You are on page 1of 8

KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawatan


TEKNIK

Merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

TEKNIK SIMULASI

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat

Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit.

Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

TEKNIK SUMBANGSARAN

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.

Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu : topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

PROJEK
Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.

Komponen pembelajaran berasaskan projek

5 komponen prinsip pengajaran Merill yang mengalakkan pengajaran ialah: Demonstrasi Aplikasi Pengaktifan Integrasi Pemusatan tugasan

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran.

Pembelajaran akses kendiri adalah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagimembolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.

Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka

Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri

Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor

Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan

LAWATAN
Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Apakah yang guru perlu lakukan? i. Kebenaran daripada pentadbir dan ibubapa ii. Tujuan dimaklumkan kepada pelajar iii. Disiplin pelajar iv. Pengangkutan sesuai Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran boleh melalui lawatan ke tempat-tempatkasih v. Surat terima seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. vi.Rumusan dan penilain lawatan

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

You might also like