You are on page 1of 12

NAMA AHLI

WAN MUHAMMAD HASROL BIN WAN DAUD AHMAD SHAHIR BIN ABD RASHID MUHAMMAD SYAHIDEE BIN YUSOF AHMAD FADZLI BIN MOHD RAZI'

3101013411 3083020901

3101019581 3101021551

MATEMATIK UNTUK KANAKKANAK PRASEKOLAH KONSEP PRA NOMBOR

Pranombor terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu : Pengelasan Perbandingan Seriasi Padanan satu dengan satu Pola Keabadian

1.0 PENGELASAN

Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

SAMBUNGAN

Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor.Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

2.0 PERBANDINGAN

Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek.

Contoh perbandingan: membandingkan 1) Ukuran Panjang : pendek Tinggi : rendah Tebal : nipis 2) Saiz Besar : kecil 3) Berat Berat : ringan 4) Bilangan / kuantiti Banyak : sedikit 5)Jenis objek

3.0 SERASI

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

Contoh seriasi: Menyusun mengikut pola urutan Kecil besar, nipis tebal, rendah tinggi, pendek panjang, sempit luas. Menyusun objek mengikut ciri

4.0 PADANAN SATU DENGAN SATU

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Contoh padanan satu dengan satu; Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. Memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

5.0 POLA

Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid; Meniru pola, Menyambung pola, Melengkapkan pola, dan Membina pola sendiri.

6.0 KEABADIAN

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

You might also like