menyusun dan mengelas maklumat yang terdapat di sekitar kehidupan kanak-kanak. Satu cara berkesan menggalakkan kanak-kanak berfikir dan memberi fokus pada idea yang dipelajari melalui perbincangan. Setiap aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak perlu ada sesi perbincangan sama ada sebelum, semasa ataupun selepas aktiviti selesai. Kanak-kanak perlu digalakkan bercakap dan menceritakan semula pengalaman mereka. Dengan cara ini, mereka dilatih membina dan menjana idea dan pemikiran, membentuk konsep serta meneliti perhubungan antara idea. Kayu ukur dalam menentukan perbincangan

yang baik adalah sejauh mana kanak-kanak itu dirangsang berfikir dan bukan sebanyak mana yang diterangkan oleh guru. Pengajaran boleh dilakukan mengikut langkah-langkah yang merangkumi penerokaan, membentuk soalan dan mencari jawapan melalui aktiviti penyiasatan dan penerokaan. Masa bagi setiap langkah tidak ditetapkan dan bergantung kepada minat kanak-kanak dan guru. Contohnya, perbincangan konsep udara mungkin mengambil masa tiga minggu. Tiga hari pertama digunakan meneroka konsep udara daripada pelbagai perspektif, dua hari membantu kanak-kanak membentuk soalan bagi kajian dan penerokaan lanjutan dan satu minggu ataupun lebih bagi menjalankan aktiviti penyiasatan termasuk eksperimen. Kanak-kanak boleh memberi sumbangan idea semasa sesi perbincangan dan melibatkan diri dalam aktivtiaktiviti yang menarik minat mereka. Pengajaran dan pembelajaran sains tidak semestinya terikat dengan peralatan yang canggih. Guru-guru boleh mengumpul bahan-bahan buangan seperti bekas-bekas plastik, majalah dan akhbar lama bagi digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Banyak bahan yang boleh diperolehi sama ada dengan percuma ataupun dengan harga ynag murah bagi menjayakan pelajaran sains. Benda-benda hidup dan bukan hidup yang banyak terdapat di sekeliling kita dan dalam kehidupan seharian dapat dijadikan bahan bagi pembelajaran sains. Satu perkara yang perlu diberi perhatian semasa merancang aktiviti adalah aspek keselamatan. Perkara ini penting apabila guru merancang lawatan ataupun kajian luar dan semasa mengendalikan spesimen hidup ataupun bahan berbahaya. Kanak-kanak dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan baik apabila proses pengajaran dan pembelajaran itu bermakna dan berkaitan dengan pengalaman yang biasa dialami atau dilalui. Dalam proses penerokaan dan penyiasatan alam sekeliling, kanak-kanak membina dan memperkembangan pengetahuan ini supaya pemahaman mereka dapat ditingkatkan ke arah yang lebih tinggi. Terdapat empat kriteria dalam menentukan pengalaman sains prasekolah iaitu pergerakan atau aktiviti dimulakan sendiri oleh kanakkanak, kanak-kanak bebas menukar aktiviti yang dilakukan, tindak balas yang dilakukan dapat diperhatikan dan tindak balas berlaku dengan segera. Pengalaman pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh kanak-kanak dinamakan sebagai pengalaman naturalistik. Apabila terdapat intervensi dalam pengalaman pembelajaran yang dipilih oleh kanak-kanak, pengalaman pembelajaran itu dianggap informal, manakala pengalaman pembelajaran yang ditetapkan oleh guru yang mesti dilakukan oleh kanak-kanak adalah pengalaman berstruktur.

Pengalaman pembelajaran naturalistik bermula daripada minat

kanak-kanak

memahami dengan lebih mendalam berhubung dengan sesuatu perkara yang diperhatikan. Adalah penting bagi guru untuk menyediakan persekitaran yang menarik dan kaya dengan rangsangan. Seharusnya, kelas pada peringkat prasekolah ini dilengkapi dengan pelbagai bahan yang dapat disentuh, dipegang, di manipulasi, didengar serta dibauidan kanak-kanak diberi peluang berinteraksi dengan bahan-bahan pembelajaran ini. guru hanya memerhati aktiviti-aktiviti kanak-kanak dan memberi galakan atau pujian kerana mereka perlu tahu perkara yang dilakukan adalah betul. Contohnya, kanak-kanak yang sedang melukis, menggabungkan warna biru dan kuning mendapati warna yang dihasilkan daripada gabungan yang tidak sengaja tadi adalah hijau. Pengetahuan ini tidak diperolehi daripada guru tetapi hasil percubaan kanak-kanak dengan warna. Kesimpulannya, pengalaman awal sains membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sains di kemudian nanti. Penting bagi guru-guru menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alam fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan persekitaran yang dapat merangsang naluri ingin tahu mereka. Semakin banyak penerokaan yang dibuat sama ada dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau semakin sedar kanak-kanak berhubung persekitaran mereka, semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu sendiri berinteraksi dengan bahan-bahan di sekeliling mereka. Aktiviti-aktiviti sains membantu kanak-kanak dalam aspek ini. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluangpeluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan, menguji ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. Guru perlu juga berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu. Interaksi ini membantu kanak-kanak membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep.

You might also like