You are on page 1of 4

Ujian Formatif dan Sumatif 5.

5 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 5.6 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek

kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 38 6.5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 6.5.2 Strategi Pemerhatian Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: Kualiti Pemerhatian

Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian 6.5.4 Fungsi Pemerhatian Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 39 6.6 Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.\ Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

You might also like