You are on page 1of 1

Tangram ialah sejenis permainan cantuman zaman atau teka-teki tradisional dahulu kala yang berasal dari negara

China. Ia merupakan kepingan-kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama. Kepingan-kepingan ini berjumlah sebanyak tujuh keping yang mana setiap keping dipanggil 'tan'. Tangram tradisional diperbuat daripada batu, tulang, tanah liat dan lain-lain bahan yang mudah dibentuk. tetapi kini, ia boleh dihasilkan daripada plastic, kayu atau lain-lain material. Pada asalnya, ia dicipta di China dan kemudiannya dibawa ke Eropah oleh kapal dagangan di awal abad ke-19 dan menjadi sangat popular di sana. Tangram juga tergolong dalam bidang matematik yang sangat popular kerana ia merupakan bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk Geometri seperti Luas Dan Perimeter , Bentuk-bentuk 2D , dan seumpamanya. Setiap tan dicantum dan disusun untuk membentuk pelbagai imej seperti orang, haiwan, huruf-huruf serta objek-objek lain yang dapat ditunjukkan. Antara contoh-contoh tangram:-

You might also like