Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
113Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

Ratings: (0)|Views: 12,247|Likes:
Published by syazayasminismail
Pro-siding article
Title: Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Pro-siding article
Title: Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

More info:

Categories:Types, Research
Published by: syazayasminismail on Sep 25, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

08/08/2013

pdf

 
1
PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK DEMI PENINGKATANPENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS
Syaza Yasmin binti IsmailInstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah.Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris danmeningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid prasekolah di Kuala Lumpur. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis denganmenggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkankanak-kanak kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaranbahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yangdihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka dan secaratidak langsung meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Tiga buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yangingin ditekankan menjadi fokus utama agar kanak-kanak dapat menguasai kosa katatersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagukanak-kanak ini dinyanyikan dalam waktu perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktivitislot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa katabahasa Inggeris kanak-kanak meningkat dan secara tidak langsung kanak-kanak berkeyakinan untuk memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaranbahasa Inggeris. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemuasubjek meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Abstract
This research is done to value how children's songs can improve the vocabulary of pre-school students. The aims are to enhance English vocabulary and improve their confident incommunication. The respondents for this research are 6 pre-school students in Kuala Lumpur area. The data were collected from the interviews and observation. The data wereanalyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gaverespond in class because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Not only that, theconfidence level will increase where the kids start to give responds in the learning session.Three songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus onthe target words in the songs so they can master them. This activity should become a routinein pre-school. These songs are suitable to sing in morning class especially in teaching and learning slot. With this activity, the kids can improve their language automatically and theycan respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drasticallyand the kids can respond to the lesson confidently right after the intervention was done. Thus,children songs can help the kids to master and improve their vocabulary and this will helpthem to boost up their confident to communicate in English.
 
2
PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan penggunaan lagu kanak-kanak terhadap muridprasekolah di sebuah sekolah sekitar bandar Kuala Lumpur. Kajian ini dilaksanakanbertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu subjek untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Tajuk kajian ini adalahPenggunan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris.Kajian ini telah dilaksanakan terhadap enam orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajianini dilaksanakan adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan penguasaan kosa katabahasa Inggeris mereka dengan menggunakan lagu kanak-kanak. Kajian ini telahmenggunakan tiga lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris iaitu
Seven days in a week, Tenlittle teddies
dan
 Head, Shoulders, Knees and Toes.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanyadilengkapi dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yangmasih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalamkajian yang dijalankan ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian.Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperoleh selepas bahasa pertama dan bolehdipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin, 1987).Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), kanak-kanak prasekolahsepatutnya menguasai kemahiran komunikasi, iaitu komunikasi dalam bahasa Melayu danbahasa Inggeris. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah menekankan aspek komunikasi melalui Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahirankomunikasi bahasa Inggeris prasekolah mempunyai sepuluh standard kandungan iaitu BI1.1
 Listen and discriminate sounds
, BI1.2
 Listen to and understand meaning of simple words
,BI1.3
 Acquire and use simple phrases and statements
, BI1.4
 Listen to and follow simpleinstructions
, BI1.5
 Listen to nd enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories
, BI1.6
Sing songs and recite rhymes and poems
, BI1.7
Tell simple stories
, BI1.8
 Dramatize familiar situations and stories
, BI1.9
Perform a variety of language forms and functions in a socialcontext 
dan BI1.10
 Ask simple questions
.Isahak, et. al. (2008) mengatakan bahawa pembelajaran bahasa kedua (iaitu bahasa Inggeris)pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi mempelajari dan berfikir ilmuakademik memerlukan latihan dan masa secukupnya. Dapatan beberapa kajian di luar negaramenunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang lama. Oleh itu, guruyang mengajar bahasa Inggeris perlu mengambil langkah dan teknik yang bijak dalammengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak agar pengajaran yang dijalankan berkesankepada mereka.Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam meningkatkanpenguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanak-kanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding denganmembaca sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telahmembuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa keduaselain bahasa ibunda.Penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasaInggeris kanak-kanak kerana nyanyian lagu kanak-kanak merupakan satu aktiviti yangmenyeronokkan pada kanak-kanak (Nani Menon, 2005). Kaedah terbaik yang dapat
 
3
digunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak adalahdengan penggunaan lagu kanak-kanak kerana lirik dan melodi lagu kanak-kanak yang mudahdan senang untuk dipelajari serta lagu-lagu tersebut dapat menambah minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang baharu.Melalui pengalaman mengajar di prasekolah ini, penyelidik dapati bahawa kanak-kanak initidak dapat menguasai kosa kata bahasa Inggeris walaupun kosa kata itu banyak kali diulangsemasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mereka. Walaupun merekaselalu menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami apakah maksud kosa katatersebut.Penyelidik menghadapi masalah yang banyak setiap kali pengajaran slot bahasa Inggerisdijalankan. Kanak-kanak ini tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang telah dipelajaridalam pelajaran lepas. Penyelidik telah membuat soal selidik dan pemerhatian terhadapkanak-kanak ini. Hasil daripada analisis soal selidik semasa tinjauan awal yang telahdijalankan, terdapat 6 orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata bahasaInggeris.Hasil pemerhatian pada tinjauan awal yang telah dijalankan, penyelidik juga telah mendapatibahawa jumlah kekerapan kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan dalam bahasaInggeris adalah rendah. Soalan-soalan ini dikemukakan pada waktu perbualan pagi ataudalam slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Kekerapan yang rendah iniberpunca daripada kelemahan kanak-kanak dalam penguasaan bahasa Inggeris dan puncautama masalah ini adalah penguasaan kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Oleh demikian,mereka tidak memahami butir bicara yang disampaikan oleh guru.Oleh itu, kaedah nyanyian lagu kanak-kanak diaplikasikan dalam kajian ini. Nyanyian lagukanak-kanak banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dari segi kognitif dalampenghafazan dan memahami kosa kata. Melalui soal selidik dan pemerhatian yangdilaksanakan, murid lebih cepat menguasai kosa kata dengan menggunakan teknik nyanyian.Hal ini disokong oleh Campbell & Scott-Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antarabahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan kerana kanak-kanak dapatmenambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan baharu yangdipelajari mereka apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong olehpendapat Krogh (1995) yang mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkaplagu yang betul dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakanbahasa dengan tatabahasa yang betul pada masa akan datang. Nyanyian dapat membantukanak-kanak belajar membaca dan menulis. Pengajaran ini juga sangat sesuai diintegrasikandalam pengajaran guru di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan olehHurwitz, Wolff, Bortnick & Kokas pada tahun 1975 yang menunjukkan bahawa murid-muridyang menerima pengajaran muzik mendapat markah yang lebih tinggi daripada kumpulankawalan yang hanya terlibat dalam aktiviti membaca.
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan lagu kanak-kanak bagi meningkatkanpenguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid Prasekolah.

Activity (113)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
lacusochan liked this
redzallica liked this
Jaja Noriza liked this
Afira Mustafar liked this
ladylurve liked this
mfmisik liked this
Awang Firdaus liked this
Nur Baini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->