You are on page 1of 2

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata: Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha. Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individuindividu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat. Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petandapetanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri. Berhentilah mencari mimpi. Berhentilah menunggu petanda. Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah Ikhtiar Usaha). Pertimbangkanlah seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah it u mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil ya ng mafdhul berhati-hatilah. Ia mungkin mainan Syaitan. Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan di beri taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) ber

haklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesunggu hnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunju k hidayah [Al-Aa'raaf 7: 30] KESIMPULAN 1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya. 2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak b erhajatkan kepada Istikharah. 3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan d iri untuk melihat buruk baiknya. 4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus be ristikharah. 5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Mathur daripada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sall am. 6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk mem buat keputusan. 7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang bol eh dipercayai kewibawaannya. 8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat k eputusan. 9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana i a sangat terbuka kepada belitan Iblis. 10. Jauhi Bidah dan Syirik. 11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan kep utusan itu. 12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipili h, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Alla h. 13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam r uang lingkup keharusan Syara dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh. 14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta i badah-ibadah yang lain. 15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama. *Artikel asal bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" dari www.saifulislam.com

You might also like