Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tinjauan Literature Penyeliaan Pengajaran Dalan Bilik Darjah

Tinjauan Literature Penyeliaan Pengajaran Dalan Bilik Darjah

Ratings: (0)|Views: 65 |Likes:
Published by David Adoh

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: David Adoh on Sep 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2012

pdf

text

original

 
Tinjauan literature penyeliaan pengajaran dalan bilik darjah.Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya(1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan penubuhan JemaahNazir Sekolah Persekutuan yang berfungsi sebagai satu badan profesional yang bebas,bertanggungjawab memeriksa sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran diseluruh negara (MokSoon Seng, 2006). Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekataanuntuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran (seksyen 96a AktaPelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan dan penyelia adalah pemeriksa.Perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan sangat dinamik sehingga pihak kementerianpelajaran telah menyediakan satu Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermatlamatkanpendidikan berkualiti untuk semua. Untuk mencapai matlamat tersebut Kementerian Pelajaran telahmenyarankan bahawa semua sekolah perlu menjadi sekolah berkesan. Menurut Mortimore (1995),sekolah berkesan dimaksudkan sebagai sekolah di mana murid-muridnya mencapai keputusan yangmenyamai atau melampaui jangkaan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sekolah berkesan menurutMortimore (1995) ialah penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran dan pemantauankemajuan sekolah.Selari dengan pandangan Mortimore (1995), Penyeliaan pengajaran dilihat sebagai salah satu usahapenting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Ini bertujuan memastikanguru-guru dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranyaada. Penyeliaan Pengajaran juga dilihat sebagai satu usaha mendorong, menyelaras danmembimbing guru-guru dalam hal pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi sejajar denganperkembangan semasa. Kenyataan ini disokong oleh Boardman, Douglas dan Bent (1953) dalamRamaiah (1995) menyatakan bahawa penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong danmembimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru lebih berupaya melakukan semua fungsiberkaitan pengajaran. Penyeliaan juga bertujuan meningkatkan kebolehan guru-guru dalammendorong dan membimbing perkembangan berterusan pelajar ke arah penyertaan cergas lagiefektif.Pemantauan dan penyeliaan yang sistematik adalah merupakan salah satu ciri penting yang perlu
ada di sekolah berkesan. Pemantauan dan penyeliaan ini adalah untuk memastikan “
core bu
siness”,
pengajaran dan pembelajaran berjalan sebagaimana yang dirancang. Menurut Conrath N. (1983),tujuan pemantauan atau penyeliaan adalah untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran. Untukmelaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, pengetua atau penyelia seharusnya menguasaipengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran, pengesanan danpenilaian serta juga hubungan manusia. Kecekapan Pengetua dalam melakukan penyeliaan ataupemantauan membolehkannya membuat diagnosis masalah pendidikan, membantu guru untukmemajukan kecekapan dan amalan mereka dalam melaksanakan pengajaran (Glickman, 1985).Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, Kementerian Pelajaran telah menegaskan bahawa selainsebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir, Pengetua atau Guru Besarbertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Dengan kata lainpengetua atau guru besar bertanggungjawab memastikan proses dimana guru mengajar dan muridberlajar terus berjalan di sekolahnya tanpa ganguan. Bagi memastikan matlamat ini terlaksana makapengetua atau guru besar disaran menjadikan penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap gurumenjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawabnya. Penyeliaan yang dijalankanseharusnya dapat mewujudkan suasana yang sihat dan berkesan. Sehubungan dengan ituKementerian Pelajaran telah mewujudkan garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan dalamkelas. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah difokus kepada dua bidang iaitu bidangorganisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian
 
ialah iklim kelas
 –
organisasi kelas, kawalan murid, komunikasi, motivasi, sikap murid, kebersihandan perhiasan, penyeliaan pekerja, penilaian prestasi, profil murid dan panitia matapelajaran.Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran meliputi rancangan pengajaran - objektif, isikandungan, persediaan alat atau bahan pengajaran dan penggunaannya, penyampaian isi pelajaran,teknik bersoal jawab, interaksi guru murid dan penggunaan masa.Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yangdimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebuahinstitusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka menggembeling seluruh tenagaguru dan pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai.Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan akademikakan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka denganlebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usahauntuk menjadikan sekolah sebagai sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmupengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau keberkesananpengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah amat perlu dalammemastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu gurumenyelaraskan aktiviti pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yangcemerlang serta dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangansekiranya ada. Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu gurumeningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya lagi, denganpenyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang sebenarnya berlaku dalambilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalanamalan yang baik dapat dikukuhkan.Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar danmendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmuyang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar memperkembangkanintelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru mesti merancang pengajarannya supayatersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran mestilah sesuai supaya dapatdisampaikan kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya guru mesti mudah difahamidan jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut perlu menentukan bahanbantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan kepada muriduntuk belajar.Seliaan ialah fungsi yang kritikal dalam kepemimpinan pengajaran guru. Menurut Glickman
(1985) dan Duke (1987), penyeliaan merupakan “
the glue of a successful school 
”. Penyeliaan
pengajaran(
instructional supervision
) yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepadakeberkesananproses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah.Penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembanganprofesionalisme para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk memperbaiki ataumemajukan lagi kualiti pengajaran guru serta memperbaiki kelemahan mereka. Untuk berbuatdemikian,adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia sebagaipemimpinpengajaran menjalankan penyeliaan atau pencerapan bercorak klinikal, sokongan, membina samaada

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->