Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
4Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Imam Mahdi

Imam Mahdi

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 323|Likes:
Published by api-3709274

More info:

Published by: api-3709274 on Oct 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2014

pdf

text

original

Kependekan-kependekan Yang Lazim Digunakan Di Dalam Buku Ini.
1. Khusus Untuk Allah, Tuhan Yang Maha Esa:
SWT - Subhanahuwataala.
2. Untuk Nabi-nabi:
SAW - Sallallahu \u2018Alaihi Wasallam (untuk Nabi Muhammad al-Mustafa sahaja).
Maksudnya ialah di dalam buku ini sahaja.
AS

- 1. Alaihis Salam (seorang rasul / nabi, selain Nabi Muhammad Al-Amin). 2. Alaihumas Salam (dua orang rasul / nabi, mana-mana dua dari mereka). 3. Alaihimus Salam (tiga orang rasul / nabi atau lebih, sebahagian dari

mereka).
3. Untuk Para Sahabat:
KMW - Karramallahu Wajhah (khusus untuk Sayidina Ali bin Abi Talib sahaja).
RA
- 1. Radhiyallahu \u2018Anhu (seorang sahabat, mana-mana seorang di antara
mereka).
2. Radhiyallahu \u2018Anha (seorang sahabiah iaitu sahabat wanita).
3. Radhiyallahu \u2018Anhuma (dua orang sahabat serentak, lazimnya anak-
beranak).
4. Radhiyallahu \u2018Anhum (ramai sahabat, sekumpulan dari mereka).
4. Untuk Para Tabiin, Tabiit Tabiin dan Ulama Muktabar:
RH
- Rahimahullahu Taala \u2018Anhu (seorang tabiin, tabiit tabiin atau ulama

muktabar).
Rahimahullahu Taala \u2018Anhuma (dua orang dari mereka)
Rahimahullahu Taala \u2018Anhum (sebilangan dari mereka).

Persoalan Yang Ditimbulkan Orang:

Bukankah Baginda Rasulullah pernah menyebutkan orang yang enggan berselawat kepada baginda sebagai orang yang kedekut? Para ulama juga sudah sejelas-jelasnya menyatakan bahawa tidak harus memendekkan perkataan selawat ke atas baginda itu. Bolehkah dipendekkan juga?

Hukum memendek atau meringkaskan perkataan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad dan rasul-rasul yang lain memang makruh, dan dikira sebagai umat baginda yang bakhil. Itu sudah jelas dan terang nyata hukumnya, laksana terangnya matahari yang memancar. Tetapi ini benar dan berlaku hanya pada kitab-kitab yang ditulis dengan huruf-huruf jawi atau huruf-huruf Arab. Hukum makruh ini tidak harus dikaitkan sekali dengan tulisan rumi kerana jika kalimah selawat itu ditulis juga sepenuhnya dengan huruf rumi, bunyinya tetap tidak akan sama dengan bunyi asalnya (yang ditulis) dalam huruf Arab.

Oleh itu, memendek atau meringkaskan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad al-Mustafa dengan ringkasan seperti SAW, S.A.W., (SAW) atau S. A. W. itu tidak mendatangkan makruh. Ringkasan yang ditulis itu adalah lambang bagi sebutan yang sebenarnya di dalam bahasa Arab. Malah para penulis yang menulis dengan penuh bacaan selawat itu dalam tulisan rumi, tidak akan mendatangkan pahala, malah melambangkan kekeliruan dan ketidakfahamannya terhadap pokok persoalan yang sebenarnya, dan sekali gus merupakan perbuatan yang sia-sia.

Imam Mahdi adalah satu nama yang cukup gah di kalangan umat Islam seluruh dunia, sejak dahulu hinggalah hari kiamat. Imam Mahdi atau sebutan Melayunya, Imam Mahadi, sudah mendarah daging di kalangan umat Islam. Semua umat Islam yang mencintai kebenaran, sudah pasti ternanti-nanti bilakah akan munculnya Imam yang sebenar itu, tangan yang cukup kuat untuk melakukan tangkisan ghaib untuk semua umat Islam terhadap segala perkara, dari yang sekecil- kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, sehingga hidup mereka menjadi sangat aman, makmur, bahagia, penuh berkat dan mencapai kemuncak keemasan bagi segala zaman keemasan.

Sebenarnya, kitab-kitab karangan para ulama sejak dari zaman dahulu hinggalah ke saat yang terkini, yang ditulis sama ada secara khusus atau secara umum, yang menyentuh mengenai Imam Mahdi adalah terlalu banyak, jauh lebih banyak daripada hadis-hadis yang ada, yang menyebut tentang diri Imam Mahdi itu sendiri.

Begitu juga buku-buku ilmiah, kertas-kertas kerja, tesis-tesis dan sebagainya yang ada kaitannya dengan Imam Mahdi itu, sama ada yang ditulis oleh orang yang memang ahli ilmu atau oleh orang biasa, sudah terlalu banyak hingga tidak dapat lagi disenaraikan, kerana sudah terlalu banyaknya. Di samping itu, kebanyakannya sudah diterbitkan, manakala sebahagian besar lagi masih dalam bentuk mentah - belum diterbitkan oleh mana-mana pihak.

Tujuan mereka menulis kitab, buku, kertas kerja, tesis, analisis, dan sebagainya itu juga ada bermacam-macam. Ada yang tujuannya semata-mata untuk memberi ilmu kepada semua umat Islam sepanjang zaman, ada yang tujuannya untuk mendapatkan wang - mencari untung semata-mata, ada yang menulis kerana ingin mendapatkan segulung ijazah, ada yang bertujuan mencari nama, ada yang menulis untuk menambahkan bilangan kitab-kitab karangannya, ada yang menulis kerana minat terhadap bidang penulisan, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kesahihan hadis-hadis Imam Mahdi daripada dituduh secara semberono sebagai amat dhaif malah mauduk, walaupun sebenarnya tidak demikian, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kebenaran munculnya Imam Mahdi dan bermacam-macam niat lagi.

Ada yang menulis mengenai Imam Mahdi itu dari satu aspek saja, ada yang menulis dari dua tiga aspek, dan ramai yang menulis dalam banyak aspek. Banyak karangan tersebut yang berbentuk cerita, untuk memberi lebih kefahaman kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak dan orang yang baru belajar mengenali Imam Mahdi itu. Bentuk ini dapatme mb ebaskan mereka daripada ikatan hadis-hadis yang banyak itu dan memberikan lebih ruang kepada mereka untuk menyalurkan pendapat dan pandangan sendiri. Ada karangan yang berbentuk huraian hadis, ada yang berbentuk penilaian hadis-hadis sama ada boleh dipercayai atau tidak, ada yang berbentuk kritikan sama ada terhadap rawi mahupun terhadap isi kandungan hadis itu sendiri, ada yang berbentuk penjelasan terhadap permasalahan semasa Imam Mahdi yang selalu ditimbulkan, ada yang berbentuk ringkasan cerita dan banyak pula yang berbentuk selari iaitu hadis-hadis dimasukkan tanpa sebarang ulasan atau komen.

Ada yang begitu rajin memberikan sumber rujukannya sekali, berserta ulasan sama ada hadis

itu sahih, hasan atau dhaif. Kebanyakan hadis yang diberi disertakan sekali sanad-sanadnya untuk lebih meyakinkan dirinya dan para pembaca. Yang mengkaji Imam Mahdi dari mazhab lain juga amat ramai, terutama di sebelah Timur Tengah dan Utara Afrika sana. Selain ditulis, banyak pula yang dibincangkan secara hangat di pentas pelbagai jenis forum, seminar, simposium, kolokium, ceramah, penerangan dan bermacam-macam nama lagi. Namun hasilnya, umat Islam di seluruh dunia masih tetap berpecah seperti sebelumnya juga, tidak berkurang.

Yang menulisnya itu, ada yang imam mujtahid, ada yang imam mujaddid, ada yang ulama besar yang fakih, ada ulama besar yang fiqh, ada yang ulama kecil, ada yang ahli tasawuf, ada yang ahli sejarah, ada yang ahli hadis terkemuka, ada yang merupakan sarjana, ada yang merupakan ahli akademik, ada yang ahli kemasyarakatan, ada yang merupakan peramal masa hadapan, ada yang orang kafir dari kalangan Yahudi dan Nasrani dan ada yang orang biasa, ada yang dari kalangan orientalis Barat, malah ada yang menulis semata-mata kerana cukup berminat dengan peribadi Imam Mahdi yang dijanjikan itu.

Penulis sendiri, pada peringkat awalnya tidak berhasrat untuk menulis mengenai Imam Mahdi ini dengan dua alasan utama.Pertama, kerana sudah terlalu banyak buku dan kitab di pasaran yang menceritakan secara lengkap mengenai Imam Mahdi. Terdapat bermacam-macam bentuk penulisan dan gaya mereka untuk menarik minat orang ramai agar membeli buku keluaran mereka. Tajuk-tajuk yang diberikan juga amat menarik dan penuh psikologi. Membaca buku-buku dan kitab karangan mereka sudah cukup memuaskan hati dan menambahkan ilmu.

Kedua, kerana penulis sendiri bukanlah orang yang terlalu ahli dalam bidang ini. Penulis

sendiri ketika itu masih belajar dan mencari hadis-hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi itu. Kerana itu, penulis tidak bercadang untuk menulis dan menambahkan lagi kemeriahan buku-buku mengenai Imam Mahdi ini. Cukuplah dengan apa yang sudahpun ada di kalangan umat Islam.

Tetapi rupanya kehendak Allah itu tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun dan dengan apa cara pun. Dia Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak. Dia juga Maha Tahu setiap apa yang dibuat- Nya. Setelah mengkaji dengan lebih dalam dan lama, rupa-rupanya ada banyak perkara yang selama ini tidak tersingkap di sebalik hadis-hadis yang jika dilihat sekali lalu, sangatlah bertentangan antara satu sama lain dan juga isinya kelihatan berterabur di sana-sini.

Juga kerana banyak daripada hadis berkenaan yang selama ini didakwa sebagai dhaif, malah banyak yang dikatakan mauduk, tetapi yang sebenarnya tidaklah demikian. Banyak pula hadis-hadis berkenaan yang jika dilihat secara kasar, amat berlawanan matannya antara satu sama lain. Hadis- hadis yang begini sifatnya sepatutnyalah dikaji semula dengan lebih mendalam, dinilai balik menurut

ukuran zaman sekarang, kerana Imam Mahdi itu zahir pada zaman kita - bukan pada zaman lapan
ratus tahun dahulu, atau empat ratus tahun dahulu - kemudian dihurai kembali menurut tafsiran yang
lebih sahih dan sesuai dengan zaman kita ini.

Sebab itulah juga rupanya yang mendorong penulis untuk mengemukakan kembali hadis- hadis mengenai diri Imam Mahdi itu, dengan harapan supaya hadis-hadis itu tidak disalahanggapkan sebagai dhaif dan berlawanan. Maka motif utama penulisan buku ini adalah untuk mengembalikan semula hadis-hadis yang selama ini dipandang serong dan dhaif oleh sebahagian besar umat Islam - termasuk para cendekiawannya - ke tempatnya semula, tempat yang selayaknya untuk hadis-hadis Nabi SAW yang mulia itu.

Salah satu sebab utama buku ini ditulis pun adalah kerana di dalam tulisan mereka, penulis- penulis lain tidak berani memasukkan hadis-hadis yang dilihat berlawanan kerana pada pendapat mereka, tindakan ini hanya mengundang lebih banyak masalah daripada baiknya dan kemungkinan pula mereka sendiri turut terpengaruh (secara sedar atau tidak) dengan pendapat yang menerima

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->