You are on page 1of 32

PROJEK PENGKAJI MUDA

Projek pengkaji muda untuk pelajar-pelajar Pra-U disyaratkan mengandungi bab-bab berikut:
Bab 1 Pengenalan Bab 2 Sorotan Literatur Bab 3 Metodologi Bab 4 Analisis Data Bab 5 Perbincangan, Cadangan dan Rumusan

Kandungan Bab 1
1. Latar belakang kajian 2. Pernyataan masalah 3. Tujuan kajian 4. Objektif kajian 5. Hipotesis kajian

Kepentingan kajian 7. Skop kajian 8. Batasan kajian 9. Definisi konseptual 10. Definisi operasional
6.

Kandungan Bab 1
Tiap-tiap bahagian yang dibincangkan bukan sahaja perlu berkaitan tetapi menyokong di antara satu sama lain. Penilai PSM biasanya akan memberikan perhatian kepada aspek ini apabila menilai sesebuah PSM. Penilai yang berpengalaman akan dengan mudah mengesani kelemahan bahagian ini. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kelemahan atau kekuatan Bab 1 PSM membayangkan kelemahan atau kekuatan PSM secara keseluruhannya Pelajar MESTI mengambil berat akan hal ini

LATAR BELAKANG
Menjelaskan maklumat awal tentang perkara yang hendak dikaji (seperti bidang kajian, perkembangannya dan status terkini aspek yang hendak dikaji). Urutan penulisan daripada umum kepada yang spesifik. Perlu menimbulkan minat penilai/pembaca terhadap aspek yang hendak dikaji

LATAR BELAKANG
Bahagian ini sebenarnya adalah penting, sama penting dengan bahagian-bahagian lain. Pelajar biasanya associate kepentingan sesuatu bahagian dengan tahap kesukaran menyiapkannya. Ini satu fahaman yang salah.

LATAR BELAKANG
Bahagian ini adalah bahagian pertama yang akan dibaca oleh orang lain. Oleh itu sekiranya pelajar mahu meyakinkan bahawa isu yang hendak dikaji adalah menarik dan perlu diberikan perhatian yang serius, di bahagian Pendahuluan inilah yang perlu dieksploit sepenuhnya

LATAR BELAKANG
Umpamanya, jika kajian pelajar adalah mengenai promosi jualan restoran makanan segera, pelajar boleh menghuraikan situasi ekonomi semasa dan kaitkan dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh restoran ini untuk menarik pelanggan dan kekal competitive. Antara ayat yang seharusnya ada dalam bahagian ini ialah:

Keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara ini telah mengakibatkan banyak syarikat (perlu ada data) yang terpaksa menutup perniagaan mereka. Bagaimana pun melalui pemerhatian di dapati restoran makanan segera (melalui data-data yang ada) masih lagi mampu mengekalkan prestasi perniagaan mereka. Apakah rahsia kejayaan mereka, adakah kerana lokasi, promosi atau produk yang mereka jual? Kajian ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan memberi tumpuan/fokus kepada aspek promosi. Untuk tujuan ini dua buah restoran makanan segera telah dipilih iaitu restoran ABC dan XYZ.

Contoh Pendahuluan yang Baik:


Bahagian ini mestilah juga memfokus kepada tajuk yang dipilih. Ini amat penting kerana pembaca berkemungkinan akan keliru apabila perbincangan dalam bahagian ini tidak selari dengan tajuk

Tajuk Hubungan Gaya Kepimpinan Dengan Motivasi Pekerja


Pendahuluan
Kepimpinan adalah unsur penggerak yang penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Sehubungan itu, mutu kepimpinan menentukan berhasil atau

Contoh Pendahuluan yang Lemah:


Tajuk Faktor-faktor Dalaman Kilang yang Mempengaruhi Pusing Ganti Pekerja Pendahuluan

Industri kelapa sawit adalah satu industri penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara
Sepatutnya pendahuluan kepada tajuk ini mestilah bermula sama ada dengan membincang mengenai isu-isu faktor dalaman atau pusing ganti pekerja atau hubungan di antara kedua-dua angkubah ini. Perbincangan mengenai industri kelapa sawit boleh dibincangkan kemudian, mungkin dalam bahagian latar belakang kawasan kajian

PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks PSM di fakulti ini, tanpa masalah kajian, kajian tidak dapat dijalankan. Kajian bermula dengan suatu masalah. Apabila pelajar berjumpa penyelia, beberapa soalan yang hampir pasti ditanya ialah:

Hendak kaji apa? Kenapa hendak kaji? Bagaimana hendak kaji? Di mana hendak kaji? Kenapa di situ dan bukan di tempat lain?

PERNYATAAN MASALAH
Biasanya pelajar dengan mudah menjawab soalan pertama. Contoh: Saya nak kaji internet, Saya hendak kaji Pengiklanan, Saya nak kaji Tabung Haji dll. Tetapi bagi soalan kedua, kebanyakan pelajar tidak dapat menjawabnya dengan baik sebab pelajar belum tahu lagi aspek mana yang sebenarnya hendak dikaji. Contoh: Saya nak kaji Tabung Haji - adakah pelajar ini nak kaji kepuasan pelanggan, perkhidmatan kaunter, kepuasan kerja, sistem pengurusan dll. Pelajar perlu jelas aspek mana yang hendak dikaji sebelum menghasilkan sebuah Masalah Kajian yang researchable

PERNYATAAN MASALAH
1. Menjelaskan apa yang hendak dikaji. 2. Masalah yang hendak dikaji mesti sesuai, munasabah dan boleh dikaji. 3. Menjelaskan bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ianya telah dan perlu dikaji. 4. Bersifat spesifik. 5. Menyatakan situasi di mana masalah itu wujud.Menyatakan apakah keadaan atau faktor yang perlu dicerap dan diukur.

PERNYATAAN MASALAH
6. Dinyatakan dalam bentuk operasional. 7. Dinyatakan pembolehubah yang hendak dikaji. 8. Menyatakan andaian dan menilai andaian yang digunakan. 9. Pernyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk persoalan kajian

PERNYATAAN MASALAH
Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan satu masalah yang researchable daripada satu permasalahan yang umum?.
Untuk melakukannya, seseorang pelajar perlu mengumpul seberapa banyak maklumat yang mungkin tentang faktorfaktor yang berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji. Maklumat ini mungkin berbentuk senarai faktorfaktor ataupun penjelasan tentang masalah tersebut. Oleh itu adalah penting bagi seseorang pelajar membuat kajian literatur dan berbincang dengan mereka yang mempunyai kemahiran, pengalaman atau pengetahuan dalam masalah yang hendak dikaji.

Pelajar boleh menyenaraikan seberapa banyak senarai fakta yang ia suka tetapi dalam proses mengenalpasti fakta yang dirasakan benar-benar relevan, fakta yang kurang penting atau dirasakan tidak berkaitan bolehlah diketepikan.

LATIHAN
Majikan tolak cuti 2 Nov. -- Cadang cuti tahun diambil elak peningkatan kos operasi swasta
Utusan Online 17 Oktober 2005

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata, lebih 90 peratus ahlinya akan menutup operasi pada musim perayaan kerana ia lebih berkesan dari segi penjimatan kos dan produktiviti. Ia dilakukan dengan cara arahan mewajibkan ambil cuti yang ditolak daripada cuti tahun. Cara tersebut tidak akan menjejaskan produktiviti kerana selama ini terbukti, cuti yang panjang dapat menaikkan semangat para kakitangan untuk kembali bekerja, katanya.

MATLAMAT
Matlamat kajian ialah apa yang hendak dicapai di akhir kajian Jangkaan umum terhadap hasil ataupun sinopsis yang tepat dan spesifik tentang objektif keseluruhan kajian

OBJEKTIF
Pecahan kepada matlamat kajian menghasilkan objektif kajian Jangkaan hasil kajian bagi menyelesai atau meleraikan masalah yang telah dinyatakan. Menggunakan perkataan yang tepat dan boleh dicerap, seperti mengenal pasti, mengukur, menjelaskan, membandingkan, membuktikan, meninjau dan lain-lain. Menjelaskan bentuk penilaian yang hendak dibuat terhadap pembolehubah yang hendak dikaji.

OBJEKTIF
Menjelaskan bentuk penilaian yang hendak dibuat terhadap pembolehubah yang hendak dikaji. Menjurus kepada pencapaian matlamat. Mempunyai kaitan dengan hipotesis atau persoalan kajian

HIPOTESIS
Berasaskan pengetahuan yang sedia ada. Mempunyai kaitan dengan pernyataan masalah dan objektif kajian. Menjelaskan hubungan antara pembolehubah

SKOP
Menjelaskan perkara-perkara, aspek dan ruang lingkup yang hendak dikaji Menjelaskan bagaimana bidang kajian yang luas dikecilkan menjadi fokus kajian yang dijalankan (seperti aspek bidang, responden dan analisis).

SKOP
Pelajar perlu menentukan apakah perkara-perkara, aspek dan ruang lingkup yang hendak dikaji
Kajian ini pada amnya adalah mengenai kesetiaan pekerja. Dalam kajian ini, kesetiaan lebih menekankan faktor kekal bekerja di sesuatu organisasi. Faktor-faktor motivasi pula telah dikenalpasti melalui analisis kajian lalu. Faktorfaktor yang akan dikaji terbatas kepada faktor: gaji, ganjaran dan jaminan pekerjaan

BATASAN
Akibat dari pembatasan (akibat dari masalah masa atau kewangan yang sudah dikenalpasti dari awal) menyebabkan kajian kita mempunyai had-had tertentu untuk dibuat rujukan atau generalisasi Menjelaskan potensi-potensi kelemahan kajian dan cara-cara untuk meminimumkan, ataupun implikasinya (seperti aspek pengumpulan dan persampelan).

BATASAN
Ramai pelajar yang gemar menjadikan masa dan wang sebagai faktor yang membataskan kajian mereka. Sebelum membuat kajian kita telahpun tahu akan batasan masa dan wang yang kita hadapi.
Oleh itu dari awal lagi kita seharusnya membataskan kajian bersesuaian dengan kemampuan yang kita ada.

BATASAN
Akibat dari pembatasan ini menyebabkan kajian kita mempunyai had-had tertentu untuk dibuat rujukan atau generalisasi.
Contoh: Kajian ini hanya menggambarkan promosi jualan di antara restoran ABC dan XYZ di antara tahun 1997-1999 iaitu ketika berlakunya kegawatan. Hanya restoran makanan segera yang menjual ayam goreng sebagai produk utamanya terlibat dan dengan itu hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasi dengan restoran makanan segera yang lain

KEPENTINGAN KAJIAN
Maksud kepentingan mudah ialah:

kajian

secara

Apakah pentingnya HASIL kajian anda? Adakah orang akan ambil tahu/berminat dengan hasil kajian kita? Masalah kajian seperti Siapakah saya. Perlukah pelajar mempunyai perbelanjaan yang cukup ketika pengajian? tentulah tidak menarik minat dan tidak penting.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian boleh dilihat dari segi:

Pernahkah kajian serupa dijalankan? Adakah perlu kajian ini dijalankan? Siapakah yang dapat memanfaatkannya? Benar-benar memanfaatkannya!! Sesuai dengan semasa/trend Berkait dengan masalah yang praktikal Berkait dengan populasi yang lebih besar Berkait dengan populasi yang kritikal/yang berpengaruh

KEPENTINGAN KAJIAN
CONTOH
Hasil kajian diharap dapat memberi satu gambaran dan kesedaran kepada majikan bahawa ciri-ciri motivasi tertentu harus diambil berat dalam pentadbiran dan pengurusan mereka. Di samping itu hasil kajian ini diharap boleh menjadi satu panduan kepada pihak majikan mewujudkan suasana tempat kerja yang mendorong kesetiaan pekerjanya. Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat mengembang dan memantapkan teori-teori kesetiaan pekerja

KEPENTINGAN KAJIAN
Memenuhi jurang atau lompong penyelidikan Membenarkan generalisasi kepada prinsip yang lebih umum mengenai bidang tersebut Menajamkan lagi definisi sesuatu konsep atau hubungan Mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap masalah-masalah yang praktikal.

KEPENTINGAN KAJIAN
Membina atau memperbaiki instrumen untuk mengumpul dan menganalisis data Menyediakan peluang untuk mengumpul data yang dihalang oleh faktor tidak cukup masa Menyediakan kemungkinan untuk menghasilkan satu eksplorasi sesuatu isu dengan teknik yang sedia ada

DEFINISI KONSEPTUAL
Hanya gagasan yang penting dalam kajian (seperti pembolehubahpembolehubah yang dikaji) Menjelaskan sesuatu perkara/konsep secara abstrak atau bersifat kualitatif Menjelaskan tentang proses sesuatu perkara atau objek.

DEFINISI KONSEPTUAL
Skop definisi yang mempunyai hubungan dengan teori atau model kajian/mempunyai implikasi teoretikal Terdapat analisis jika banyak definisi dipetik.

DEFINISI OPERASIONAL
Menjelaskan prosedur bagaimana sesuatu konsep yang abstrak diukur/dimanipulasi. Bersifat kuantitatif atau dijelaskan elemen-elemen yang bersifat pengklasifikasian, pemeringkatan, dan jangkaan Mempunyai hubungan dengan kaedah pengumpulan data, kandungan elemen dalam soal selidik dan kaedah analisis data.

You might also like